You are on page 1of 110

Bab 2

PERKEMBANGAN
PERADABAN ISLAM

Disediakan oleh :
AHMAD HISHAM AZIZAN
2.0 Perkembangan Peradaban Islam
• • Peradaban Islam di zaman awal
2.1 Islam

• Zaman Bani Umayyah dan


2.2 Abbasiyyah

• Zaman Kerajaan Uthmaniyyah


2.3
PENDAHULUAN
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.

Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan


Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah
dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan


Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul
India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan
terbesar di dunia.

Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam
yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke
tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah
iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

3
Skop Perbincangan

Zaman Perkembangan Peradaban Islam

Zaman Kecemerlangan
Zaman kerajaan Bani
Umayyah, Abbasiyah
dan Uthmaniyah
Zaman Perkembangan
Zaman Khulafa‘
ar-Rasyidin

Zaman Awal
Zaman Nabi Muhammad

Semenanjung Arab
Sebelum
Kedatangan Islam
Semenanjung Arab Sebelum Kedatangan Islam

Lokasi
Negara-negara semenanjung Arab ialah Arab Saudi, Kuwait, Bahrain,
Turki, Syria, Yaman dan (Lihat peta).
Keadaan masyarakat
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat Arab Hadhari dan Arab
Badwi
Hidup berpuak-puak dan sangat mementingkan perkauman dan
keturunan
Diketuai oleh Sheikh Qabilah (Ketua Suku).
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh mewarisi harta dan boleh
dijual beli atau dijadikan hamba seks)
Mengamalkan budaya tilik nasib
Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian dan sastera seperti sajak,
puisi dan pidato.
Sikap positif :- menghormati tetamu dan menepati janji

5
Sambungan….

Kepercayaan
Menyembah berhala dan lain-lain kepercayaan
Menganut agama yang telah diselewengkan dari agama asal Nabi Ibrahim
iaitu agama Tauhi

Ekonomi
Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai sumber ekonomi
sehingga ke negeri Syam dan Yaman
Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang ternakan, pakaian,
hamba, patung berhala, rempah dan emas.
Perdagangan secara sistem barter

6
2.1 TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN AWAL –
(NABI MUHAMMAD)

ISLAM DI
MEKAH
PERISTIWA
HIJRAH
ISLAM DI
MADINAH

Keperibadian
Nabi Muhammad

7
Perkembangan Islam di Mekah dan Madinah

Mekah Madinah
(610 -622Masehi) (622-632 Masehi)

HIJRAH

8
ISLAM DI MEKAH

LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD

AQIDAH AKHLAK

Mengubah kepercayaan Menggalakkan amalan nilai murni –


kepada konsep keesaan tolong menolong, hormat
kepada Tuhan menghormati
Membasmi amalan
khurafat Menentang sikap fanatik kepada
suku kaum
HIJRAH:
Perpindahan [hijrah] Rasulullah
s.a.w. dari Makkah ke Madinah
demi menegakkan Islam sebagai
ad-Din dan daulah [negara]

HIJRAH KE MADINAH
PERISTIWA
HIJRAH

Tahun HIJRAH - 622 Masihi


Nabi Muhammad berumur 53 tahun
Faktor penghijrahan
Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah
Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah
Setelah melihat umat Islam ditekan dan dipulau oleh masyarakat
Arab Mekah
Antara sahabat yang berhijrah bersama Nabi ialah Saidina Abu Bakar as-
Siddiq
Masjid berperanan sebagai tempat ibadah dan penyebaran agama Islam.
Hikmah Peristiwa Hijrah
Konsep ukhuwwah – pencetus kedamaian Madinah
ORGANISASI
TENTERA

EKONOMI DAKWAH

POLITIK PENDIDIKAN

SOSIAL SENIBINA

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI MADINAH:


PERUBAHAN & SUMBANGAN
ASPEK SOSIAL
 Menyatukan golongan Muhajirin
(pengikut Rasulullah s.a.w. yang
berhijrah dari Makkah ke
Madinah) & Ansar (penduduk asal
Madinah yang telah memeluk
Islam)
 Mengangkat golongan wanita
yang sebelum ini ditindas &
dipandang hina oleh masyarakat
Arab Jahiliah
 Mewujudkan institusi masjid yang
memainkan peranan penting
dalam membina kecemerlangan
umat Islam
ASPEK POLITIK
 Membentuk piagam Madinah
[sahifah al-Madinah]
 Melantik gabenor, pemungut cukai
& hakim untuk melicinkan
pentadbiran wilayah Islam
 Melahirkan masyarakat baru
dikenali sebagai ummah &
merubah prinsip suku bangsa
 Mengasaskan sistem syura iaitu
suatu sistem permesyuaratan
dalam kerajaan Islam yang
berpandukan al-Quran & al-Hadith
NABI MUHAMMAD s.a.w. – dikenali sebagai Majlis Syura atau
DILANTIK MENJADI KETUA Majlis Penasihat
NEGARA  Pembentukan NEGARA ISLAM
PERTAMA
PERLEMBAGAAN
MADINAH /SAHIFAH AL-MADINAH
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia

• Tujuan utama digubal : -


Mewujudkan keadilan dan kesaksamaan kepada
semua suku kaum yang berada di Madinah.
• Mengandungi 47 fasal yang menjamin hak asasi dan
kedudukan masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
PIAGAM MADINAH [SAHIFAH AL-MADINAH]
Mengandungi 10 bab & 47 fasal iaitu:
Bab 1: Pembentukan ummah [Fasal 1-2]
Bab 2: Hak Asasi manusia [Fasal 3-10]
Bab 3: Perpaduan seagama [11-15]
Bab 4: Perpaduan seluruh warganegara [Fasal 16-23]
Bab 5: Golongan minoriti [Fasal 24-35]
PIAGAM MADINAH
Bab 6: Tugas warganegara [Fasal 36-38]
Perlembagaan bertulis Bab 7: Melindungi negara [Fasal 39-41]
pertama di dunia
Bab 8: Pemimpin negara [Fasal 42-44]
Bab 9: Politik perdamaian [Fasal 45-46]
47 FASAL: Bab 10: Penutup [Fasal 47]

