You are on page 1of 9

SEBAB-SEBAB

PENGUBALAN
PIAGAM MADINAH
AKMAL&AZRIE
PENDAHULUAN
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh
dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dengan memberikan
contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan umat
manusia. Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di
Madinah berteraskan Wahyu yang telah diturunkan oleh Allah SWT
untuk menjadikan panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi
seluruh manusia. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
pembinaan Piagam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Sebab penggubalan Piagam madinah adalah untuk Keperluan
sistem perundangan yang khusus bagi menangani masyarakat
orang Islam dan bukan Islam. Piagam Madinah membuktikan
bahawa Islam mempunyai satu sistem politik yang teratur dan
kemas. Perlembagaan Madinah juga melahirkan pemerintahan yang
berpegang teguh kepada Prinsip Musyawarah. Dalam konteks ini,
semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah mereka. Piagam
ini mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala
masalah penduduk Madinah. Contohnya, setiap penduduk Madinah
mempunyai hak untuk menentukan hak dan tanggungjawab
walaupun dalam masyarakat yang berbilang kaum, keturunan,
kebudayaan, agama, dan kepercaaan atas kerajaan yang didirikan
iaitu kerajaan Islam Madinah.
Selain itu, adalah bertujuan untuk menyatukan pelbagai suku kaum yang
terdapat di Madinah. Nabi Muhammad SAW menggunakan kedudukannya
untuk memantau serta mengambil tindakan yang diperlukan bagi
mewujudkan iklim politik yang stabil. Piagam ini meletakkan asas bagi
menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama. Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk Islam dan bukan
Islam di bawah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW.
Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai
satu masyarakat atau ummah yang mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab terhadap Negara Islam. Contohnya, Piagam ini menyatukan
orang Islam iaitu suku Aus dan Khazraj-Suku Aus terdiri daripada Bani Abd.
Aqsyal, Bani Amr bin Auf, Bani Ummyah dan sebagainya manakala Suku
Khazraj pula Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Auf dan sebagainya. Orang
bukan Islam pula merupakan masyarakat Yahudi, masyarakat Hunafa, Agama
Wathani (menyembah berhala) dan sebagainya.
Seterusnya adalah untuk mengelak timbulnya senario yang tidak
diingini dalam kalangan kaum Aus dan Khazraj serta membendung eksploitasi
kaum Yahudi. Piagam ini juga memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi
kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelakkan pemboikotan
ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh
kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Kebebasan
dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah
menjadi pusat perdagangan penting di semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat
Islam secara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan
persekitarannya. Kegiatan riba telah diharamkan di Madinah.
Sebab seterusnya adalah bertujuan untuk mendapat pengiktirafan
negara-negara jiran dan lambang negara yang berdaulat. Nabi
Muhammad SAW ialah seorang negarawan yang pintar, bijak dan
mempunyai pandangan jauh dalam politik. Semasa Nabi Muhammad
SAW menetap di Madinah, keadaan penduduk Madinah yang berbilang
suku, keturunan, kebudayaan, dan kepercayaan berada dalam pecah-
belah telah menimbulkan idea kepada baginda untuk menyelesaikan
permasalahan tersebut dan mewujudkan perpaduan dalam satu
kerajaan baharu, iaitu kerajaan Madinah yang berorientasikan
pemerintahan Islam. Baginda menjadikan penduduk Madinah sebagai
contoh kepada penduduk dunia. Penduduk atau masyarakat yang
dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW akan menjadi masyarakat
terbaik, mempunyai akhlak yang terpuji, tersusun dan sempurna.
Di samping itu, untuk mengukuhkan keamanan negara. Masyarakat Madinah
bersama-sama menggembeleng tenaga menghadapi ancaman musuh dan larangan
menandatangani apa-apa jua persetujuan dengan pihak luar tanpa persetujuan
Baginda. Orang Yahudi yang akur kepada piagam ini diberi jaminan hidup dan bebas
menngamalkan agamanya di Makkah. Mereka dikenakan bayaran perbelanjaan
peperangan bersama-sama umat Islam yang lain dan menajadi satu ummah dengan
orang-orang Islam, kecuali mereka yang berdosa dan bersalah. Perlembagaan
Madinah menjamin kebebasan hak asasi kaum Yahudi dan penganut-penganut agama
lain. MasyarakatMadinah bebas menganut dan mengamalkan agama dan adat istiadat
masing-masing tanpa sekatan. Kebebasan itu meliputi kebebasan diri, kebebasan
beragama, kebebasan berfikir dan bersuara, kebebasan beramal, kebebasan bekerja
dan sebagainya. Jaminan kebebasan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi tidak
bercanggah dengan syariat Islam. Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah
antara perkara yang disetujui oleh Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah. Orang
Yahudi tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama mereka.
Orang Yahudi tidak boleh menindas golongan yang lemah. Mereka yang mematuhi
perlembagaan, akan diberi jaminan perlindungan dan keselamatan.
Seterusnya adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk Maidnah
yang berbilang kaum dan kepercayaan. Ia adalah penting untuk menghadapi tentangan
yang dilakukan oleh golongan musyikirin Makkah. Perpaduan dapat mengukuhkan
pertahanan yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW dan diperketatkan lagi oleh
masyarakat Islam dan bukan Islam bagi memastikan Madinah tidak mudah diceroboh oleh
musuh luar. Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk
beragama Islam dan bukan Islam di awah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi
Muhammad SAW. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap
sebagai satu masyarakat atau ummah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab
terhadap Negara Islam. Penduduk Islam yang terdiri dua kumpulan Muhajirin dan Ansar
diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat bagi mengelakkan musuh mengambil
kesempatan daripada perpecahan mereka. Persaudaraan Islam bertujuan mempereratkan
hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan
warna kulit. Piagam ini membuktikan bahawa Islam tidak memutuskan hubungan dengan
bukan Islam. Terdapat toleransi dalam Islam demi menjaga keharmonian hidup
masyarakat. Piagam ini berperanan supaya masyarakat berbilang bangsa hidup aman
damai, teratur dan bersistem serta menghindarkan permusuhan.
Kesimpulannya, Piagam Madinah yang digubal ini telah menjadi garis
panduan tentang prinsip umum mengenai dasar pentadbiran masyarakat
dan negara Islam yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.Tujuan
PIagam ini digubal juga bagi mengelakkan perbalahan yang berlaku kepada
orang Islam dan bukan Islam dan dapat mewujudkan konsep tolong-
menolong tanpa mengira latar belakang individu. Kesan daripada
penggubalan tersebut membawa kepada keharmonian dalam masayarat
Islam dan bukan Islam di Madinah. Kepentingan Piagam Madinah jelas
terserlah dari segi politik, sosial dan agama. Dari segi agama, piagam ini
mempunyai pengertian yang besar terhadap perkembangan Islam. Ia juga
melambangkan bahawa Islam sentiasa dapat dipraktikkan dalam
peraturan-peraturan berkerajaan. Perlembagaan ini menyusun masyarakat
yang sebelum ini tidak pernah mempunyai peraturan dalam erti kata yang
sebenar. Perlembagaan Madinah adalah perlembagaan yang unggul dan
tiada tolok bandingnya sehingga ke hari ini.

You might also like