You are on page 1of 9

TUGASAN 2 : PROJEK

1.0 Mempromosikan Syarikat

Syarikat yang saya digunakan ialah Abam Lerey Gadget iaitu syarikat sdn bhd.
Perniagaan yang saya lakukan ini adalah secara individu dan saya membuka perniagaan
ini dengan modal persendirian. Saya menjalankan perniagaan menjual IPHONE iaitu
telefon pintar yang tercanggih dan menjadi kegilaan ramai setakat ini. Menurut kajian
daripada facebook, pengguna lebih suka menggunakan atau memakai Iphone berbanding
telefon canggih yang lain.

Syarikat sdn bhd merupakan salah satu dari 2 jenis syarikat berhad dengan
saham yang ditubuhkan dengan bermatlamatkan keuntungan. Penubuhan, perjalanan
dan penutupan syarikat ini adalah dikawal selia oleh Akta Syarikat 1965. Liabiliti syarikat
sdn bhd adalah terhad. Ianya terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh
pemiliknya sahaja. Jika pemiliknya telah mengeluarkan jumlah modal tersebut, pemilik
tidak perlu lagi menyumbang wang kepada syarikat walaupun dalam keadaan syarikat
diancam kebangkrapan akibat gagal membayar hutangnya.
Saya menjalankan perniagaan ini secara individu kerana jika individu, liabiliti
syarikat adalah sangat terhad dan saya tidak perlu untuk menanggung risiko kerugian
yang sangat besar. Saya mempromosikan syarikat saya secara langsung di Facebook
kerana saya tahu pasaran di Facebook sangat luas dan terdapat pelbagai jenis umur dan
sasaran saya adalah kepada golongan remaja, pelajar sekolah, dan ibu bapa. Hal ini
kerana barang yang saya jual adalah sesuai untuk semua lapisan umur masyarakat.

2.0 Mempromosikan jenama


3.0 Memperkenalkan barang dan perkhidmatan
4.0 Mempromosikan barang dan perkhidmatan

Rujukan

CO., R. &. (1970, January 01). SYARIKAT BERHAD (SENDIRIAN, SENDIRIAN


BERHAD DAN BERHAD). Retrieved April 15, 2018, from http://ca2on9-
biz.blogspot.my/2008/10/syarikat-berhad-sdn-bhd-berhad.html
TUGASAN 3 : LAPORAN PROJEK

1.0 ISU DAN MASALAH


Iphone ialah sejenis telefon pintar (smartphone) yang mempunyai fungsi internet dan
multimedia yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. Pembangunan iPhone telah
bermula sejak tahun 2005 di mana Steve Jobs (CEO Apple Inc.) telah mengarahkan
jurutera Apple untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan teknnologi skrin
sesentuh (touchscreen).
Gadget tersebut dicipta melalui kerjasama rahsia di antara syarikat penyedia
perkhidmatan rangkaian mudah alih AT&T Mobility (sama seperti Maxis dan Celcom di
Malaysia) dengan anggaran kos sebanyak USD150 juta. Selepas 30 bulan pembangunan,
iPhone pertama akhirnya dilancarkan pada 9 Januari 2007 semasa Pameran/Konvensyen
Macworld 2007 di California. Sehingga tahun 2010, sebanyak lebih 73.5 juta unit iPhone
telah terjual menjadikan Apple sebagai syarikat telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia
selepas Nokia dan Samsung. Walaupun hanya menguasai 4% pasaran global, namun
daripada aspek penjanaan keuntungan, Apple Inc. menduduki tempat teratas dengan
penguasaan lebih 50% daripada keseluruhan hasil jualan telefon mudah alih di seluruh
dunia. Keadaan ini adalah disebabkan harga iPhone yang lebih mahal
berbanding smartphone keluaran syarikat lain.
Menurut daripada pernyataan yang telah saya nyatakan di atas jelas terbukti
bahawa harga iphone agak mahal. Masalah yang telah saya hadapi semasa menjalani
perniagaan ini adalah jumlah jualan saya agak perlahan kerana harga yang saya tawarkan
mengikut harga pasaran semasa. Hal ini kerana harga yang saya perolehi daripada
pembekal agak mahal dan saya perlu menaikkan harga sedikit untuk mendapatkan
keuntungan. Masalah yang kedua saya hadapi ialah ramai pesaing yang menjual iphone
jauh lebih murah daripada harga pasaran dan ia sedikit sebanyak merosakkan reputasi
saya kerana pelanggan sudah semestinya akan memilih harga lebih murah daripada saya.
Masalah yang terakhir telefon pintar jenama iphone merupakan jenama yang tercanggih
setakat ini dan sudah semestinya ia mempunyai ramai pesaing seperti nokia, Samsung,
Huawei dan sebagainya. Justeru itu, saya perlu memikirkan inisiatif lain untuk
mempromosikan barangan saya supaya lebih laku dan banyak terjual.

