You are on page 1of 3

KONSEP UMMAH

  Perkataan ’ummah’ adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud satu golongan atau
komuniti. Mengikut Abdul Al-Baqi, perkataan ummah telah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali
seperti ummah nabi atau rasul yang diutuskan oleh Allah untuk memimpin ummah seperti ummah
Nabi Ibrahim, ummah Nabi Isa, ummah Nabi Musa, ummah Nabi Lut dan ummah Nabi Muhammad
SAW. Dalam al-Quran juga menyatakan bahawa konsep ummah merujuk kepada semua makhluk
Allah termasuklah masyarakat manusia, ahli kitab, malaikat, jin dan makhluk yang lain Ummah
bererti masyarakat atau umat manusia.  Dalam konteks ummah yang wujud pada zaman Rasulullah
SAW, merujuk kepada masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan
Islam.  Umat Islam inilah kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan negara Islam pertama di
Madinah pada tahun 622M. Mereka terdiri daripada golongan Muhajirin yang berhijrah dari Makkah
ke Madinah dan kemudian bergabung dengan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai golongan
Ansar. Golongan Ansar ini terdiri daripada dua puak yang pada mulanya bermusuhan, iaitu suku Aus
dan suku Khazraj tetapi telah disatukan oleh Rasulullah SAW. Golongan Ansar dan Muhajirin ini telah
dipersaudarakan bagi tujuan membentuk umat Islam yang kuat di kota Madinah.  Kewujudan
ummah telah disebut dengan jelas dalam Fasa 1 Piagam  Madinah yang menjadi perlembagaan
negara Islam yang paling sempurna  wujud di dunia.

                 Konsep ummah mengikut dalam Perlembagaan Madinah fasal 1 dan 2 menyatakan bahawa
semua umat Islam Madinah yang terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar, penduduk-penduduk
Madinah, dan golongan yang menyokong mereka dianggap sebagai satu ummah. Ini bererti pada
peringkat awal, konsep ummah di zaman Nabi Muhammad saw  tidak terhad kepada umat Islam
sahaja tetapi termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi ( Bani Quraizah, Nadhir dan
Qainuqa’ ) dan kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah seperti Bani Jusham, Sai’dah, Al-Harith dan
lain-lain.  Bagi umat Islam mereka dikenali sebagai ’Ummah Wahidah’ (masyarakat yang satu )
manakala orang bukan Islam dianggap sebagai orang kafir Zimmi (mereka yang dilindungi). Selain itu,
konsep ummah di zaman Nabi Muhammad SAW  juga merujuk kepada masyarakat yang mematuhi
undang-undang negara Islam sama ada mereka beragama Islam ataupun tidak. Ini kerana bagi
masyarakat yang tidak mematuhi perlembagaan Madinah akan disingkir atau dihukum mengikut
peruntukan undang-undang di dalamnya. Secara umumnya, konsep ummah merujuk kepada semua
masyarakat yang tinggal di  Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW tanpa mengira agama atau
bangsa asalkan mereka patuh dan taat kepada undang-undang yang ditetapkan di dalam Piagam
Madinah yang digubal pada tahun 622 M.
  Langkah-langkah pembentukan ummah di Madinah / langkah-
langkah Nabi Muhammad SAW selepas menubuhkan negara Islam
di Madinah

i)             Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar                              

Persaudaraan yang diperkenalkan amat mendalam hinggakan mereka bukan sahaja dapat bergaul
dengan lebih mesra, bahkan dapat mewarisi harta pusaka dan mempunyai hak yang sama dalam
keluarga masing-masing melalui ikatan perkahwinan serta ikatan akidah. Melalui konsep inilah
golongan Muhajirin yang sebelum ini berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang dapat dibantu
memulakan kehidupan baharu dengan bantuan saudara seagama seperti mempersaudarakan
Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar bin al-Khattab dengan Itban bin Malik,
Abdul Rahman bin Auf dengan Sa’ad al-Rabi’ dan lain-lain.

ii)             Menyatukan kaum Aus dan Khazraj (Ansar)

Penyatuan antara golongan Ansar ( penduduk Madinah ) iaitu  antara golongan Aus dengan Khazraj.
Baginda telah menerapkan iman dalam setiap sanubari kedua-dua kaum ini agar semangat asabiyah
yang diamalkan sebelum ini terhapus.  Nabi Muhammad SAW juga menyeru kepada kedua-dua
kaum tersebut supaya melupakan persoalan hutang darah dan dendam kesumat akibat Perang
But’ah yang telah   meragutribuan nyawa. Sebaliknya mereka mesti hidup dalam keadaan aman dan
saling bekerjasama.

iii)             Penggubalan Piagam Madinah

Nabi Muhammad SAW telah mengambil beberapa langkah  yang boleh menjamin keamanan di
Madinah. khususnya menghindarkan  daripada tindakan jahat orang Yahudi yang boleh mengancam
keselamatan umat Islam.  Nabi Muhammad SAW telah menggubal Perlembagaan Madinah pada
tahun 1 Hijrah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal yang menyentuh segala aspek
kehidupan sesebuah negara. Antaranya menggariskan peranan Rasulullah sebagai ketua negara,
tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam terhadap negara Madinah, keselamatan, perundangan
dan sebagainya. Contohnya Nabi Muhammad SAW telah memperuntukkan di dalam Piagam
Madinah hak-hak golongan Yahudi seperti memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat
agama mereka, kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, social, adat istiadat dan mereka diminta
bersedia mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh.  Di dalam Piagam Madinah
setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.

iv)             Membina masjid

Nabi Muhammad SAW telah membina masjid sebagai langkah menyatukan umat Islam.Masjid bukan
sahaja dijadikan sebagai tempat ibadat oleh umat Islam tetapi sebagai simbol penyatuan ummah.
Masjid telah dijadikan tempat segala aktiviti umat Islam seperti perbincangan untuk menyelesaikan
masalah negara, menerima tetamu asing dan sebagainya. Masjid yang terawal dibina ialah Masjid
Nabawi dan Masjid Quba.
v)             Mengawal kegiatan golongan munafik

Seterusnya untuk mengelak berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam,  Nabi Muhammad SAW
telah bertindak mengawal aktiviti golongan munafik yang merupakan kaum yang berpura-pura
memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam.
Nabi Muhammad SAW menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum
munafik. Langkah ini berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan kematian ketuanya
Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik.

You might also like