You are on page 1of 6

Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran (Tutorial 7)

Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah.

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat


perlembagaan. Perlembagaan ini telah digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan
sebuah kerajaan Islam di Madinah. Piagam ini mengandungi 10 bab dan dipecahkan kepada 47
fasal. Ia turut menonjolkan nama pemimpin iaitu Nabi Muhammad, nama rakyat iaitu penduduk
tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta
Madinah sebagai negara Islam. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah
mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh
diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat
mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.

Kepentingan piagam Madinah yang pertama ialah semua kaum bertanggungjawab


mempertahankan Madinah. Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah
tidak kira yang beragama islam atau bukan islam. Mereka sama-sama mengembeleng tenaga
mempertahankan Madinah dari serangan musuh. Mereka juga tidak boleh mengadakan hubungan
dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam di Madinah. Semangat cinta
akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama
sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah. Islam menganggap
ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama orang islam selagi
mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka. Perbezaan agama tidak
menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

Kepentingan yang kedua pula ialah menjamin kebebasan kaum Yahudi. Kaum Yahudi
pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah. Atas kesedaran itu, Piagam
Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut
agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri. Tujuannya supaya
kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan
antara mereka. Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan
agama.
Kepentingan Piagam Madinah yang ketiga ialah kebebasan kepada setiap penduduk.
Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Tiada lagi penindasan seperti yang
dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian
hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan
beramal, bekerja dan sebagainya. Jaminan kebebasan meliputi semua aspek kehidupan selagi
tidak bercanggahan dengan syariat Islam.

Kepentingan yang keempat pula menyatupadukan masyarakat Madinah. Hubungan baik


dapat diadakan dengan masyarakat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling
menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya. Perlembagaan Madinah memainkan peranan
supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem
serta menghindari permusuhan. Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan
perkembangan dari segi nilai tradisi jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-
masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.

Kepentingan yang kelima ialah Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul
di Madinah. Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan
kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi. Baginda bertanggungjawab
menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan
di Madinah. Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila
timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan
keputusan Rasulullah dibuat. Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua
dan hakim negara yang tinggi.

Kepentingan yang keenam pula ialah dapat mengatur hubungan kaum Yahudi. Masyarakat
Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan. Mereka tidak boleh memaksa
orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebebasan telah diberikan kepada mereka.
Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Mereka yang mematuhi piagam ini akan
diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan
memungkiri janji.
Kepentingan piagam Madinah yang ketujuh ialah pemerintahan bercorak musyawarah.
Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka. Semua kaum boleh
mengemukakan pendapat kerana piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang
teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah. Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur
oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam perang Badar. Sifat demikian akan mengeratkan
lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulannya, kesan daripada piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat
membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara
luar. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah
luar ke Madinah.
Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan (Tutorial 10)
Huraikan sebab-sebab termeterainya Perjanjian Hudaibiyah dan implikasinya terhadap
perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian yang pertama dimeterai antara kaum Quraisy
Makkah dengan umat islam Madinah. Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah bersamaan
627 Masihi di sebuah kampung bernama Hudaibiyah. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh
Nabi Muhammad s.a.w bagi pihak umat islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.
Dalam jangkamasa panjang, perjanjian ini memberi impak positif terhadap perkembangan islam
di seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Antara sebab-sebab termeterainya Perjanjian Hudaibiyah yang pertama ialah keinginan


umat islam untuk menziarahi Makkah dan menunaikan Haji. Umat islam telah berhijrah ke
Madinah selama 6 tahun dan mereka rindukan kampung halaman. Kaabah telah dijadikan kiblat
baru bagi umat islam, menggantikan kiblat yang lama iaitu Masjidil al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi melakukan tawaf di Kaabah. Ini menambahkan tekad
umat islam untuk mengerjakannya.

Sebab-sebab yang kedua pula ialah disebabkan oleh halangan dan ancaman daripada
musyrikin Quraisy. Rombongan umat islam seramai 1500 orang cuba dihalang daripada
memasuki Kota Makkah oleh 200 tentera berkuda pimpinan Khalid bin al-Walid. Umat islam
melencong ke jalan lain untuk elakkan pertumpahan darah dan telah berhenti di Hudaibiyah.

