You are on page 1of 28

KERTAS KERJA KONSEP

KEBERKESANAN PIAGAM MADINAH SEBAGAI MODEL DALAM


MEMBENTUK PERLEMBAGAAN NEGARA BERBILANG ETNIK

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA STUDENT ID

IZZAN ADRIANA BINTI ALI AKBAR 2021614346

NURUL ATIQAH BINTI HAFIDZ MURSHIDI 2021461976

NORFATINI AQILAH BINTI ZAINAL HASNUL 2021868734

UMI ERNI ELLYANA BINTI HAIRUDDIN 2021869132

NURUL FARAHANIM BINTI MUHAMMAD PAJAR 2021486332

NUR AISYAH BINTI KHAIRUL ANUAR 2021887954

Kertas Kerja Konsep dihantar kepada Dr. Fatin Nabilah Abdul Wahid dalam memenuhi
sebahagian keperluan untuk subjek

CTU 552 (ILMU FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN BAHASA


SESI 2023/2024
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 KONSEP PIAGAM MADINAH 4-6

1. Definisi Piagam Madinah


2. Asas Piagam Madinah
3. Kandungan Piagam Madinah

4.0 SEJARAH PIAGAM MADINAH 7-8

5.0 PERKARA DALAM PIAGAM MADINAH YANG 9-14


MENYENTUH HUBUNGAN ANTARA KAUM

1. Sumber Perundangan
2. Ketua Negara
3. Syura
4. Keselamatan
5. Kerjasama Sosial
6. Pembangunan Ekonomi
7. Kebebasan Asasi
8. Keadilan Universal

6.0 KEKUATAN PIAGAM MADINAH YANG MENJADI 15-21


CONTOH DALAM MERANGKAP PERLEMBAGAAN
SEBUAH NEGARA PELBAGAI ETNIK.

1. Kebebasan Beragama

1
2. Jaminan Hak Asasi Manusia
3. Ketaatan Kepada Pemimpin
4. Hak Mendapat Perlindungan Daripada Kezaliman

7.0 PERBEZAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN 22-24


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Sumber
2. Fasal
3. Tujuan Digubal
4. Perkara atau Fasal

8.0 KESIMPULAN 25

9.0 RUJUKAN 26-27

2
1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang dikagumi kerana kepelbagaian budaya dan
keharmonian antara pelbagai kaumnya terutama kaum Melayu, Cina dan India. Keistimewaan
Malaysia tidak hanya terletak pada kepelbagaian etnik tetapi juga pada keupayaan rakyatnya
untuk hidup bersama secara aman dan saling menghormati dalam kepelbagaian ini. Rukun
Negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan yang menekankan personaliti dan tingkah laku
seseorang. Sifat ini amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum (Berita Harian, 7 Jan 2017). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
perkataan perpaduan berasal daripada kata akar “padu”, iaitu yang bererti bergantung, bersatu,
bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat dan berunding dengan
bersungguh-sungguh. Justeru itu, konsep yang berkaitan dengan perpaduan perlu diambil kira
dalam mengekalkan kemakmuran negara yang pelbagai kaum. Sejarah negara ini yang dimulai
sejak kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 telah menegaskan pentingnya perpaduan di kalangan
rakyatnya sebagai landasan utama bagi kemajuan dan kestabilan negara.

Perjuangan untuk mencapai perpaduan ini menjadi fokus utama terutamanya pada era
awal kemerdekaan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama
Malaysia. Beliau bersama dengan rakyatnya mengorak langkah untuk mewujudkan
persefahaman antara kaum yang berbeza demi masa depan negara yang lebih baik.
Pengisytiharan Piagam Madinah oleh Rasulullah S.A.W. pada tahun 622 Masihi memberikan
satu teladan yang memberi inspirasi dalam mengejar keharmonian di kalangan masyarakat yang
berbilang kaum.

Dalam usaha untuk memahami konsep perpaduan kaum pada suatu ketika dahulu, kajian
ini akan membincangkan tentang Kekuatan Piagam Madinah, perkaitan Piagam Madinah di
dalam konteks perpaduan etnik serta perbezaan di antara Piagam Madinah dan Perlembagaan
Malaysia.

Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan


data dan analisis data ini memfokuskan kepada sejarah dan kandungan Piagam Madinah dan juga

3
Perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh kerajaan Malaysia yang boleh didapati di laman web
agensi kerajaan berkenaan.

Hasil kajian ini menunjukkan terdapat beberapa perbezaan di dalam Piagam Madinah dan
Perlembagaan Malaysia dan juga iktibar yang boleh diambil di dalam Piagam Madinah untuk
dipraktikkan pada masa kini di dalam Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Menganalisis prinsip-prinsip asas dalam Piagam Madinah yang boleh diambil dan
disepadukan ke dalam perlembagaan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik.

2) Meneliti bagaimana penerapan nilai-nilai inklusif dalam Piagam Madinah dapat


mempengaruhi proses penubuhan undang-undang dan dasar-dasar yang menggalakkan
keharmonian antara pelbagai etnik dalam satu negara.

3.0 KONSEP PIAGAM MADINAH

1. Definisi Piagam Madinah

Piagam Madinah dikenali juga sebagai Mithaq al-Madinah atau Syahifah


al-Madhinah dalam Bahasa Arab. Ianya merupakan dokumen penting yang menjadi asas
pertama bagi penulisan perlembagaan dalam sejarah dunia dan disusun oleh Nabi
Muhammad S.A.W pada tahun 622 Masihi. Selain itu, menurut Afliya (2019), piagam
Madinah merupakan asas undang-undang dan perlembagaan yang menyatukan semua
kumpulan penduduk di Madinah.

