You are on page 1of 18

MODUL PDPR

MATA PELAJARAN :
SEJARAH TINGKATAN 5
KSSM 2021

SMK SEGAMA LAHAD DATU

DISEDIAKAN OLEH

SUKAINA MASALIANG
KETUA BIDANG SAINS SOSIAL
SMK SEGAMA LAHAD DATU, SABAH.

1
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
LATIHAN BAB 1: KEDAULATAN NEGARA
1.1: KONSEP KEDAULATAN

1. Lengkapakan jadual di bawah berkaitan takrif kedaulatan. ( Buku teks m/s: 4 )

Konsep Umum Merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas
serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan.

Bahasa Yunani Daripada perkataan supernuss/ superanus yang bermaksud agung atau tinggi.
Merujuk negara yang bebas dan merdeka.

Bahasa Inggeris Daripada perkataan sovereignty yang bermaksud mempunyai kuasa penuh dalam
pemerintahan.
Bahasa Arab Daripada perkataan daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan kerajaan.

Bahasa Melayu Merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap
pemerintahan negara.

2. Lengkapkan jadual di bawah berkenaan pandangan tokoh sejarah berkaitan tafsiran sejarah.
( Buku teks m/s:5 )

Tokoh Tafsiran Kedaulatan


Aristotle Merupakan kekuasaan tertinggi dalam pemerintahan negara. Kerajaan yang terikat
( Falsafah Yunani) dengan undang-undang.

Ibnu Khaldun Merupakan kekuatan dan kekuasaan negara berasaskan semangat kekitaan
( Ilmuan Islam ) bangsanya yang diiringi kekuatan semangat beragama untuk bekorban demi cita-
cita yang sama.

Jean Bodin Merupakan kuasa tertinggi dalam negara. Bersifat kekal dan mempunyai untuk
( Falsafah Politik membuat undang-undang,mentafsir dan melaksanakannya.
Perancis)
Tunku Abdul Rahman Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang memperjuangkan
(Perdana Menteri kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Malaysia)
Tun Dr. Mohamed Merupakan asas negara merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat
Salleh Abas antarabangsa bersama hak dan kuasa untuk mengatur urusan tanpa telunjuk
(Mantan Ketua asing.
Hakim Negara)

3. Rajah di bawah berkaitan jenis-jenis kedaulatan. ( buku teks m/s: 6-7)

2
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
Tradisonal

Jenis Y
X
Kedaulatan

Moden

a) Namakan jenis kedaulatan yang bertanda X dan Y.

X: Kedaulatan Undang-undang
Y: Kedaulatan Antarabangsa
2 markah
b) Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan tradisional?
F sistem pemerintahan berkuasa mutlak
F menguasai sepenuhnya segala urusan
F wujud sejak tamadun awal manusia
F berpaksi pada kedaulatan raja
F terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja
F kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat. Max 2 markah

c) Jelaskan ciri-ciri kedaulatan moden.


F dikaitlkan dengan idea kemunculan negara bansga selepas Revolusi Keagungan,England dan
Revolusi Perancis.
F dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
F berkaitan dengan nasionalisme
F menggunakan persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.

Max 3 markah

d) Mengapakah kedaulatan negara perlu dipelihara dan dipertahankan?


F melindungi hak rakyat dan negara dari anasir luar
F menjamin kestabilan politik negara
F menjamin keharmonian dan keamanan negara

mana-mana munasabah : max 3 markah

1.2: CIRI NEGARA YANG BERDAULAT

3
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
4. Jawab semua soalan di bawah berkaitan ciri negara berdaulat di negara kita. (Buku teks m/s 8-9)

a) Nyatakan empat ciri negara berdaulat.


i. mempunyai pemerintah

ii. mempunyai sempadan

iii. mempunyai perundangan

iv. mempunyai rakyat

4 markah

b) Mengapakah pemerintahan negara berdaulat diwujudkan?

F menjaga kestabilan politik , keamanan, pertahanan dan ekonomi.

F membolehkan pemerintahan dijalankan secara teratur

2 markah

c) Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan di negara kita.

F sebuah negara persekutuan


F mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

F YDPA sebagai ketua negara


F Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
F dibantu oleh Jemaah Menteri
4 markah

d) Mengapakah penetapan sempadan penting bagi sesebuah negara?