Sebab yang ketiga ialah disebabkan oleh tindakan menghalau umat islam secara diplomasi.
Musyrikin Quraisy berkeras menghalang kedatangan umat islam. Mereka bimbang maruah dan
kewibawaan sebagai penguasa di Kota Makkah tercabar. Mereka menghantar utusan-utusan
sebanyak 4 kali untuk menghalau umat islam secara diplomasi. Nabi Muhammad s.a.w telah
menghantar Saidina Uthman bin Affan ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Quraisy untuk
menjelaskan sebab kedatangan kaum muslimin.
Sebab yang keempat pula ialah Bai’ah al-Ridwan. Tercetus khabar angin mengatakan
Saidina Uthman bin Affan telah ditangkap dan dibunuh. Umat islam mengadakan ikatan sumpah
setia dikenali sebagai ‘Bai’ah al-Ridwan’ bertujuan untuk menebus maruah umat islam yang
datang secara aman dan dengan niat yang suci. Peristiwa ini telah menggemparkan Quraisy dan
mereka telah membebaskan Saidina Uthman. Musyrikin Quraisy menghantar Suhail bin Amru
untuk mengadakan rundingan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Manakala implikasinya terhadap perkembangan islam yang pertama ialah negara islam
Madinah diiktiraf. Persetujuan Musyrikin Quraisy mengikat perjanjian damai bermakna mereka
mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin negara islam Madinah. Ia juga
bererti mereka terpaksa mengiktiraf kewujudan negara islam Madinah kerana perundingan
politik hanya akan berlaku antara dua negara yang setaraf.

Implikasi yang kedua pula ialah umat islam bebas berdakwah. Gencatan senjata selama 10
tahun memberi peluang kepada umat islam menyebarkan islam dengan bebas dan meluas tanpa
takut ancaman Quraisy dan sekutu-sekutu mereka. Utusan dakwah dihantar ke Ghassan,
Habsyah, Bahrain, Mesir, Parsi dan Oman.

Implikasi yang seterusnya pula ialah pertambahan bilangan umat islam. Kebebasan kepada
kabilah Arab untuk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah menyatakan
seokongan mereka secara terang-terangan kepada umat islam. Sebelum ini mereka takutkan
ancaman Quraisy, contohnya Bani Khuzaah dan suku Daus dari Yaman. Sebelum hijrah ke
Yathrib, umat islam dianggarkan sekitar 1500 orang sahaja. Jumlah ini meningkat kepada 10 000
orang ketika berlakunya pembukaan Kota Makkah.

Kesimpulannya, perjanjian ini meninggalkan impak besar kepada perkembangan dan


pengukuhan agama islam di seluruh Semenanjung Arab. Menggambarkan kebijaksanaan siasah
Nabi Muhammad s.a.w dalam nilai dakwah baginda. Kejayaan terbesar dilihat apabila
pencabulan gencatan senjata menjadi perintis kepada pembukaan semula Kota Makkah pada
tahun ke-8 Hijrah.
Tema 4 : Ekonomi (Tutorial 12)
Bincangkan sumber-sumber baitulmal dan peranannya kepada umat islam.

Baitulmal adalah rumah harta atau dalam istilah moden adalah perbendaharaan negara.
Berfungsi sebagai penyelenggara harta-harta umum atau tempat menyimpan barangan yang
berharga seperti emas, perak, wang, batu permata dan barang perhiasan yang bernilai. Baitulmal
sudah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Akan tetapi oleh kerana pendapatan negara
ketika itu terlalu sedikit, maka baitulmal tidak diperlukan. Ada sumber menyatakan baitulmal
wujud pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq, tetapi pelaksanaannya masih diperingkat
awal. Umum menyatakan bahawa baitulmal tertubuh secara rasmi pada zaman khalifah Umar al-
Khattab. Pada zaman baginda, wilayah islam terlalu luas menyebabkan harta benda diperoleh
menerusi perluasan wilayah. Keputusan penubuhan baitulmal adalah berasaskan beberapa ayat
Al-Quran, hadis dan ijtihad para sahabat.

Antara sumber-sumber baitulmal yang pertama ialah zakat. Zakat merupakan sumber
utama baitulmal selaku Perbendaharaan Negara Islam. Zakat ialah bayaran keatas hasil
pendapatan

You might also like