You are on page 1of 15

MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM


(PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

SEP / 2020

ABSD2103
SIASAH SYAR’IYYAH

NOMBOR MATRIK : 751129045101002

NOMBOR KAD PENGENALAN : 751129045101

NOMBOR TELEFON : 0123400190

E-MAIL : raffemadon7@gmail.com

PUSAT PENGAJIAN : MELAKA


1
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

BIL KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 DASAR PERLEMBAGAAN ISLAM DALAM PENGURUSAN 4
PENTADBIRAN SESEBUAH ORGANISASI
2.1 Al-Quran 4
2.2 Al-Sunnah 5
2.3 Amalan khulafa Ar-rasyidin 5
3.0 PILIHANRAYA SEBAGAI AMALAN DEMOKRASI MENURUT 6
PERSPEKTIF SYARI’AH
3.1 Pilihanraya dalam islam berdasarkan syarak 7
3.2 Pilihanraya dalam Islam merupakan Uslub 8
3.3 Pengundi yang layak mengundi dalam pilihanraya islam 8
4.0 PERANAN SIASAH SYARI’AH DALAM MEMARTABATKAN 9
INSTITUSI PENTADBIRAN ISLAM
4.1 kejayaan siasah syariah 10-11
4.2 keputusan dan ketentuan para mujtahid 12
5.0 KESIMPULAN 13-14
6.0 RUJUKAN 15

1.0 PENGENALAN
2
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

Dalam sistem pemerintah sesebuah Negara ia memerlukan suatu peraturan atau undang-
undang yang boleh mengawal setiap tindak tanduk manusia atau rakyat negara tersebut.
Ia bererti mampu mencegah manusia atau rakyatnya daripada melakukan sesuatu yang
melanggar undang-undang Negara tersebut bagi menjamin keselamatan, hubungan yang
harmoni dan kesejahteraan rakyat tersebut.

Pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W yang mana ia merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia di dunia ini. Dengan adanya undang-undang, ia mampu menjadi
panduan atau petunjuk kepada pemimpin serta rakyat di bawah pimpinannya dalam
pemerintahan Rasulullah S.A.W. Baginda telah membuat atau menggubal perlembagaan
bertulis pertama di dunia yang dikenali dengan Sahifah Madinah atau perlembagaan
Islam.

Dalam tugasan pada kali ini, kita akan membincangkan mengenai perlembagaan Islam
dari segi takrifnya itu sendiri, dasar-dasar Perlembagaan Islam serta amalan demokrasi
menurut siasah syari’ah

3
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

2.0 DASAR PERLEMBAGAAN ISLAM DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN


SESEBUAH ORGANISASI

Islam merupakan agama rasmi bagi penduduk-penduduk di Malaysia atau Tanah Melayu
semenjak abad ke 13 lagi. Pada masa itu, bukan sahaja diterima dalam bentuk ibadat
tetapi dalam bentuk undang-undang negeri. Ini boleh dilihat di dalam Hukum Qanun
Melaka, Qanun Laut Melaka, Qanun Pahang, undang-undang Johor dan sebagainya.
Undang-undang ini melibatkan undang-undang jenayah, pentadbiran, perdagangan
(muamalat, perwarisan, undang-undang keluarga dan sebagainya).

Syura adalah proses penting dalam politik Islam kerana ia adalah cara yang sah untuk
membuat keputusan dan menggubal undang-undang untuk kepentingan Negara. Prinsip
syura menjadikan organ-organ kerajaan berfungsi mengikut kaedah yang demokratik
dalam menjamin perlindungan hak politik dan keadilan sosial. Semangat syura amat jauh
bertentangan dengana amalan autokratik dan ia lebih hampir kepada pengiktirafan
legitimasi sesebuah kerajaan melalui sokongan popular yang dinyatakan melalui peti undi
dan sumpah setia. Perlaksanaan Perlembagaan Islam sesebuah organisasi berlandaskan:

2.1 Al-Quran

Al Quran bermaksud Kalamullah (kalimat-kalimat Allah) yang diwahyukan kepada nabi


Muhammad S.A.W. selain itu juga, Al-Quran ialah suatu bentuk wahyu yang tertentu,
yang bukan sahaja isinya yang kita terima dari Allah, malalui Rasulnya, tetapi juga bahasa
dan ungkapannya.

