You are on page 1of 9

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI

Sistem-sistem yang terdapat dalam agama Islam adalah yang terbaik dalam
menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan, namun ianya sering disalahtafsir dan
dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat sekarang terutamanya masyarakat yang bukan
beragama Islam. Antara sistem tersebut ialah sistem jenayah dalam Islam. Menurut Nasran
Mohamed et al. (2017), sebuah kajian telah dijalankan oleh UMCEDEL, Merdeka Centre dan
Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. Dalam kajian tersebut, mereka telah menjalankan kaji
selidik dan di antara soalannya ialah ‘Adakah pelaksanaan hudud mampu menghalang jenayah
daripada berlaku secara berleluasa di Malaysia?’ Hasilnya, terdapat 53.2% (133 orang) memilih
‘Ya’, iaitu berpendapat pelaksanaan hukuman hudud dapat mengurangkan jenayah daripada
berlaku secara berleluasa manakala 46.8% (117 orang) pula mempunyai pandangan
pelaksanaan hudud tidak mampu menghalang jenayah daripada berlaku secara berleluasa dan
hanya 30.9% (49 responden) beragama Islam memilih ‘Tidak’. Oleh itu, berdasarkan kajian ini,
perkara ini jelas menunjukkan bahawa sistem jenayah dalam Islam secara umumnya masih
dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam. Justeru,
tulisan ini akan memperjelaskan sedikit sebanyak tentang perkara ini bagi membuktikan
bahawa agama Islam adalah yang terbaik dalam menyelesaikan permasalahan dalam
kehidupan dari segenap aspek.

Sebagai permulaan, kita perlu mengetahui definisi undang-undang Islam terlebih dahulu
supaya mendapat gambaran yang lebih jelas dalam masalah ini. Menurut Nik Muhammad
Zawawi (2013), undang-undang Islam adalah undang-undang yang bertunjangkan wahyu Ilahi,
iaitu undang-undang yang datang daripada pencipta manusia iaitu Allah S.W.T. Allah yang
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan tentunya menyediakan undang-undang yang tepat
dengan fitrah kejadian manusia. Manakala menurut al-Qaradhawi (1998), undang-undang Islam
atau lebih dikenali dengan syariat bermaksud segala apa yang ditetapkan oleh Allah kepada
hamba-Nya berupa al-din (agama). Skop syariat ini adalah menyeluruh dan luas meliputi soal
ibadah, kekeluargaan, jenayah, muamalat, siasah dan lain-lain. Menurut Fathi Yusof (2014),
undang-undang jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik
dan amat menarik. Contohnya hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam seperti
sebat dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan menggerunkan oleh sesetengah pihak.
Ini menjadikan rakyat takut untuk melakukan jenayah zina. Sedangkan pensabitannya adalah
sukar kerana syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman adalah amat ketat. Umpamanya ia
memerlukan empat saksi lelaki yang tidak fasiq yang melihat secara jelas apa yang berlaku.

1
Perkara menjadikan jumlah sebenar yang disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman adalah
sedikit. Jika zina tidak dapat dibuktikan, mereka mungkin dikenakan hukuman takzir yang lebih
ringan. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin, hukuman hudud seperti
zina kebanyakannya disabitkan melalui iqrar atau pengakuan bukan melalui empat orang saksi
kesaksian. Begitu juga dalam Islam terdapat hukum yang berbentuk pencegahan umpamanya
pengharaman berdua-duaan bagi lelaki dan wanita ajnabi bertujuan untuk mengelakkan zina,
pengharaman arak untuk mengelakkan jenayah yang lebih besar seperti membunuh dan lain-
lain. Konsep pencegahan begini tidak diambil berat oleh undang-undang jenayah sivil, kerana ia
lebih menumpukan kepada aspek menghukum dan membalas yang jelas berbeza dengan
undang-undang jenayah Islam yang menumpukan aspek didikan.

