You are on page 1of 19

Skema Jawapan Set 2

Soalan 1 : Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW
selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah.

Pengenalan

 Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah menandakan pembentukan rasmi


negara Islam di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
 Negara Islam Madinah terbentuk pada tahun 2 Hijrah dan menjadikan Nabi Muhammad
SAW sebagai ketua negara, ketua hakim dan ketua tentera di Madinah
 Nabi Muhammad SAW mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang terpuji yang menjadi
asas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin umat dan negara Islam
Madinah.
 Kepelbagaian masyarakat dan budaya di negara Islam Madinah menyebabkan Nabi
Muhammad menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan negara Islam kukuh,kekal
aman dan utuh.

Isi-isi Penting

1. Memperkenal dan Menguatkuasakan Piagam Madinah

 Penguatkuasaan Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan,undang-undang asas


dan teras pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah
 Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian
pertama mengandungi 23 fasal tentang peraturan umat Islam dan bahagian kedua terdiri
daripada 24 fasal yang menyentuh peraturan bagi orang-orang Yahudi.
 Piagam Madinah menjadi panduan kepada seluruh penduduk Madinah tentang hak dan
kewajipan mereka sebagai warganegara Madinah
 Penguatkuasaan perlembagaan ini berjaya memperkukuhkan pelbagai kaum dan berjaya
membentuk masyarakat yang stabil dan bersatu padu
 Golongan bukan Islam seperti Yahudi dan Nasrani menerima status dan kedudukan
mereka sebagai golongan zimmi dan patuh kepada Piagam Madinah
 Jelas menunjukkan Piagam Madinah ini membuka jalan kepada pembentukan negara
Islam Madinah yang unggul dan utuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

2. Memperkenalkan struktur pemerintahan dan birokrasi pentadbiran

 Nabi Muhammad SAW memperkenalkan pemerintahan pusat dan wilayah bagi


melicinkan urusan pentadbiran negara.
 Kota Madinah dipilih sebagai ibu kota negara Islam Madinah
 Masjid Nabawi pula merupakan pusat pentadbiran negara Islam
 Pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW berpaksikan
wahyu.
 Al-Quran menjadi sumber rujukan hukum serta prinsip pentadbiran pentadbiran Islam
berkaitan politik,ekonomi dan sosial.
 Kerajaan menyusun organisasi pentadbiran yang lengkap dengan jawatan-jawatan tetap
dan sementara yang disandang oleh para sahabat dalam jangkamasa tertentu.
 Peranan mereka terikat dengan strategi negara dan keputusan syura.
 Dalam birokrasi pentadbiran nabi melantik pelbagai jawatan di peringkat pusat dan
wilayah dalam membantu ketua negara seperti Nuqaba’, Setiausaha, Pemegang Amanah,
Penulis, Wali,Kadhi, Penterjemah dan Amil ( gabenor )
 Mereka mempunyai kuasa tertentu berdasarkan jawatan seperti kuasa pelaksana,
penggubalan undang-undang dan kehakiman
 Justeru struktur pemerintahan yang berkesan menjadikan negara Islam Madinah unggul
dan mantap

3.Memperkasakan Peranan Masjid

 Pada peringkat awal Nabi Muhammad SAW telah mendirikan masjid Quba dan Masjid
Nabawi yang berfungsi sebagai pusat ibadat dan aktiviti kemasyarakatan.
 Masjid berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara,menerima utusan diplomatik dan
menjadi tempat pertemuan masyarakat yang membincangkan hal-hal berkaitan urusan
agama,politik,ekonomi dan sosial.
 Di masjid Nabi Muhammad SAW melaksanakan tugas-tugas perhubungan awam
 Nabi menulis surat-surat dan memilih utusan untuk dihantar kepada pemerintah luar dan
ketua-ketua kabilah
 Arahan kepada gabenor-gabenor di wilayah Islam berkaitan pungutan cukai juga dibuat
di masjid.
 Setiausaha-setiausaha ( jurutulis ) dan pembantu Nabi juga melaksanakan arahan Nabi di
masjid
 Masjid menjadi satu institusi penting dalam pembentukan masyarakat Madinah yang
bersatu padu.

4. Menjadikan Al-Quran sebagai dasar pemerintahan dan penyatuan penduduk.

 Bagi memastikan kejayaan penyatuan masyarakat majmuk dan pembentukan negara


Islam Madinah Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar pentadbiran
negara dan sumber utama perundangan
 Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan
 Dasar pemerintahan berpandukan al-Quran berjaya membawa kepada kesejahteraan dan
keadilan kepada masyarakat Madinah.

5. Memperkukuhkan penyatuan Ansar dan Muhajirin

 Nabi Muhammad SAW memperkukuhkan hubungan antara Muhajirin dan Ansar melalui
semangat persaudaraan Islam yang mendalam.
 Secara tidak langsung keadaan ini membolehkan mereka tidak merasakan adanya
perbezaan antara mereka dan dapat bergaul mesra seperti saudara kandung sendiri
 Nabi Muhammad SAW telah melantik kedua-dua golongan ini dalam
pentadbiran,ketenteraan,utusan diplomatik dan sebagainya.
 Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin menjadi golongan minoriti di Madinah dan
menjamin penguasaan dan kekuatan umat Islam di Madinah

6. Mengawal dan Membendung kegiatan kaum Munafik

 Pembentukan negara Islam Madinah yang utuh menghadapi halangan kerana wujudnya
golongan Munafik
 Golongan ini merupakan golongan yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya
berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam dan
kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
 Ketua golongan munafik ialah Abdullah bin Ubay yang mempunyai hubungan yang erat
dengan golongan Yahudi yang merupakan musuh utama umat Islam
 Melalui wahyu Nabi Muhammad SAW menasihati para sahabat supaya berwaspada
terhadap niat jahat kaum munafik ini.
 Kematian Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik
 Selepas kematian Abdullah bin Ubay kaum munafik menjadi lemah dan usaha Nabi
Muhammad SAW berjaya kerana tiada berlaku permusuhan secara terbuka di kalangan
umat Islam

