You are on page 1of 1

Isi 3

Masyarakat perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan tolong-menolong sesama


sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap bersatu padu amatlah penting untuk
membentuk perpaduan. Perpaduan antara kaum dan masyarakat mampu menjamin
keselamatan negara. Oleh itu, keamanan negara dapat dipertahankan untuk masyarakat
meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana yang sejahtera kerana keamanan negara
dipertahankan.

Isi 4
Masyarakat perlulah mencegah perkauman untuk mengekalkan keamanan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana, dengan mencegah perkauman, hubungan baik sesama
masyarakat dapat dikekalkan. Perkara ini boleh dilakukan dengan cara menghormati adat
dan budaya kaum serta agama lain. Sebagai contoh, menghormati perayaan kaum lain dan
tidak menunjukkan reaksi tidak puas hati terhadap kaum lain. Kesimpulannya, masalah
perkauman perlu dielakkan bagi menjamin keamanan negara.

You might also like