Nama-nama lain bagi Piagam Madinah yang turut dikenali adalah Perjanjian
Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Lebih daripada sekadar
sebuah perjanjian, Piagam Madinah juga mempunyai elemen perlembagaan yang
memberikan panduan dalam membentuk sebuah negara Islam (Daulah Islamiyah) yang

4
menghimpunkan penduduk berbilang bangsa atau kaum dibawah prinsip-prinsip Syariat
Islam.

Piagam Madinah bukan sekadar sebuah dokumen sejarah. Ia merupakan titik tolak
penting dalam membina asas sosial, politik, dan undang-undang dalam sebuah
masyarakat yang berbilang budaya dan agama. Pengaruhnya terhadap pembentukan
sistem keadilan, perlindungan, dan pengaturcaraan dalam konteks syariah memberikan
landasan penting untuk memahami prinsip-prinsip asas sebuah negara yang adil dan
inklusif. Selain memberikan panduan politik, ia juga menjadi teras nilai-nilai kesetiaan,
kerjasama, dan penghormatan antara pelbagai kumpulan masyarakat.

2. Asas Piagam Madinah

Piagam Madinah merangkumi beberapa prinsip asas yang menjadi landasan untuk
memastikan keamanan dan keharmonian di Madinah. Pertamanya, sistem undang-undang
berasaskan Al-Quran dan Sunnah menjadi pangkal utama untuk menentukan hukum
dalam negara. Kedua, penekanan yang besar diberikan kepada perpaduan umat dan
kedaulatan negara. Ketiga, Rasulullah S.A.W diiktiraf sebagai pemimpin utama bagi kota
Madinah. Keempat, penduduk Madinah mempunyai hak dan tanggungjawab untuk
mempertahankan negara. Kelima, jaminan keselamatan kepada penduduk Madinah,
termasuk penerapan undang-undang Qisas. Keenam, penduduk Madinah diberikan
kebebasan dalam isu keagamaan sambil menjaga tanggungjawab negara terhadap
masyarakat bukan Islam di Madinah.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Madinah ini tidak hanya


menggariskan dasar politik semata-mata. Mereka turut membentuk landasan moral dan
sosial yang memberikan kesan kepada struktur masyarakat pada masa kini. Nilai-nilai
seperti keadilan, tanggungjawab sosial, dan kebebasan beragama yang terkandung di
dalamnya masih relevan dalam membina sebuah masyarakat yang adil dan sejahtera pada
zaman moden.

5
3. Kandungan Piagam Madinah

Menurut Shobahah (2019), Isi Piagam Madinah terbahagi kepada 10 bahagian


dengan 47 perkara. Separuh daripadanya, iaitu 23 perkara, membincangkan mengenai
hubungan antara umat Islam, khususnya antara Ansar dan Muhajirin. Sementara itu, 24
perkara yang lain, memberi tumpuan kepada hubungan umat Islam dengan umat bukan
Islam, terutamanya dengan komuniti Yahudi.

Pembahagian kandungan ini menunjukkan kepelbagaian isu yang diangkat dalam


Piagam Madinah, yang bukan sahaja menangani hubungan antara komuniti Islam, tetapi
juga memberi pandangan dan peraturan yang bersifat inklusif terhadap hubungan dengan
masyarakat yang mempunyai kepercayaan dan latar belakang yang berbeza. Hal ini
memperlihatkan usaha dalam membina sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan dan
keserasian antara pelbagai kumpulan.

6
4.0 SEJARAH PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah, juga dikenal sebagai Konstitusi Madinah, adalah dokumen yang
dikeluarkan oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masehi di kota Madinah. Dokumen ini
memiliki sejarah penting dalam Islam karena dianggap sebagai konstitusi pertama dalam sejarah
Islam. Piagam Madinah menandai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekkah ke
Madinah, peristiwa yang dikenal sebagai Hijrah.

Sebelum Piagam Madinah digubalkan, terdapat dua perjanjian yang telah dilakukan oleh
Nabi Muhammad SAW bersama penduduk Yathrib, iaitu Perjanjian Aqabah Pertama dan
Perjanjian Aqabah Kedua.

Perjanjian Aqabah Pertama terjadi pada tahun 621 Masihi, di mana 12 orang rombongan
haji dari Yathrib datang berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendengarkan dakwah beliau.
Terkesan dengan Islam, mereka melakukan bai’at (perjanjian) kepada Rasulullah SAW,
menandai terbentuknya Perjanjian Aqabah Pertama.

Perjanjian Aqabah Kedua berlaku pada tahun berikutnya, iaitu tahun 622 Masihi, ketika
sejumlah besar rombongan haji dari Yathrib, terdiri daripada 73 lelaki dan 2 wanita, datang ke
Mekah. Sama seperti Perjanjian Aqabah Pertama, mereka memeluk Islam dan membuat bai'at
dengan Rasulullah S.A.W, menandakan penubuhan Perjanjian Aqabah Kedua.

Setelah perjanjian kedua tersebut, Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk berhijrah
ke Yathrib agar dapat berdakwah tanpa gangguan dari Quraisy di Mekah. Ketika itu, di Madinah,
terjadi pertikaian atau persengketaan sesama kaum Ansar (terdiri dari Bani Aus dan Bani
Khazraj). Kaum Muhajirin (pengungsi dari Mekah) pula mengalami kesulitan ekonomi kerana
meninggalkan harta mereka demi penghijrahan mereka ke Madinah. Setelah baginda Nabi
Muhammad SAW sudah menetap di Kota Madinah, beliau mengawali kehidupan di sana dengan
menyusun dan memperbaiki hubungan dan kehidupan masyarakat di Madinah dengan
menggubal peraturan yang dipanggil watsiqah ataupun piagam( Aris, H., Abdul Halim, A. and
Muslim, N., 2021).