7. Pengusiran Kaum Yahudi dari Madinah

 Kaum Yahudi Bani Qainuqa’,Bani Nadhir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari
Kota Madinah kerana melanggar Piagam Madinah.
 Tindakan penyingkiran dan pengusiran meraka dibuat berdasarkan perundangan negara
dan berteraskan keadilan.
 Langkah Nabi Muhammad SAW ini berjaya memperkukuhkan kedudukan masyarakat
Islam,kepimpinan baginda dan negara Islam Madinah
 Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja yang bersatu padu

8. Memperkukuhkan ketenteraan Islam

 Pembentukan negara Islam Madinah memerlukan pasukan tentera bagi menjaga


keamanan dan mempertahankan negara dari serangan musuh luar
 Nabi Muhammad SAW merupakan ketua tentera dan turut serta dalam beberapa sisi
peperangn seperti Perang Badar,Perang Uhud dan Perang Khandak
 Tokoh-tokoh tentera berwibawa seperti Umar al-Khattab,Hamzah bin Abi Talib,Ali bin
Abi Talib,Khalid al-Walid,Saad bin Ubadah dan lain-lain merupakan pejuang Islam yang
terkemuka dan banyak berjasa dalam perkembangan dan peluasan kuasa Islam.
 Pada zaman Nabi Muhammad SAW terbentuk tentera sukarela yang terdiri daripada
pasukan tentera berjalan kaki dan berkuda kerana lokasi peperangan melibatkan padang
pasir dan kawasan bukit
 Pelbagai etika dan strategi peperangan telah dipraktikkan seperti sistem as-
Saf,pengepungan,kaedah bertahan,menunggu musuh dan menguasai kawasan strategik
 Kewujudan tentera Islam menjadikan negara Islam Madinah kuat dan kukuh dari segi
pertahanan.

9. Memperkukuhkan Hubungan Diplomatik

 Nabi Muhammad SAW telah menggadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-


kerajaan dan kabilah luar Madinah bagi menyebarluaskan dakwah Islamiyah dan
memelihara kestabilan kerajaan Madinah.
 Hubungan luar terawal dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW termasuk dengan Raja
Najasyi,pemerintah Habsyah serta Perjanjian Hudaibiyah dengan pemimpin Kota Mekah.
 Perjanjian Hudaibiyah pada 6H membuka ruang dan peluang kepada Nabi Muhammad
SAW mengadakan hubungan diplomatik dan seterusnya menyebarluaskan dakwah
Islamiyah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
 Tahun 9H dikenali sebagai Tahun Perutusan kerana ramai suku Arab menghantar utusan
untuk memeluk Islam dan menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan Islam
Madinah,contohnya seperti Bani Tamim,Bani Amir dan Bani Kindah.
 Terbuktilah bahawa hubungan diplomatik yang berlaku membuktikan kerajaan Islam
Madinah merupakan kerajaan yang dihormati dan berpengaruh.

10. Memperkenalkan sistem Ekonomi Islam

 Sistem ekonomi Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah
berpandukan wahyu
 Pembangunan ekonomi perlu untuk memantapkan negara Islam Madinah.
 Kesannya penduduk Islam Madinah muncul sebagai masyarakat yang maju dan
mengalami peningkatan dalam ekonomi seterusnya menagalami peningkatan taraf hidup
 Unsur-unsur penindasan dalam ekonomi dihapuskan termasuklah amalan riba.
 Nabi Muhammad SAW telah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan
penguasaan sektor ekonomi oleh orang Yahudi di Madinah dan Kaum Musyrikin Mekah.
 Justeru sistem ekonomi Islam berkembang dengan baik di Madinah dan berjaya
memecahkan monopoli orang Yahudi dalam bidang perniagaan dan perdagangan.

Kesimpulan

 Usaha-usaha dan kepimpinan berwibawa dan cemerlang Nabi Muhammad SAW


diterjemahkan melalui dasar politik,perundangan,ekonomi dan sosial.
 Negara Islam Madinah telah muncul sebagai negara yang berpengaruh di Semenanjung
Tanah Arab
 Kebijaksanaan pentadbiran dan pemerintahan Nabi Muhammad SAW berjaya membina
masyarakat bersau padu,kestabilan politik dan pembinaan negara Islam yang
kukuh,aman,makmur dan berdaulat.
Soalan 2 : Huraikan struktur pemerintahan pusat dan wilayah Khulafa al-Rasyidin
pada abad ke- 7 Masihi.

Pendahuluan
 Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M apabila Abu
Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.
 Kerajaan ini diperintah empat sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq (632-634), Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644), Khalifah
Uthman bin Affan (644-656) dan Khalifah Ali bin Abi Talib ( 656-661)
 Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model
kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin berlangsung
selama 29 tahun iaitu bermula tahun 632 hingga 661M.
 Struktur pentadbiran pada zaman Khulafa al-Rasyidin terdiri daripada pentadbiran di
peringkat pusat di Madinah al-Munawwarah dan pentadbiran wilayah yang diketuai
oleh gabenor. Pentadbiran di wilayah bertanggungjawab melaksanakan polisi-polisi
yang diputuskan di peringkat pusat.

