You are on page 1of 4

Penyataan Masalah

(TAJUK) Kajian kes ini mengkaji tentang ketokohan kepimpinan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin yang unggul merangkumi sifat Baginda sebagai pemimpin, bagaimana
Baginda membangunkan ekonomi umat Islam dan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa yang
mampu mentadbir negara ke arah kegemilangan.

2. Objektif Kajian

Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20%
markah akan dimasukkan dalam PAT 2020.

            Ia juga bertujuan supaya murid-murid mengamalkan sifat-sifat murni Nabi


Muhammad SAW, ketokohan Baginda sebagai pemimpindan usaha-usaha Baginda
membangunkan ekonomi bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga masyarakat bukan
Islam.

            Melalui kajian ini juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi,
meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.

3. Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara
sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:

1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan
fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi
adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah tingkatan 1 dalam Bab 8
muka surat 170.

2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi
mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara lama web yang telah saya layari ialah
_____________________ (link @ pautan  internet yang telah dirujuk).
3. Kaedah Rujukan di perputakaan- Saya telah mengunjungi Perpustakaan Asia Pacific
Smart School Subang bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya.

Ketokohan Kepimpinan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Yang Unggul

Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama
dalam membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari sudut akhlak, akidah dan
syariah. Baginda dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy pada 12
Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M. Ayahanda baginda bernama Abdullah
bin Abdul Muttalib, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Abdullah merupakan
peniaga yang sering berulang alik dari Makkah ke Syam. Detik permulaan Tamadun Islam
dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama
oleh Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos
610 M. Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula dengan perkataan
Iqra’ (bacalah). Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan
tamadun. Berbekalkan semangat “Iqra” inilah Tamadun Islam berkembang dan maju.
Seterusnya, wahyu kedua, Surah al-Mudassir (ayat 1 hingga 7) diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW yang merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh
Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Nabi Muhammad
SAW diiktiraf sebagai Rasulullah dan pemimpin yang unggul.

Kejayaan Baginda memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin negara,


pemimpin masyarakat, pembangun ekonomi dan pemimpin tentera seperti yang dinyatakan
dalam al-Quran dan hadis. Sebagai Pemimpin Negara Tempatan , ketokohan Nabi
Muhammad SAW terserlah apabila baginda berjaya merangka perlembagaan atau Piagam
Madinah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Dalam piagam ini, orang bukan
Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing. Baginda
juga mempersaudarakan masyarakat Islam dan menyatukan masyarakat Islam dengan
bukan Islam. Ketokohan baginda juga terbukti pada peringkat antarabangsa. Baginda
berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti ke Habsyah,
Mesir, Byzantium dan Parsi. Pemimpin Masyarakat Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke
Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah. Selepas
berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau perundingan,
keadilan, persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah. Baginda menyatukan kaum
Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
dengan menerapkan nilai toleransi, hormat menghormati dan mengutamakan keadilan
dalam kalangan masyarakat.

Dari segi pembangunan ekonomi, Baginda mengamalkan perdagangan dan


hubungan luar. Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara
negara Islam Madinah dengan kawasan lain. Kedudukan Madinah yang terletak di laluan di
antara Yaman dan Syam menjadikan aktiviti perdagangan bertambah maju. Pedagang dari
arah selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan. Menggalakkan
hubungan luar dengan semua negara. Pertanian Nabi Muhammad SAW menggalakkan
masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip
ekonomi Islam, seperti bekerja bersungguhsungguh, mencari rezeki yang halal, larangan
penindasan dan riba. Selain itu, Nabi Muhammad SAW sendiri membangunkan ekonomi
dengan menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah
yang tergadai kepada kaum Yahudi. Abdul Rahman bin Auf merupakan sahabat Nabi
Muhammad SAW yang terkaya. Beliau banyak menyumbangkan kekayaannya untuk
perkembangan agama Islam. Pembangunan pasar Suq al-Ansar Nabi Muhammad SAW
mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli bagi
membangunkan ekonomi umat Islam. Pasar Suq al-Ansar telah didirikan dan berjaya
membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan pesaing mereka, iaitu orang
Yahudi.

Pemimpin yang berwibawa mampu mentadbir negara ke arah kegemilangan. Hal ini
demikian kerana, pemimpin yang mentadbir negara merupakan kekuatan rakyatnya.
Pemimpin yang dipilih biasanya merupakan seseorang yang berani, bertanggungjawab dan
sangat menyayangi rakyat yang berada dibawah kepimpinannya. Kita telah pun mengetahui
keagungan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara dan masyarakat yang telah
berjaya membawa negara Islam Madinah mencapai kesejahteraan. Piagam Madinah
berjaya mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kehidupan yang aman antara
kaum. Baginda bukan sahaja menumpukan hal akidah, tetapi hal ehwal kehidupan duniawi.
Kita haruslah mencontohi akhlak mulia baginda dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepimpinan baginda boleh menjadi teladan bagi memantapkan jati diri.

 
Rujukan

1. Buku (Nama penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama syarikat
yang menerbitkan)
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid,
2016. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2.� Mengunjungi perpustakaan Sekolah Asia Pacific Smart School

3. Internet 
https://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/

Lampiran

You might also like