F merupakan garis pemisah antara negeri atau negara
F diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB
F memudahkan urusan pemerintahan,pentadbiran,pertahanan,pembangunan ekonomi.
3 markah

e) Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Parlimen merupakan asas kepada peraturan negara
kita. Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara?
F memelihara kesejahteraan
F menjamin keadilan
F melindungi rakyat
F panduan dalam pemerintahan/pentadbiran
Mana-mana munasabah : 4 markah

f) Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Bagaimanakah rakyat berbilang kaum di negara kita disatukan?

4
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
F penggunaan bahasa kebangsaan
F memperkenalkan kebudayaan kebangsaan
F pengamalan 5 prinsip Rukun Negara
F menggunakan indentiti nasioanal yang sama
4 markah

1.3: KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

5. Kedaulatan negara bermaksud kekuasaan tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara bagi
menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka. (Buku teks m/s 10-11)

a) Jelaskan kepentingan mewujudkan negara yang berdaulat.


F mewujudkan keberkesanan pentadbiran
H negara bebas melaksanakan pentadbiran tanpa campur tangan asing
H dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan Kementerian
H Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui pengagihan kuasa
H diperkukuh dengan peruntukan undang-undang
F menjamin kemakmuran ekonomi
H membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi
H untuk memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat
H meliputi bidang pertanian,perindusterian dan perdagagan
F menjamin kesejahteraan social
H melahirkan generasi berilmu melalui pendidikan
H dapat menyumbang kepada pembangunan negara
H memperkenalkan pelbagai dasar social untuk memupuk perpaduan/perasaan muhibah
C Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan, Rukun Negara
F mewujudkan kecemerlangan hubungan luar negara
H dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara
H menjalin hubungan diplomatic dan Kerjasama pelbagai bidang
H pelbagai manfaat diperoleh demi kebaikan semua pihak
H negara kita diiktiraf oleh negara lain.
Max 8 markah

b) Rasionalkan kepentingan kedaulatan dalam menentukan bentuk sistem pentadbiran negara pada
masa kini.
F kedaulatan menjadikan negara kita merdeka daripada cengkaman pengaruh asing
F negara bebas menentukan corak pentadbiran mengikut acuan sendiri
F mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
F YDPA sebagai ketua negara
F Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan di bantu oleh Jemaah Menteri
F negara juga mengamalkan sistem pengasingan kuasa dalam pemerintahan
F bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
Mana-mana munasabah: max 6 markah
c) Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita kecapi pada masa
kini.

5
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
F menghargai nikmat keamanan yang dikecapi kini
F mempertahankan kedaulatan demi kemajuan negara
F meningkatakan semangat nasionalisme
F mengukuhkan semangat perpaduan dalam pelbagai kaum
F mengamalkan sikap toleransi
Mana-mana jawapan munasabah: max 8 markah

1.4: LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN

6. Pemerintah dan rakyat memainkan peranan yang penting bagi mempertahankan kedaulatan
negara. ( buku teks m/s: 12- 13)

a) Jelaskan peranan pemerintah dan rakyat bagi mempertahankan kedaulatan negara kita.

F Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi


H pemerintah mewujudkan pentadbiran yang cekap

H elak rasuah

H mengagihkan kekayaan ekonomi secara adil untuk semua kaum

H rakyat memberikan lkesetiaan kepada raja dan negara

H memupuk Kerjasama dan patuh undang-undang

F mengekalkan perpaduan kaum


H pemerintah menggubal dasar berkaitan perpaduan nasional

H merangka program untuk memupuk perpaduan

H rakyat menggunakan bahasa kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara

H memahami dan menghormati budaya pelbagai kaum

Mana-mana jawapan munasabah : max 6 markah

b) Perbezaan jurang ekonomi antara kaum boleh mengancam kedaulatan negara. Jelaskan langkah
untuk memastikan peningkatan ekonomi dirasai oleh semua kaum.