Isi-isi

A Struktur pentadbiran pusat Khalifah al-Rasyidin

1 Institusi khilafah dan khalifah


 Institusi khilafah bermula serentak dengan pelantikan Abu Bakar al-Siddiq
menggantikan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah baharu.
Pelantikan khalifah melalui proses musyawarah, wasiat, undian, sokongan golongan
tertentu dan mendapat baiah serta berdasarkan keturunan.
 Khalifah merupakan ketua negara Islam. Khalifah bebas dari sebarang kawalan dalam
bentuk perlembagaan atau badan politik. Namun, kekuasaannya tidak bersifat mutlak
dan autokrasi kerana al-Quran dan Sunnah merupakan panduan yang membimbing
dan mengawal segala tindakannya.
 Khalifah boleh mengeluarkan ijtihad demi kemaslahatan negara seandainya ada
perkara penting yang perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan
hadis.
 Selain berperanan sebagai ketua badan eksekutif dan kehakiman, khalifah juga
merupakan panglima tertinggi angkatan tentera Islam.
 Khalifah mengetuai pentadbiran keagamaan seperti menjadi imam dalam solat
berjemaah dan membaca khutbah Jumaat dan sebagainya.
 Khalifah bertanggungjawab menyelia dan menguruskan pemungutan hasil dalam
negara, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan tali air dan sebagainya.
 Khalifah al-Rasyidin mengendalikan pemerintahan pusat berdasarkan tiga sumber
utama iaitu al-Quran, sunnah dan ijmak.
 Selaku ketua agama, khalifah bertanggungjawab memelihara agama Islam, memimpin
umat Islam, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras
gerakan menentang Islam.

2 Majlis Syura
 Majlis Syura merupakan badan penasihat tertinggi negara yang dianggotai oleh ahli
al-hallu wal-aqdu (golongan bijak pandai). Ia menjadi tempat rujukan utama Khalifah
al-Rasyidin dalam urusan pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan
dan tindakan penting dilaksanakan seperti pemilihan gabenor, panglima tentera dan
peperangan.
 Sesuatu dasar kerajaan diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat
berdasarkan permesyuaratan. Amalan syura dapat menjamin kestabilan politik dan
kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan
secara rasmi dan berfungsi secara formal. Anggotanya dilantik daripada kalangan para
sahabat berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Bilangan
ahli majlis syura tidak ditentukan dan bergantung kepada keperluan semasa.
 Orang bukan Islam yang menjadi warga Madinah boleh menjadi anggota Majlis Syura
tetapi hanya terbatas kepada menyampaikan pengaduan tentang kezaliman pemerintah
dan pegawai kerajaan terhadap mereka atau pengaduan tentang hak-hak mereka yang
diabaikan oleh pemerintah.

3 Pusat Pentadbiran
 Tidak wujud sebarang pejabat khusus pada zaman Khalifah al-Rasyidin dalam
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah. Setiap khalifah
melakukan penyeliaan secara langsung di dalam segala urusan negara.
 Kota Madinah dan Kufah (zaman Khalifah Ali) menjadi ibu kota pemerintahan dan
pentadbiran negara.
 Masjid Nabawi menjadi pusat pentadbiran negara seperti mana zaman nabi. Amalan
syura digunapakai untuk membincangkan pelbagai perkara penting melibatkan urusan
dalam dan luar negara.

4 Jabatan kerajaan dan pelantikan pegawai


 Khalifah al-Rasyidin melantik pegawai terdiri daripada sesiapa yang layak dan
berwibawa.
 Antara jabatan peringkat pusat yang wujud ialah Diwan al-Jund (Jabatan
Ketenteraan), Diwan al-Kharaj (Jabatan Hasil), Jabatan Kehakiman dan sebagainya.
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau melantik Umar al-Khattab sebagai
Mu’awwin (penolong khalifah). Setelah Umar menyandang jawatan khalifah, Uthman
bin Affan dan Ali Abi Talib menjadi dua pegawai Mu’awwinnya. Pada zaman
Khalifah Uthman, Ali bin Abi Talib dan Marwan al-Hakam menjadi dua pegawai
Mu’awwinnya.
 Antara jawatan pegawai peringkat pusat ialah ketua setiausaha, pegawai pemungut
cukai (Amil al-Kharaj), agensi polis (Syurtah), pengurus perbendaharaan negara,
ketua hakim (Qadhi al-Qudha) dan lain-lain.

5 Pentadbiran ketenteraan
 Khalifah merupakan panglima tertinggi angkatan tentera Islam.
 Pada zaman Khalifah al-Rasyidin, sistem ketenteraan diperkemaskan lagi dengan
mewujudkan pasukan tentera tetap dan bergaji.
 Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Jabatan Ketenteraan (Diwan al-Jund) bagi
urusan berkaitan ketenteraan seperti mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan,
menyimpan data berkaitan nama-nama tentera, pembayaran gaji tentera tetap dan
menyelia kebajikan tentera.
B Struktur pentadbiran wilayah Khalifah al-Rasyidin

 Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, empayar Islam dibahagikan kepada


