You are on page 1of 3

SOALAN: HURAIKAN KONSEP UMMAH DAN PROSES PEMBENTUKANNYA DI

MAKKAH DAN MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW


. [20 M ]

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan

impak yang besar kepada oerjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan

terbentuknya negara islam bahkan telah mengubah konsep system politik,ekonomi,dan

sosial di Madinah.Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW strukrur masyarakat

terbelenggu dengan fahaman perkauman yang melampau dan bersifat

individualistik.Namun scenario berubah apabila Baginda berjaya mengubah masyarakat

dengan memperkenalkan konsep ummah yang saling menghormati antara satu sama

lain.Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah dan negara Islam di

Madinah.

Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Konteks ummah pada zaman Nabi

Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat islam dan

bukan islam kaum Yahudi di Madinah.Perkataan ummah telah disebut dalam dalam Al-

Quran sebanyak 40 kali yang bererti kumpulan,masyarakat atau manusia.Namun

berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah,maka konsep umma terbatas pada

umat islam yang tinggal di kota Madinah.Penyingkiran kaum yahudi disebsbkan mereka

tidak mematuhi piagam,dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi

Muhammad SAW.Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep

ummah.Konsep ummah yang terbina tidak berasaskan keoada bangsa,warna kulit mahupun

sempadan geografi.

Antara usaha-usaha Nabi Muhammad SAW dalam pembentukkan ummah di

Madinah ialah menyatu dan mempersaudarakan suku aus dan khazraj.Aus dan

Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi

Muhammad SAW,kedua-dua golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan
banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti perang sumair dan perang

bu’ath sehingga mengorbankan banyak nyawa dan berlarutan sekian lama.Permusuhan ini

berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran kota

Madinah.Nabi Muhammad SAW telah mengambil Langkah dengan berusaha menyatukan

kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar.Rasulullah SAW

menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan

permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian lama.Persaudaraan Islam

menggantikan semangat Abbasiyah menjadi titik tolak pembentukan masyarakat

Madinah yang Bersatu padu dan berkerjasama.

Seterusnya Baginda Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan

Ansar Setelah Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,

Rasulullah SAW berusaha pula mempersaudarakan. orang Ansar dan Muhajirin.Tujuan

Rasulullah berbuat demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut

ekonomi, sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat

diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk membangunkan

sebuah negara yang benar- benar kukuh.Mereka:bergaul dan bermesra seperti saudara

kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud

“Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah. berdua-duaan contohnya Saidina Umar

al- Khattab dengan Utbah b Malik.Dengan persaudaraan ini,orang Muhajirin mempunyai

kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampung halaman mereka

sehelai sepinggang.

Usaha seterusnya ialah mendirikan dan memakmurkan Masjid Masjid menjadi

lambang kesatuan ummah dan ümat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW. tiba. di

Madinah, baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3

kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid

pertama yang dibina dalam sejarah umat.Pembinaan masjid ini menunjukkan bahawa

ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk berkumpul. Masjid juga menjadi
institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu,

masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang

(bermesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah. Pada peringat awal,masjid juga

dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah

Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,iaitu Sahl dan

Suhail yang diberi hanya 10 dinar sahaja.Pembinaan masjid bukan sahaja mengukuhkan

pembentukan ummah malah telah melipatgandakan usha-usaha dakwah.

Selain itu,Nabi turut menggubal perlembagaan negara Sahifah Madinah Perlembagaan

untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk

menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau

ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam. Perlembagaan ini diwujudkan

hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada

dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka. Dalam

perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan seperti

tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah,kebebasan beragama, al-Quran

sebagai fasas peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulullah SAW sebagai ketua

negara.Tindakan, tersebut menyebabkan keduduan Islam di Madinah. Semakin kukuhi

dan membuka jalan kepada pembentukan ürhmah pelbagai kaum di bawah pemerintahan

kerajaan Islam Madinah.

Kesimpulannya,sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan

besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pemimpin yang unggul. Olehitu,tidak hairanlah jika

baginda juga digelar sebagai seorang negarawan.

You might also like