7
Dalam merancang Piagam Madinah, Rasulullah SAW mengikuti panduan wahyu dan
mempertimbangkan norma-norma masyarakat Madinah. Terdapat tiga langkah yang diambil
dalam pembentukan piagam tersebut:

Langkah pertama adalah Rasulullah SAW membina sebuah masjid yang akan digunakan
sebagai tempat ibadah orang Islam, pusat pentadbiran beliau, dan juga sebagai tempat
menyampaikan dakwah Islam.

Langkah kedua adalah menguatkuasakan ikatan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan
Ansar untuk mencipta pemahaman dan perpaduan, serta memberikan bantuan kepada kaum
Muhajirin agar dapat memulakan kehidupan baru di Madinah dengan sokongan dari kaum Ansar.

Langkah ketiga dan terakhir adalah menjalin perjanjian dengan orang Yahudi dengan
tujuan bersama-sama mempertahankan Madinah daripada ancaman luar, dan sebagai ganjaran,
menjamin perlindungan hak dan keselamatan bagi orang Yahudi.

Pada tahun 622 Masihi, Piagam Madinah berhasil dibentuk, menjadikannya


perlembagaan tertulis pertama di dunia (Rooby, P. H., 2023).

8
5.0 PERKARA DALAM PIAGAM MADINAH YANG MENYENTUH HUBUNGAN
ANTARA KAUM

1. Sumber Perundangan

Piagam Madinah disusun dengan merujuk kepada sumber utama dalam Islam,
iaitu Al-Quran dan Sunnah. Ia merupakan piagam pertama yang mengambil kira
prinsip-prinsip undang-undang Islam dalam membentuk peraturan yang perlu diikuti oleh
penduduk Kota Madinah.

Fasal 23 dalam piagam tersebut menetapkan suatu mekanisme untuk


menyelesaikan perbezaan pendapat di antara penduduk Madinah. Jika terdapat perbezaan
pendapat dalam sesuatu perkara, maka penyelesaiannya perlu dikembalikan kepada
hukum Tuhan dan keputusan Nabi Muhammad S.A.W. Ini bermakna jika terdapat
kekeliruan di kalangan penduduk Madinah berkaitan sesuatu isu, mereka diarahkan untuk
merujuk kepada sumber wahyu, iaitu Al-Quran, atau meminta pandangan dan petunjuk
dari Rasulullah S.A.W.

Dengan menekankan sumber perundangan ini, Piagam Madinah membina asas


yang kukuh untuk keadilan dan ketertiban di kalangan masyarakat Madinah, serta
menggariskan panduan untuk menyelesaikan pertikaian dengan merujuk kepada
prinsip-prinsip agama Islam. Hal ini mencerminkan kebijaksanaan dan keadilan dalam
sistem undang-undang Madinah yang turut mencerminkan visi Nabi Muhammad S.A.W
dalam membentuk masyarakat yang bersatu dan adil.

2. Ketua Negara

Bagi memastikan keamanan dan keadilan dalam suatu negara, adalah penting
bahawa negara tersebut dipimpin oleh seorang pemimpin yang berkualiti, berwibawa
dalam kepimpinan, dan memiliki kecerdasan tinggi dalam menangani isu-isu negara.

9
Semasa penubuhan Piagam Madinah, seluruh penduduk Madinah sepakat menjadikan
Rasulullah S.A.W sebagai ketua Negara Madinah.

Beberapa fasal dalam piagam ini menyoroti kuasa ketua negara dalam pengurusan
Madinah, seperti yang terdapat dalam Fasal 23, Fasal 36, dan Fasal 42. Fasal 23
menyatakan bahawa apabila timbul perbezaan pendapat di antara penduduk dalam
sesuatu isu, penyelesaiannya perlu dikembalikan kepada hukum Tuhan dan keputusan
Nabi Muhammad S.A.W. Fasal 36 (1) melarang seseorang daripada bertindak keluar dari
negara Madinah tanpa izin Rasulullah S.A.W. Fasal 42 pula menegaskan bahawa
sebarang peristiwa atau pertengkaran perlu dilaporkan dengan segera dan
penyelesaiannya diserahkan kepada hukum Tuhan dan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W.

Ketiga-tiga fasal ini mencerminkan kuasa yang besar yang dimiliki oleh
Rasulullah S.A.W. dalam menangani krisis dan pertelingkahan dalam suatu negara, dan
sekaligus menunjukkan kredibiliti beliau sebagai ketua Negara.

3. Syura

Syura merujuk kepada mesyuarat atau rundingan, istilah Arab yang diterapkan
dalam konteks Piagam Madinah. Apabila timbul kekeliruan atau perbalahan di antara
pihak-pihak yang berselisih, suatu majlis syura akan diadakan untuk menyelesaikan
masalah atau kekeliruan yang telah berlaku.

Dalam Piagam Madinah, terdapat kaitan dengan pengadakan majlis syura yang
ditekankan dalam beberapa fasal, seperti Fasal 23, Fasal 42, dan Fasal 45 (1). Fasal 45 (1)
menyatakan bahawa apabila mereka dijemput untuk terlibat dalam proses pendamaian
dan penandatanganan perjanjian damai, mereka bersedia untuk menyertai dan
mendukung proses berdamai.