F melaksanakan dasar/program pembangunan melibatkan semua kaum


C DEB dapat membasmi kemiskinan semua kaum

H program kemajuan tanah seperti FELDA memberikan peluang pekerjaan

H dapat meningkatkan taraf hidup semua kaum

F Kerjasama ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera

H membolehkan perkongsian kepakaran

C syarikat Kerjasama

F pemimpin perlu adil dan tidak bersikap pilih kasih

6
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
H semua kaum perlu diberi peluang dan ruang dalam ekonomi

Mana-mana munasabah : max 8 markah

d) Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu padu. Beri hujah anda.
F perpaduan dapat menjamin keamanan negara
F pebagai kaum perlu bertoleransi dalam pelbagai aspek
F konflik perkauman dapat dielakkan
F kemakmuran negara menjamin kestabilan politik
F memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita
C dalam sektor pertanian, perkilangan dan perindusterian
H memberi peluang pekerjaan
F keselamatan negara terjamin
H semua kaum bersama-sama bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara
H sanggp bekorban demi bangsa dan negara
Mana-mana jawapan munasabah: max 8 markah

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.1: LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai berkaitan latar belakang sekarah
Perlembagaan Persekutuan. ( Buku teks m/s: 22)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan


Sesebuah negara.
Sebelum kedatangan British,negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.
Raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan.
Pada zaman pemerintahan British,raja diterima sebagai pemerintah berdaulat.
Selepas merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan unsur penting
dalam negara.

2. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. ( Buku teks


m/s: 22-24)
a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
i. Undang-undang Negeri Melayu
ii. Undang-undang Inggeris
2 markah

b) Nyatakan ciri-ciri Undang-undang Negeri Melayu.


F Raja sebagai pemerintah
F rakyat memberikan kesetiaan

7
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
F undang-undang ditentukanoleh raja
F undang-undang zaman KKM, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
F undang-undang ini mempengaruhi undang-undang di negeri Melayu yang lain
Max 3 markah

c) Senaraikan undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan


British.
F undang-undang Kedah, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang 99 Perak, undang-undang
Johor.
Max 2 markah

d) Jelaskan kepentingan Undang-undang Negeri Melayu di negara kita sebelum kedatangan


British.
F asas perlembagaan
F sebagai panduan dan kawalan dalam pemerintahan
F menjamin kesejahteraan negara
3 markah

3. Undang-undang di negeri-negeri Melayu mengalami perubahan dengan pengenalan undang-


undang Inggeris.

a) undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di negeri berikut.


i. Negeri-negeri Selat(NNS) : Charter of Justice
ii. Sarawak : The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949
iii. Sabah: Sabah Application of Laws Ordinance 1951
3 markah

b) Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS.


F melindungi penduduk asal daripada penindasan
F menjamin keadilan
2 markah

c) Namakan dua badan yang ditubuhkan untuk menggubal undang-undang di Sarawak.


i. Council Negri ( Majlis Negeri)
ii. Majlis Tertinggi
( /2 markah)

d) Apakah fungsi Majis Undangan yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1950?
F menggubal undang-undang
( /1 markah)

2.2: SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

8
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
4. Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 hingga tahun
197. ( Buku teks m/s: 25-27)

a) Lengkapakn peta alir di bawah berkaitan kronologi penggubalan Perlembagaan


Persekutuan.

mesyuarat
Perjanjian PTM1948
pertama
titik tolak
Majlis Negeri
Undang-undang NNS pembentukan
Perak Dikenali sebagai
digubal oleh Majlis persekutuan hari
menggubal ini. Suruhanjaya
undang- Undangan Negeri.
1946
1957
kandunga PTM Perlembagaan
undang NNMB digubal oleh
Majlis Persekutuan. 1948" disesuaikan dgn
pentadbiran,kuasa model
NNMTB digubal oleh
raja,perundangan Westminster dari
Majlkis Negeri
dan Britain
1877
kewarganegaraan
1948
asas
perlembagaan
diikuti oleh negara hari ini
semua negeri

b) Senaraikan lima perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957.
i. Kerajaan Persekutuan yang kukuh
ii. Menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu
iii. Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
iv. Parlimen mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara
v. Kewarganegaraan yang sama
5 markah

2.3: CIRI UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

5. Perlembagaan Persekutuan dianggap unik kerana mempunyai ciri tradisional dan moden.
( Buku teks m/s: 28-29)

a) Senaraikan empat ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.