beberapa wilayah untuk melicinkan pentadbiran. Setiap wilayah diketuai oleh gabenor
yang memperoleh kuasa eksekutif dan kehakiman daripada khalifah di Madinah.
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, antara gabenor yang dilantik bagi menguruskan
wilayah adalah Uthman bin al-As di Taif, Muhajir Ibn Umayyah di Sanaa dan Zaid
Ibn Ubaid di Hadramaut.
 Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, para pegawai pelbagai jabatan dilantik di
setiap wilayah di bawah penyeliaan gabenor. Setiap pegawai yang dilantik diberikan
senarai tugas dan tanggungjawab serta batas-batas kuasa masing-masing. Harta
mereka disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakkan kekeliruan, pertindihan kuasa,
penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya. Jika setelah memegang jawatan itu
dalam jangka masa tertentu didapati harta mereka luar biasa banyaknya, maka harta
itu akan disiasat oleh khalifah.
 Pada zaman Khalifah Umar, antara pegawai yang dilantik di peringkat wilayah untuk
membantu gabenor ialah pegawai Jabatan Percukaian (Amil al-Kharaj) yang bertugas
memungut hasil wilayah, kadi sebagai hakim dan pengurus pentadbiran kehakiman
serta menguruskan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya. Jawatan
lain seperti Katib al-Diwan (Setiausaha Daftar Negara) dan Sahib Baitulmal
(Pegawai Perbendaharaan Negara), Pegawai Kewangan Wilayah, Setiausaha Tentera
dan Sahib al-Syurtah (Pegawai Polis)
 Pegawai paling kanan di sisi gabenor wilayah ialah Amil al-Kharaj. Beliau dilantik
secara langsung oleh khalifah
 Pada peringkat awal zaman Khalifah al-Rasyidin, para gabenor menyandang jawatan
hakim kerana tugas pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan bidang
keadilan. Namun, pada zaman Khalifah Umar, beliau melakukan pemisahan antara
jawatan pentadbiran dan kehakiman kerana bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam
yang menyebabkan bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar kemampuan
seseorang gabenor.
 Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, antara gabenor wilayah yang dilantik
termasuk Said al-As di Kufah, Abdullah bin Amir di Basrah dan Abdullah bin Amir
di Mesir.

Kesimpulan

 Sistem pentadbiran dan pemerintahan yang dipraktikkan pada zaman Khalifah al-
Rasyidin adalah sistem yang dikemaskini daripada sistem pentadbiran zaman Nabi
Muhammad SAW.
 Struktur pentadbiran Khalifah al-Rasyidin semakin sistematik apabila Khalifah Umar
bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam Madinah. Pentadbiran peringkat
pusat dan wilayah telah memantapkan lagi sistem pemerintahan kerajaan Khalifah al-
Rasyidin.
 Zaman tersebut telah menjadikan negara Islam berada di puncak keamanan,
kesejahteraan dan keadilan pada zaman pemerintahannya.
Soalan 3 : Nilaikan sumbangan Al-Khwarizmi dalam bidang Matematik, Astronomi
dan Geografi

Pendahuluan

 Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi.


Dikenali sebagai al-khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan
al-Karismi. Merupakan ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.
 Tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah,logik,
aritmetik,geometri,muzik,kejuruteraan,sejarah Islam dan kimia. Dinobatkan sebagai
‘Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan kajian beliau.
 Beliau telah diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah ,iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang
telah melantik beliau sebagai pakar Matematik dan ahli akademi Matematik di Baitul
Hikmah. Turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku
di perpustakaan tersebut. Contohnya, di Baitul Hikmah, beliau turut mengetuai dan
mengawasi kerja-kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang
diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai pengarah arkib buku di
perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al- Ma’mun.

Isi

A. Matematik

1. Memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan

Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu
0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang
mewakili nilai-nilai tertentu.
Beliau merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka’sifar’ (kosong) dan
perpuluhan dalam Matematik. Melalui angka sifar muncul nombor yang mempunyai
‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah
dengan sebutan cifre,chiffre dan zero
Pengenalan system angka yang sistematik oleh al-Khuwarizmi bukan sahaja membolehkan
operasi pengiraan Matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan
sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.

2. Mempelopori ilmu algebra moden

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau
dalam jurusan aritmetik iaitu al-Jabar ( satu bidang matematik yang dipanggil persamaan ).
Contoh, karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin pada kurun ke 12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.
Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh
ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah
pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.

3. Penyelesaian permasalahan zakat dan harta pusaka

Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam
khususnya pengiraan. Contohnya, pembahagiaan harta pusaka dan perniagaan.
Penggunaan konsep pemboleh ubah juga membantu dalam pembahagian zakat yang dapat
dikeluarkan dengan mudah.
Kesannya, ilmu yang diperkenalkan telah dapat membantu mengatasi masalah pengiraan
yang lebih rumit dan kompleks.

4.Geometri dan trigonometri

Al-Khwarizmi juga memberi sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri. Hal ini
kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang Matematik yang
melibatkan pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam karyanya
Hisab al-Jabr wa-al-Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan
hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang.
Manakala trigonometri berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya.
Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah
pengiraan yang lebih rumit.

5.Mencipta ilmu-ilmu baharu

Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar Matematik sebelum
ini. Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan
digunakan sehingga kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar (c).
Contohnya, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab
yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan,
timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga serta isipadu bentuk piramid dan
kon.Kesannya, umat Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu
matematik.

6. Hasil karya Matematik

Karya teragung dalam bidang Matematik ialah Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wal-Muqabalah.
Karya ini dihasilkan pada tahun 850M atas dorongan Khalifah al-Makmun. Perbincangan
yang dimuatkan dalam karya ini merangkumi topik-topik algebra yang membantu masyarakat
awam dalam menguruskan hal ehwal ilmu faraid, wasiat, perniagaan, pembahagian pusaka,
menghuraikan istilah yang digunakan dalam disiplin algebra seperti punca-punca kuasa serta
persamaan linear dan kuadratik. Bentuk pengiraan menggunakan simbol dikenali sebagai
algebra dalam bidang Matematik moden. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan
menjadi rujukan penting pelbagai universiti di Eropah sejak abad ke-12 M hingga abad ke-
16M.
Karya al-Jawi wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (penambahan dan pengurangan menurut
Perhitungan Hindu). Membincangkan tentang masalah arismetik iaitu satu bidang matematik
yang dipanggil ilmu persamaan. Karya ini berjaya memperkenalkan sistem algorism kepada
dunia Barat. Karya-karya lain ialah Karya Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah dan
Al-Amal bi’Usturlab. Manakala karya al-Ard (Kenampakan Permukaan Bumi berkisar bidang
Matematik dan Geografi iaitu tentang koordinat kota-kota, daftar lintang dan bujur serta zon
cuaca.