Al Quran merupakan sumber utama kepada seluruh hukum syara’ termasuklah mengenai
politik dan perlembagaan walaupun ayat-ayat yang berhubung dengan undang-undang
perlagaan tetapi ia memadai untuk menentukan prinsip dalam perlembagaan islam seperti
syura kebebasan dan sebagainya.

Al-quran merupakan sumber pertama dan utama bagi perlembagaan umat islam yang
menerangkan semua perkara samada secara umum mahu pun secara khusus. Ia juga
merupakan alat untuk manusia beribadat kepada Allah.

4
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

Kandungan Al-Quran meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti soal kepercayaan
dan ibadat sehinggalah kepada hukum-hukums sosial, prinsip ekonomi, kenegaraan dan
lain-lain.

Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyatakan kuasa teringgi bagi Allah. Yang
bermaksud:

“sesungguhnya hukum hanyalah bagi Allah, Allah memerintah supaya kamu jangan
menyembah melainkan kepada Allah. Yang demikian itulah agama yang betul tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

2.2 Al-Sunnah

Pengertian al-sunnah dalam penggunaan biasanya ialah satu kebiasaan atau tradisi bagi
seseorang, kelompok atau masyarakat. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah yang
bermaksud:

“sesiapa yang memulakan kebiasaan baik (sunnah hasanah) maka dia akan memdapat
pahala melakukannya dan pahala orang-orang yang melakukannya hingga hari kiamat.
Dan seseiapa melakukan kebiasaan buruk (sunnah syyiah) maka dia akan menanggung
dosa melakukannya dan dosa orang-orang yang melakukannyasehingga hari kiamat”.

Manakala sunnah mengikut istilah ulama ialah segala yang diriwayatkan oleh rasulullah
SAW samada berupa kata-kata atau perlakuan. Selain itu juga, sunnah diertikan sebagai
ucapan, perbuatan dan persetujuan Rasulullah SAWsemasa hayatnya yang menyentuh
segala persoalan hidup. Sunnah Rsulullah SAW merupakan sumber yang kedua kepada
seluruh hukum syarak. Oleh itu sunnah menjadi sumbr undang-undang perlembagaan
yang kedua . segala tindakan Rasulullah SAW meliputi segala bidang kehidupan manusia
dan bahan dalam pembentukan pemerintahan Negara. Sunnah memainkan peranan yang
penting dalam penggubalan perlembagaan Negara islam.

2.3 Amalan khulafa Ar-rasyidin

Amalan dan tindakan yang telah diambil oleh para khulafa Al-rasyidin dan para
sahabatnya dalam menjalankan urusan Negara sesudah Rasulullah SAW wafat adalah

5
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

menjadi sumber ketiga perlembagaan islam. Keputusan yang diambil oleh para Khulafa
Al-rasyidin berhubung isu perlembagaan dan undang-undang Negara sesudah mereka
dedahkan kepada pemerintahan para sahabat. Menurut pandangan ijma ulama para
sahabat rasuullah SAW yang wajib diterima oleh umat islam sesudah zaman mereka. Ini
kerana apabila para sahabat bersatu pendapat dalam sesuatu isu maka ia menggambarkan
kepada kita satu fahaman yang benar mengenai pengertia al-quran atau satu cara yang
betul dalam mengamalkan kehendaknya.

Setiap keputusan yang telah diambil oleh khulafa Al-rasyidin melibatkan isu-isu
perlembagaan dan undang-undang Negara setelah didedahkan kepada para sahabat, maka
umat islam wajib menerimanya. Ini disebabkan para sahabat bersatu pendapat dalam
sesuatu masalah. Keadaan ini menggambarkan kepada kita suatu fahaman yang benar
mengenai pengertian al-quran dan cara mengamalkan tuntutannya.