23 Fasal – Hubungan 23 Fasal – Hubungan


1 Fasal - Penutup
Sesama Umat Islam Dengan Bukan Islam
MADINAH menjadi Pusat Pemerintahan Islam Pertama

Penerimaan ajaran Islam oleh kaum Ansar di Madinah (puak Aus dan Khazraj)
di peringkat awal kedatangan Nabi Muhammad dan para sahabat baginda ke
Madinah.
Perjanjian Kebebasan yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad
-Setiap manusia yang hidup dijamin hak asasi mereka
Perjanjian keadilan dan keamanan
– jenayah diharamkan, menghalang penceroboh/perampas
Persefahaman di kalangan penduduk
- Yahudi dan Muslim adalah warganegara Madinah.
- Memberikan peluang kepada orang Yahudi/bukan Islam menyumbang
idea/pendapat/tenaga kerja/penglibatan dalam organisasi/aktiviti
ekonomi Madinah.
Sistem Organisasi yang amat kukuh berlandaskan prinsip Syura

Termaktub dalam sebuah perjanjian


ASPEK EKONOMI
 Memperkenalkan dasar percukaian tersendiri
iaitu zakat, jizyah, kharaj, fai’ dan ‘usyur.
 Menghapuskan amalan riba
 Menggunakan emas [dinar] & perak [dirham]
sebagai mata wang – suatu yang telah
disunnahkan oleh Nabi s.a.w.
 Memperkenalkan dasar-dasar berhubung
pasaran iaitu mengiktiraf pasar bebas
individu & mengadakan pasar kawalan
kerajaan
 Penubuhan BAITULMAL – Hanzalah dilantik
sebagai setiausaha untuk memastikan urusan
sentiasa berjalan dengan baik
 Menggalakkan orang Islam untuk
menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
 Mengasaskan sistem penguatkuasaan –
mengelakkan penipuan & penyelewengan
 Memberi perhatian kepada bidang ternakan
& pertanian – pekerjaan utama rata-rata
penduduk Madinah
SUMBER KEWANGAN NEGARA ISLAM MADINAH
ZAKAT – kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu
yang mencukupi nisab
JIZYAH – cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendiami
negara Islam
KHARAJ – cukai tanah milik orang bukan Islam atau cukai ke atas tanah milik orang
Islam yang diperolehi melalui peperangan
FAI’ – harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian daripada pihak musuh setelah
pihak musuh menyerah kalah
‘USYUR – 1/10 cukai yang dikenakan ke atas perniagaan atau komoditi orang bukan
Islam
GHANIMAH – harta rampasan perang 4/5 [80%] daripadanya diberi kepada para
pejuang Islam
KHUMUS – Kadar 1/5 ke atas harta karun, harta benda dan sebagainya
SADAQAH – sedekah yang diberikan oleh penduduk Madinah
ASPEK DAKWAH

 Rasulullah s.a.w. memberi perhatian


serius kepada bidang dakwah & secara
kasarnya tertumpu kepada:
 Membina & menyusun masyarakat
serta negara Islam
 Memelihara & mempertahankan
masyarakat dan negara Islam

 Mengirim para pendakwah ke seluruh


pelusuk Semenanjung Tanah Arab &
negara-negara yang berjiran mengajak
mereka kepada Islam – Rasulullah s.a.w.
memberi latihan insentif kepada mereka
agar Islam dapat disebarkan dengan baik
ORGANISASI TENTERA
 Tiada satu organisasi tentera yang khusus
ditubuhkan. Sebarang pengambilam,
pemerintahan dan gerakan ketenteraan
adalah bersifat SUKARELA.
 Ketua Panglima Tentera negara Islam
yang pertama di Madinah ialah
RASULULLAH S.A.W.
 Taktik peperangan Nabi s.a.w. banyak
bergantung kepada keadaan persekitaran
medan peperangan & musuh yang
TUJUAN PEPERANGAN: dihadapi. Antaranya:
Bersifat mempertahankan agama  Membuat perjanjian perdamaian
& penyebarannya, nyawa, harta dengan pihak musuh
benda dan maruah umat Islam dan  Menguasai tempat strategik
bukannya atas dasar kepentingan  Penyamaran
politik, ekonomi dan sosial semata-  Menggunakan kepintaran untuk
mata mengetahui jumlah musuh
 Menggali parit
ASPEK SENIBINA
 Titik permulaan senibina Islam ialah
terdirinya masjid pertama iaitu
Masjid Quba’

 Rasulullah s.a.w. membina rumahnya


sendiri di Madinah [100 hasta
persegi]

 Terlibat secara langsung dalam


penggalian parit sebagai kubu di
dalam perang Khandak

 Rasulullah s.a.w. telah terlibat dalam


pembinaan semula Kaabah apabila ia
runtuh dilanda banjir
ASPEK PENDIDIKAN
 Menubuhkan institusi pendidikan
Islam – ilmu pengetahuan disebarkan
ke seluruh ceruk rantau wilayah Islam
 Mempunyai 9 buah sekolah (masjid) –
yang terpenting ialah sekolah (masjid)
Kaabah

 Menghantar guru untuk mengajar di


seluruh wilayah Islam di
Semenanjung Tanah Arab –
menjadikan semua kabilah Badwi &
yang lainnya berilmu & berpendidikan
khususnya di dalam memahami al-
Quran
Keperibadian Nabi Muhammad
Perkara Huraian
Keturunan Bani Quraisy- salasilah daripada Nabi Ibrahim
Gelaran / Keperibadian al-Amin pada usia remaja – oleh masyarakat
Mekah
Salah seorang Nabi Ulul al-Azmi
Seorang yang zuhud
Dilantik menjadi Rasul Ketika berusia 40 tahun

Perkahwinan Pada usia 25 tahun dengan Saidatina Khadijah


(usahawan terkenal) yang berusia 40 tahun
Berlangsung selama 20 (kerana Saidatina
Khadijah wafat)
Pekerjaan yang dilakukan Pengembala kambing
Ahli perniagaan
Perkara Huraian
Bersifat penyayang dan pemurah, bertimbang rasa,
Pemimpin keluarga ringan tulang – membantu kerja-kerja rumah