2.0 BATASAN MASALAH


3.0 TUJUAN
Dengan adanya istilah penjual dan pembeli makan sistem jualan itu akan berlaku dan sah
dikira dalam syariat islam. Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual
beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi
mendapatkan keuntungan. Terdapat 4 konsep asas perniagaan iaitu :
1. Barangan dan perkhidmatan
 Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan,makanan,pakaian dan
sebagainya.
 Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada
perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan , insurans, pelancongan dan
sebagainya.
 Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan manusia.
2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
 keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan
manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dsb.
 Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk
kesel;esaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
 Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan
kehendak pelanggan.
3. Pertukaran nilai
 merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada
perniagaan kepada pelanggan.
 Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu
oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
 Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.
4. Keuntungan perniagaan
 Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
 Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan
setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang
terlibat.
 Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan
yang mampu bersaing di pasaran.
Pelbagai cabaran yang wujud oleh peniaga untuk memasarkan produk mereka
dan tidak dilupa kepada pengguna yang ingin memiliki sesuatu barangan yang tidak
dipasarkan atau dijual dalam komuniti mereka. Dengan adanya konsep e-niaga (e-
dagang), peniaga dapat memasarkan produk mereka dan hal ini juga mampu
meningkatkan lagi potensi perniagaan mereka kerana perniagaan yang dilakukan
memudahkan peniaga untuk mempromosikan produk yang dimiliki kepada pelbagai pihak
dari dalam ataupun luar negara.
Oleh itu, dalam kerja kursus ini saya telah membuat satu usaha untuk membantu
peniaga yang saya pilih untuk meluaskan lagi perniagaan yang dimiliki oleh pemilik
perniagaan tersebut iaitu penjualan telefon pintar (smartphone) yang canggih dengan
harga yang rendah dari harga pasaran di kedai kerana saya mendapat harga yang agak
rendah dari pembekal. Dengan mempraktikkan unsur e-niaga di dalam perniagaan saya,
ia akan membantu orang lain bagi membeli barang dengan saya.

4.0 METODOLOGI
Melalui E-Dagang, perniagaan yang saya jalankan dapat dikembangkan ke
seluruh Malaysia. Dengan membina sebuah laman web, saya yakin perniagaan yang saya
lakukan akan semakin berkembang dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penggunaan laman web ini juga dapat mempromosikan perniagaan yang
dijalankan peniaga. Untuk setiap maklumbalas pelanggan akan dipamerkan di laman web.
Namun kebanyakan maklumbalas tersebut akan dipaparkan di laman sosial seperti
Facebook, Instagram, dan Wechat. Perkara ini mampu meyakinkan pelanggan lain untuk
berurusniaga dengan peniaga. Mana-mana pengguna yang ada komputer peribadinya
tersendiri, ada telefon dan jaringan internet, ada akaun dengan mana-mana pemberi
khidmat Internet (Internet Service Provider atau ISP), boleh berurusan dengan mana-
mana ''pedagang'' yang telah mengiklankan barangannya atau perkhidmatannya
menerusi Internet. Hal ini sangat membantu.
Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual
dan beli dari mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan
perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda
mengkases Internet. Dengan itu, lebih ramai individu bekerja di rumah, kurang untuk
membeli belah, mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan pencemaran udara,
harga barangan lebih murah dan seterusnya menyebabkan kos hidup lebih murah

