You are on page 1of 13

Form 4

Bab 1: Warisan Negara Bangsa


1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
1. Nyatakan ciri-ciri negara bangsa KMM.
Ciri-ciri negara bangsa KMM merupakan kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh
dan undang-undang.

2. Apakah perbezaan antara wilayah taklukan dan wilayah naungan?


Wilayah taklukan merupakan wilayah yang diperoleh melalui peperangan. Wilayah
naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan KMM melalui perkahwinan atau
persahabatan. 结婚和友谊

1.3 Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka


1. Jelaskan peruntukan dalam Hukun Kanun Melaka yang berkaitan jenayah. (4m)
Dalam Hukum Kanun Melaka, perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan
keharmonian Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, membunuh, menikam dan mencuri.
Dalam Fasal 5.1, apabila seseorang membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja, dia akan
dihukum bunuh. Dalam Fasal 4, sesiapa yang memalsukan titah sultan juga akan dihukum
bunuh.

2. Bincangkan peruntukan berkaitan kekeluargaan dan ekonomi dalam Hukum Kanun


Melaka. (4m)
Undang-undang keluarga bertujuan memelihara keharmonian dalam keluarga. Selain itu,
undang-undang keluarga juga bertujuan menyelesaikan masalah keluarga atau
perkahwinan. Contohnya, Fasal 26 menyatakan pernikahan memerlukan empat orang
saksi. Undang-undang ekonomi mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga.
Contohnya, Fasal 30 menyatakan amalan riba 高利贷 diharamkan dalam urusan
perniagaan.

3. Jelaskan kandungan Undang-Undang Laut Melaka. (6m)


Undang-undang Laut Melaka diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah. Undang-undang ini
menjelaskan perkara seperti peranan nakhoda, pelayaran, jenayah dan percukaian.
Nakhoda berkuasa penuh sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak haruslah mematuhi
arahan nakhoda. Di samping itu, pelayaran menjelaskan peranan selain nakhoda, antaranya
termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu. Seorang malim harus arif tentang ilmu
pelayaran.

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat


1. Apakah peranan rakyat dalam KMM?
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat haruslah menunjukkan taat setia kepada
raja. Selain itu, rakyat haruslah menjadi tentera. Akhirnya, rakyat harus menghadiri majlis
umum seperti gotong-royong.
Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
2.2 Revolusi Keagungan
1. Jelaskan Revolusi Keagungan. (4m)
Revolusi Keagungan terjadi kerana Raja James II membelakangkan parlimen semasa
menggubal undang-undang. Selain itu, juga disebabkan oleh keinginan menegakkan
parlimen dan hak asasi rakyat. Oleh itu, ahli parlimen menentang pemerintahan raja
berkuasa mutlak. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan
kuasa berlaku tanpa pertumpahan darah.

Bab 3: Konflik Dunia & Pendudukan Jepun di negara kita


3.1-3.3 Perang Dunia Pertama dan Kedua

3.4-3.9 Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu


1. Nyatakan tiga perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun.
- Rejimen Askar Melayu mempertahan tanah air
- MPAJA ditubuhkan
- MPAJA bekerjasama dengan Force 136
- MPAJA bekerjasama dengan Kuomintang

2. Nyatakan dua individu yang menentangkan pendudukan Jepun.


- Gurchan Singh
- Sybil Kathigasu

Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita


4.2-4.7 Malayan Union
1. Apakah fungsi Malayan Union?
- Menggantikan BMA
- Melicinkan sistem pentadbiran
- Mengukuhkan pertahanan

2. Bagaimanakah tipu helah Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-
raja Melayu terhadap Malayan Union? (3m)
Sir Harold MacMichael menjalankan tipu helahnya dengan menggugat Raja Melayu. Dia
mendesak Raja-raja Melayu bahawa mereka akan diturunkan takhta jika tidak
menandatangan. Selain itu, Sultan tidak diberi masa yang secukupnya untuk perundingan.
Sultan juga tidak dapat membincang dengan pembesar sebelum menandatangani.

3. Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union. (6m)


F1 Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dari aspek pentadbiran adalah bersifat kesatuan.
H1 NNMB, NNMTB, NNS kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.
F2 Dari aspek Raja-raja Melayu
H2 Sultan menjadi ahli Majlis Raja-raja.
F3 Dari aspek ketua pentadbir
H3 MU diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England.
F4 Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dari aspek kewarganegaraan pulda
H4 Rrinsip Jus Soli menjadi asas kewarganegaraan MU.
H4 Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga MU.
4. Jelaskan bantahan yang telah dilakukan oleh Raja-raja Melayu. (6m)
F1 Bantahan Raja-raja Melayu pertama ialah mereka membawa kes Malayan Union ke
Mahkamah Tinggi England.
H1 Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor akan berangkat ke England sekiranya
diperlukan.
F2 Raja-raja Melayu menyokong Kongres Melayu.
H2 Kongres ini diadakan untuk menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak MU.
F3 Raja-raja Melayu memulaukan upacara Pelantikan Gabenor MU.
H3 Ribuan orang Melayu berhimpun di Hotel Station melaungkan “Daulat Tuanku!” dan
“Hidup Melayu”.

5. Jelaskan reaki penduduk tempatan terhadap Malayan Union. (6m)


F1 Mereka melakukan bantahan melalui Akbar Melayu. Cth: Utusan Melayu
H1 Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan bersar-besaran untuk
menolak MU.
F2 Melalui bantahan yang dilakukan oleh cendekiawan.
H2 Tokoh wanita melakukan bantahan.
F3 Melalui bantahan Persatuan Melayu.
H3 Persatuan ini berjaya menghimpunkan orang Melayu seluruh negara dan setiap lapisan
masyarakat untuk membantah MU.

6. Bersetujukah anda dengan langkah yang dilakukan oleh penduduk tempatan menentang
Malayan Union? (8m)
- Saya bersetuju dengan langkah yang dilakukan oleh penduduk tempatan untuk
menentang MU.
- Hal ini kerana cara bantahan yang dilakukan oleh orang Melayu dan Raja-raja Melayu
menunjukkan mereka menentang MU.
- Oleh sebab itu, perjuangan mereka membawa hasil apabila MU digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
- Contohnya, rakyat telah menggunakan pelbagai cara untuk bantahan terhadap MU iaitu
melalui akhbar, cendekiawan dan persatuan Melayu.
- Kesimpulannya, kesungguhan dan perjuangan orang Melayu ini haruslah dijadikan
iktibar oleh generasi muda dalam mengekalkan kedaulatan negara.

- Selain itu, saya juga bersetuju dengan langkah yang dilakukan oleh penduduk tempatan
untuk menentang MU.
- Hal ini kerana tindakan mereka menunjukkan sikap pemimpin yang sanggup berkorban
untuk bangsa dan tanah air.
- Oleh sebab itu, mereka sedia mempertahankan kedaulatan negara walaupun menghadapi
pelbagai halangan daripada pihak British.
- Contohnya, Raja-raja Melayu bertindak berani untuk memulaukan upacara Pelantikan
Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent sebagai tanda penentangan terhadap MU.
- Kesimpulannya, pemimpin Melayu sanggup berkorban semata-mata untuk
mempertahankan maruah bangsa dan hak keistimewaan orang Melayu daripda dicabuli
oleh pihak British.
Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Form 5
Bab 1: Kedaulatan Negara
1.1-1.4 Konsep kedaulatan (struktur)
1. Takrifkan konsep kedaulatan negara. (2m)
Konsep kedaulatan negara menyatakan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara
yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
negara.

2. Mengikut bahasa

Bahasa Perkataan Maksud


Yunani Supernuus/Superanus Tertinggi, negara yang bebas
dan merdeka
Arab Daulah Kuasa pemerintahan
Inggeris Sovereignty Kuasa penuh terhadap
pemerintahan
Melayu Daulat Kekuasaan tertinggi
terhadap pemerintahan
*yunani 的 maksud 比较较特别

3. Jelaskan konsep kedaulatan menurut pandangan Aristotle. (2m)


- Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.
- Kedaulatan merujuk kerajaan terikat dengan undang-undang.