10
4. Keselamatan

Untuk membina sebuah negara yang aman dan sentiasa selamat pelbagai ancaman
anacaman luar yang mampu merosakkan ataupun memusnahkan negara itu, keselamatan
merupakan salah satu faktor yang harus diberi penekanan yang tinggi, lebih lebih lagi
keselamatan para penduduk yang tinggal di negara itu.

Piagam Madinah menyebutkan beberapa fasal yang menjaminkan keselamatan


semua penduduk di Kota Madinah, termasuk juga orang orang Yahudi, iaitu fasal 16,
fasal 43, dan juga fasal 44.

Fasal 16 dalam Piagam Madinah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi yang


menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak
menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka. Di sini, dapat kita
fahami yang orang Yahudi yang setia berhak mendapatkan perlindungan dan tidak boleh
dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum tapi ianya dengan
syarat orang Yahudi harus setia dan sedia menjaga Madinah daripada musuh-musuh
Islam.

Seterusnya, fasal 18 menyatakan bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira


sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga
menentangnya. Fasal ini boleh difahami sebagai semua penduduk Madinah haruslah
bekerjasama ketika menangani musuh-musuh negara dan tidak boleh saling berpecah
belah kerana apa apa serangan yang dilakukan ke Madinah merupakan serangan terhadap
semua.

Fasal 42 pula menyatakan bahawa tidaklah boleh diberikan bantuan kepada


Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang
membantunya.

11
Akhir sekali, fasal 44 menyatakan bahawa hendaklah bantu-membantu kota
Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya. Hal ini kerana semua
penduduk Madinah sudah pun terikat janji pertahanan bersama untuk menentang musuh
yang menyerang Kota Yathrib.

5. Kerjasama Sosial

Piagam Madinah juga mempunyai beberapa fasal yang menyentuh tentang hal
kerjasama sosial dan juga merupakan salah satu wadah yang dikira penting bagi
membentuk sebuah bangsa yang kuat dan setia. Beberapa fasal di dalam Piagam Madinah
menyebut bahawa semua penduduk Madinah ditegah daripada saling bermusuhan
ataupun menyimpan hasad dengki sesama sendiri dan orang-orang Islam diwajibkan
untuk hidup bermasyarakat dengan aman.

Antara fasal yang menekankan isu ini ialah fasal 18 yang jelas menyatakan
apabila tercetusnya apa apa peperangan, penduduknya harus saling bantu membantu.
Seterusnya, fasal 22 juga menyebut bahawa setiap penduduk Madinah berhak atas
jaminan sosial dan juga berhak melakukan dengan perantaraan usaha-usaha nasional dan
kerjasama internasional dan sesuai dengan sumber-sumber kekayaan dari setiap negara ,
hak hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang perlu guna martabatnya dan guna
perkembangan bebas peribadinya.

6. Pembangunan Ekonomi

Untuk pembangunan ekonomi pula, Nabi Muhammad SAWW telah mengariskan


bahawa terdapat beberapa panduan dalam merangka pelan ekonomi Madinah agar dapat
membangun pesat menjadi Negara Islam yang disegani ramai. Walaupun pada awalnya
Madinah dikenali sebagai negara yang kecil dan hanya mempunyai hasil bumi yang
sedikit. Bukan itu sahaja, Madinah juga turut dipecahkan oleh golongan-golongan yang
tidak bersatu dari sifat assabiah yang terlalu kuat dan juga sering mendapat ancaman dari
pihak luar yang berterusan lebih lebih lagi setelah proses penghijrahan.

12
Untuk menyelesaikan masalah masalah tersebut, antara langkah langkah awal
yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah ialah dengan membangunkan
konstitusi negara dan meletakkan dasar-dasar kewangan negara. Salah satu fasal dalam
Piagam Madinah yang menyebut tentang hal pembangunan ekonomi ialah fasal 23.

7. Kebebasan Asasi

Merujuk kepada Kamus Dewan, kebebasan asasi adalah berdasarkan kepada


perisytiharan yang dibuat oleh perhimpunan agung bangsa-bangsa bersatu seperti isu isu
yang berkaitan dengan ketakutan, kemahuan bersuara, dan juga kepercayaan.

Di dalam fasal 16, Piagam Madinah, ianya menyatakan bahawa orang orang
Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan
tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan yang tidak baik terhadap mereka. Selain
daripada itu, fasal 40 turut menyentuh isu yang sama. Fasal 40 menyatakan bahawa jiran
tetanggan hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, dan tidak boleh dilakukan
terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. Begitu juga dengan fasal 41 yang menyatakan
tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya
sendiri.

Dalam Piagam Madinah juga, terdapat beberapa fasal yang menerangkan tentang
hak asasi manusia iaitu 16, 25, 40 dan 41.

Pertama sekali, fasal 16 yang menyatakan bahawa sesungguhnya orang Yahudi


yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan, selagi (mukminin) tidak
dizalimi dan ditentang olehnya.

Fasal 25 pula menyatakan perihal Kaum Yahudi dari Bani ‘Awf adalah satu umat
dengan mukminin . Bagi kaum Yahudi agama mereka, dan bagi kaum muslimin agama

13
mereka. Juga (kebebasan ini berlaku) bagi sekutu-kutu dan diri mereka sendiri, kecuali
bagi yang zalim dan jahat kerana hal demikian bakal merosakkan diri dan juga keluarga.

Seterusnya, fasal 40 menyatakan bahawa orang yang mendapat jaminan (harus


diperlakukan) seperti diri penjamin, sepanjang tidak bertindak merugikan dan tidak
khianat kepada diri penjamin.