F Kesultanan atau pemerintahan beraja, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dipelihara serta kepentingan sah
kaum lain.
4 markah
b) Nyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan.
F kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman pesalah

9
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
F melantik jawatan utama dalam negara
2 markah
c) Terangkan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
F pembentukan kerajaan persekutuan
H kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negari mempunyai kuasa tertentu
F memperkenalkan kewarganegaraan Pesekutuan
H kewarganegaraan yang sama kepada semua rakyatnya
F mengamalkan sisitem pemerintahan Demokrasi berparlimen
H asasnya dengan mengadakan pilihan raya 1955
H untuk membentuk kerajaan
H Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk jamin keadilan/ketekusan pilihan raya
Max 6 markah

d) Ciri tradisional dan moden menjadi asas Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan
rakyat hidup aman dan harmoni. Bincangkan.
F pemerintahan beraja sebagai simbol kedaulatan negara.
H semua rakyat patuh dan taat setia
H raja sebagai tonggak kehormatan dan keadilan
H YDPA menjaga hak istimewa orang Melayu,bumiputera dan kepentingan sah kaum lain.
H kehidupan rakyat terjamin.
F sistem Demokrasi Berparlimen membolehkan rakyat bebas memilih kerajaan melalui
pilihan raya.
H rakyat diberi peluang terlibat dalam pemerintahan
H sistem pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekuan dengan Kerajaan Negeri menjamin
kepentingan semua rakyat.
Mana-mana munasabah : max 8 markah

2.4: PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963 DAN 1965

6. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan


Malaysia 163 dan 1965.

a) Mengapakah pindaan Perlembagaan 1963 dibuat?. Jelaskan bagaimana pindaan tersebut


dilakukan.
F berlaku disebabkan terjadinya penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,Sabah

dan Singapura.
F bertujuan untuk menyesuaikan peruntukan negeri baharu dalam persekutuan.
F dibuat dengan cara memasukkan klausa baharu
F antaranya struktur mahkamah Atasan, pembentukan mahkamahTinggi Borneo dan
jawatan Yang di-pertuan Negeri.
4 markah

10
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
b) Terangkan tiga perkara utama yang dipinda dalam Perlembagaan 1963.
F Struktur Mahkamah Atasan
H mengikut model mahkamah Tinggi England.
H terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
H mahkamah Persekutuan boleh mendengar mana-mana pertikaian anatar Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
F Pembentukan Mahkamah tinggi Borneo
H berperanan menguruskan soal kehakiman di sabah dan Sarawak
H jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan berpusat di Kuching.
H 1994,diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah.
F Jawatan yang di-Pertuan Negeri (YDPN)
H Sabah dan Sarawak diketuai oleh YDPN
H dilantik oleh YDPA
H YDPN perlu ikut nasihat Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet Negeri di Sabah.
Max 6 markah

c) Pindaan Perlembagaan 1965 dipinda dengan memansuhkan semua perkara berkaiatan


Singapura selepas Singapura keluar daipada Malaysia. Apakah contoh perkara yang telah
dimansuhkan?
F Imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan
4 markah

d) Rakyat bertanggungjawab dalam memelihara Perlembagaan Persekutuan. Bahaskan.


F Undang-undang tertinggi dalam negara
F sebagai asas dalam pemerintahan
F menjadikan pemerintahan/pentadbiran lebih licin dan sistematik
F Perlembagaan menjamin hak semua kaum di negara kita
F menjadikan negara aman dan harmoni
F menjamin kestabilan politik negara
Mana-mana jawapan munasabah: max 6 markah

BAB 3 : RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

3.1 : LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN BERAJA DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

1. Lengkapkan jadual di bawah berkaitan latar belakang pemerintahan beraja dan Demokrasi
Berparlimen di negara kita. ( Buku teks m/s: 38-41 )

Latar belakang Sistem pemerintahan

 Raja mempunyai kuasa mutlak . Berkuasa dalam pentadbiran,


Pemerintahan perundangan dan kehakiman .
Beraja  Menggunakan undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Kesultanan Undang-undang Laut Melaka.
Melayu Melaka  Diperkukuh dengan konsep Islam. Raja sebagai ketua agama Islam
(KMM)  Raja dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan
dan ketua agama . Raja bertanggungjawab pertahankan adat
dan struktur masyarakat . Keabsahan terletak pada kedaulatan

11
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
Raja-raja Melayu.
Sebelum Perang  Pemerintahan beraja menjadi penghalang dan menyukarkan
Dunia Kedua British menjajah negeri Melayu.
 British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem
Penasihat di NNMTB.
 Raja Melayu memerintah dengan campur tangan British dalam
pentadbiran yang dimetrai melalui perjanjian atau surat
perisytiharan daipada Raja-raja Melayu.
NNMB
 British ambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri.
Raja kekal sebagai pemerintah berdaulat dan perlu menerima
nasihat daripada pegawai British.
NNMTB
 Kedudukan raja lebih kukuh. British menempatkan penasihat
British, namun pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar yang
dilantik oleh raja.
 Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-
undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu menyerlahkan ciri Raja
Berperlembagaan dalam Kesultanan Johor dan Terengganu.
 Undang-undang tersebut adalah untuk menghalang perluasan
British dan mengekalkan kedaulatan negeri