4. Nyatakan dua jenis kedaulatan yang diamalkan oleh sesebuah negara.


- Kedaulatan tradisional
- Kedaulatan moden
- Kedaulatan undang-undang
- Kedaulatan antarabangsa

5. Apakah ciri-ciri negara yang berdaulat?


- Mempunyai pemerintahan
- Mempunyai rakyat
- Mempunyai sempadan
- Mempunyai perundangan

6. Apakah peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan kaum?


- Menggunakan bahasa kebangsaan
- Mengamalkan semangat toleransi
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

7. Sebagai rakyat, bagaimanakah anda menunjukkan taat setia kepada raja?


- Menyokong dasar kerajaan
- Mematuhi undang-undang negara
- Tidak terpengaruh dengan berita media luar yang memburukkan imej pemerintah
8. Nyatakan cara-cara untuk memperkukuh kedaulatan negara.
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara jiran
- Memupuk sikap patriotisme dalam kalangan rakyat
- Berusaha mengekalkan perpaduan

1. Mengapakah Pindaan 1965 Perlembagaan Persekutuan Malaysia diluluskan? (4m)


Pindaan 1965 Perlembagaan Persekutuan Malaysia diluluskan bagi membolehkan
Singapura keluar dari Malaysia. Tunku Abdul Rahman membawa usul pindaan yang
dikenali sebagai pindaan Singapura di Parlimen. Kesannya, semua perkara berkaitan
Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. Contohnya, dari segi kewangan,
hubungan luar negara dan pertahanan.

Bab 3: Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen


3.1 Empat Zaman Pemerintahan Beraja
1. Terangkan kepentingan pengamalan demokrasi di negara kita. (4m)
- Pengamalan demokrasi penting supaya rakyat bebas memilih wakil pemimpin dan
menubuhkan kerajaan.
- Hal ini kerana pilihan raya umum diadakan.
- Oleh sebab itu , pentadbiran negara menjadi sistematik.
- Dengan pengamalan demokrasi, perancangan pembagunan kerajaan mudah diatur.

3.2 Majlis Raja-raja Semasa PTM 1948 dan Selepas Merdeka


Majlis Raja-raja Semasa PTM 1948
- Persidangan disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (Setiausaha Majlis Raja-raja)
- untuk mementerai keputusan persidangan

Majlis Raja-raja selepas merdeka


- Yang di-Pertua negeri Melak, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah menjadi ahli
- Tidak boleh memilbatkan dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong

3.3 Kuasa Yang di-Pertuan Agong


1. Terangkan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kuasa eksekutif. (4m/8m)
- YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
- Yang di-Pertuan Agong berperanan melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Perdana Menteri dilantik daripada ahli-ahli Dewan Rakyat.
- Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa melantik jawatan penting lain.
- Contohnya, Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera.
- Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera
Malaysia.
- Baginda dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera.
- Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat Malaysia ke luar negara. B
- Baginda juga menerima menghadap diplomat asing.
2. Terangkan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kuasa perundangan.
(4m/8m)
- Yang di-Pertuan Agong memperkenan Rang Undang-Undang.
- YDPA berkuasa memanggil Parlimen bersidang.
- YDPA berkuasa membubarkam Parlimen.
- YDPA merupakan ketua agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan,
Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
- YDPA berperanan melindungi kedudukan keistimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
- YDPA bertanggungjawab melindungi kepentingan sah kaum lain.

3. Jelaskan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita. (8m)


- Gabungan unsur trandisional dan moden dalam pentadbiran.
- Unsur tradisional ialah kedudukan raja merupakan warisan sosiopolitik masyrakat Melayu.
- Unsur moden pula ialah Demokrasi Berparlimen yang bedasarkan model Westminster
England dilaksanakan.
- Mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.
- Hal ini dikatakan demikian kerana raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar
negara.
- Kuasa budi bicara Raja.
- YDPA mempunyai kuasa budi bicaara dalam melantik Perdana Menteri.
- Kerjasama politik diwujudkan.
- Gabungan perti politik membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa

Bab 4: Sistem Persekutuan


4.2 Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Senarai Bersama

1. Peranan Kerajaan Tempatan


- Menjadi pengantara antara Kerajaan Negeri dengan Rakyat & memberi perkhidmatan
pada penduduk setempat
- Menyediakan perkhidmatan pembersihan
- Membangunankan perumahan awam
- Menyediakan kemudahan awam
- Menyenggara jalan raya