3.0 PILIHANRAYA SEBAGAI AMALAN DEMOKRASI MENURUT PERSPEKTIF


SYARI’AH

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, sistem demokrasi berasal dari barat. Nampaklah
di sini perkara yang membimbangkan tentang keabsahan dan realiti semasa antara islam
dan demokrasi yang merupakan dari barat. Dapatkan demokrasi ini memenangi hati umat
islam yang memikirkan tentang halal haram sesuatu pentadbiran. Hal ini kerana islam
tidak menerima pemerintahan secara autokratik iaitu kuasa pemerintah penuh.

Demokrasi islam menekankan konsep-konsep seperti shura (perunding), bai’ah (janji


ketaatan bersama), ijma’ (persemuafakatan), ijtihad (mengeluarkan pendapat) dan
maslahah (kepentingan awam) untuk menunjukkan bahawa islam tidak kurang dalam
landasan-landasan yang sesuai dengan perjalanan dan matlamat demokrasi di Malaysia.

Tambahan lagi, membenarkan parti politik berparti dalam pilihan raya di bawah naungan
sistem demokrasi harus difahami berdasarkan dua pendekatan yang bersifat berjaga-jaga.
Pertama, daripada membiarkan Negara-negara Islam diperintah secara autokratik, maka
sudah semestinya proses pilihanraya dalam sistem demokrasi diutamakan. Kedua apabila

6
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

sesebuah Negara Islam membenarkan pilihan raya dijalankan maka persoalannya di sini
adalah: apakah proses pilihan raya yang dijalankan memenuhi tuntutan syariah khususnya
dalam politik islam iaitu Siyasah Syar’iyyah.

Malaysia mempraktikkan sistem demokrasi berparlimen, sistem ini telah diamalkan di


Malaysia sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dicapai. Sistem demokrasi ini terus
digunakan dan berkekalan sehingga ke hari ini. Dalam sistem demokrasi ini, pilihan raya
merupakan satumekanisme utama dalam menentukan hala tuju pemerintahan Negara.
dalam sistem demokrasi terutamanya berkaitan dengan pemilihan pemimpin dan kerajaan
yang akan memerintah, ia tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti politik yang dinamakan
sebagai pilihan raya. Apabila adanya pilihan raya maka pada ketika itu rakyat berkuasa
memilih pemimpin yang mereka fikirkan layak dan mereka yakini dapat mewakili mereka
di dewan perundangan (parlimen atau dewan undangan negeri). Justeruitu, demokrasi
merupakan sistem pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat. Dalam proses pilihan raya,
rakyat akan keluar mengundi bagi menentukan perwakilan yang akan mewakili kawasan
masing-masing. Perwakilan yang dipilih akan mewakili suara rakyat untuk memerintah
dan mentadbir Negara. Perwakilan atau parti yang memperolehi majoriti kerusi berhak
untuk memerintah.

Secara umumnya siasah siyasah syar’iyyah adalah ilmu yang membincangkan tentang
kaedah pemerintahan islam yang merangkumi segala tindakan kerajaan dalam membentuk
dasar peraturan dan polisi Negara. Ia meliputi seluruh institusi kerajaan seperti
kementerian, agensi-agensi kerajaan, jabatan dan jentera kerajaan. Justeru cakupannya
adalah lebih luas lgi yang membabitkan tentang perjalanan dan pentadbiran di bawah
bidang kuasa kerajaan.

Antara cirri-ciri yang perlu ada dalam amalan pilihan raya sebagai amalan demokrasi
menurut perspektif syariah:

3.1 Pilihanraya dalam islam berdasarkan syarak

Prinsip kedaulatan pilihanraya ini adalah berdasarkan pada prinsip kedaulatan di tangan
syarak (as-siyadahli asy-syarie) bukan di tangan rakya. Walaupun rakyat berhak memilih
pemimpinya, namun kehendak rakyat wajib tunduk kepada syarak (hukum-hukum al-

7
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

Quran dan as-sunna. Rakyat (melalui) wakilnya tidak boleh membuat hukum
sebagaimana yang berlaku dalam demokrasi.