Sangat dihormati dan disayangi termasuk bapa


saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat
memeluk Islam)
• Mewujudkan kemesraan tidak kira masyarakat muslim atau bukan
muslim dengan akhlaknya
• Konsep persamaan taraf sesama manusia. Antara strategi yang
dilakukan untuk menghapuskan konsep perhambaan :-
- membeli hamba
- melaksanakan konsep kaffarah
• Menjadi pendamai bagi puak yang bertelagah contoh peristiwa:
meletakkan batu Hajr al-Aswad.
Sistem kepimpinan - sebagai Ketua Negara:-

Berdasarkan wahyu Allah SWT


Konsep Syura (dengan beberapa proses perbincangan dan permuafakatan) sama
ada dalam sistem organisasi Negara atau sistem pertahanan Negara.
Melaksanakan dasar turun padang sebagai contoh teladan kepada masyarakat.
Memberikan jaminan Hak Asasi kepada rakyat
Membebaskan negara dari penjajahan Rom dan Parsi

Strategi dalam mewujudkan hubungan antarabangsa

Sebagai diplomat - menghantar perwakilan ke negara luar seperti Mesir, Parsi


dan Byzantine
PERKARA HURAIAN
Pasukan pejuang ditubuhkan bertujuan untuk pertahankan
agama Islam

Menjadi Panglima Tentera


Akhlak dalam peperangan :
Perjuangan secara
• Membalas serangan daripada pihak musuh
berkualiti • Melarang keras membunuh/memerangi kanak-kanak,
wanita dan orang tua.

Strategi

Lebih banyak mengadakan jalan diplomasi/perdamaian


Tidak menceroboh pihak lawan
Membahagikan harta rampasan perang dengan adil
Zaman Perkembangan:
Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
 Dipimpin oleh empat orang Khalifah :
o Abu Bakar al-Sidiq (632M – 634M)
o Umar bin al-Khattab (634M – 644M)
o Uthman bin Affan (644M – 656M)
o Ali bin Abu Talib (656M – 661M)
 Pusat Pentadbiran di Madinah
 Perlantikan khalifah melalui sistem syura
KHALIFAH PERTAMA:
ABU BAKAR AL-SIDDIQ
[11-13H/632-634M]
RIWAYAT HIDUP

ABU BAKAR AL-SIDDIQ:


 Nama sebenar: Abdullah bin Abi Quhafah
 Dilahirkan di Makkah pada tahun 572M, 2 tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
 Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy iaitu Bani Tamim
 Lelaki dewasa PERTAMA memeluk Islam
 Digelar ABU BAKAR: orang yang mula-mula menerima dakwah
Rasulullah s.a.w.
 Digelar AL-SIDDIQ: sentiasa meyakini & membenarkan setiap
perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. – contoh yang
terbesar iaitu peristiwa ISRA’ & MIKRAJ
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM PERTAMA selepas kewafatan
Nabi s.a.w.
 Meninggal dunia pada tahun 13H ketika berumur 63 tahun &
dikebumikan bersebelahan makam Nabi Muhammad s.a.w.
PELANTIKAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ MENJADI KHALIFAH
 Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda
sebelum baginda wafat
 Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan untuk melantik Abu
Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam
pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2
tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)
 Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
 Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & merupakan sahabat baik baginda
 Beliau yang diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam
sewaktu baginda sakit
 Rasulullah telah memilih beliau untuk mengetuai rombongan haji pertama
umat Islam
 Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang
ditunjukkan oleh umat Islam. Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi
menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara
SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM
 Menghapuskan nabi-nabi palsu, golongan murtad & enggan membayar zakat
 Mengirim tentera ke Qudha‘ah & Abna di Syria serta mempertahankan Madinah
daripada ancaman Parsi & Rom Timur
 Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah,
Taif, Yaman dan melantik Amir (ketua) mentadbirnya
 Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang-undang tanah, hak golongan mawali
(golongan non-Arab)
 Memerintahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan tulisan al-Quran pada batu, kayu,
kulit binatang kerana ramai hafiz al-Quran syahid. Salinan al-Quran ini disimpan
oleh Umar al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi s.a.w.) dan Uthman bin Affan
KHALIFAH KEDUA:
UMAR AL-KHATTAB
[13-23H/634-644M]
Keturunan Quraisy dari suku Bani Adi
Diberi gelaran al-Farooq (Pembeza antara kebenaran dan
kebatilan) oleh Nabi Muhammad kerana kepribadiannya yang
menyerlah
Pemilihan sebagai khalifah – dicadangkan oleh Abu Bakar as-
Siddiq dan dipersetujui oleh ahli Syura
Tempoh pemerintahan selama 10 tahun (634M – 644M)
Melaksanakan dasar syura dalam pemilihan pemimpin dan
gabenor-gabenor wilayah
Menggunakan dasar turun padang – melihat keadaan rakyat
SAIDINA UMAR BIN ALKHATTAB

Politik Ekonomi Sosial


Sistem pentadbiran – pengasingan kuasa (separation of
power)
Membahagi wilayah pemerintahan kepada 8 bahagian
dan diantik gabenor bagi setiap wilayah
Mewujudkan Jabatan-jabatan kerajaan Cth : Jabatan
Persuratan (Diwan al-Barid), Jabatan Pemungut
Cukai(Diwan al-Kharaj), Jabatan Ketentaraan
Ketenteraan – tentera sepenuh masa dan tentera sukarela
(dari kalangan orang awam), membayar gaji
tetap,mewujudkan kategori ketenteraan ch : pasukan
tentera berkuda, pasukan pemanah, pasukan penunggang
kuda, pasukan berjalan kaki
Meluaskan kuasa politik sehingga ke Syam, Mesir dan
Parsi
Berjaya mengambil alih kuasa Rom Timur
Mencipta Takwim Hijrah

38
Sistem ekonomi – Penubuhan Baitul Mal
(Perbendaharaan Negara)
Mewujudkan sistem penyeliaan kewangan – memisahkan
orang yang mengutip cukai daripada tugas kepimpinan
dan eksekutif
Mewujudkan jabatan cukai – terbahagi kepada empat
kharaj, jizyah, zakat dan usyur
Penduduk bukan Islam yang fakir dan miskin - tidak
dikenakan cukai jizyah dan diberi bantuan khas kepada
yang tidak mampu bekerja
Mewujudkan skim simpanan untuk tentera – menjamin
kehidupan keluarga
Memperkenalkan mata wang Islam
Memperkenalkan konsep hisbah – menjaga kepentingan
pengguna