4.3 Pembangunan Tanah [FELDA&FELCRA]

Bab 5: Pembentukan Malaysia


5.1 Idea Gagasan Malaysia
1. Jelaskan idea gagasan Malaysia. (4m)
- Idea gagasan Malaysia merupakan penggabungan PTM, Sarawak, Sabah dan Singapura dan
Brunei untuk merdeka satu sistem Kerajaan Persekutuan.
- Antaranya, Melayu Raya mahu mendapat kemerdekaan Alam Melayu tetapi gagal.
- Bagi pihak British, penggabungan bertujuan untuk membentuk satu sistem pentadbiran dan
ekonomi.
- Selain itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penyatuan Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak.
5.3 Reaksi Negara Jiran, Brunei
1. Jelaskan reaksi tempatan/negara jiran tentang pembentukan Malaysia. (4m)

5.4 Langkah Pembentukan Malaysia


Siri Lawatan- Julai 1961
- TAR melawat Srawak dan Brunei
- Meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan
pembentukan Malaysia

5.5 Inti Pati Perjanjian Malaysia


- Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963.
- Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia
bersama-sama PTM.
- Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam
Malaysia.
- Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri.
- Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi, Sarawak sebanyak 24
kerusi dan Sabah sebanyak 16.

5.6 Langkah Menamatkan Konfrontasi- kebijaksanaan


- Konfrontasi ini dinamakan “Ganyang Malaysia”
Soalan KBAT
1. Cara untuk memperkukuh kedaulatan (8m)
- Kestabilan politik dapat mengekalkan kedaulatan negara kerana tidak memberikan
peluang kepada kuasa asing untuk campur tangan dalam urusan negara kita.
- Hal ini kerana kuasa asing sering mencampuri urusan sesebuah negara dengan
menggunakan alasan untuk membantu menyelesaikan pergolakan politik negara tersebut.
- Oleh sebab itu, kerajaan perlu memastikan tidak berlaku sebarang pergolakan politik,
rampasan kuasa atau rusuhan kaum yang akan menjejaskan kedaualatan negara.
- Contohnya, YDPA Al-Sultan Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-
pemimpin parti politik semasa negara menghadapi kemelut politik dan akhirnya
penyelesaian ditemui dan kemelut dapat dihentikan.
- Kesimpulannya, kestabilan politik amat penting agar keamanan dan kedaulatan negara
sentiasa terpelihara.

- Kestabilan politik juga dapat mengekalkan kedaulatan negara kerana pembangunan


ekonomi negara akan berjalan dengan lancar.
- Hal ini kerana kestabilan politik memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk melabur
di negara kita.
- Oleh sebab itu, peluang pekerjaan telah diwujudkan dan membantu perkembangan ekonomi
negara.
- Contohnya, sektor perdagangan telah merancakkan sektor ekonomi negara kita.
- Kesimpulannya, kedudukan ekonomi negara yang kukuh menyebabkan negara kita tidak
dijajah oleh mana-mana kuasa asing.

2. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat


mempertahankan kedaulatan negara kita. (8m)
- Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, saya dapat mempertahankan
kedaulatan negara kita dengan memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
- Hal ini kerana dapat menyokong semua usaha dan dasar kerajaan yang akan dilaksanakan.
- Oleh sebab itu, sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan
berkesan.
- Contohnya, masyarakat Melayu, Cina dan India dapat bekerjasama.
- Kesimpulannya, kesetiaan kepada raja dan negara dapat menjamin keamanan negara dan
sekali gus dapat mempertahankan kedaulatan negara kita daripada ancaman luar.

- Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, saya dapat mempertahankan


kedaulatan negara kita dengan mematuhi undang-undang negara.
- Hal ini kerana dapat memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman dan
damai.
- Di samping itu, masysrakat juga dapat mengamalkan semangat perkongsian serta
bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.
- Contohnya, mengadakn aktiviti gotong royong di kawasan perumahan.
- Kesimpulannya, kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan lahirnya masyarakat yang
mematuhi undang-undang negara.
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perkara-perkara sensitif yang terdapat
dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoalkan? (8m)
- Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, perkara-perkara sensitif yang terdapat dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoalkan kerana dapat menjejaskan keamanan
negara.
- Hal ini kerana akan menyebabkan hubungan antara kaum akan menjadi renggang.
- Oleh sebab itu, semua warganegara Malaysia perlulah mengelakkan hal yang boleh
mengguagat kestabilan negara.
- Contohnya, isu kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan negara.
- Kesimpulannya, usaha untuk memelihara keamanan negara perlulah dilaksanakan oleh
semua warganegara tanap mempersoalkan isi kandungan perlembagaan negara.

- Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, perkara-perkara sensitif yang terdapat dalam


Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoalkan kerana akan membantutkan
pembangunan negara.
- Hal ini kerana akan menyebabkan negara mundur dan merintis kepada perasaan tidak puas
hati antara kaum.
- Oleh sebab itu, akan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.
- Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969.
- Kesimpulannya, hal ini akan memberi peluang kepada musuh negara untuk mengancam
kedaulatan negara kita.

4. Berikut adalah prinsip kedua Rukun Negara kita.


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Pada pandangan anda, mengapakah perkara tersebut dijadikan prinsip Rukun Negara? (4m)
- Pada pandangan anda, perkara tersebut dijadikan prinsip Rukun Negara kerana raja
merupakan lamabang kedaulatan negara.
- Hal ini kerana YDPA merupakan ketua utama negara dalam sistem pemerintahan negara
kita.
- Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mestilah menghormati, dan mempertahankan institusi
beraja negara kita.
- Contohnya, rakyat tidak mempersendakan institusi beraja dan meraikan hari keputeraan
YDPA atau Sultan.
- Kesimpulannya, elemen ini amat penting bagi memastikan kedaulatan negara terjamin.
5. Cara rakyat menunjukkan taat setia kepada raja.
- Sebagai warga yang patriotik, saya menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara adalah
dengan sentiasa mematuhi perintah YDPA dan Sultan.
- Hal ini dapat dilaksanakan dengan mematuhi undang-undang.
- Oleh sebab itu, perpaduan dalam negara dapat diperkukuhkan.
- Contohnya, mengamalkan prinsip Rukun Negara.
- Kesimpulannya, mematuhi perintah YDPA atau Sultan dapat menunjukkan kesetiaan
kepada raja dan negara.

- Selain itu, cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada rja dan negara adalah dengan sentiasa
menghormati institusi beraja.
- Hal ini dapat dilaksanakan dengan tidak mempersendakan institusi beraja.
- Oleh sebab itu, institusi beraja akan dikagumi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.
- Contohnya, meraikan hari keputeraan YDPA atau Sultan.
- Kesimpulannya, sentiasa menghormati YDPA atau Sultan dapat menunjkkan kesetiaan
kepada raja dan negara.

6. Cara anda menjunjung keagungan perlembagaan


7. Cara memperkukuh gagasan Malaysia
8. Cara mengekalkan/memperkukuh sistem persekutuan
9. Kebijaksanaan raja-raja Melayu menagani konfrontasi Indonesia
Form 4
Bab 1
Srivijaya
- “Sri” bermaksud bercahaya
- “vijaya” bermaksud kemenangan
- Inskripsi Telaga Batu
Kegunaan: Upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam
kerajaan Srivijaya.
Kaedah penggunaan: Air akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan
kesetiaan kepada raja.

1. Kerajaan
- Kerajaan muncul kerana adanya raja
- Selepas kedatangan Islam, pemerintah KMM menggunakan gelaran sultan
2. Rakyat
- Rakyat menunjukkan taat setia kepada raja.
- Penduduk di dalam sesebuah negara.
3. Kedaulatan
- Lambang kekuasaan tertinggi sultan seorang
4.Wilayah pengaruh
- Kawasan yang rakyatnya menerima dan menperakui pemerintahan seorang raja
- Wilayah pengaruh diperolehi melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
5. Undang-undang
-Terdiri daripada dua undang-undang bertulis: Hukum Kanun Melaka &
Undang-undang Melaka
- Bertujuan memastikaan kesejahteraan kerajaan
- Sebagai panduan dalam pentadbiran
6. Lambang kebesaran
- Merupakan identiti sesebuah kerajaan & keistimewaan Sultan Melaka
- Termasuklah: Adat istiadat | Penggunaan warna, nobat ,regalia dan cap mohor