Fasal 41 pula menyatakan bahawa tidak boleh diberikan sebarang jaminan,


kecuali dengan izin ahli keluarganya.

Seperti yang dilihat, semua penduduk Madinah bebas menjalankan aktiviti harian
mereka dengan senang hati dan tidak dihalang oleh mana mana pihak sekiranya ianya
tidak mengancam agama Islam. Semua penduduk Madinah diberi hak yang sama rata
tanpa sebarang diskriminasi. Mereka yang bukan beragama Islam juga diberi layanan
yang sama.

8. Keadilan Universal

Perkataan adil bermaksud meletak sesuatu perkara pada tempatnya. Nabi


Muhammad SAW telah menyusun Piagam Madinah ini seadil yang mungkin untuk
semua penduduk Madinah tidak mengira kaum ataupun agama mereka. Baginda begitu
mementingkan keadilan sebagai satu komponen bagi membina sebuah masyarakat baru
yang holistik dan ianya boleh dilihat melalui setiap fasal di dalam Piagam Madinah yang
adil bagi semua penduduk Madinah.

Sebagai contoh, Fasal 2 menyatakan bahawa Kaum Muhajirin dari Quraysy sesuai
keadaan (kebiasaan) mereka, bahu membahu membayar diat di antara mereka dan mereka
membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adik di antara mukminin.

14
6.0 KEKUATAN PIAGAM MADINAH YANG MENJADI CONTOH DALAM
MERANGKAP PERLEMBAGAAN SEBUAH NEGARA PELBAGAI ETNIK.

Piagam Madinah dicipta dan ditubuhkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai sumber
perlembagaan utama untuk penduduk Madinah pada masa itu dan salah satu objektifnya adalah
untuk menghadapi masyarakat majmuk Madinah, menyatukan masyarakat pelbagai kaum,
membina kedamaian dan mengelak permusuhan, menentukan hak-hak masyarakat setempat dan
kewajipan Nabi Muhammad S.A.W. Piagam Madinah juga merupakan perlembagaan bertulis
pertama di dunia dan digunakan sebagai model rang undang-undang bagi pemimpin
negara-negara Islam seperti negara Turki, Arab Saudi, Mesir, dan Malaysia.

Malaysia mempunyai undang-undang yang unik untuk membentuk masyarakat yang


terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India. untuk memastikan semua warganya hidup dalam
keharmonian. Pelembagaan Malaysia digunakan rakyat Malaysia dalam membangunkan
Malaysia dan tidak boleh lari ataupun melanggar mana – mana perkara dalam perlembagaan.

Negara ini mempuyai corak yang sama dari segi demografinya iaitu berbilang kaum.
Madinah merupakan sebuah negara Muslim dan Malaysia adalah Negara yang majoritinya
beragama Islam. Secara asas isi kandungan piagam madinah digelar fasal. Bagi perlembagaan
Malaysia pula ia digelar perkara. Kedua istilah ini merujuk kepada perkara yang sama.

1. Kebebasan Beragama

Kekuatan yang pertama dapat diamati adalah dalam konteks kebebasan beragama
kepada semua kelompok. Ini bermakna setiap individu bebas menjalankan kepercayaan
mereka, selagi tidak mengganggu atau menggugat agama orang lain.

Dalam piagam Madinah, fasal 25 menyatakan bahwa Kaum Yahudi dari Bani
'Awf dianggap sebagai satu umat dengan mukminin. Kaum Yahudi bebas mengamalkan
agama mereka, begitu juga dengan kaum Muslimin. Kebebasan ini juga berlaku bagi

15
sekutu-sekutu dan bagi mereka sendiri, kecuali bagi yang zalim dan jahat. Tindakan
seperti itu akan merugikan diri sendiri dan keluarganya. 13

Petikan di atas terdapat peraturan yang menyatakan bahwa kaum Yahudi dan Bani
'Awf dianggap sebagai satu umat, dan agama mereka, khususnya agama Yahudi, dianggap
sebagai urusan mereka sendiri. Ini bermakna mereka memiliki kebebasan untuk
mengamalkan agama masing-masing, selama tindakan tersebut tidak menganiaya orang
lain. Toleransi beragama ini mencerminkan penerimaan Islam terhadap perbedaan.

Perlembagaan Malaysia menyentuh tentang kebebasan beragama dalam Perkara 3 dan 11. 14

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. (Dipetik dari teks perlembagaan
persekutuan pindaan 164/2009)

11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkannya.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana
undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip
moral.

Meskipun Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama


rasmi Persekutuan, Perkara 11 menyatakan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di seluruh bahagian Persekutuan. Sebarang fahaman yang mencabar
Islam harus dihalang.

16
2. Jaminan Hak Asasi Manusia

Kekuatan kedua Piagam Madinah adalah diwakili oleh Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UDHR), yang memecahkan hak asasi manusia menjadi empat
kebebasan utama, termasuk kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada
kemahuan, kebebasan bersuara, dan kebebasan kepercayaan. 15 UDHR merangkumi
pelbagai hak asasi manusia, dari hak sivil dan politik hingga hak ekonomi, sosial, dan
kebudayaan.

Fasal yang menerangkan tentang hak asasi manusia adalah 16, 40 dan 41.

16. Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan,
sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang (olehnya).
40. Orang yang mendapat jaminan (diperlakukan) seperti diri penjamin, sepanjang tidak
bertindak merugikan dan tidak khianat.
41. Tidak boleh jaminan diberikan, kecuali seizin ahlinya

Fasal 16 menyatakan kewajiban orang Yahudi yang menyertai atau bersama orang
Islam untuk menjaga adab dan keselamatan sebagaimana yang dijalankan oleh orang
Islam, tanpa ada persetujuan yang menentang mereka selama mereka tidak menentang
orang Islam. Fasal 40 menekankan pentingnya menjaga tetangga sebagaimana menjaga
diri sendiri, sementara Fasal 41 menetapkan tanggungjawab rakyat Madinah untuk
menjaga kehormatan wanita.