39
Memberi jaminan keamanan kepada semua rakyat –
tanpa pengecualian dan diskrimani kaum dan agama.
Rakyat bukan islam bebas mengamalkan agama dan
mencari harta
Memberi jaminan kepada ahli keluarga tentera yang
keluar berperang
Golongan hamba dipelihara daripada ditindas
Memberi galakan kepada rakyat menuntut ilmu :-
- menyediakan guru dan guru diberi gaji yang lumayan
- menubuhkan lebih banyak sekolah di masjid – untuk
ilmu pengajian Islam – seperti kuttab (untuk pra sekolah)
- menggalakkan menghafal al-Quran

40
KHALIFAH KETIGA:
UTHMAN BIN AFFAN
[23-35H/644-656M]
RIWAYAT HIDUP

UTHMAN BIN AFFAN:


 Nama sebenar: Uthman b. Affan b. Abu al-’As b. Umaiyah
 Dilahirkan di Makkah pada tahun 576M
 Berketurunan Bani Umayyah, seorang bangsawan dari golongan
Quraisy
 Antara 10 orang yang terawal memeluk Islam
 Digelar ZUNNURAIN [dua cahaya]: menikahi dua orang puteri
Rasulullah s.a.w. iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM KETIGA selepas kewafatan
Umar al-Faruq
 Meninggal dunia pada 8 Zulhijjah tahun 35H sambil memeluk al-
Quran yang dibacanya
PELANTIKAN UTHMAN BIN AFFAN MENJADI KHALIFAH
 Dilantik daripada 6 cadangan calon di mana undi sama banyak telah diterima oleh
Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Tinjauan persetujuan orang ramai &
jawatankuasa syura yang ditubuhkan oleh Umar sebelum ini memillih Uthman bin
Affan sebagai khalifah
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Uthman menjadi Khalifah Islam
ketiga pada tahun 23H dan memerintah Negara Islam selama 12 tahun
[pemerintahan yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa al-Rashidin]
SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
 Bidang Ketenteraan – banyak melakukan perluasan kuasa dan berjaya menakluki
Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa
buah negara lagi – bertanggungjawab menubuhkan angkatan tentera laut Islam
pertama [Abdullah bin Qays Harith merupakan panglima tentera laut Islam
pertama]
 Pembukuan al-Quran & Menyeragamkan penulisan al-Qur‘an (sumbangan
terbesar) – mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru & digunakan secara
rasmi untuk seluruh umat Islam – dikenali dengan nama Mushaf Uthmani
 Pembesaran Masjid Nabawi – telah membeli tanah bagi memperluaskan kawasan
tersebut dan telah diluaskan pada tahun 29H
 Menyebarkan Dakwah Islam – melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga
melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat
 Membina jambatan, jalan raya & rumah rehat pengembara
KHALIFAH KEEMPAT:
ALI BIN ABI TALIB
[656-661M]
RIWAYAT HIDUP

ALI BIN ABI TALIB:


 Nama sebenar: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
 Dilahirkan di dalam Kaabah, Makkah pada tahun 601M, 9 tahun
sebelum Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi Rasul
 Berketurunan Bani Hasyim & sepupu Rasulullah s.a.w.
 Sejak kecil diasuh & dididik oleh Rasulullah s.a.w. & berkahwin
dengan Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w.
 Kanak-kanak pertama memeluk Islam
 Digelar KARRAMULLAHU WAJHAH: orang yang dimuliakan Allah
wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir
 Digelar juga ABU AL-HASSAN & ABU TURAB
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM KEEMPAT selepas kewafatan
Uthman bin Affan
 Meninggal dunia di Kufah pada 17 Ramadhan, 41H/661M
PELANTIKAN ALI BIN ABI TALIB MENJADI KHALIFAH
 Menjadi khalifah setelah didesak oleh segelintir masyarakat. Pada mulanya
menolak pelantikan tersebut tetapi atas keputusan ahli syura & persetujuan
sokongan suara terbanyak, Ali bin Abi Talib menerima jawatan tersebut
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Ali menjadi Khalifah Islam
keempat [khalifah terakhir dalam Khulafa al-Rashidin] pada tahun 35H dan
memerintah Negara Islam selama 5 tahun
SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
 Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah & bermusuhan
[menerima jawatan khalifah dalam suasana negara huru-hara]
 Menubuhkan pasukan polis yang diberi nama as-Syurtah
 Beliau melengkapkan angkatan berkuda Islam
 Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki
 Menubuhkan badan perisik
 Membina markas tentera di Parsi dan Syria
 Bermulanya perkembangan ilmu sains dan matematik
 Meneruskan cukai jizyah kepada kafir Zimmi
2.2 Zaman Kerajaan Bani
Umayyah dan Abbasiyyah

-Bani Umayyah di Damsyik (661M-750M)


-Bani Umayyah di Andalus (756M-1031M)
-Kerajaan Abbasiyyah (750M–1258M)
Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik
• Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada
tahun 661M
• Pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria
• Bermula zaman kegemilangan ketika zaman
Khalifah al-Walid bin Abdul Malik hingga Yazid
bin Abdul Malik
• Kerajaan berakhir pada 750M oleh gerakan
Abbasiyyah

50
KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Khalifah ke -8 kerajaan Bani Umayyah pada tahun 717M/99H


Keturunan Khalifah Umar al-Khatab (dari sebelah ibunya)
Dianggap sebagai khalifah ke-5 Khulafa’ ar-Rasyidin
Mempunyai keperibadian yang tinggi – amanah, zuhud dan
taat kepada Allah dan Rasul
Sebelum menjadi khalifah :
- pernah dilantik menjadi Gabenor di beberapa wilayah
termasuk Madinah
Tempoh pemerintahan selama 2 tahun 5 bulan