3.2 Pilihanraya dalam Islam merupakan Uslub

Uslub merupakan cara ataupun sarana untuk memilih penguasa yang akan dibaiat untuk
menjalankan hukum Allah dan memilih wakil rakyat ke Majlis Umat @ Majlis Syura
untuk menyampaikan muhasabah dan memberi input kepada penguasa. Pilihanraya dalam
Islam hukumnya adalah sunat ataupun mandub dalam rangka memilih wakil untuk
melakukan muhasabah dan memberi masukan kepada pemerintah.

3.3 Pengundi yang layak mengundi dalam pilihanraya islam

Dalam pilihan raya Islam, seluruh rakyat yang mencapai umur baligh iaitu 15 tahun layak
untuk mengundi. Pengundi yang bukan islam hanya layak mengundi wakil mereka yang
bukan muslim sahaja. Ke Majlis Umat dan terhad kepada hal muhasabah penguasa dalam
perkara yang menyangkut kezaliman penguasa ke atas mereka. Orang-orang kafir tidak
dibenarkan memberi apa-apa pendapat tentang hal-ehwal islam.

Secara umumya istilah pilihanraya yang bebas dan adil merujukkepada pilhan raya yang
berkala tulen, bersih, telus, bebas dan adil, serta yang kompetitif sesuai denga prinsip
demokrasi hak asasi manusia dan keadilan asasi. Sebuah pilihan raya yang bebas
membolehkan semua warga warganegara termasuk pemilih parti, calon dan media
menikmati semua hak asasi mereka. Hak-hak ini termasuk kebebasan bersuara,
berpersatuan, bergerak dan berhimpun, kebebasan dari ugutan dan keganasan, kebebasan
akses kepada maklumat. Pilihanraya yang adil memastikan bahawa semua calon-calon
dan parti-parti bersaing pada asas layanan yang sama rata dan saksama di bawah undang-
undang dan oleh pihak berkuasa. Ia juga merlukan padang permainan yang sama rata
dalam hal yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang, akses kepada
kemudahan negeri dan media. Di bawah prinsip ini, perlu ada pemisahan yang jelas antara
badan kerajaan dan parti politik dan kemudahan awam. Pilihan raya juga melindungi hak
semua rakyat untuk mendapat keadilan dan hak untuk mengundi melalui undi rahsia.
Badan pengurusan pilihan raya harus boleh dipercayai, bebas, tidak berat sebelah dan akan
dapat

8
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

4.0 PERANAN SIASAH SYARI’AH DALAM MEMARTABATKAN INSTITUSI


PENTADBIRAN ISLAM

Siyasah Syari’iyyah adalah pengendali urusan pemerintahan Negara mengikut landasan


syarak samada berpandukan kepada al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad bagi menjamin
kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Ianya merangkumi seluruh aspek pentadbiran dan
pemerintahan Negara yang mencangkupi bidang politik, prntadbiran, kewangan, ekonomi,
sosial dan kemasyarakatan. Untuk memahami perlaksanaan siyasah syar’iyyah dslam
kontek realiti.

Siayasah dari segi bahasa arab bermaksud melakukan seduatu yang mendatangkan
kebaikan kepada pihak yang dipimpin. Oleh sebab itu Siasah Syari’yah merujuk kepada
tidak tanduk kepimpinan semua peringkat yang membawa kebaikan kepada anak buahnya
samada

Pemerintahan hanyalah penghubung, bukannya matlamat penghubung untuk menegakkan


perintah Allah dan melaksanakan amanahnya bagi membawa rahmat ke seluruh alam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“dan tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa
rahmat ke seluruh alam” (Al-Anbia:107)

