You are on page 1of 29

PELAKSANAAN HUKUM HUDUD.

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 APA ITU HUDUD
1.2 MENGAPA IA DILAKSANAKAN
2.0 KEDUDUKAN HUDUD DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM
3.0 HUKUM PELAKSANAAN HUDUD MENURUT ISLAM
4.0 HUDUD, QISAS, TAZIR DAN PERBEZAANNYA
5.0 AL-HUDUD
5.1 RIDDAH (MURTAD)
5.2 MABUK (MINUM ARAK)
5.3 ZINA
5.4 QAZAF (TUDUHAN ZINA)
5.5 PENCURIAN
5.6 PEMBERONTAKAN
5.7 ROMPAKAN (PENCURIAN BERKUMPULAN)
5.8 LIWAT
5.9 HUBUNGAN KELAMIN DENGAN HAIWAN
5.10 SIHIR
6.0 IKRAR DALAM HUDUD
7.0 HIKMAH HUDUD
7.1 KEPADA INDIVIDU
7.2 KEPADA MASYARAKAT
7.3 KEPADA AGAMA
7.4 KEPADA NEGARA
8.0 TERJEMAHAN / TAFSIR DARIPADA AL-QURAN BERKAITAN HUDUD
9.0 PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA
KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
1.1 APA ITU HUDUD?
Hudud adalah salah satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan
Tazir. Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus. Pengertian
hudud berdasarkan petikan daripada buku Mengenal Qanun Jenayah Islam yang
dikarang oleh Dr. Abdul Ghani Azmi b. Idris, bahawa ;
Berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut bahasa ia bererti batas
atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini dinamakan Hudud
atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat maksiat
mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan had. Dan pada asalnya
perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara dua perkara dan digunakan
atas sesuatu yang membezakan sesuatu yang lain.
Menurut istilah Syara, Hudud ialah uqubah (hukuman seksa dunia) yang telah
ditetapkan untuk menjaga hak Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak termasuk Tazir
kerana Tazir tidak ada ketentuan hukumannya dan tidak termasuk pula qisas
kerana qisas adalah hak anak Adam.
Kesalahan dalam jenayah Hudud dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah,
kerana perbuatan itu menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan
ketenteraman dan keselamatan orang ramai dan hukumannya pula memberi
kebaikan kepada mereka. Kesalahan ini tidak boleh diampunkan oleh manusia sama
ada mangsa jenayah itu sendiri, warisnya ataupun masyarakat umum.
Kesalahan Hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan
pelanggaran-pelanggaran terhadap hak-hak Allah. Kesalahan-kesalahan tersebut
ialah :
1. Riddah
Murtad keluar daripada agama Islam.
2. Zina
Persetubuhan atau hubungan kelamin yang tidak sah antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram.
3. Qazaf
Tuduhan zina.
4. Pencurian (Sariqah)
5. Perompakan (Muharabah)

6. Liwat
Hubungan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan yang
melibatkan jalan belakang (dubur) atau hubungan homoseksual iaitu hubungan
sejenis tanpa melibatkan jalan belakang.
7. Pemberontakan (Baghyu)
Penentangan terhadap pemerintah yang adil.
8. Hubungan Seks dengan Haiwan (Ityanul-Bahaaim)
9. Mabuk (Sakran)
Minum arak, khamar dan segala yang memabukkan.
10. Sihir
1.2 MENGAPA IA PERLU DILAKSANAKAN?
Hudud adalah Hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.,seperti mana yang diteliti
terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan jelas. Jadi
sebagai khalifah yang diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan menjauhi
laranganNya, kita sepatutnya wajib melaksanakan hukum Hudud ini kerana amat
jelas sekali ia adalah tuntutan Allah kepada kita semua apabila menjangkaui hakhak kita sebagai manusia dan melanggar hak-hak Allah.
2.0 KEDUDUKAN HUDUD DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM
Dalam Undang-undang Jenayah Islam, ia terbahagi kepada tiga hukum utama iaitu
Hudud, Qisas, dan Tazir di mana pesalah akan dihukum setakat mana perlakuan
atau kesalahan yang dilakukan. Keutamaan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas
pesalah ialah hukuman hudud, namun jika tiada bukti yang sah, atau tidak
memenuhi syarat-syarat yang mengesahkan hukuman hudud, atau tidak meliputi
perkara yang dikenakan hukuman hudud, maka ia akan dikenakan hukuman Qisas
atau jika kesalahannya juga tidak meliputi Qisas, maka ia akan dikenakan hukuman
Tazir mengikut ketentuan Hakim.
3.0 HUKUM PELAKSANAAN HUDUD MENURUT ISLAM
Islam diturunkan untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia di dunia dan
sebagai pedoman hidup yang mutlak bagi umat manusia, khususnya bagi orangorang Islam. Ajaran-ajaran Islam itu adalah bersifat universal, rasional dan fithri
serta sesuai untuk sepanjang zaman, semua tempat dan keaadaan.
Tidak ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang sudah lapuk ditelan zaman, bahkan
hukum-hukum Allah dan Rasul itulah hukum ultra moden kerana ia dicipta oleh Allah
Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui akan sifat hambanya zahir dan
batin. Tiada alternatif lain bagi umat Islam selain dari hukum-hukum Allah.