51
KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Politik Ekonomi Sosial


Politik

• Mengembalikan semula demokrasi syura


• Menghapuskan sistem feudal amalan perwarisan dalam pemilihan
pemimpin
• Menyusun semula pentadbiran – memilih gabenor, hakim, dan
pegawai kerajaan yang berilmu dan berintegriti
• Pemimpin yang zalim dan gagal melaksana tugas dengan sempurna
akan dipecat
• Menggunakan pendekatan diplomasi dalam meluaskan wilayah
Islam – melalui pendekatan dakwah
• Pelaksanaan hukum yang adil

53
Ekonomi

• Meletakkan asas –harta milik Allah dan kegunaannya untuk


memenuhi keperluan.
• Golongan pembayar zakat meningkat dan kemiskinan berjaya
dihapuskan
• Lebihan wang zakat diberikan sebagai subsidi sosial (pembiayaan
perkahwinan bagi yang memerlukan)
• Menegah orang-orang Arab memiliki tanah di negara-negara yang
dibuka
• Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab setelah mereka memeluk
Islam, diganti dengan kharaj.

54
Sosial

• Tidak mewujudkan diskriminasi antara orang Arab dan


bukan Arab
• Memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik – memiliki
keperluan asas hidup
• Mengambil berat tentang penyebaran ilmu pengetahuan Islam

55
Stesen keretapi di Madinah
57
58
Sistem pergantian Khalifah melalui garis
keturunan – tidak melalui Majlis Syura

Pertentangan etnik antara suku – Wujud semangat


kabilah seperti yang diamalkan pada zaman
Golongan Mawali (bukan Arab) – jahiliyah – tidak dapat mewujudkan kesatuan
tidak berpuas hati – wujud jurang
status
FAKTOR
Kemunculan kekuatan baru
KEJATUHAN – kerajaan Abbasiyah
KERAJAAN BANI
Latar belakang terbentuknya Dinasti
Bani Umayyah – masih berlaku UMAYYAH DI
penentangan daripada golongan Syiah DAMSYIK
& Khawarij – tidak dapat menyatukan
golongan ini Kelemahan pemerintah kerajaan Bani
Umayyah – khalifah lalai terhadap
tanggungjawab kepada rakyat
Zaman Kecemerlangan:
Zaman Bani Umayyah (Andalus)
• Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil(Abdul Rahman I) tahun 756M
• Berpusat di Cordova, Andalus
• Terbahagi kepada 2 zaman pemerintahan :-
 1. Era pemerintahan amir (756-929) – tidak menggunakan gelaran khalifah
sebagai menghormati kehebatan khalifah Abbasiyyah di Baghdad
 2. Era pemerintahan khalifah (929- 1031) – menggunakan gelaran khalifah
selepas Andalus semakin kuat dan kerajaan Abbasiyyah semakin lemah
• Zaman pemerintahan khalifah merupakan zaman keemasan terutamanya
ketika era pemerintahan Abdul Rahman III dan al-Hakam II.
• Menguasai hampir keseluruhan semenanjung Iberia
• Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus berakhir pada tahun 1031M
• Peta wilayah Kerajaan Umayyah di Andalus
BIODATA

KESELAMATAN
NEGARA
KEILMUAN

Khalifah al
Hakam II

HUBUNGAN PEMBANGUNAN
DIPLOMATIK DAN SENIBINA
Biodata
• Nama: al-Hakam bin Abdul Rahman an-Nasir
• Lahir pada tahun 915M dan meninggal dunia
pada 976M
• Khalifah ke-2 Bani Umayyah di Andalus dari
961M hingga 976M
• Seorang yang bijaksana, adil,cinta ilmu, warak
dan seorang penyair
Keilmuan
• Membina Perpustakaan Umawi yang dianggap
perpustakaan terbesar pada zaman pertengahan(lebih
400,000 buah buku)- faktor minat Al-Hakam yang
mendalam pada ilmu dan mengumpul buku
• Terdapat 70 buah perpustakaan lain seluruh Andalus
• Menggalakkan penterjemahan buku-buku astronomi,
perubatan, dan lain-lain ke Bahasa Arab
• Menggaji guru-guru bagi mengajar anak-anak orang
miskin
• Terdapat 27 buah sekolah percuma- 3 di Masjid Besar
Cordova dan 24 sekitar Cordova
samb
• Muncul ramai sarjana ilmu seperti Al-Zahrawi
(Abulcasis) dalam bidang perubatan
• Menubuhkan Universiti Cordova- universiti
terulung dunia zaman tersebut
• Memberi upah kepada pensyarah universiti
dan biasiswa kepada pelajar
Pembangunan dan senibina
• Memperluaskan Masjid Besar Cordova -
memasang mosaic
• Melengkapkan pembinaan Al-Madinah al-Zahra`-
pusat pentadbiran baru kerajaan-transformasi
• Memperbesarkan jalanraya dan membina pasar-
pasar- membaiki jambatan besar Qordova
• Menerangi jalan-jalan sekitar Qordoba dengan
lampu pada waktu malam- penempatan
bersistem
Hubungan diplomatik
• Hubungan yang neutral dengan Abbasiyyah
• Khalifah menjadi orang tengah menyelesaikan
konflik negeri-negeri Kristian.
• Utusan dari wilayah Kristian seperti Castille,
Barcelona, Salamanca, Kerajaan Byzantine, dan
Maharaja Jerman,datang ke Cordoba untuk
berdamai dan menghantar utusan/duta- tradisi
perutusan sejak zaman nabi
• Kebebasan beragama -agama lain bebas untuk
diamalkan –tradisi sejak zaman nabi
Keselamatan negara
• Menguatkan angkatan laut; Almeria merupakan
pangkalan utama
• Mematahkan serangan dari laut oleh orang
Norman(Denmark) pada tahun 966,970 dan
971M
• Mengalahkan kerajaan Syiah Fatimiah di utara
Maghribi tahun 974M
• Memberi naungan terhadap negeri-negeri
Kristian di utara Andalus (Navarre, Castile dan
Leon)
Kelemahan pemerintah – boros, tidak
melaksanakan syiar Islam yang sebenar