Semasa  Raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam.
Pendudukan  Raja memperoleh pendapatan.
Jepun  Kedudukam Raja Melayu diletakkan di bawah pengawasan
Gabenor Jepun di Tanah Melayu
Selepas Perang  Pemerintahan beraja menerima cabaran apabila Malayan union
Dunia Kedua diperkenalkan. Raja kehilangan kuasa kerana diambil oleh Raja
England.
 British memerintah MU secara langsung melalui gabenor yang
dilantik oleh British.
 Kesepakatan Raja Melayu dan sokongan orang Melayu
menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu
1948.
 Kedaulatan Raja Melayu dikembalikan seperti sebelumnya
melalui Perjanjian PTM 1948.
 Undang-undang Tubuh digubal oleh Raja-raja Melayu diguna
pakai hingga kini mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja
Berperlembagaan.
Raja  Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 diperoleh melalui rundingan
Berperlembagaa dan persetujuan Raja-raja Melayu.
n dan Demokrasi  Pemerintahan beraja diteruskan dan beberapa pindaan dibuat
Berparlimen supaya sesuai dengan konsep demokrasi.
 Jawatan YDPA diwujudkan sebagai Ketua Utama
Negara.kedudukan dan kuasa YDPA termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
 Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
memgiktiraf raja sebagai pemerintah tetinggi
negara.________________________
 Rakyat diberi hak memilih wakil melalui pilihan raya untuk
membentuk kerajaan.

12
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
3.2: SEJARAH DAN KEDUDUKAN INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA

2. Lengkapkan peta alir di bawah berkaitan kronologi sejarah dan kedudukan institusi Majlis
Raja-raja Melayu. ( Buku teks m/s: 42-45)

dibentuk pada tahun 1897. Berperanan


sebanagai majlis persidangan Raja-raja Melayu ( NNMB)
Pembentukan membincangkan hal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan British
DURBAR

penubuhan Majlis Sultan-sultan


dipengerusikan oleh Gabenur MU
Ahli majlis terdiri drpd 9 sultan Melayu,Ketua Setiausaha MU,penasihat Undang-undang
semasa dan Setiusaha Kewangan
Malayan fungsinya membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam dan menasihati
Union gabenor tentang isu yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu

Majlis Raja-raja ditubuhkan pada 1948 berdasarkan prinsip Perjanjian PTM 1948.
dilengkapi dengan kuasa dan skretariat.
diuruskan sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu.
semasa PTM pengerusi ditentukan oleh Raja Melayu dalam kalangan 9 sultan.
1948 disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memetrai keputusan.

peranan masih dikekalkan


1957 - penambahan YDPN Melaka dan Pulau Pinang
selepas 1963 - penambahan YDPN Sabah dan Sarawak
merdeka YDPN tidak terlibat dalam mesyuarat khas seperti perlantikan YDPA dan Timbalannya.

Fungsi majlis Raja-raja


memilih YDPA dan timbalannya
Bersetuju atau tidak sebarang undang-undang yang perlukan persetujuannya
kedudukan memberi nasihat tentang perlantikan jawatan tertentu
Majlis Raja-Raja rujukan bagi kedudukan istimewa Melayu,bumiputera dan kepentingan sah kaum lain.
dalam Lembaga pengampunan bagi kes tertentu
Perlembagaan
Persekutuan perkenankan perubahan sempadan negeri setelah diperkenan raja negeri tersebut
memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara tertentu.

3.3: YANG DI-PERTUAN AGONG(YDPA) DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