Matlamat utama dalam siyasah syariah ialah untuk melaksanakan maqasid syarak iaitu
terkandung dalam perkara yang berkaitan dengan jalb al-masalih” iaitu mendatangkan
kemaslahatan kepada manusia dan dar al-mafasid iaitu menghilangkan kemudaratan
kepada mereka. Kedudukan siasah syariah yang dijadikan sebagai landasan dan sandaran
dalam sebarang tidakan pemerintahan Negara, menjadi hukum islam berkembang pesat.
Para ulama telah meletakkan siayasah syariah sebagai satu bentuk kelonggaran yang
diberikan oleh syarak kepada pemerintah dlam menagani sesuatu kes ataumasalah
berdasarkan kaedah ijtihad atau maslahah. Ianya dapat mbuktikan bahawa islam adalah
agama yang mampu menghadapi perkembangan semasa dan situasi yang mencabar sperti
hari ini.

9
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

4.1 kejayaan siasah syariah

4.1.1 Halal hub

Isu makanan kini menjadi agenda penting di seluruh dunia dan ianya mempunyai potensi
pasaran yang sangat besar. Biro Pemasaran Antarabangsa Kanada melaporkan nilai
dagangan halal antarabangsa Kanada melaporkan nilai dagangan halal antarabangsa ialah
$150 billion setahun. Manakala kuasa membeli orang-orang Islam di Amerika Syarikat
bernilai $12 billion pada 1999 dimana $ 3 billion daripadanya adalah perbelanjaan untuk
daging dan hasil ternakan. Di benua Eropah pula jumlah orang islam Islam adalah 15 juta
iaitu pasaran yang besar untuk produk halal. Pada masa lalu, orang-orang islam akan
mengelakkan makanan yang tidak halal. Tetapi pada hari ini, kehadiran kaum muslimin
dalam bidang sosial dan politik di bumi Eropah semakin dirasai dan mereka mahukan
label halal untuk produk makanan. Malaysia sebagai Negara perdagangan antarabangsa
yang tidak terlepas daripada perkembangan produk halal antarabangsa. Apatah lagi lebih
separuh daripada jumlah penduduk Malaysia beragama Islam. Satu perkara penting yang
perlu dimaklumi ialah produk halal bukan hanya ditujukan kepada orang Islam. Ini kerana
halal bukan banyak bermaksud boleh dimakan mengikut kebenaran syarak tetapi juga
terjamin disegi kesucian dan kebersihannya. Dalam ucapan Perdana Menteri semasa
pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 pada 31 Mac 2006, Dato’ Seri Abdullah Ahmad
Badawi mengumumkan bahawa rancangan Malaysia ke 9 akan memacu Malaysia sabagai
hub halal antarabangsa. Beliau berkata: untuk melonjakkan keupayaan Malaysia dalam
saktor Halal, terutamanya berkaitan dengan pensijilan dan pengiktirafan rancangan
Malaysia ke 9 akan memacu pertumbuhan saktor halal dalam usaha menjadikan Malaysia
sebahai hub produk dan perkhidmatan halal. Perbadanan pembangunan Industri halal
(HDC) akan ditubuhkan untuk membangunkan industri halal secara menyeluruh dan
teratur.

4.1.2 Perbankan Islam Al-Rahnu

Al-rahnu seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan islam di Malaysia merupakan
produk muamalat islam yang hybrid. (gabungan beberapa mekanisme kontrak)
melibatkan beberapa mekanisme kontrak islam iaitu al-qard al-hasan (pinjaman tanpa

10
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

faedah), al-rahnu (cagaran), al-wadiah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan). Al-rahnu
diperkenalkan untuk melindungi masyarakat terutamanya masyarakat islam daripada
transaksi yang berunsurkan riba.

Sebelum kewujudan al-rahnu, masyarakat melayu terpaksa bergantung kepada kedai-kedai


pajak gadai sebagai institusi yang dapat membantu ketika mereka memerlukan wang.
Mereka yang merlukan wang akan pergike institute-institut kewangan untuk membuat
pinjaman tetapi terikat dengan syarat-syarat yang ketat untuk mendapatkan pinjaman.
Oleh yang demikian, mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai
kelayakan atau tidak dapat memenuhi syarat-syarat perbankan akan memilih ar-rahnu.