Ketenteraan – mengambil tentera asing –


tiada kesatupaduan & mudah dikalahkan
Perbalahan & permusuhan
sesama sendiri
FAKTOR
Perpecahan dalam
KEJATUHAN masyarakat
KERAJAAN BANI
Bentuk fizikal yang bergunung
ganang – menyukarkan UMAYYAH DI
perhubungan & kawalan ANDALUSIA
pentadbiran Peribadi pegawai kerajaan – tamak
& gilakan kuasa
Zaman Kecemerlangan:
Zaman Bani Abbasiyyah
• Diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali
bin Abdullah bin al-Abbas pada tahun 750M
• Berpusat di Baghdad, Iraq
• Mempunyai 37 orang khalifah
• Zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Harun al-
Rasyid dan Khalifah al-Makmun
• Berakhir pada tahun 1258M apabila Baghdad
ditakluki tentera Mongol yang diketuai oleh
Hulagu Khan
Peta empayar Bani Abbasiyyah
BIODATA

Khalifah
PERTAHANAN
NEGARA Harun al- KEILMUAN
Rasyid

HUBUNGAN
LUAR
Biodata
• Nama- Harun bin Muhammad bin Abdullah bin
Muhammad
• Lahir di Rayy pada tahun 763M dan meninggal
dunia di Tus tahun 809M.
• Khalifah kelima Bani Abbasiyyah dari tahun 786M
hingga 809M
• Khalifah terulung Bani Abbasiyyah
• Pemurah, bertaqwa, mencintai ilmu, bijaksana
• Setiap tahun berjihad atau pergi haji secara
selang-seli
Keilmuan
• Zamannya dianggap zaman kegemilangan ilmu
sains, agama, kesenian dan lain-lain.
• Menubuhkan Baitul Hikmah - pusat pendidikan
dan penterjemahan
• Antara tokoh-tokoh ulama:-
 saintis seperti Ibn Hayyan dalam bidang kimia,
Muhammad bin Hassan al-Syaibani,Imam Malik
dan Imam Syafie dalam bidang fiqh
Al-Jahiz- sastera dan syair
Samb..
• Kesenian dan kebudayaan- Kisah Aladdin,Ali
Baba dan Sindbad dalam Kisah 1001 Malam
(kisah rekaan), Jenaka Abu Nawas banyak
dikaitkan dengan dengan Khalifah Harun al-
Rasyid, Kisah Laila Majnun
• Cluster ilmu:-
Kufah dan Basrah- sastera dan fiqh
Baghdad- sains dan matematik
 Madinah- ilmu hadith
Hubungan luar
• Hubungan neutral dengan Kerajaan Bani Umayyah di
Andalus
• Konflik dengan Empayar Byzantine-berjaya memenangi
banyak peperangan
• Hubungan diplomatik dengan Maharaja Charlemagne
dari kerajaan Franks. Khalifah menghadiahkan jam air
automatik diperbuat dari tembaga
• Hubungan diplomatik dengan Dinasti Tang di China
• Memberi kebebasan beragama – agama lain bebas
untuk diamalkan
Pertahanan negara
• Memadamkan pemberontakan orang Arab di
Syria dan Mesir, golongan Khawarij dan Syiah
dan pemberontakan di wilayah Khurasan
• Kemerdekaan wilayah lain seperti kerajaan
Adarisah di Maghribi (788) dan kerajaan
Aghalibah di Tunisia (788)
• Memimpin tentera ke Asia Minor memerangi
tentera Byzantine hingga ke pinggir Kota
Konstantinople
biodata

Reformasi
Pentadbiran
ekonomi

Sultan
Salahuddin
al-Ayyubi

Keilmuan Peperangan

Pembangunan
dan senibina
Biodata
• Nama – Salahuddin Yusof bin Ayyub dari bangsa
Kurdis
• Lahir pada tahun 1137M di Tikrit dan meninggal
dunia pada tahun 1193M di Damsyik. Tidak
meninggalkan apa-apa melainkan 36 dirham dan
1 dinar selepas kematiannya.
• Seorang yang bijaksana, warak, bertoleransi
• Berjaya menyatukan dunia Islam bagi
menghadapi serangan tentera Salib
• Menjadi pemerintah Mesir pada 1171M selepas
kematian Khalifah Fatimiah terakhir di Mesir.
Pentadbiran
• Mewujudkan jawatan naib sultan untuk
memerintah ibu kota ketika ketiadaan sultan
• Membahagikan negara kepada wilayah
berasingan seperti Mesir, Syam,Iraq Yaman dll.
• Menetapkan polisi negara manakala
pelaksanaan diberi kebebasan kepada
gabenor wilayah (desentralisasi)
Peperangan
• Bagi menyatukan dunia Islam, beliau menguasai
banyak wilayah di Syria dan Iraq.
• Berjaya mengalahkan tentera Salib di dalam
Perang Hittin tahun 1187M.
• Pada 2 Oktober 1187, Baitul Maqdis berjaya
dikuasai oleh orang Islam
• Siri peperangan dengan tentera Salib berterusan
sehingga diadakan perjanjian perdamaian-
Perjanjian Ramla tahun 1192M antara Sultan
Salahuddin dan Raja Richard dari England
Masjid al-Aqsa
Samb
• Ketika memasuki Baitul Maqdis, tidak membunuh
penduduk Kristian di dalamnya.
• Orang Kristian yang miskin dan tua tidak perlu
membayar wang tebusan.
• Membahagikan tentera kepada:
 Tentera berkuda
 Tentera pejalan kaki
 Tentera pembantu seperti bahagian
manjenik,perisikan,pembawa bekalan dll.
 Tentera sukarela
Pembangunan dan senibina
• Membina banyak kubu pertahanan sekitar
Kaherah, Fustat dan lain-lain untuk
berhadapan serangan luar.
• Kubu yang terkenal ialah Kubu Salahuddin di
Kaherah
• Membina sekolah,madrasah, hospital dan
lain-lain
Keilmuan
• Menubuhkan 24 buah sekolah di Kaherah (al-Maqrizi) antaranya:-
Madarasah Salahiyah dan Madrasah Masyhad al-Husayni.
• Menukar pengajian Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada 972 M)
yang bermazhab Syiah ke mazhab Ahli Sunnah selepas Salahuddin
al-Ayyubi berkuasa di Mesir.
• Pengajian perubatan di hospital spt:-
 Hospital al-Nasiri di Kaherah dari bekas istana, Hospital Iskandariah
dan Hospital al-Salahi di Baitul Maqdis. Ciri-ciri hospital ini:-
Bahagian khas untuk lelaki dan perempuan,bilik khas untuk
penyakit tertentu seperti demam,penyakit mata dll,bilik ketua
doktor,dewan kuliah untuk pembelajaran, perpustakaan,dapur
masak, farmasi dll
Reformasi ekonomi
• Mementingkan pertanian untuk elak kebuluran
terutamanya pasa masa peperangan
• Mesir menjadi pusat perdagangan timur dan
barat
• Industri pembuatan senjata,tenunan, kain,sutera,
pembuatan kaca,seramik,kapal dll.
• Menghapuskan cukai dan duti eksais seperti:
Yuran haji bagi umat Islam dari Maghreb Islami,
pedagang Yaman
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH

