You are on page 1of 4

SISTEM ADUAN RASUAH DAN

TATAKELAKUAN

PENGENALAN

Sistem Aduan Rasuah Dan Tatakelakuan (SART) Unit Integriti, Kementerian Pertanian Dan
Industri Asas Tani merupakan saluran untuk warga Kementerian/ Agensi dan orang awam
menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran
tatakelakuan. SART akan memproses, meneliti dan menilai maklumat atau aduan diterima
sebelum tindakan selanjutnya. Sekiranya berunsur jenayah rasuah akan disalurkan segera
ke sistem teras operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan
siasatan atau risikan selanjutnya. Sekiranya berunsur pelanggaran tatakelakuan akan
diambil tindakan oleh Unit Integriti.

PANDUAN MENYALURKAN ADUAN RASUAH DAN PELANGGARAN TATAKELAKUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di


semua Agensi Awam memperuntukkan salah satu fungsi Unit Integriti ialah
menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai
salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

2. Bagi maksud tersebut, aduan atau maklumat rasuah dan pelanggaran tatakelakuan
boleh diklasifikasikan seperti berikut:

Salah laku iaitu apa-apa perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah


Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan peraturan-
peraturan lain yang berkuatkuasa;

Salahguna kuasa iaitu apa-apa ketidakpatuhan kepada peraturan semasa


menjalankan kuasa di bawah undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa di
bawah Kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian;

Jenayah Rasuah iaitu termasuk apa-apa kesalahan meminta, menawarkan atau


menerima suapan rasuah, kesalahan tuntutan palsu, kesalahan salahguna jawatan
atau kedudukan untuk mendapat suapan rasuah seperti diperuntukkan di bawah
Seksyen 16, 17, 18 dan 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
dan lain-lain kesalahan ditetapkan dalam Akta yang sama.
KAEDAH PENYALURAN ADUAN

Sehubungan itu, mana-mana warga kementerian/ agensi atau orang awam boleh
menyalurkan aduan atau maklumat rasuah dan pelanggaran tatakelakuan kepada Unit
Integriti melalui saluran berikut:

(a) Portal Rasmi www. moa.gov.my

(b) E-Mel integriti@moa.gov.my

(c) Menghadirkan diri di pejabat Unit Integriti atau menulis surat di alamat:

Unit Integriti
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Aras 4, Blok Podium 1B-4G1
Wisma Tani, Presint 4, 62624 Putrajaya

PANDUAN MEMBERI MAKLUMAT BERKUALITI

1. Sila pastikan aduan atau maklumat itu tidak terlalu umum untuk membolehkan pihak
Unit Integriti atau SPRM bertindak sewajarnya. Kumpulkan maklumat diperolehi dan
sampaikan isi penting seperti:
o Bila kejadian berlaku (When)
o Dimana kesalahan dilakukan (Where)
o Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who)
o Apa kesalahan yang dilakukan (What)
o Kenapa kesalahan dilakukan (Why)
o Bagaimana transaksi rasuah atau pelanggaran tatakelakuan tersebut
dilakukan sekiranya ada (How)
2. Sila sertakan nama dan maklumat perhubungan anda. Unit Integriti boleh menerima
aduan atau maklumat daripada pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah
lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami
bertindak dengan cepat dan lancar. Unit Integriti tidak dapat bertindak ke atas
maklumat tidak lengkap atau terlalu umum dan tiada maklumat perhubungan untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
3. Anda juga boleh mengetahui status aduan atau maklumat anda melalui SART
sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon
mudah alih.
4. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Seksyen 65(1)(2), Akta SPRM 2009
dan Seksyen 7,8 dan 9, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

BAGAIMANA SART BERFUNGSI

1. Aduan atau Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti:


o Aduan/ Maklumat yang berunsur rasuah atau tidak.
o Aduan/ Maklumat yang boleh diambil tindakan atau tidak.
o Orang yang ditohmah boleh dikesan/ dikenalpasti atau tidak

2. Selepas proses saringan, aduan atau maklumat yang terpilih iaitu yang mencukupi
berkaitan tatakelauan melibatkan salah laku dan salahguna kuasa di bawah
Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993 atau undang-
undang atau peraturan berkuatkuasa di kementerian dan agensinya akan
diambil tindakan oleh Seksyen Penyiasatan, Unit Integriti.
3. Sekiranya maklumat itu mencukupi berkaitan jenayah rasuah akan dirujuk segera
kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT

Seksyen 65(1)(2), Akta SPRM 2009 memperuntukan perlindungan kepada pemberi


maklumat dan kandungan maklumat tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang
termasuk tidak boleh didedahkan atau diperintahkan supaya didedahkan dalam mana-
mana prosiding mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.

Seksyen 7,8 dan 9, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperuntukkan


seseorang pemberi maklumat yang telah mendedahkan perlakuan tidak wajar termasuk
rasuah atau salahguna jawatan kepada SPRM atau penguatkuasa lain hendaklah diberi
perlindungan maklumat sulit, kekebalan dari tindakan sivil atau jenayah atau tindakan
tatatertib dan perlindungan terhadap tindakan memudaratkan.

KEWAJIPAN ANDA MELAPOR RASUAH

JIKA ANDA PEGAWAI BADAN AWAM adalah menjadi kewajipan anda melaporkan
pemberian, janji atau tawaran suapan rasuah oleh mana-mana orang. Anda bersalah
jika tidak melaporkan sogokan rasuah. Jika disabitkan, anda boleh didenda tidak
melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau
kedua-duanya Sek. 25(1), Akta SPRM 2009.

JIKA ANDA ORANG AWAM adalah menjadi kewajipan melaporkan segera daripadanya
suapan rasuah diminta atau diperoleh secepat mungkin. Anda bersalah jika tidak
melaporkan segera suapan rasuah itu. Jika disabitkan anda boleh dihukum penjara
tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-duanya - Sek. 25(3)
Akta SPRM 2009.
UNIT INTEGRITI
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

You might also like