Al-rahnu benar-benar berbeza dengan skim pajak gadai konvensional yang berasaskan
kadar faedah. Mereka mencagarkan barang-barang kemas mereka di al-rahnu kerana
faktor jaminan keselamatan, kos pinjaman dan cirri-ciri perkhidmatan al-rahnu iti sendiri.
Oleh yang demikian penubuhan al-rahnu menjadi salah satu penyelesaian kepada masalah
yang timbul di kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan
rendah.

4.1.3 Islam Hadhari

Islam hadhari merupakan satu cetusan idea daripada Perdana Menteri yang ke-5 iaitu Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Malaysia telah pun melaksanakan pendekatan ini dengan
memilih untuk mengimplementasikan “dual banking system” iaitu sistem perbankan islam
seiring dengan sistem bank konvensional. Pendekatan ini memberikan institusi kewangan
islan peluang untuk memantapkan pelaksanaan undang-undang komersial syariah di
samping meneruskan sistem bank konvensional sedia ada yang masih diperlukan untuk
pembangunan ekonomi Negara.

Islam Hadhari dan pendekatannya dalam sistem kewangan islam di Malaysia secara
umunya boleh dianggap sebagai pendekatan berhikmah yang mengutamakan
kesederhanaan sabagai cara memajukan Negara. Merujuk kepada senario perlaksanaan
sistem perbankan dunia, dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga pendekatan yang
diamalkan oleh Negara-negara dunia.

11
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

Pertama, Negara yang mengamalkan perbankan islam sahaja dan memansuhkan


perbankan konvensional

Kedua, nagara yang mempraktiskan perbankan konvensional sahaja.

Ketiga, Negara yang melaksanakan sistem perbankan islam dan dalam amsa yang sama
tetap menjalankan oerbankan konvensional seperti Malaysia.

Keberkesanan pendekatan dua sistem ini dapat dilihat melalui perkembangan perbankan
islam yang pesat. Malaysia telah menjadi rujukan banyak Negara berdasarkan
kepesatannya. Pendekatan ini melahirkan persaningan yang sihat dimana dapat dilihat
kelebihan dan keindahan sistem kewangan yang telus.

Contohnya industri perbankan islam di Malaysia telah berkembang pada kadar 10 hingga
15 peratus setahun manakala perbankan konvensional sebaliknya. Malahan semasa
kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 dan 1998 sektor perbankan islam di
Malaysia terus berkembang sedangkan bank-bank konvensional mencatatkan
pertumbuhan negatif. Senario ini membolehkan masyarakat dapat melihat kelebihan
sistem kewangan islam berbanding sistem bank konvensional yang terdedah kepada
pelbagai risiko yang sukar untuk ditangani.

4.2 keputusan dan ketentuan para mujtahid

Oleh kerana secara ikhtisasnya para mujtahid islam itu mempunya maklumat agama yang
cukup serta pandangan yang luas mengenai hukum-hukumnya, maka keputusan mereka di
dalam beberapa isu perlembagaan dapat menolong kita dalam memahami semangat
perlembagaan islam. Lantaran itu al-Mauludi dalam bukuanya “kearah penyusunan satu
perlembagaan islam” telah menganggap keputusan mereka ini tidaklah standing dengan
ijma dan para sahabat dan lebih jauh daripada menandingi dalil al quran dan sunnah.

Perlembagaan islam menjadikan pendapat golongan mujtahid sebagai salah satu sumber
perundangannya. Terutama melibatkan para Imam mazhab empat dan ulama muktabar
yang lain. Pendapat-pendapat yang dikemukakan mereka amat penting dijadikan panduan
kerana perkembangan hukum sentiasa berubah berdasarkan situasi dan masa

12
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

5.0 KESIMPULAN

Pada zaman zaman awal islam, kepimpinan tretinggi yang memegang jawatan pemimpin
utama menggunakan istilah khalifah. Dalam Negara Malaysia individu yang mengetuai
dalam pentadbiran Negara adalah Perdana Menteri. Khalifah juga diturunkan
sebagaimana diutuskan nabi kepada umat islam pada suatu ketika dahulu. Ibn khaldun
melihat khalifah adalah seseorang yang dipertanggungkawabkan sebagai wakil nabi
dalam menjalankan siyasah dan juga agama yang pada akhirnya nanti membawa kepada
kebahagiaan dunia dan akhirat.