Hukum-hukum Islam itu telah dijalankan sepenuhnya oleh Rasulullah dan KhulafaurRasyidin dan Khalifah-khalifah Islam berikutnya sehinggalah zaman kejatuhan Islam.
Tiada siapa yang berhak menukar gantikannya atau memansuhkannya. Hukumhukum tersebut adalah kekal abadi sampai akhir zaman.
Allah telah menurunkan hukum-hukumnya dan kepada kita sebagai hambanya
diwajibkan melaksanakan hukum-hukum itu dengan penuh ketaatan kami dengar
dan kami patuh, bukannya dengan dolak-dalik dan helah seperti kaum Yahudi dan
orang-orang munafiq.
Pelaksanaan hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan
masalah kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat
manusia dan pasti akan wujud masyarakat yang aman damai dan makmur dalam
keredhaan Allah. Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janjijanji-Nya.
4.0 HUDUD, QISAS, TAZIR DAN PERBEZAANNYA
4.1 HUDUD
CIRI-CIRI KHUSUS HUDUD:
Hudud mempunyai sifat-sifatnya yang khusus, iaitu:
Kesalahan-kesalahan Hudud telah ditetapkan Syara
Hukuman-hukuman Seksanya (Uqubah) telah ditentukan jenis-jenisnya dan berat
ringannya oleh ketetapan Syara, tiada siapa yang boleh mengubah, melebihi atau
menguranginya. Ia wajib dilaksanakan seperti adanya.
Kesalahan-kesalahan Hudud boleh dimaafkan sebelum ia dibawa ke depan hakim,
tetapi tiada siapa yang dapat memaafkan atau mengurangkan hukuman setelah ia
dibawa ke depan pengadilan.
Semua orang yang mencukupi syarat dikenakan hukuman yang sama dan tiada
kecualinya.
Taubat tidak menggugurkan uqubah kecuali dalam hal kejahatan perompakan di
mana perompak digugurkan dari uqubah jika ia bertaubat sebelum dapat ditangkap,
dan orang murtad yang bertaubat sebelum dibawa ke muka pengadilan.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG MELIBATKAN HUDUD:
Riddah (Murtad)
Zina
Qazaf Zina
Mabuk (Sakran)
Pencurian (Sariqah)

Perompakan (Muharabah)
Pemberontakan (Baghyu)
Liwat
Hubungan seks dengan haiwan (Ityanul-Bahaaim)
Sihir
Mengenai kesalahan yang disebutkan pada nombor 8, 9, dan 10 para ulama tidak
sependapat mengenai jenis hukuman yang wajib dikenakan atas pesalah.
4.2 QISAS
Qisas ialah pembalasan yang serupa dengan kejahatan yang dilakukan oleh
penjenayah ke atas mangsanya. Hukum qisas itu berlaku dalam jenayah
pembunuhan sengaja dan penganiayaan atas anggota dan badan manusia
(pemotongan anggota atau melukakan anggota). Hukuman ini dimaksudkan untuk
mengajar dan mengawal hak-hak manusia.
CIRI-CIRI QISAS:
Qisas mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri:
Jenis-jenis kesalahan dan hukumannya telah ditetapkan oleh Syara.
Wali yang terbunuh atau yang teraniaya boleh memilih antara qisas atau diat
(denda atau ganti rugi yang berupa harta benda).
Qisas tidak boleh dimaafkan oleh hakim baik sesudah atau sebelum dibawa ke
mahkamah, sebab ia adalah hak manusia. Hanya wali yang terbunuh atau yang
teraniaya sahaja yang dapat memaafkan penjenayah, baik sebelum ataupun
sesudah dibawa ke pengadilan.
Persaksian orang bisu dengan tulisannya atau isyaratnya diterima dalam qisas,
tetapi tidak boleh diterima dalam Hudud.
Hakim boleh memutuskan perkara berdasarkan maklumatnya sendiri, tetapi tidak
boleh dalam Hudud.
Pengakuan dalam Qisas tidak boleh ditarik balik, sedangkan pengakuan dalam
Hudud boleh ditarik balik.
Taubat dalam Qisas tidak menggugurkan hukuman.
Hanya waliul-Amri atau hakim sahaja yang dapat melakukan qisas.
Qisas mestilah melalui pendakwaan sedangkan Hudud selain qazaf tidak mesti
melalui pendakwaan.
4.3 TAZIR

Tazir kadang-kala bermakna mengagungkan dan menolong. Kadang-kala ia


bermakna penghinaan. Yang dimaksudkan oleh Syara ialah tindakan mendidik atas
sesuatu dosa yang tidak mempunyai hukuman Had dan kifarat, yakni ia adalah
hukuman seksa yang bersifat mendidik yang ditentukan oleh Hakim atas satu
jenayah atau maksiat yang Syara tidak menetapkan uqubah, atau telah
menetapkan uqubah tetapi tidak mencukupi syarat-syarat pelaksanaannya; seperti
melakukan hubungan seks pada selain kemaluan (perempuan), mencuri barangbarang yang tidak dikenakan potong tangan, jenayah yang tidak dikenakan qisas,
lesbian, menuduh orang lain melakukan maksiat selain zina, dan sebagainya.