5.0 FASA-FASA PEMBIKINAN WEBSITE PENIAGA


Membuat ‘website’ bukanlah mudah, ia perlu dilakukan dengan baik sekali, ini kerana
‘website’ adalah tempat di mana pelanggan, atau orang ramai akan mengenali
perniagaan, servis atau perkhidmatan yang kita tawarkan, jadi kita perlu memastikan
'website' tersebut mampu memberikan maklumat yang diinginkan oleh semua orang.
‘Website’ berkenaan juga perlulah meliputi segala aspek seperti contoh maklumat barang
yang dijua; supaya pelanggan tahu dan mendapat informasi yang tepat berkaitan ‘website’
yang telah kita buat. Namun, apakah elemen penting dalam membuat ‘website’. Antara
fasa-fasa pembikinan website ialah :
5.1 Beli domain domain dan hosting yang bersesuaian
Perkara paling asas dan basic sekali adalah membeli domain dan hosting.
Pastikan domain anda ada kaitan dengan nama produk atau servis. Domain juga
Kalau boleh guna .com kerana ia mempunyai populariti yang agak tinggi, jika tiada,
gunalah .net atau .my dan jangan sesekali gunakan .com.my jika anda rasa ingin
menjual produk ni sehingga pasaran antarabangsa kecuali anda adalah agensi
kerajaan. Setelah mengenal pasti kesemua ini, barulah kita boleh menentukan
jenis-jenis design yang kita inginkan untuk website kita.

5.2 Kenal pasti produk kita sendiri


Sebelum membuka website untuk barang sendiri, amat penting untuk
anda mengenal pasti jenis produk atau servis yang ingin anda tawarkan kepada
pelanggan. Perkara ini merangkumi pelbagai aspek termasuk USP produk yang
hendak diketengahkan di website, jenis atau tema warna produk yang akan
digunakan di website, penentuan harga dan diskaun serta cara pembelian barang
sama ada menggunakan shopping cart atau close sale cara lama, iaitu redirect ke
whatsapp.

5.3 Pilih tema dan konsep website


Anda pelu menentukan tema dan konsep website anda. Sama ada anda mahu
mencipta corporate website, HQ website, minisite, landing page atau shopping cart
/ e-commerce site, ini bergantung kepada pasaran / market yang anda ada dan
siapa target audience anda. Jika anda dalam bidang OEM atau menyediakan
perkhidmatan servis / OEM misalnya, anda perlu ada sebuah corporate website
yang akan menjadi portfolio secara tidak langsung anda pada bakal pelanggan
anda.

Jika anda baru menjadi pemilik produk, anda perlu ada sekurang-kurangnya 1
minisite atau landing page bagi memudahkan anda bercerita tentang produk anda
kepada pelanggan anda. Sedikit sebanyak ia menjadikan produk anda lebih gah
dan kukuh serta meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