B. Astronomi

1. Hasil karya Astronomi

Buku berjudul Zaij al-Sindhind (Astrinomical Tables of Sind and Hind) membincangkan
tentang peredaran matahari, bulan dan 5 planet yang diketahui ketika itu. Beliau merupakan
tokoh pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.
Istikhraj Tarikh al-Yahudi berkaitan takwim Yahudi.
Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan
alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari
The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan.
2. Penciptaan peralatan astronomi

Al-Khwarizmi berjaya mencipta beberapa peralatan berkaitan astronomi termasuk jam dan
alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang

3. Sumbangan kepada umat Islam

Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khwarizmi membantu memudahkan umat Islam dalam
urusan ibadat termasuk melihat anak bulan untuk memulakan puasa. Golongan pelayar Islam
juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi al-Khwarizmi.

4. Sumbangan kepada masyarakat dunia

Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa
Cina. Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khwarizmi memberi impak besar terhadap
kemajuan bidang Sains astronomi dunia.

C. Geografi

1. Hasil karya geografi

Kitab Surat al-Art (The Image of Earth) berkaitan beberapa koordinat lokasi di Laut
Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku geografi Ptolemy. Beliau tidak hanya
menyemak pandangan Ptolemy mengenai Geografi tetapi juga membetulkan termasuk dalam
melakarkan peta dunia.
Kitab Taqwiinul Buldan yang menerangkan secara terperinci buku penulisan Bethmulus
dengan berpandukan buku lama beliau iaitu Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth).

2. Menghitung garisan Khatulistiwa Bumi

Pada tahun 830M, al-Khawarizmi pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan
mendapati ukurannya ialah 40,248 km berbanding penemuan kini ialah 40,070 km

3. Lakaran peta dunia

Al-Khwarizmi merupakan saintis pertama berjaya melakar peta dunia


Beliau melakukan pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 ahli Geografi yang lain

4. Sumbangan kepada tamadun Barat

Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) teleh diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia
bersama peta-petanya.

Kesimpulan
Al-Khwarizmi merupakan tokoh ilmuan muslim terulung pada zamannya. Penemuan dan
pencapaian beliau dalam bidang Matematik, astronomi dan Geografi membawa implikasi
besar yang mempengaruhi kehidupan dan peradaban manusia sehingga kini. Kecemerlangan
al-Khawarizmi dalam bidang Matematik dan astronomi melayakkan beliau digelar “Bapa
Matematik Moden’ dan “Ahli Falak Diraja
Soalan 4 : Huraikan ciri-ciri seni bina Islam Kerajaan Mongul di India pada abad ke-
17 Masihi.

Pengenalan
 Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka
letak yang dibina oleh manusia.
 Seni bina amat penting dalam memperlihatkan kegemilangan sesuatu ketamadunan.
 Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan kerajaan Moghul di India. Antara tokoh
terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang
seni bina ialah Shah Jahan(1627-1658 M).
 Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 Masihi

Isi-isi
1. Berkonsepkan Kubah

 Ciri-ciri yang paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaanya banyak
yang berkonsepkan kubah. Binaan kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam
memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid atau istana di
India mempunyai kubah.
 Kebanyakkan binaan masjid atau istana di India membina kubah berbentuk bawang
contohnya. Contohnya dalam masjid Jama di Delhi dan Masjid Lapan Mutiara di
Agra mengambarkan seni bina berbentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.
 Jelas menunjukkan bahawa konsep kubah merupakan salah satu ciri dalam seni bina
Islam di India.

2. Ukiran dan Kaligrafi Ayat Al Quran

 Ukiran kaligrafi ayat-ayat suci al Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba
diketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid atau di
istana-istana.
 Selain daripada ayat suci al Quran terdapat juga ukiran-ukiran lain yang digunakan
adalah berasaskan alam semulajadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-
bungaan serta geometri.
 Contohnya dalam Taj Mahal terdapat banyak ayat-ayat suci dalam bentuk ukiran
kaligrafi terutama pada dindingnya. Antara surah di dalam al Quran yang menjadi
hiasan pada Taj Mahal ialah surah Yassin (ayat 36) dan zurah az Zumar (ayat 39).
 Hampir keseluruhan Masjid Jama dihiasi dengan kaligrafi al Quran terutama pada
mimbar di mihrab.
 Ini jelas menunjukkan ukiran dan kaligrafi al Quran digunakan sebagai satu motif
dalam seni bina di India.

3. Unsur Air
 Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu
adalah hasil pengaruh tamadun Islam.
 Contohnya dapat dilihat dalam Makam Humayun. Makam ini dihiasi dengan taman-
taman dan air pancut yang sangat indah serta dikelilingi tembok-tembok tinggi dan
kukuh.
 Taman ini diilhamkan daripada “taman di dalam syurga” seperti yang digambarkan
dalam al Quran.
 Taman ini dibahagikan kepada empat laluan penjalan kaki dan dibahagikan kepada
dua sumber air.
 Setiap empat segi tersebut bersambung antara satu dengan yang lain dan dialiri oleh
air yang mengalir
 Ini membuktikan unsur air menjadi salah satu elemen penting dalam seni bina Islam
di India.

