You are on page 1of 11

BAB 1: KEDAULATAN NEGARA

Konsep Kedaulatan
(Jenis Kedaulatan)

Disediakan oleh:
Mohd Jamil Bin Rosli
Guru Sejarah
SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis
MINTA KLIK
SUBSCRIBE
AGAR SAYA DAPAT
TAMBAH LAGI VIDEO
Tradisional

Moden Jenis Kedaulatan Antarabangsa

Undang-Undang

Penerangan Formula
Moden = Moden
Tradisional = Tradisional
(Formula: Moden / Tradisional Antara Udang) Antara = Antarabangsa
Udang = Undang
Kedaulatan Moden
• Kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di
England dan Revolusi Perancis yang berasaskan hak rakyat
dan kerajaan berpelembagaan
• Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan
nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun
bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa
masing-masing
• Malaysia sebuah negara bangsa yang lahir hasil gabungan
negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
Persekutuan Malaysia 1963
Kedaulatan Tradisional
• Merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa
mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan
negara
• Kedaulatan ini wujud sejak tamadun awal manusia
• Kedaulatan Malaysia berpaksi kepada kedaulatan
raja-raja Melayu sebagai pemerintah yang
mempunyai kuasa tertinggi dan diperkukuhkan
dengan taat setia rakyat
Kedaulatan Antarabangsa
• Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak
boleh dicabuli oleh negara lain
• Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970,
mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi
undang-undang antarabangsa
• Keanggotaan Malaysia dalam PBB membuktikan
bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara
yang bebas, merdeka dan berdaulat
Kedaulatan Undang-Undang
• Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang
yang perlu dipatuhi
• Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat
dan menjadikan negara aman, stabil dan makmur
• Badan Kehakiman diwujudkan untuk memelihara
dan melaksanakan kedaulatan undang-undang
• Malaysia menjadikan Kedaulatan Undang-undang
sebagai prinsip keempat dalam Rukun Negara
Esei
1. (a) Nyatakan konsep kedaulatan. [4 markah]
(b) Jelaskan bentuk-bentuk kedaulatan yang wujud dalam
negara dunia. [8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan pemimpin
bagi mengukuhkan kedaulatan sesebuah negara?
[8 markah]
(a) Nyatakan konsep kedaulatan [4 markah]

Konsep kedaulatan adalah berasal dari bahasa Yunani iaitu


superanus yang bermaksud tertinggi. Kedua, merujuk kepada
negara yang bebas.
Manakala dari bahasa Inggeris pula ialah Sovereignty yang
bermaksud negara yang mempunyai kuasa penuh dalam
pemerintahan
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan pemimpin
bagi mengukuhkan kedaulatan negara? [8 markah]
Bentuk-bentuk kedaulatan yang wujud dalam negara dunia ialah kedaulatan
moden iaitu kedaulatan yang berkaitan dengan kemunculan negara bangsa
selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
Kedua, kedaulatan tradisional yang merujuk kepada sistem pemerintahan
berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara
Ketiga, kedaulatan antarabangsa iaitu merujuk pengiktirafan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh
dicabuli oleh negara lain
Keempat, kedaulatan undang-undang iaitu kerajaan dan rakyat terikat oleh
undang-undang yang perlu dipatuhi
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan
pemimpin bagi mengukuhkan kedaulatan sesebuah
negara? [8 markah]
Peranan pemimpin bagi mengukuhkan kedaulatan sesebuah
negara mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara.
Hal ini kerana hubungan baik di peringkat antarabangsa akan
menjamin kestabilan negara. Contohnya dengan meneruskan Dasar
Berkecuali yang dilaksanakan sejak dahulu lagi. Impaknya dapat
membebaskan Malaysia dari campur tangan mana-mana kuasa.
Kedua, melakukan kerjasama dalam bidang sosial dengan negara
Asia Tenggara. Buktinya, melalui bidang kebudayaan dan kesenian
serta sukan. Contohnya, Penglibatan negara Asia Tenggara dalam
acara sukan seperti Sukan SEA dan Bolasepak Piala Suzuki dapat
mengeratkan lagi hubungan negara serantau. Kesannya hubungan
baik ini akan mewujudkan kesejahteraan di rantau Asia Tenggara.

You might also like