5.4 Susun bahan untuk website


Dalam website, anda kena tahu apa nak di isi di top header, bagaimana design
header anda, apa ayat kata aluan di website anda, apa isi kandungan website
anda, di mana mahu letak latar belakang syarikat, di mana mahu letak listing
produk anda serta bagaimana anda mahu menterjemahkannya ke dalam bentuk
design dan coding. Biasanya, designer yang anda upah sudah tahu dan mahir
dalam selok belok ini. Mereka akan hafal dan faham di mana mahu letak semua
tiang seri dan jendela tadi. Website yang tiada "About us", "Contact us", "Home",
"Our Products" / "Our Services", bagaikan rumah yang tiada jendela dan bilik.
Benda asas ini penting dan wajib ada. Selain itu, anda juga perlu ada pintu
belakang. Rumah tanpa pintu belakang bagaikan mangsa terkepung dalam
kurungan jel. Pintu belakang bagi rumah anda adalah "Penafian" atau "Disclaimer".
Anda juga boleh meletakkan "Terms of Services" atau "Policies" sebagai terowong
keluar anda. HTML5, Joomla dll) Anda sebagai bisnes owner tak perlu buat semua
ini akan tetapi bagus jika anda tahu basic tentang coding dan design website anda.
Ini penting jika ada staff tak deliver kerja atau ada designer / coder tak deliver job.
Anda ada basic dan tahu apa nak buat bagi kerja tu siap.

5.5 Terjemahkan bahan dalam bentuk coding.


Setelah segala bahan anda susun dengan baik, kini tiba giliran web designer dan
juga coder untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini semua kerja orang teknikal. Ada
pelbagai jenis coding yang designer / coder akan guna, itu terpulang bagaimana
anda deal dengan mereka. (CMS, Wordpress, php,). lari, coding error dan
sebagainya.

5.6 Penelitian semula bahan


Selepas selesai kerja-kerja coding, tugas kita sebagai pemilik perniagaan
bersama-sama dengan pasukan anda untuk meneliti website tadi. Pastikan
website sudah sesuai dengan semua platform terutama mobile responsive, tab
responsive dan juga sedap mata memandang bila di buka di pc / laptop. Kita
meneliti setiap aspek, termasuk kesalahan ejaan dan sebagainya.
6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN WEBSITE
6.1 Kekuatan
Antara kekuatan website yang telah saya lakukan ialah dengan adanya website,
sedikit sebanyak perniagaan saya kini melonjak naik sedikit kerana website yang
telah saya cipta terkandung semua informasi tentang bahan yang saya jual dan
maklumat tentang pemilik perniagaan iaitu saya sendiri. Pernigaan secara
persendirian memerlukan sedikit pengorbanan akan tetapi ia mempunya “margin”
untung yang agak tinggi berbanding syarikat yang berkongsi. Kekuatan yang
kedua ialah selepas menjual beberapa iphone, saya telah mendapat gelaran
“trusted seller” iaitu penjual yang dipercayai dan ramai pelanggan yang percaya
untuk membeli barangan saya secara atas talian dan saya membua servis
penghantaran dengan menggunakan kurier pos laju.

6.2 Kelemahan
Jika ada kekuatan untuk sesuatu perkara, sudah tentu terdapat sedikit kelemahan
yang telah saya dapati sepanjang menjalankan perniagaan ini. Antara masalah
yang telah saya hadapi ialah, pada mulanya pelanggan agak sukar untuk
mempercayai barangan yang telah saya jual kerana saya hanya menjual atas
talian. Akan tetapi, saya mengambil barangan tersebut dan berjumpa di tempat
yang telah dijanjikan untuk membuktikan bahawa saya tidak menipu dalam
melakukan urusan jual beli. Masalah yang seterusnya ialah untuk membuat
website perniagaan ia agak sedikit sukar kerana perlu mengeluarkan modal wang
yang agak banyak jika dilakukan secara persendirian. Oleh sebab itu, ramai
peniaga di Malaysia yang tidak membuat perniagaan mereka secara website
kerana perlu mengeluarkan modal yang agak tinggi.

7.0 RUJUKAN
Aziz, A. (2017, February 18). 10 Langkah Penting Dalam Pembikinan 'Website', Agar
Nampak Lebih 'Up-To-Date' Juga Tidak Ketinggalan Zaman. Retrieved April 15,
2018, from http://www.siakapkeli.my/2017/02/10-langkah-penting-dalam-
pembikinan.html

F. (n.d.). Myiphone2u. Retrieved April 15, 2018, from


http://myiphone2u.blogspot.my/2011/09/pengenalan-tentang-iphone.html

You might also like