Di dalam perlembagaan Malaysia pula, perkara 8 menyatakan:

8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
yang sama rata di sisi undang-undang.

8. (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir

17
atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan
atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau
berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion,
kerjaya atau pekerjaan.

8. (3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana- mana orang atas alasan bahawa
dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana negeri.

8. (4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana- mana orang atas alasan
bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana- mana bahagian Persekutuan di
luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

Perkara 8 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan prinsip kesamarataan di sisi


undang-undang, memberikan hak perlindungan yang sama kepada semua tanpa
diskriminasi berdasarkan agama, ras, keturunan, tempat lahir, atau jantina. Perlembagaan
ini juga menetapkan larangan terhadap pembezaan dalam undang-undang, perlantikan
jawatan, dan faedah seseorang hanya kerana status sebagai rakyat Raja di mana-mana
negeri beraja seperti Kedah, Kelantan, dan sebagainya.

3. Ketaatan kepada pemimpin

Mentaati atau mematuhi pemimpin adalah salah satu aspek yang amat penting
dalam membentuk negara yang majmuk. Ketaatan terhadap pemimpin menentukan tahap
kestabilan sesebuah negara dan membantu mencegah daripada tercetusnya konflik antara
kaum, rusuhan atau perbalahan yang akan mengancam keamanan dan keharmonian
negara. Sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang mentaati pemerintahnya, terbukti
dapat menjauhi daripada ancaman musuh seperti contoh, Korea Selatan di mana
pemimpinnya, sangat dihormati dan dijunjung oleh rakyatnya. Ia menjadikan negara
tersebut jauh dari ancaman dari mana-mana pihak disebabkan kekuatan negara mereka
digeruni.

18
Di dalam Piagam Madinah, telah dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diletakkan
sebagai pemimpin seperti yang disebut dalam fasal 23:

Fasal 23: ‘Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya menurut


(ketentuan) Allah ‘azza wa jalla dan (keputusan) Muhammad saw.’

Menurut Ahmad Ibrahim (1985), Piagam Madinah ialah sebuah perlembagaan


yang berunsurkan persekutuan. Rasulullah SAW bukan sahaja menjadi ketua kepada
orang Islam tetapi juga kepada orang Yahudi dan orang Arab yang belum memeluk Islam.
Setiap peperangan atau bahaya kepada Madinah dilihat sebagai ancaman terhadap semua
orang dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengekalkan
kemerdekaan Madinah. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W
mengutamakan konsep kesatuan ummah dimana semua perlu bersatu bagi memastikan
keamanan dan keselamatan negara terjamin. Mereka wajib mentaati Nabi Muhammad
S.A.W sebagai ketua negara dan dalam menyelesaikan sebarang masalah, sumber hukum
yang baginda rujuk adalah Allah S.W.T dan Al-Quran.

Merujuk semula kepada Perlembagaan Malaysia perkara 3 (2) dan 3 (3) di mana dinyatakan
bahawa

3: (2). Di dalam semua negara kecuali negara yang tidak mempunyai Raja, statusnya sebagai
ketua agama Islam negerinya mengikut cara dan setakat yang diiktiraf dan ditetapkan oleh
Perlembagaan Negeri, dan kepada Perlembagaan, semua hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa
yang diberikan kepada sebagai ketua agama Islam, ia tidak terjejas atau rosak; namun dalam
apa-apa tindakan, tradisi atau upacara yang berkaitan dengannya Majlis Raja—Raja bersetuju
bahawa amalan, upacara atau perbuatan itu harus dilaksanakan lebih luas. Setiap Raja lain akan
bertindak sebagai ketua bagi seluruh Persekutuan. Menurut undang-undang Islam, Yang
di-Pertuan Agong boleh mewakilinya.

19
3: (3). Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak haruslah meletakkan
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dalam negeri masing-masing.

Perkara 8 menyatakan bahawa raja adalah ketua agama Islam di setiap negeri
beraja. Perlembagaan negeri itu membenarkan agama Islam digunakan di negeri yang
tidak beraja, dan amalan yang bertentangan dengan keputusan majlis raja harus
dihapuskan.

4. Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman

Dalam konteks ini, hak mendapat perlindungan adalah berkaitan dengan hak
penduduk sebuah Negara mendapat perlindungan daripada sebarang penindasan seperti
perbuatan jenayah ataupun ancaman. Menurut Muhammad Imarah (1999), Piagam
Madinah menekankan konsep keamanan bersama antara semua kaum yang tinggal di
Madinah. Di dalam Piagam Madinah ada menyatakan mengenai hak perlindungan
daripada kezaliman dalam fasal 21:

Fasal 21: ‘Barangsiapa yang membunuh dengan sembarangan akan seorang mukmin
dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku)
hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetujui oleh wali yang dibunuh menerima
ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara menganggap keji perbuatan
itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya’

Piagam Madinah juga menyebut dalam Fasal 16 tentang perlindungan yang diberikan terhadap
kaum Yahudi yang menyertai Madinah.

Fasal 16: ‘Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan
dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.’

20
Ini menunjukkan bahawa negara Madinah sangat menitik beratkan perlindungan
terhadap semua kaum tidak kira agama atau kaum. Walaupun dua buah negara Madinah
dan Malaysia berbeza dari segi tempat dan masa, mereka tetap mempunyai persamaan
dari segi undang-undang untuk melindungi rakyatnya.