Perselisihan aliran
Kelemahan pemerintahan kerajaan fahaman agama –
Abbasiyah yang bermula semasa Jawatan khalifah menjadi pemberontakkan puak
pemerintahan Al-Wathiq (227- rebutan – perebutan Syiah dan Khawarij yang
232H/842-847M) – tidak melakukan kuasa berlaku menuntut jawatan khalifah
sebarang pembaharuan

Perpecahan wilayah-wilayah di
bawah kekuasaan Abbasiyah yang
Kegawatan ekonomi – menuntut kemerdekaan –
aktiviti perdagangan kurang pembentukan kerajaan & pengaruh
akibat pemberontakan dan sendiri oleh bangsa Turki & Parsi
rusuhan sering berlaku

Kezaliman terhadap musuh –


bertindak kejam – hukuman yang
Serangan musuh dari luar – dari
dikenakan melampau
orang Georgia dan Armenia –
tentera salib – tentera Moghul
2.3 Zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Zaman
kegemilangan
Ibu-ibu kota kerajaan sewaktu
Diasaskan oleh Uthmaniyyah:- pemerintahan Berakhir pada
Uthman bin 1. Sogut (1302-1326) Sultan tahun 1924M
Mempunyai 37
Ertughrul bin
Sulaiman Shah
2. Bursa ( 1326- 1365) orang Muhammad apabila sistem
3. Edirne (1365-1453) sultan/khalifah al-Fateh, khalifah
pada tahun
1299M 4. Istanbul ( 1453- Sultan Salim I dimansuhkan
1924) dan Sultan
Sulaiman al-
Qanuni
Empayar Turki Uthmaniyyah
biodata

Ketenteraan keilmuan

Sultan
Muhammad
al-Fateh

Peluasan Senibina dan


wilayah pembangunan
Biodata
• Nama penuh – Mehmet bin Murad Khan
• Lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh
• Lahir pada tahun 1432M di Edirne dan meninggal dunia pada tahun
1481M
• Merupakan sultan ke-7 kerajaan Bani Uthmaniyyah
• Memerintah dari tahun 1451M-1481M
• Seorang yang bijaksana, warak, pemimpin yang tegas dan askar
yang berani
• Menguasai pelbagai bahasa: Turki, Arab, Parsi, Hebrew, Greek,
Hebrew dan Latin
• Memberi kebebasan beragama di dalam negara- pentadbiran gereja
Ortodoks dan Katholik untuk pengikutnya dan golongan Yahudi
Keilmuan
• Membina banyak sekolah dan kolej di seluruh
negara seperti Universiti Istanbul pada tahun
1453 dan Masjid Fatih di Istanbul (1470)
• Melakukan transformasi pendidikan di dalam
pembinaan kurikulum- sekolah mempunyai
peringkat dan peperiksaan
• Memberi gaji guru dan biasiswa kepada pelajar
• Menjadikan sistem pendidikan percuma di
seluruh empayar
Masjid Fatih
Samb…
• Menghormati ulama dan memberi gaji kepada
mereka supaya terus berkhidmat
- jawatan Syeikhul islam-memberi fatwa rasmi
• Memberi galakan kepada bidang
kesusasteraan khususnya penyair seperti
Ahmad Basha Mahmud, Mahmud Basha,
Kasim Basha
• Memberi gaji bulanan sebanyak 1000 dirham
kepada sasterawan
Samb…
• Memerintahkan penterjemahan buku-buku
dari bahasa Yunani,Latin, Arab dan Parsi ke
bahasa Turki.
• Cth kitab al-Tasrif oleh al-Zahrawi dan Parallel
Lives (Paralel Hayatlar) oleh Plutarch
• Antara tokoh ilmuan – Ali Qusyji (1474M)
bidang astronomi, manakala bidang
matematik seperti Maula Lutfi (1494M) Marm
Jalbi (1525M)
Pembangunan dan senibina
• Banyak membina masjid, sekolah, istana, hospital, tempat
mandi awam, pasar besar- Istana Topkapi, Masjid Hagia
Sophia
• Berusaha menjadikan kota Istanbul menjadi kota tercantik
di dunia dan pusat ilmu serta kesenian
• Membina rumah rehat untuk musafir dan pedagang
dengan makan secara percuma maksimum 3 hari
• Membuat sistem yang teratur di hospital dari segi rawatan,
pemberian ubat, doktor dan kakitangan hospital
• Rawatan dan ubat adalah percuma
• Sistem penyaluran air yang moden ke penempatan
• Membina jalanraya yang baik terutama di laluan
perdagangan
Peluasan wilayah
• Berjaya menguasai kota Konstanstinople pada
tahun 1453M
• menguasai banyak wilayah di timur Eropah
seperti Bosnia(1463M), Serbia, Greece,
Empayar Trebizond, Wallachia, Albania dll.
• Menguasai Laut Mediterranean dan Laut
Hitam
• Laluan Sutera, pintu masuk barangan ke
eropah
Ketenteraan
• Membina banyak pusat latihan tentera dan
perindustrian berasaskan persenjataan.
• Tentera elit Janissary
• Teknologi senjata
- Meriam besar dan termoden (meriam Urban)
setiap peluru seberat 300 kg dan mampu
menembak sejauh 1 batu.
Laluan Sutera
PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
8) Pembangunan
1) Kesatuan Umat & Dunia 9) Hubungan dengan
Sosial – menjaga
Islam – mempertahankan masyarakat bukan
kebajikan rakyat –
agama tauhid dan syariat Islam terjalin dengan
pembinaan pelbagai
Islam dari ancaman luar baik
kemudahan