Pelantikan pemimpin atau kahalifah adalah perintah dari tuhan. Oleh yang demikian
diawal tulisan ada menyatakan bahawa kepentingan jawatan ini adalah keutamaan dalam
Islam. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelantikan khalifah mahupun perdana
Menteri bukan sahaja membawa misi kelangsungan hidup didunia tetapi misi yang lebih
penting adalah membawa misi yang lebih penting adalah misi sistem syariah islam yang
terus bersinar dan berkembang. Secara fitrahnya juga tidak dinafikan bahawa manusia
memang berhajat kepada pemimpin. Ini jelas dapat dilihat dengan perutusan para rasul
ke muka bumi bagi membimbing manusia ke jalan yang benar. Sebagaimana yang telah
ditetapkan, para pemimpin aadalah tunggak utama penentu kemajuan sesebuah Negara.

Hubungan Islam dan demokrasi merupakan persoalan yang menarik dikaji baik dari segi
Prinsip mahupun praktikal. Dari segi prinsip, meskipun rata-rata umat islam menerima
demokrasi, ada segelintir dari mereka yang bergelut dengan dilema apakah selari dengan
islam. Bahkan ada yang menolak mentah-mentah demokrasi kerana diangga pasing
dalam islam. Diantara faktor yang menyebabkan perbezaan dalam cara perlantikan ketua
Negara ini adalah perkembangan teknologi yang mengubah corak ekonomi dan
kehidupan sosial, pergerakan agama (reformation), penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah tradisional.

Sering menjadi perdebatan tentang demokrasi dan islam. Banyak penulisan yang
menolak demokrasi kerana apa yang dimahukan ialah sistem islam sahaja. Namun
sekiranya elemen-elemen demokrasi yang disepakati terdapat kesamaan antara keduanya,
Ia akan diterima. Jika demokrasi dilihat daripada perspektif islam, elemen-lemen

13
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

demokrasi dalam islam itu meliputi prinsip syura, (perbincangan), muswah (samarata),
keadilan, amanah, mas’uliyyah (kebertanggungjawabab) dan hurriyah (kebebasan).

Kesimpulannya, dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa konsep demokrasi


berparlimen ini tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak sepenuhnya sejalan dengan
islam namun, berdasarkan pendapat-pendapat seperti ini tiada nas-nas yang sahih dalam
menentukan cara pelantikan khalifah mahupun ketua Negara. Pendapat al-Maududi
tentang cara pelantikan ketua Negara dan untuk menjaga maslahah jelas menunjukkan
bahawa pelantikan perdana menteri mengikut sistem demokrasi berparlimen adalah selari
mengikut siyasah syariah.

14
MOHD RAFFE MADON ( ABSD2103 SIASAH SYAR’IYYAH /SEP 2020 )

6.0 RUJUKAN

Abdul monir Yaakob (penyunting), Ahmad bin Mohamad Ibrahim 1999.prinsip-prinsip


pemerintahan dalam masyarakat majmuk. Institute kefahaman Islam Malaysia
(IKIM): Kuala Lumpur

Anwar zainalAbidin & Wan Kamal Mujani. 1999. Sirat al-Rasul dan al-khulafa ar-
Rasyidin.Universiti kebangsaan Malaysia: Bangi

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 2004. Sejarah pembinaan hukum islam. Cetakan
keempat . university Malaya : kuala lumpur

Mat Saad Abd, Rahman. 1984.perlembagaan islam sumber dan prinsip. ISIUKM: bangi,
Selangor

http://www.scribd.com/doc/9230184/abul-ala-almaududi-asasasas islam?
in_collection=2440663

15

You might also like