Mengenai perlindungan terhadap kezaliman, dalam Perlembagaan Malaysia menyebut tentang


hal demikian dalam perkara 5 (1) dan 5 (3) yang tertulis

5: (1). Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.

5: (3). Jika seseorang itu ditangkap, maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang
boleh sebab-sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal
undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela semula.

Menurut Perlembagaan Malaysia, hak keselamatan rakyat adalah tanggungjawab


Yang Dipertuan Agong bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman atau
kezaliman dalaman manakala tugas-tugas perundangan jatuh dibawah tanggungjawab
mahkamah tinggi termasuk membenarkan kesahihan pertuduhan supaya yang tertuduh
tidak dianiaya.

Jadual dibawah menunjukkan persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia
daripada segi ketaatan kepada pemimpin dan hak perlindungan daripada kezaliman:

Piagam Madinah Perlembagaan Malaysia

Ketaatan kepada pemimpin Fasal 23 Perkara 3(2) dan 3(3)

Hak perlindungan dari Fasal 21 dan 16 Perkara 5(1) dan 5(3)


kezaliman

21
7.0 PERBEZAAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Beberapa perbezaan boleh dijelaskan apabila meneliti kedua-dua kategori undang-undang kanun
ini. Faktor-faktor pembezaan ini merangkumi asal-usul rangka kerja undang-undang, pengasas
perlembagaan, objektif menyeluruh di sebalik usaha perundangan, dan subjek atau fasal khusus
yang diwujudkan.

1. Sumber

Mengenai asal usul Piagam Madinah, ia digubal berdasarkan petunjuk Ilahi dan
wahyu daripada al-Quran, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui
perantaraan malaikat Jibril. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam piagam itu diilhamkan
dan dipandu oleh ajaran yang terdapat dalam Al-Quran, mewakili perjanjian suci yang
ditubuhkan di bawah bimbingan ilahi Islam. Ini menggariskan asas agama dan rohani
yang unik bagi Piagam Madinah, dengan kandungannya berkait rapat dengan wahyu yang
diterima oleh Nabi Muhammad sebagai sebahagian daripada kepercayaan Islam.

Perlembagaan Malaysia melalui proses penggubalan pelbagai rupa, bermula


dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perbincangan seterusnya oleh
Suruhanjaya Cobbold. Berpunca daripada langkah-langkah asas ini, perlembagaan
berkembang menjadi bentuk awalnya pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, ia
mencapai status muktamadnya sebagai Perlembagaan Malaysia berikutan pemerbadanan
Sabah, Sarawak, dan Singapura. Evolusi dinamik ini menonjolkan usaha kerjasama dan
rundingan yang terlibat dalam membentuk rangka kerja perlembagaan Malaysia.
Peralihan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu kepada Perlembagaan Malaysia
yang komprehensif menggariskan perkembangan sejarah dan politik yang kompleks yang
menyumbang kepada identiti perlembagaan negara.

2. Pengasas

22
Piagam Madinah yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Madinah telah digubal
pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. pada tahun-tahun awal Islam. Sebagai pengasas
agama Islam, Nabi Muhammad memainkan peranan penting dalam pengantara dan
merumuskan perjanjian bersejarah ini. Bertindak sebagai negarawan dan pemimpin
kerohanian, beliau memudahkan permuafakatan di kalangan pelbagai suku dan
masyarakat agama di Madinah, mewujudkan model pemerintahan berdasarkan prinsip
Islam.

Bagi pemula Perlembagaan Malaysia, kredit diberikan kepada Kerajaan British,


khususnya untuk memulakan penubuhan Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya Reid, yang
diperkenalkan oleh British, memainkan peranan asas dalam meletakkan asas bagi rangka
kerja perlembagaan Malaysia. Terdiri daripada pakar undang-undang dan cendekiawan,
suruhanjaya itu ditugaskan untuk merumuskan cadangan perlembagaan awal.

3. Tujuan Digubal

Kedua-dua rangka kerja undang-undang ini pada asalnya direka dengan tujuan
yang berbeza, namun ia mempamerkan persamaan yang ketara dalam prinsip asasnya.
Piagam Madinah, yang dibuat pada tahun-tahun awal Islam, bertujuan untuk menjaga
kebajikan penduduk Madinah. Ia membincangkan hubungan rumit antara orang Islam
dan bukan Islam dalam masyarakat, menekankan prinsip keadilan, kerjasama, dan
toleransi beragama.

Sebaliknya, Perlembagaan Malaysia, yang digagaskan dalam tempoh menuntut


kemerdekaan daripada penjajahan British, memenuhi tujuan untuk menubuhkan asas
undang-undang bagi sebuah negara yang berdaulat. Walaupun Piagam Madinah memberi
tumpuan kepada keharmonian kaum dalam konteks sejarah yang khusus, Perlembagaan
Malaysia menangani aspirasi yang lebih luas bagi sebuah negara yang memperjuangkan
autonomi dan tadbir urus sendiri. Walaupun asal usulnya yang berbeza, kedua-dua rangka
kerja undang-undang menggariskan prinsip keadilan, keterangkuman dan perlindungan
hak individu.