4 . Bahan Binaan
 Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas. Kebanyakan
sumber bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan batu
batuan merah.
 Batu – batu dijadikan asas binaan bangunan – bangunannya yang terdiri daripada
pelbagai saiz.
 Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan
jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan.
 Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan
binaan seramik serta lukisan daripada Teknik stucco.
 Contohnya dapat dilihat dalam bahan binaan bumbung,kubah dan menara Taj Mahal
yang diperbuat daripada marmar putih seni serta seni mozek yang indah.
 Penggunaan warna batu – bata merah dalam pembinaan Kota Merah memperlihatkan
skema warna ‘ monokrome’digunakan untuk membinanya.
 Jelas membuktikan bahawa bahan binaan yang digunakan berkualiti tinggi dan
menyerlahkan kesenian yang unik dan tersergam sehingga kini.

5. Binaan Tembok
 Setiap bangunan atau binaan di India mempunyai tembok. Pembinaan tembok ini jelas
dilihat pada binaan istana.
 Istana Taj Mahal mempunyai tembok yang dihiasi dengan takukan – takukan.
 Selain itu, istana yang terletak di Fathipur Sikri juga mempunyai tembok batu yang
mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi
pemerintah.
 Di samping itu, Makam Humayun juga dikelilingi tembok-tembok yang tersergam
kukuh.
 Kubu (Kota Merah) merupakan pusat pentadbiran Delhi. Kubu ini mempunyai ciri-
ciri keselamatan kerana ia berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk
kota Delhi daripada serangan musuh sejak zaman – berzaman.

6. Taman Bunga
 Bangunan seperti masjid, istana dan makam akan dihiasi dengan taman-taman bunga
yang berwarna-warni dan menghijau.
 Kewujudan taman-taman bunga ini seolah-olah binaan tersendiri sehingga diberikan
nama khusus seperti Taman Bunga Shalamah, Taman Bunga Dara Shikoh dan Taman
Bunga Shalamar Bagh.
 Selain itu, pancutan air juga menambahkan kecantikan dan keindahan bahan binaan
yang terdapat sama ada berhampiran istana hatta makam-makam diraja.

Kesimpulan

 Keunikan ciri-ciri seni bina yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
mengambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina yang dimiliki
oleh orang-orang Moghul.
 Oleh sebab sumbangan Syah Jehan yang begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar
oleh sejarawan sebagai Bapa Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Moghul di India.

Soalan 5 : Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan Kerajaan


Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan

 Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan Uthman Ertuhgrul pada tahun 1289 merupakan
empayar Islam terbesar yang memerintah lebih daripada 600 tahun.
 Pada akhir abad ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai masalah
dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan,
kemerosotan ekonomi dan pemberontakan.
 Seterusnya pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa
kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-kuasa imperialis
Barat.
 Akhirnya pada abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalarn kekuasaan dan
pengaruh Barat termasuk wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah. Gerakan peluasan
kuasa Barat ini bagi memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan sosial mereka
berdasarkan semangat god, gold dan glory.
 Terdapat pelbagai faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan Kerajaan
Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi, yang boleh
dikategorikan kepada faktor politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi utama

Faktor politik

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat


 Dasar imperialisme telah mencetuskan persaingan kuasa dalam kalangan kuasa-kuasa
Barat seperti British, Perancis, Rusia dan sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan
khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka sanggup mengadakan pakatan bagi
merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan ini mempercepat kemaraan
kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah-wilayah yang berada di dalam empayar
Uthmaniyah.
 Kuasa-kuasa Barat bercita-cita meluaskan empayar masing-masing bagi
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan
Uthmaniyah yang dianggap kuasa Islam terkuat pada ketika itu akan menyerlahkan
imej dan kehebatan kuasa Barat berkenaan. Kuasa Barat yang mempunyai tanah
jajahan luas akan disegani dan dihormati.

2. Perubahan dasar hubungan antarabangsa


 Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu daripada dasar
persahabatan dan dasar perlindungan kepada dasar campur tangan berikutan
pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah.
 Sebelum ini pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi
menjaga kepentingan perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat
pemberontakan dan perebutan kuasa dalaman memberi alasan kepada kuasa Barat
mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Uthamniyah.

3. Dasar pecah dan perintah


 Polisi luar terpenting yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menguasai
wilayah Uthmaniyah ialah dasar pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam
yang berada dalam empayar Uthmaniyyah seperti Turki, Arab, Mesir, Armenia,
Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
 Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan
meniupkan fahaman nasionalisme sempit dan berpuak-puak sehingga mereka berjaya
menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah.
 Kesannya, dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan ummah yang sejak sekian lama
dinaungi oleh Khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat menghancurkan
kekuatan empayar Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh
Kristian Eropah.

4. Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia


 Konflik sempadan antara Rusia dan Austria-Hungry dengan wilayah Uthmaniyah
merupakan faktor peluasan kuasa Barat berkenaan ke atas empayar Islam
Uthmaniyah.
 Contohnya, peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1877-
1878 berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-
wilayahnya yang terlepas dalam Perang Crimea. Kejayaan Rusia dalam perang
seterusnya menyebabkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayahnya termasuk
Serbia, Montenegro dan Caucasus.

5. Kelemahan pemerintah Uthmaniyah


 Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran juga menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Uthmaniyah.
 Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik ini tidak memenuhi tuntutan
semasa. Ia membuka peluang dan ruang kepada golongan elit politik merebut kuasa
demi kepentingan peribadi.
 Kelemahan kepimpinan juga menyebabkan kerajaan dikuasai ibu dan isteri sultan
(harem) atau kelompok tertentu dalam istana.
 Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan
kerajaan Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialis Barat. Kelemahan
kerajaan semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti
melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan sosial.
 Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah
merumitkan lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan
tidak teratur. Wilayah luas didiami pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan
kecekapan pentadbiran.

Faktor ekonomi

6. Revolusi perindustrian
 Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan peluasan kuasa-
kuasa Barat ke atas wilayah Islam Uthmaniyah.
 Perkembangan revolusi industri di Eropah pada abad ke-18M meningkatkan tekanan
terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil bumi.
Para pelabur Eropah menyokong gerakan peluasan kuasa bagi memenuhi keperluan
kilang-kilang.
 Dengan memiliki tanah jajahan juga, dapat meluaskan pasaran produk industri kuasa-
kuasa Barat.