13
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
3. Raja Berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara yang diiktiraf
dalam Perlembagaan Persekutuan. ( Buku teks m/s: 46-49)

a) Nyatakan tiga institusi beraja yang terdapat di negara kita. ( Buku teks m/s: 46)
i. Majlis Raja-raja
ii. Institusi beraja di negeri-negeri
iii. Institusi YDPA pada peringkat Persekutuan
3 markah
b) Bagaimanakah pemilihan YDPA dilaksanakan. ( Buku teks m/s: 46-47)
F dipilih daripada kalangan 9 orang sultan
F dari 9 negeri(Perak,Selangor,N.9,Johor,Terengganu,Kelantan,Kedah,Pahang,Perlis)
F dilaksanakan oleh Majlis Raja-raja mengikut Perlembagaan Persekutuan
F memegang jawatan selama 5 tahun
F boleh meletakkan jawatan dan boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja
Max 4 markah

c) Terangkan kuasa dan peranan YDPA dalam pemerintahan negara. ( buku teks m/s48-49)
F melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
F melantik jawatan penting. Contoh Peguam Negara
F pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
F melantik diplomat Malaysia ke luar negara
F ketua agama Islam di negerinya dan negeri yang tiada sultan
F menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah Sarawak dan
kepentingan sah kaum lain.
F mengisytiharkan darurat yang boleh mengancam keselamatan awam dan negara
F berkuasa memanggil dan membubarkan arlimen
F memperkenankan Rang Undang-undang yang melalui proses pembentanagn di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara
Max 6 markah

d) Sebagai warga yang patriotik,bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan kepada raja dan
negara?
F menghormati institusi beraja di negara kita
F tidak mempersendakan institusi beraja
F mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara
F mengukuhkan perpaduan
Mana-mana jawapan munasabaha: max 4 markah

e) Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, jelaskan peranan
institusi beraja dalam memakmurkan dan memajukan negara.
F melindungi keistimewaan orang Melayu,bumiputera dan kepentingan sah kaum lain
H mengelakkan sikap pilih kasih/rasis
F memastikan kestabilan politik negara terpelihara
H negara aman akan menarik ramai pelabur asing
F menjaga kebajikan rakyat
H prihatin terhadap masalah dankeperluan rakyat

14
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
H turun padang untuk melihat keadaan rakyat
Mana-mana jawapan munasabah: max 6 markah

3.4: AMALAN DEMOKRASI DAN PENGASINGAN KUASA

4. Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara.( Buku teks m/s 50-51)

a) Nyatakan ciri demokrasi yang diamalkan di negara kita.


F Pilihan raya
F kebebasan asasi
F pembahagian kuasa pada peringkat Persekutuan dan negeri
3 markah
b) Mengapakah setiap warganegara yang layak diwajibkan untuk mengundi dalam pilihan raya?
F memilih pemimpi yang berwibawa
F menentukan kerajaan yang akan memerintah
F memastikan kerajaan yang akan dibentuk mampu memajukan negara
Mana-mana jawapan munasabah: max 3 markah

c) Pilihan raya yang dilakasnakaan di negara kita telus dan adil. Bukitikan.
F dilaksanakan oleh SPR yang bebas daripada parti politik
F ahli SPR dilantik oleh YDPA
F undi adalah rahsia
F pengiraan undi dilakukan secara terbuka
F hanya pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
F penggunaan dakwat kekal untuk elak pengundian berulang
Mana-mana jawapan munasabah: max 4 markah

d) Nyatakan kebebasan asasi yang dimiliki oleh setiap individu berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan.
F kebebasan diri
F kebebasan beragama
F hak berkenaan dengan pendidikan
F kebebsan bersuara,berhimpun dan berpersatuan
4 markah

e) Kebebasan asasi yang disalahgunakan boleh mengancam kedaulatan dan kestabilan negara.
Beri hujah anda.
F menyebarkan fitnah/berita palsu
H menggunakan media sosial,akhbar atau media elektronik
C isu berkaitan rasis, agama, politik
H menyebabkan perpecahan/perselisihan faham
H menggugat perpaduan kaum
F perhimpunan haram mengancam keselamatan
H memburukkan imej negara di mata dunia
Mana-mana jawapan munasabah: max 6 markah

15
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
5. Rajah di bawah berkaitan kuasa pemerintahan di negara kita yang mengamalkan
konsep pengasingan kuasa. ( Buku teks m/s:52-55)

Yang di-Pertuan
Agong

Majlis Raja-raja

Badan
X Y
Perundangan

Parlimen Perdana
Menteri

R S Jemaah
Menteri

a) Namakan badan pemerintahan yang bertanda X dan Y.


X: Badan Eksekutif
Y: Badan Kehakiman
2 markah

b) Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Apakah fungsi parlimen?


F Menggubal undang-undang
F membuat pindaan undang-undang Persekutuan
F menyemak dasar kerajaan
F meluluskan perbelanjaan kerajaan
F meluluskan sistem cukai baharu
Max 3 markah

c) Namakan dewan yang bertanda R dan S yang terdapat dalam parlimen.