2) Mempertahankan 7) Membina jaringan


negara umat Islam & keretapi – tanah Syam 10) Penguasaan Tiga
ajaran Islam – menyekat ke Madinah – [3] Lautan Utama –
kemaraan tentera salib memudahkan urusan Laut Mediterranean,
selama 600 tahun [7-13M] ibadah haji Laut Merah & Laut
Hitam – dikenali
sebagai Lautan Islam
3) Mempertahankan
6) Meneruskan usaha
Tanah Suci Islam [Mekah,
dakwah
Madinah, Palestin]

5) Pembentukan
Pemerintahan
4) Amalan Syura
Berasaskan Akidah
yang satu
KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
Di akhir kurun ke-18 Masihi, kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan
sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas
daripada penguasaan mereka kepada kuasa Eropah atau kepada serpihan
kerajaan Islam lain. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun
akhirnya telah runtuh apabila sultan terakhirnya, Sultan Abdul Hamid telah
digulingkan daripada pemerintahannya oleh kumpulan belia Turki pimpinan
Jeneral Mustaffa Kamal Artatuk dan seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki
seumur hidup
1) Masalah dalaman &
luaran – masalah 7) Keruntuhan
peperangan yang moral bangsa
6) Perebutan
berlarutan dalam tempoh turki
kuasa
yang lama

8) Keterbelakangan
5) Konsep Raja dalam bidang ilmu –
2) Perjanjian Passarowitz – perlu belajar daripada
cuba memajukan kota sekitar Berpelembagaan –
terpengaruh dengan barat
Balkan [Russia] – gagal
bersaing & ketinggalan idea barat tetapi
mampu bertahan dalam
tempoh yang singkat
sahaja
9) Keterbelakangan
dalam bidang
persenjataan – tidak
3) Pemodenan &
dapat pertahan
Reformasi Sistem –
negara sendiri
tiada persepakatan
4) Nasionalisme –
pemberontakan etnik
berlaku
KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN KHALIFAH
1) Tiada Penerapan Sistem 6) Kaum Muslimin
Islam – hukum Islam tidak semakin lemah –
lagi digunakan sebaliknya maruah umat Islam
undang-undang ciptaan jatuh 7) Kekacauan berlaku
manusia akibat ketiadaan
khalifah

5) Eksploitasi kekayaan
Muslimin – bergantung
2) Penyebaran Islam Tidak kepada kuasa asing
Dilaksanakan – leka & untuk mendapatkan
terpengaruh dengan barat teknologi walaupun
negara Islam kaya 8) Dunia Islam
dengan sumber alam mengekori Eropah
dalam semua bidang
khususnya ilmu
pengetahuan
3) Tiada Kuasa
Perlindungan –
mengharapkan barat untuk 4) Perpecahan
mempertahankan Islam Muslimin dan wilayah
Islam
Garis masa kerajaan dan tokoh

Zaman Bani Umayyah (Damsyik)


(661-750) Zaman Kerajaan
-Khalifah Umar bin Adul Aziz Uthmaniyyah
(717-720) (1299-1924)
Zaman Nabi Sultan Muhammad al-
Muhammad Zaman Bani Umayyah (Andalus)
Fateh
(610-632) (756-1031)
(1451-1481)
-Khalifah al-Hakam II (961-976)

Zaman Bani Abbasiyyah


Zaman Khulafa` (750-1258)
ar-Rasyidin (632-661) -Khalifah Harun Al-Rasyid
-Khalifah Umar bin Al-Khattab (786-809)
(634-644) -Sultan Salahuddin al-Ayyubi
(1171-1193)
Kesimpulan

• Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan-kerajaan


banyak memberi sumbangan kepada manusia
sejagat samada dari aspek spiritual dan fizikal.
• Kemajuan dunia banyak ditunjangi oleh
pemerintah yang penuh dengan sifat positif
seperti adil, bijaksana, tqawa dll.
• Kemajuan umat Islam masa silam seharusnya
menjadi motivasi untuk maju pada hari ini.
Rujukan
1. Alfazlur Rahman (1990). Muhammad SAW Panglima Tentera. Selangor : Penerbitan Hizbi.
2. Al-Sallabi,Ali Muhammad.(2008).Salah al-Din al-Ayyubi.Beirut:Dar al-Ma`rifah.
3. _______________(terj.). (2011). Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
House of Publishers Sdn. Bhd.
4. Inalcik,Halil. (2002) .Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyyah. Beirut: Dar al-Madar al-Islami.
5. Hanif Md Lateh@ Junid et al. (2011) .Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi
Negara.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Mahayudin Yahya. (1993). Sirah nabi Muhammad SAW (Zaman Makkah). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
7. Anan,Muhammad Abdullah. (1997) .Daulah al-Islam fi al-Andalus. Kaherah:Maktabah al-Khanji.
8. Albayyumi,Muhammad Rajab. (2000) .Harun al-Rasyid.Damsyik: Dar al-Qalam.
9. ____________________. (1998) .Salah al-Din al-Ayyubi. Damsyik: Dar al-Qalam.
10. Muhammad Syaari Abdul Rahman. (2012) .Kuasa kepimpinan al-Fateh. Bangi:PTS Millennia.
11. Ramawan bin Ab. Rahman (peny.). (2011). Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam. Shah
Alam : UPENA.
12. Mustafa,Syakir.(1998).Salah al-Din.Damsyik: Dar al-Qalam.
13. Abu Khalil,Syauqi.(1999).Harun al-Rasyid Amir al-Khulafa`.Damsyik:Dar al-Fikr.
14. Oztona,Yilmaz. (1988) .Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyyah. Istanbul:Muassasah Faisal li al-Tamwil
15. Zulkifli Dahlan et.al. (2009). Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. Shah Alam: UPENA.
PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM ZAMAN KERAJAAN ISLAM
TAMAT

You might also like