7. Keperluan bahan mentah


 Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah yang banyak ekoran
perkembangan revolusi perindustrian.
 Misalnya, Britain memerlukan arang batu untuk menggerakkan enjin, lokomotif dan
kapal laut berkuasa wap.
 Selai itu, para pemodal Eropah juga telah menanam modal di wilayah-wilayah
Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, lombong,
mengimport buruh dan sebagainya. Sebagai contoh, pemodal Perancis berjaya
menguasai Algeria, wilayah Uthmaniyah yang kaya raya dengan sumber bumi.
 Tambahan pula, penemuan minyak mentah di wilayah Uthmaniyah, khasnya di Iraq
dan Iran (bukan wilayah Uthmaniyah) menambahkan minat kuasa-kuasa Barat
meluaskan tanah jajahan. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan
konsesi cari gali minyak. Kepentingan minyak dalam revolusi perindustrian
mencetuskan persaingan antara negara-negara Eropah dalam usaha menguasai
wilayah Uthmaniyah.
 Seterusnya, tindakan Jerman memasuki era perlumbaan dengan merebut harta
kekayaan kerajaan Uthmaniyah membimbangkan kuasa-kuasa Barat lain. Awal abad
ke-20M, persaingan menguasai sumber minyak semakin ketara apabila banyak
kawasan petroleum ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.

8. Kepentingan Terusan Suez


 Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa-kuasa Barat menggiatkan usaha
menguasai wilayah Uthmaniyah, khasnya Mesir.
 Dengan menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala
terpenting dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan
Suez menjadi pilihan para pedagang Asia dan Barat kerana ia menjimatkan masa dan
kos perdagangan tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
 British berminat menguasai Terusan Suez kerana sebilangan besar kapalnya melalui
terusan ini, khasnya menuju ke India (tanah jajahan British). Justeru, British telah
membeli saham kompeni Terusan Suez.

9. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis


 Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan
bangsa Eropah menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadikan
kebergantungan ekonomi umat Islam kekal berada dalam cengkaman mereka.
 Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir berpunca daripada usaha
pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang meruncing. British mengambil
kesempatan menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai ekonomi Mesir.

Faktor sosial

10. Sentimen keagamaan


 Sentimen keagamaan memainkan peranan utama dalam gerakan peluasan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyah.
 Buktinya, terdapat peranan dan restu pihak gereja dan tokoh-tokoh agama Kristian di
sebalik misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat. Mereka menganggap misi
peluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan suatu tugas suci dan agung dalam
usaha menjayakan gerakan Kristianisasi. Matlamat agama menyebabkan golongan
gereja sanggup mengenepikan kekejaman, penindasan dan kezaliman dalam misi
penjajahan yang dilakukan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam.
 Peluasan kuasa Barat Kristian terhadap wilayah Uthmaniyah yang diperintah kerajaan
Islam merupakan lanjutan daripada siri-siri Perang Salib yang bermula pada tahun
1906. Sultan Abdul Hamid II, pemerintahan Uthmaniyah terakhir mendakwa kempen
Perang Salib yang dilancarkan terhadap kerajaan Uthmaniyah masih berterusan. Ini
mendorong mereka mengkristiankan penduduk tempatan bagi menyaingi dan
menyekat pengaruh agama Islam yang semakin berkembang. Tambahan, Khalifah
Uthmaniyah dianggap ancaman utama kepada penganut dan wilayah Kristian seperti
yang berlaku ke atas kota Konstantinopal, pusat agama Kristian Timur.
 Berlaku juga perebutan pengaruh antara Britain dan Rusia untuk menjadi wakil
penduduk Kristian di wilayah Uthmaniyah juga telah merancakkan sentimen agama
dalam gerakan peluasan kuasa Barat ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyah.

11. Permasalahan Timur dan modenisasi


 Kuasa-kuasa Barat menggunakan alasan ‘Permasalahan Timur’ (The Eastern
Question) dan konsep modenisasi untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam
ehwal politik dan sosial antarabangsa.
 Buktinya, kenyataan oleh Cecil Rhodes, Bapa Imperialisme Moden British
mengatakan bahawa ‘Kita adalah ras yang tertinggi di dunia, maka makin luas bumi
yang kita duduki, makin baik untuk umat manusia'.
 British dan Belanda menggunakan slogan ‘Beban Orang Putih’ dan ‘Takdir Tuhan’
manakala Perancis menggunakan slogan 'Tugas Menyebarkan Tamadun'.
 Dengan itu, kuasa-kuasa Eropah mendakwa mereka lebih maju dan berkewajipan
untuk mentamadunkan penduduk dunia, khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka
memburukkan imej Islam sebagai agama yang menghalang kemajuan.

12. Kegagalan Dasar Tanzimat dan isu Balkan


 Dasar tanzimat yang dilaksanakan pemerintah Uthmaniyah membuktikan kuasa-kuasa
Barat memainkan isu-isu penindasan terhadap penganut Kristian di wilayah-wilayah
Balkan untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam bidang sosio-politik.