R : Dewan Negara/ Dewan Rakyat
S: Dewan Rakyat/ Dewan Negara

d) Jelaskan fungsi dewan R dan S.


F Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara
F membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
F Dewan Rakyat ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
F berfungsi untuk menggubal undang-undang
4 markah

e) Jelaskan fungsi Jemaah Menteri.


F terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri
F tugasnya menggubal dasar kerajaan
F melaksanakan pembangunan
F Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri,memimpin kerajaan dan jalankan
pentadbiran pada peringkat Persekutuan
F menteri mengetuai kementerian melaksanakan dasar kerajaan
F setiap menteri mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.

16
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
F jika menteri tidak bersetuju,beliau perlu letak jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri.
Max 4 markah

f) Namakan badan eksekutif yang melaksanakan pentadbiran dalam Majlis Mesyuarat


Kerajaan Negeri berikut: ( buku teks m/s 5)
i. Negeri di Semenanjung Malaysia: Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO)
ii. Sabah dan Sarawak: Kabinet Negeri

g) Nyatakan peranan badan kehakiman. ( buku teks m/s:55)


F mentafsir dan melaksanakan undang-undang
F mempertahankan Perlembagaan Persekutuan
F mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat atau sesama rakyat
F menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

4 markah
h) Pada pendapat anda, apakah rasionalnya konsep pengasingan kuasa yang
dilaksanakan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
F mewujudkan pemerintahan yang adil
F membentuk konsep semak silang dan imbang
F pemerintahan tidak dikuasai oleh seseorang atau sesebuah institusi
F mengelakkan penyalahgunaan kuasa
F menjamin kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutuan
F menunujukkan pengamalan sistem demokrasi di negara kita
Mana-mana jawapan munasabah: max 6 markah

3.5: KEUNIKAN AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI NEGARA KITA

6. Keunikan amalan Demokrasi Berparlimen dapat dilihat dari aspek gabungan unsur
tradisional dan moden, mekanisme semak dan imbang, kuasa budi bicara raja serta
Kerjasama politik. ( Buku teks m/s: 56-57)

a) Nyatakan unsur tradisional dan moden dalam sistem Demokrasi Berparlimen negara kita.
F sistem beraja iaitu Raja Berperlembagaan
F Demokrasi Berparlimen
2 markah

b) Nyatakan dua contoh mekanisme semak dan imbang dalam sistem pemerintahan negara
kita.
F Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
F konsep pengasingan kuasa

2 markah

17
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD
c) Bagaimanakah kedua-dua contoh tersebut mampu mengimbangi dan menyelesaikan konflik
dalam negara kita?
F pemerintahan beraja mengimbangi pemerintahan demokrasi
H kerana raja berkecuali dalam politik dan pentadbiran negara
F kuasa pengimbang pada raja mampu menyelesaikan konflik parti politik
H dapat menyelesaikan perselisihan faham pelbagai kaum/ideologi
F pengasingan kuasa dapat mengelakkan pemusatan kuasa
F Badan Perundangan menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Badan Eksejutif.
Sebarang konflik akan diselesaikan oleh Badan Kehakiman.
Max 4 markah
d) Nyatakan kuasa budi bicara YDPA.
F YDPA berkuasa melantik ketua Kerajaan Persekutuan, iaitu Perdana Menteri
F Raja dan YDPN berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
F YDPA berkuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran Parlimen
F Raja dan YDPN berkuasa tidak memperkenankan pembubaran DUN
4 markah

e) Bagaimanakah kerjasama politik dapat dicapai dalam kalangan pelbagai kaum?


F perkongsian kuasa antara pebagai kaum
F mengikut prinsip tolak ansur,rundingan,pakatan murni
F permuafakatan pelbagai parti politik
F Kerjasama/saling menghormati
Mana-mana jawapan munasabah: max 4 markah

f) Mengapakah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu


dipertahankan di negara kita?
F mempertahankan kedaulatan negara
F memperkukuh perpaduan pelbagai kaum
H semua kaum taat setia kepada raja dan negara
F memastikan kerajaan yang berwibawa dapat dibentuk
H menjamin keamanan negara/kestabilan politik terjamin
H dapat memacu negara ke arah negara maju

Mana-mana jawapan munasabah: Max 6 markah

18
Modul Jelajah & Takluk Sejarah F5 KSSM@sukainamasaliang_smksegamaLD

You might also like