Sistem jinayah yang telah saya pilih adalah berkaitan dengan hukum hudud. Seperti
yang kita tahu hukum hudud telah lama diamalkan semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi
kerana hukum hudud ini telah diturunkan di dalam Al-Quran dan perlu dilaksanakannya. Antara
cabaran dalam melakukan hukum jinayah ini ialah dengan hidupnya kita pada abad ke-21 ini
yakni pada zaman moden, ramai umat manusia di seluruh dunia amat tidak bersetuju dengan
hukum hudud ini mahupun umat bukan islam. Sebagai contoh isu yang telah tersebar dalam
media sosial pada zaman sekarang iaitu ramai orang melayu yang menolak mentah-mentah
hukum perlaksanaan hukum hudud ini kerana menurut mereka perlaksanaan hukum ini tidak
sesuai dengan zaman sekarang. Kerajaan Kelantan sendiri pernah meluluskan Enakmen
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) yang mengandungi hukum hudud, qisas dan takzir;
tetapi segala yang terkandung dalamnya tidak pernah dilaksanakan kerana banyak penolakan
daripada umat islam sendiri. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata,
walaupun enakmen itu diluluskan pada 1993, ia tidak boleh dilaksanakan kerana ada kesalahan
iaitu membunuh, mencuri, merompak, merogol dan meliwat terletak di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan. Bagi kesalahan dalam enakmen ini yang terletak dalam bidang kuasa
negeri seperti zina, menuduh orang berzina, meminum arak dan murtad juga tidak boleh
dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965. Akta ini mengehadkan hukuman yang boleh ditetapkan oleh badan perundangan negeri
hanya kepada penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan
tidak melebihi enam kali.

2
Antara kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat islam ialah kerana Sebab utama
hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup
saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada
individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang
merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat
daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi
perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna
bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba
kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat
Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah
Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1
juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut.
Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

RAJAH 1

Seterusnya ialah kesan kepada Perniagaan akan lebih maju. Hal ini kerana apabila
jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri
maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi
sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan
pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula
setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk
membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan
tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung
mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur.

3
Kesan yang terakhir ialah dengan adanya hukum hudud ini dapat menghindarkan kita daripada
bencana dan dapat menjaga nyawa dan hartabenda. Hukum hudud ini dilaksanakan untuk
menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan
menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah
jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes
jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum
Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun
2002. Maklumat rajah 2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

RAJAH 2

Sistem yang seterusnya ialah sistem pendidikan di dalam islam. Dalam konteks individu,
pendidikan termasuk salah satu keperluan asasi manusia kerana ia menjadi jalan yang lazim
untuk memperoleh pengetahuan atau ilmu. Sedangkan ilmu akan menjadi unsur utama dalam
kehidupan kita. Oleh kerana itu, Islam tidak sahaja mewajibkan manusia untuk menuntut ilmu,
bahkan memberi dorongan serta arahan agar dengan ilmu itu manusia dapat mencari
kebenaran hakiki dan mengunakan ilmunya di atas jalan kebenaran itu. Rasulullah SAW
bersabda, "Tuntutlah oleh kamu akan ilmu pengetahuan, sesungguhnya menuntut ilmu adalah
pendekatan diri kepada Allah azza wa jalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak
mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu itu akan meletakkan pemiliknya pada
kedudukan tinggi lagi mulia. Ilmu adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat. "[HR. ar-
Rabi ']. Makna hadis tersebut selaras dengan firman Allah SWT: "Allah nescaya mengangkat
darjat orang-orang yang beriman dan mereka yang berilmu pengetahuan bertingkat derajat.
Dan Allah Maha mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan. "(Qs. Al-Mujadalah: 11).

4
Dalam firman-Nya QS. Az-Zumar ayat 9 Allah menyatakan:

‫ب‬ ْ ‫ُون إِ َّن َما َي َت َذ َّك ُر أُولُو ْا‬


ِ ‫األل َبا‬ َ ‫ُون َوالَّذ‬
َ ‫ِين ال َيعْ لَم‬ َ ‫قُ ْل َه ْل َيسْ َت ِوي الَّذ‬
َ ‫ِين َيعْ لَم‬

“Katakanlah, “apakah sama antara orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak
mengetahui?.” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (QS.
Az-Zumar:9)

Ayat di atas menunjukkan bahwa kedudukan orang yang mengetahui (berilmu) tidaklah sama
dengan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu). Maksudnya ialah Allah lebih menyukai
orang-orang yang berilmu daripada orang yang tidak berilmu. Dan ini berarti kita hendaknya
memperhatikan pendidikan jika ingin mendapatkan keredhaan dan keutamaan dari Allah. Hal ini
karena pendidikanlah yang menjadikan manusia menjadi mengetahui Maka tulisan ini disusun
guna mengurai sedikit tentang keutamaan pendidikan yang merupakan kunci tercapainya ilmu
serta transformasi ilmu dari seseorang kepada orang lain. Keutamaan pendidikan disini akan
dirujuk kepada al-Qur’an dan as-sunnah yang merupakan dasar pendidikan Islam.

Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw melalui
perantaraan Jibrail a.s untuk dijadikan panduan bagi umat manusia. Al-Quran juga diturunkan
untuk mendidik manusia khususnya masyarakat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia
dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya hari pembalasan kelak. Al-Quran juga
mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah
yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan bahan untuk berfikir, sebagai lembaran
buku pengetahuan di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan peraturan
(Muhammad Shadid 1994). Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku
sejak azali lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam as seperti firman-Nya (alBaqarah 2:
31) yang bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman “Terangkanlah kepadaKu
nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.’

Sehubungan dengan itu, paradigma pendidikan dalam al-Quran juga tidak lepas dari
tujuan Allah menciptakan manusia itu sendiri iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada
Pencipta yang terarah kepada tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
sebagaimana firman Allah (al-Zariyyat 51: 56) yang bermaksud “ Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

5
Di samping itu, Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan umatnya
menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting dalam
pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki
sesuatu perkara. Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada
Rasulullah saw dalam firman Allah dalam Surah al-Alaq ayat 1-5 (al-Alaq 96: 1-5) yang
bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya.

Pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang sangat tinggi dan penting sekali dan
ia menjadi entiti yang tidak dapat dipisahkan dengan Islam kerana merupakan tuntutan dan
kewajipan. Sebagai contoh, Rasulullah saw sendiri amat menggalakkan masyarakat Islam
untuk mendalami ilmu pengetahuan. Banyak Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 7 - 22 16
daripada program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh Baginda bertujuan untuk
membangunkan bidang keintelektualan Islam. Hasil galakan daripada Rasulullah saw, maka
dalam jangka masa yang singkat sahaja umat Islam telah melalui transformasi baru dalam
bidang ilmu pengetahuan. Mereka bukan sahaja mahir dalam ilmu pengetahuan fiqh, tafsir,
tauhid dan sebagainya malah telah menerokai bidang-bidang baru seperti sains, matematik,
astronomi, perubatan dan sebagainya. Perkembangan dalam pelbagai bidang keilmuan ini
semakin bersemarak khususnya pada zaman pemerintahan Kerajaan Banu c Abbas di
Baghdad dan Kerajaan Banu Umayyah di Andalus (Ismail 1999). Dari sudut pandangan Islam,
mencari ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan yang sangat mulia, maka oleh yang
demikian mencari ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim.

Cabaran dalam sistem pendidikan kepada umat islam ialah, isu yang paling asas dalam
kalangan umat Islam sedunia, termasuk di negara ini ialah penguasaan ilmu fardhu `ain dan
ilmu fardhu kifayah, yang sama ada tidak memenuhi syarat yang asasi mahupun tidak
mencapai keseimbangan dan kesepaduan antara kedua-duanya. Dalam hal fardhu `ain,
misalnya, dapat dikesan wujudnya keadaan sebilangan umat Islam yang tidak menguasai ilmu
tersebut pada tahap yang sewajarnya, sehingga ilmu tersebut masih tidak habis pada usia yang
lanjut. Dengan tidak berniat untuk meremehkan usaha mempelajari ilmu fardhu `ain yang telah
tertinggal atau dialpakan pada usia yang lebih muda dalam kalangan orang yang berusia 40-an,
50-an atau malah yang lebih tua daripada itu, dapat kita bayangkan besarnya masalah umat

6
Islam untuk dapat mencapai tahap ilmu yang lebih tinggi, termasuk ilmu yang berkaitan dengan
pemikiran dan pengurusan pelbagai masalah umat Islam sezaman.

Cabaran lain yang berkaitan dengan ilmu dan pendidikan berkaitan dengan isu
epistemologi atau teori ilmu. Sebilangan anggota masyarakat Islam, khususnya kalangan
sarjana, yang terpukau oleh pelbagai teori dan kaedah yang dikemukakan oleh sarjana Barat,
sehingga mereka itu dianggap imam besar yang teori dan kaedahnya diterima bulat-bulat dan
dikembangkan dalam kalangan masyarakat Islam tanpa penapisan atau penilaian. Terdapat
beberapa Krisis dalam bidang epistemologi Barat sebagai yang berikut:

 Lebih cenderung untuk berkonflik daripada untuk mengusahakan pemaduan


antara fahaman (seperti antara preskriptisme dengan deskrptifisme).
 Terpengaruh oleh pengasingan atau pemetakan unsur-unsur tertentu yang pada
hakikatnya merupakan suatu kesatuan (seperti sumber ilmu yang disandarkan
mutlak pada pancaindera dan sumber lain seperti intuisi dianggap tidak ilmiah)
 Lebih cenderung menghormati dan meraikan sesuatu yang lebih baharu (teori,
konsep dsb.) daripada yang sedia ada, sehingga pada peringkat yang ekstrem
bidang ilmu diperlakukan seolah-olah sebagai fesyen;
 Kehilangan matlamat yang jelas dan hakiki dalam keasyikan dan zauq
melaksanakan kerja ilmiah.
 Kepercayaan bahawa ilmu berubah terus-menerus dan tiada kebenaran yang
pasti.