13. Gerakan Sekularisasi


 Dasar imperialisme merupakan sebahagian perancangan kuasa Barat untuk menjajah
minda dan pemikiran umat Islam Uthmaniyah dengan penerapan dasar-dasar sekular
dalam bidang pendidikan dan komunikasi.
 Mereka menyebarkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat pribumi, khasnya
golongan elit tempatan. Kuasa-kuasa Barat memuji golongan Islam berpengaruh yang
menerima konsep hidup moden khasnya tokoh-tokoh sekular Uthmaniyah seperti
Mustafa Kamal Attaturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp, dan sebagainya.
 Pihak Barat berjaya memasukkan jarum-jarum pemikiran secara halus dan perlahan-
lahan atas nama tamaadun, kemajuan, modenisasi dan seumpamanya sehingga tanpa
disedari rakyat pribumi terpengaruh dengan cara hidup asing dan melupakan
identitinya sendiri.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan mereka dalam


Perang Dunia Pertama.
 Impak daripada kekalahan tersebut menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan
wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
 Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada penubuhan
negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan khilafah Islamiah.

Soalan 6 : Bincangkan faktor luaran yang menyumbang kepada pembentukan negara


bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan
 Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir
abad ke-19M dan awal abad ke-20M.
 Sesebuah negara melalui kerajaan yang ditegakkan akan berusaha mempertahan dan
meneruskan kelangsungan bahasa, sejarah dan budaya bangsa serta menyusun
langkah-langkah mempertahankan tanahairnya. Atas faktor bangsa, maka anggota
masyarakat itu akan mengidentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan
kesetiaan tertinggi kepada bangsa dan negara.
 Negara Mesir pada abad ke-18M merupakan sebahagian dari wilayah Uthmaniyah.
 Pembinaan negara bangsa bermula apabila Mesir berusaha membebaskan diri
daripada penguasaan Uthmaniyah berikutan empayar berkenaan mula mengalami fasa
kelemahan pada akhir abad ke-19M dan awal abad ke-20M.
 Pembentukan negara bangsa Mesir dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran seperti
kesan gerakan negara bangsa yang berlaku di Eropah dan Arabia serta kemunculan
kuasa-kuasa imperialis Barat.

Isi-isi :

1. Persaingan kuasa Barat menguasai Mesir


 Dasar imperialisme Barat telah mencetuskan persaingan di antara kuasa-kuasa Barat
seperti British dan Perancis untuk menguasai wilayah naungan Turki Uthmaniyah
termasuk Mesir.
 Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan peluasan kuasa-
kuasa Barat ke atas Mesir.
 Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa-kuasa Barat menggiatkan usaha untuk
menguasai Mesir.
 Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting
dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara.
 Penguasaan Barat ke atas Terusan Suez dan beberapa kepentingan lain menyebabkan
rakyat Mesir tidak berpuas hati kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara Mesir.
Maka lahirlah gerakan kesedaran yang membawa kepada kebangkitan rakyat untuk
menyelamatkan maruah bangsa dan negara.

2. Perang Dunia Pertama


 Era Perang Dunia Pertama menyaksikan rakyat Mesir terutama golongan petani
dikerah British meninggalkan pekerjaan dan menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang
Merah dan hamba tentera British di Palestin, Gallipoli dan Perancis. Dalam
peperangan ini, ramai rakyat Mesir terkorban.
 Pada masa yang sama, kehadiran ramai tentera Bersekutu di bumi Mesir telah
menjadikan penduduk berasa lemah untuk melindungi dan mempertahankan negara.
 Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan semangat penentangan terhadap
penjajah semakin membara kerana tuan-tuan tanah tertindas akibat kegiatan menanam
kapas yang disekat oleh British dan golongan menengah di bandar terpaksa
menghadapi kenaikan harga barangan yang terlalu tinggi.
 Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk
mempertahankan imej dan maruah negara bangsa daripada cengkaman kuasa Barat.

3. Gerakan nasionalisme Arab


 British memainkan sentimen bangsa dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan
bangsa Arab berbanding bangsa Turki dalam isu kepimpinan umat Islam sejagat.
 British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan
Sharif Husain di Hijaz agar bangkit menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di
Tanah Arabia.
 Kebangkitan bangsa Arab mempengaruhi penduduk Mesir membebaskan diri dari
naungan kerajaan Turki Uthmaniyah.
 Elemen bangsa merupakan gagasan penting yang mempengaruhi pembentukan
identiti dan jati diri bangsa Mesir.

4. Gerakan pembinaan negara bangsa di Eropah


 Tindakan kerajaan Mesir menghantar ramai pelajar ke Eropah telah melahirkan
golongan cendiakwan berpendidikan Barat.
 Pada awal abad ke-20M, idea-idea baharu dari Barat seperti nasionalisme, negara
bangsa dan sekularisme mula meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan cerdik
pandai Mesir.
 Konsep negara bangsa merupakan kesan daripada fahaman kebangsaan moden yang
diperjuangkan oleh golongan terpelajar yang akhimya membawa kepada penubuhan
negara bangsa Mesir.

5. Kelemahan Khalifah Turki Uthmaniyah


 Pembentukan negara bangsa Mesir dipengaruhi juga oleh kelemahan Khalifah Turki
Uthmaniyah.
 Pejuang negara bangsa Mesir menganggap ketidakmampuan kerajaan Turki
Uthmaniyah menghadapi kuasa Barat dan menaungi wilayah Islam berpunca dari
kelemahan sistem pemerintahan dan kekuasaan mutlak sultan.
 Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin nyata apabila terpaksa tunduk
kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat
dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan sosial.
 Situasi ini membangkitkan kesedaran rakyat membentuk identiti baharu bagi negara
bangsa Mesir.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah, isu hutang Terusan Suez dan
penyebaran ideologi Barat merupakan penyumbang utama kepada gerakan
pembentukan negara bangsa Mesir.
 Perjuangan pembinaan negara bangsa semakin terserlah berikutan penguasaan Barat
terhadap Mesir dan pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
 Kelahiran tokoh-tokoh nasionalis merancak dan melengkapkan lagi usaha berkenan
sehingga pembentukan negara bangsa Mesir berjaya direalisasikan.

You might also like