23
4. Perkara Atau Fasal

Piagam Madinah, terdiri daripada 47 fasal, kebanyakannya tertumpu pada


pengurusan interaksi antara puak, yang dikenali sebagai "kabilah," dalam Madinah.
Ramai daripada puak-puak ini telah bosan dengan konflik yang berterusan antara mereka,
yang telah berterusan bahkan sebelum ketibaan Nabi di Madinah (Badruzzaman &
Shamrahayu, 2022). 23 fasal secara khusus menangani hubungan antara orang Islam dan
Islam, dan baki 24 lagi menggambarkan interaksi antara orang bukan Islam dan orang
Islam. Artikel-artikel ini membentuk satu set garis panduan yang komprehensif yang
mengawal komuniti yang pelbagai dalam rangka kerja Madinah, menggalakkan
kewujudan bersama dan kerjasama.

Sebaliknya, Perlembagaan Malaysia merangkumi kandungan yang lebih luas,


terdiri daripada 183 perkara. Perkara-perkara ini disusun ke dalam pelbagai bahagian,
masing-masing menggambarkan aspek khusus tadbir urus, hak dan tanggungjawab
negara. Sifat Perlembagaan Malaysia yang komprehensif mencerminkan kerumitan yang
wujud dalam mentadbir negara berbilang etnik, agama, menangani pelbagai
pertimbangan undang-undang, politik dan sosial. Pembahagian item kepada bahagian
membolehkan penerokaan yang sistematik dan terperinci tentang rangka kerja
perlembagaan yang mentadbir Malaysia.

24
8.0 KESIMPULAN

Ringkasnya, Piagam Madinah berdiri sebagai tonggak bersejarah, diiktiraf sebagai


dokumen undang-undang bertulis pertama di dunia. Penubuhannya adalah hasil daripada
peristiwa-peristiwa penting sebelum ini, termasuk perjanjian Aqabah pertama dan kedua yang
penting dan seterusnya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan orang-orang beriman dari
Mekah ke Madinah, yang membawa kepada penciptaan Sahifah al-Madinah. Merangkumi 47
fasal, piagam ini membincangkan secara terperinci hubungan antara orang Islam dan bukan
Islam, menggabungkan peraturan yang berasaskan Syariah Islam untuk membentuk negara
Islam.

Pembangunan Piagam Madinah melibatkan tiga peringkat kritikal sebelum pengiktirafan


rasminya sebagai dokumen rasmi. Kandungannya merangkumi aspek penting seperti asas
perundangan Negara Madinah, peranan Nabi Muhammad sebagai ketua negara, amalan agama,
dan kerjasama dalam domain politik, ekonomi dan sosial. Analisis persamaan dan perbezaan
antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia mendedahkan prinsip bersama seperti
kebebasan beragama, jaminan hak asasi manusia, ketaatan kepada pemimpin, dan perlindungan
daripada kezaliman. Walau bagaimanapun, perbezaan muncul dari segi sumber, pengasas, dan
tujuan enakmen.

Kesimpulannya, pengajaran yang diperoleh daripada Piagam Madinah memberikan garis


panduan yang berharga untuk umat Islam hari ini, menawarkan pandangan tentang penubuhan
dan tadbir urus negara Islam. Piagam Madinah juga dianggap sebagai rujukan berharga untuk
mengemudi konflik global kontemporari yang berakar umbi dalam ideologi politik, ekonomi dan
agama (Mohamed, 2016). Menekankan kecemerlangan merentasi pelbagai domain adalah
penting untuk memajukan negara ke peringkat lebih tinggi, memastikan Islam bukan sahaja
dihormati malah dipandang tinggi di peringkat global. Menegakkan prinsip ini boleh
menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang berteraskan nilai dan prinsip Islam.

25
9.0 RUJUKAN

Ahmad Ibrahim & Dzafir El-Qasimy, 1985. Piagam Madinah Pandangan dan Ulasan. Kuala
Lumpur: Gelanggang Kreatif

Aris, H., Abdul Halim, A. and Muslim, N. (2021) “Keharmonian Kaum Berasaskan Sunnah:
Kajian Terhadap Piagam Madinah”, Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6(7), pp. 139 - 148. doi: 10.47405/mjssh.v6i7.836.

Badruzzaman, I., & Shamrahayu, A. A. (2022). The Madinah charter in light of a modern
constitution. IIUM JOURNALS.
https://journals.iium.edu.my/iiumlj/index.php/iiumlj/article/download/713/351/2723

Kamus Dewan Edisi Keempat (4th ed.). (2007). Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Lee Lam Thye. 7 Jan 2017. Rukun Negara Panduan Pupuk Perpaduan Kaum. Berita Harian.
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20170107/282548722951766

Mohamed, A. (2016, Winter 2). Religious Pluralism and Peace: Lessons from the Medina
Charter. S. RAJARATNAM SCHOOL OF INTERNATIONAL STUDIES.
https://www.rsis.edu.sg/rsis-publication/srp/co16035-religious-pluralism-and-peace-lesso
ns-from-the-medina-charter/

Muhammad Imarah, 1999. Islam dan Keamanan Sosial, Penerjemah: Abdul Hayyi Al-Kattani,
Jakarta: Gema Insani Press.

Rooby, P. H. (2023). Piagam Madinah: Misi Keagamaan Dan Kenegaraan. OASIS : JURNAL
ILMIAH KAJIAN ISLAM.
https://www.jurnal.syekhnurjati.ac.id/index.php/oasis/article/download/12809/pdf_88

Shobahah, N. (2019). Piagam Madinah Dan Konsep Demokrasi Modern Islam Masa Klasik.
Ahkam: Jurnal Hukum Islam, 7(1), 195-214.

26
Siti Rismakhu Afliya, 2019. Piagam Madinah Sebagai Pesan Dakwah Nabi Muhammad Saw Di
Madinah. Fakultas Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Walisongo
Semarang

27

You might also like