Undang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang KMM


1. Undang-undang Pahang
2. Undang-undang 99 Perak

Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa


Form 4 Bab 5
Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. Nyatakan cadangan Jawatankuasa Kerja tersebut bagi penubuhan PTM 1948.
Cadangan Jawatankuasa Kerja adalah untuk menyatukan semua negeri Melayu dalam satu
pentadbiran dan 2 buah negeri-negeri Selat (1m) serta mengenakan syarat
kewarganegaraan yang ketat. (1m)

2. Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


F1- Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union
H1- Orang Melayu, Raja-raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO berbanding bahu
membantah MU kerana MU memberi kesan buruk kepada raja dan orang Melayu
F2- Disebabkan oleh cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO
H2- Pertemuan diadkan antara Raja-raja Melayu dengan Gabenor Jeneral dan Gabenor MU
F3- Sokongan pentadbir British
H3- Pentadbir British menyokong konsep penyatuan kerana ia mewujudkan keamanan,
kestabilan dan kemajuan ekonomi.

3. Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?


F- Orang Melayu menerima Perjanjian PTM 1948 kerana PTM 1948 telah menjaga
kedudukan istimewa orang Melayu.
H- Hal ini kerana, syarat kewarganegaraan untuk orang bukan Melayu telah diperketatkan.
HL- Oleh sebab itu, orang Melayu masih diiktiraf sebagai penduduk asal dan diberikan hak
istimewa.
C- Contohnya, prinsip Jus Soli menyatakan bahawa rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu
dan Singapura diiktiraf sebagai warga MU telah menjejaskan kedudukan orang Melayu.
I- Kesimpulannya, Perjanjian PTM 1948 telah mengembalikan status dan maruah bangsa
Melayu.

4. Nyatakan dua cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO dalam pembentukan PTM 1948.
- Raja berkuasa dalam perundangan
- Jawatan Pesuruhjaya Tinggi British menggantikan Gabenor

5. Jelaskan kesan Perjanjian PTM 1948 dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia
yang bersatu-padu.
F1- Menggembalikan kedudukan raja-raja Melayu
H1- Majlis raja-raja Melayu telah ditubuhkan
H1- Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada raja-raja Melayu
F2- Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
H2- PTM 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum
lain
6. Jelaskan ciri-ciri PTM 1948 dari aspek pentadbiran dan kuasa raja-raja Melayu.
- Ciri-ciri PTM 1948 dari aspek pentadbiran ialah persekutuan dibentuk menerusi gabungan 9
buah negeri Mekayu dan dua buah NNS.
- Singapura kekal sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan.
- Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
- Penubuhan Majlis Mesyuarakat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan bagi
membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
- Majlis Mesyuarakat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi.
- Ciri-ciri PTM 1948 dari aspek kuasa raja-raja Melayu ialah Majlis Raja-raja Melayu
dibentuk (1m) yang membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangn. (1m)
- Pada peringkat negeri, Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang
diluluskan dalam Dewan Perundang Negeri

7. Pada pendapat anda, mengapakah penubuhan PTM 1948 boleh diterima penduduk Tanah
Melayu?
F- Orang Melayu menerima Perjanjian PTM 1948 kerana PTM 1948 telah menjaga
kedudukan istimewa orang Melayu.
H- Hal ini kerana, syarat kewarganegaraan untuk orang bukan Melayu telah diperketatkan.
HL- Oleh sebab itu, orang Melayu masih diiktiraf sebagai penduduk asal dan diberikan hak
istimewa.
C- Contohnya, prinsip Jus Soli menyatakan bahawa rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu
dan Singapura diiktiraf sebagai warga MU telah menjejaskan kedudukan orang Melayu.
I- Kesimpulannya, Perjanjian PTM 1948 telah mengembalikan status dan maruah bangsa
Melayu.

F- Menggembalikan kedudukan raja-raja Melayu


H- Hal ini kerana majlis raja-raja Melayu telah ditubuhkan
HL- Oleh sebab itu, majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada raja-raja Melayu
C- Contohnya, pada peringkat negeri, Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-
undang yang diluluskan dalam Dewan Perundang Negeri
I- Kesimpulannya, kuasa raja-raja Melayu telah dikembalikan dan bukan lagi terhad kepada
soal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

You might also like