Kenyataan yang tidak dapat ditolak dalam perkembangan kegiatan ilmiah, bahkan
dalam hampir seluruh kehidupan manusia ialah besarnya pengaruh kebudayaan Barat, yang
mula tumbuh dalam zaman Yunani beberapa abad sebelum Masihi kepada kebudayaan
manusia sedunia, termasuk masyarakat Islam. Dapat dikatakan bahawa seluruh bidang ilmu,
baik ilmu sains tabii mahupun ilmu sains kemanusiaan disandarkan pada tradisi ilmu Barat,
termasuk dalam hal epistemologi. Tradisi ilmu yang kukuh dalam zaman gemilang Islam,
terutama dalam zaman Abbasiyah, sejak diambil alih oleh kebudayaan Barat hampir-hampir
tidak kelihatan kesannya dalam perkembangan ilmu di dunia. Hanya sesudah timbul gerakan
pengislaman ilmu yng secara nyata bermula pada tahun 1970-an, barulah tampak sedikit
perkembangan ilmu yang berasaskan epistemologi dan kerangka falsafah Islam.

7
Antara kesan daripada sistem pendidikan dalam islam kepada individu ialah berjaya
menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat
memenuhi tuntutan rohani dan jasmani dengan terkawal. Hal ini kerana ia dapat menjamin
kesejahteraan diri dan ilmu yang dituntut diberkati dan diredhai Allah S.W.T. Seterusnya ialah
berkeupayaan menerima ilmu berfikir, membezakan baik dan buruk boleh diajar dan dididik
serta boleh menyampaikan pengetahuan ajaran islam kepada orang lain. Menyampaikan ajaran
atau ilmu yang diperolehi merupakan satu perkara yang dituntut kerana kita akan mendapat
syafaat daripada ilmu yang disampaikan walaupun kita telah meninggal dunia jika seseorang itu
masih mengamalkan lagi ilmu yang kita sampaikan. Firman Allah SWT bermaksud:

“ ..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan,”


Surah Al- Baqarah : ayat 195)

Kesan kepada masyarakat pula ialah tentang pengetahuan seseorang individu atau
masyarakat tidak sempurna tanpa ilmu, agama dan duniawi. Oleh itu bidang ekonomi,politik dan
sosial yang meliputi ilmu agama juga menjadi penting dalam sesebuah masyarakat kerana ilmu
duniawi ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki dalam
ajaran islam. Dalam konsep sejagat, seseorang individu muslim yang cemerlang akan mampu
memimpin ummah diperingkat yang lebih luas. Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Negara
juga akan diikuti oleh Negara lain sebagai model.

Firman Allah SWT yang bermaksud

“dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Allah) dan jangan lah
kamu bercerai-berai)” Surah Ali Imran: ayat 103

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“ hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan
yang menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat At tabarani)

8
RUJUKAN
Mahmud Saedon A. Othman. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mohd. Nasran Mohamad, Zuliza Mohd Kusrin, Nurhafilah Musa, Anwar Fakhri Omar & Mohd Zamro
Muda. (2016). Perkembangan Dan Cabaran Pelaksanaan Undang-Undang Hudud Di Malaysia.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Fathi Yusof. (2014). Kesesuaian Perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur: KUIZM Publication.

Nik Muhammad Zawawi Salleh. (2013). Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk.
Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia-56 Tahun Merdeka: Halangan & Penyelesaian.

Yusof Al-Qaradawi. (1998). Panduan Memahami Syariat Islam. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

Zulkifli Mohamad. (2016). Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat. Wilayah Persekutuan:
Pustaka Cahaya Kasturi.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. Samsudin Jaapar (ptjh.).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Yahya Ibrahim. 2004. Ilmu Pengetahuan dan Tujuan Pendidikan Mengikut Pandangan Islam.
Brunei: Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Ibn Khaldun. 2000. Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Bakar. 1999. Sejarah Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Halsted, J.
M. 2004. An Islamic concept of education. Comparative Education. Vol. 40. No. 4. (Nov. 2004): 517-529.

You might also like