You are on page 1of 1

ULASAN RENCANA : PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-63 YAB TAN SRI

DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PEDANA MENTERI


MALAYSIA

Terdapat pelbagai nilai dan etika yang dapat diperolehi daripada rencana ini iaitu perpaduan
di dalam masyarakat kita perlulah dijaga dengan baik. Selain itu, kita perlulah bersyukur
kerana negara kita kekal aman dan damai dengan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum
dan agama tak kira kaum Melayu mahupun Cina. Malah, dalam rencana ini kita juga dapat
mempelajari bahawa semangat patriotisme itu sangat penting dalam menjaga perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Di sini juga kita dapat mempelajari bahawa kita perlulah
sentiasa prihatin di antara satu sama lain dan juga dalam membantu Frontliners dan pihak
kerajaan dalam menangani isu Covid-19 ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh kerajaan. Malah, berusaha dalam menegakkan keadilan dan pelihara kebebasan
masyarakat tak kira kaum dan agama juga antara nilai-nila dan etika yang terdapat dalam
rencana ini.

You might also like