CIRI-CIRI KHAS TAZIR:


Hudud berlaku pada semua orang serupa, tidak berbeza, tetapi tazir hukumannya
boleh berbeza antara orang-orang yang bersalah.
Hukuman Tazir belum ditetapkan Allah dan Rasul-Nya mengenai jenis-jenis
hukuman, ia diserahkan kepada kebijaksanaan hakim sendiri.
Tazir boleh dimaafkan orang yang bersalah, baik sebelum atau sesudah dibawa ke
mahkamah.
Orang yang mati kerana hukuman Tazir wajib dibayar dhaman (ganti rugi).
KESALAHAN-KESALAHAN TAZIR:
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam bidang Tazir sangat banyak dan di
sinilah terletaknya peranan dan kebijaksanaan hakim. Ia meliputi kesalahankesalahan yang tidak dikenakan had kerana tidak mempunyai syarat-syarat
pelaksanaannya yang cukup, seperti kanak-kanak yang belum dewasa mencuri atau
sebagainya, orang mencuri barang yang tidak mencukupi nisabnya, atau barang
yang dicuri adalah milik Baitul-Mal dan sebagainya.
Selain itu, Tazir termasuk semua maksiat yang tidak termasuk dalam bidang Hudud
dan Qisas, seperti lesbian, persaksian bohong, judi, memakan benda-benda haram,
meninggalkan kewajipan-kewajipan agama seperti meninggalkan solat fardhu,
puasa, haji dan lain-lain.
5.0 AL-HUDUD
5.1 RIDDAH
Perbuatan keluar dari agama Islam oleh orang Islam yang mukallaf dinamakan
riddah dan orang yang melakukannya dinamakan Murtad.
Riddah berlaku kerana salah satu sebab dari tiga sebab yang berikut:
Rosaknya keyakinan hati, atau

Mengucapkan perkataan-perkataan kufur, atau


Melakukan perbuatan-perbuatan kufur.
Perbuatan Riddah dikira sah apabila seseorang tidak memperakui Allah adalah
Tuhannya, Rasulullah adalah utusan-Nya, tidak mempercayai kewujudan Hari
Kiamat, tidak mempercayai Qada dan Qadar, tidak mempercayai kewujudan
Malaikat, dan tidak memperakui kesahihan Al-Quran, di mana ia melibatkan
keguguran iman seseorang apabila melanggar Rukun Iman. Penafian atau
menentang perintah Allah seperti Solat lima waktu, mengerjakan Haji, menunaikan
zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan cara pemujaan atau
sembahyang agama lain juga termasuk dalam perbuatan Riddah.

SYARAT-SYARAT RIDDAH
Riddah baru dikira sah apabila mempunyai syarat-syarat yang berikut:
Yang melakukan riddah adalah orang Islam. Tidak dikira murtad orang yang
beragama Yahudi memasuki agama Nasrani atau dan lain-lainnya.
Yang melakukan riddah adalah orang dewasa.
Yang melakukan riddah adalah berfikiran waras. Kanak-kanak atau orang gila yang
murtad tidak dikira sah, oleh kerana itu ia tidak dikenakan hukuman had.
Tetapi kanak-kanak yang murtad wajib dikenakan hukuman tazir bagi
mencegahnya untuk menjadi murtad lagi.
Perbuatan Riddah itu dilakukan dengan sengaja, bukan kerana tersalah atau terlupa
dan bukan kerana paksaan. Perbuatan riddah yang tidak sengaja atau terpaksa
adalah tidak sah dan orang yang melakukannya tidak bersalah. Sebagai contoh
kisah Ammar bin Yasir daripada keluarga Yasir yang diseksa oleh golongan Arab
Quraisy dikepalai Abu Jahal. Ammar mengaku dengan lidah keluar
Perbuatan riddah itu meyakinkan dan tidak meragukan sama sekali. Mempunyai
bukti-bukti yang terang, dengan pengakuan atau dengan persaksian yang adil
saksama. Seseorang tidak boleh dituduh secara melulu.
UQUBAH ATAS ORANG MURTAD
Orang murtad adalah halal darahnya, dan wajiblah dikenakan hukuman mati.
Dalilnya ialah:
Ibn Masud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara:
Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina)
dan membunuh jiwa seseorang.

(Hadith Muttafaq Alaih)


Cara membunuh orang murtad ialah dengan memenggal lehernya dengan pedang,
berdasarkan hadith berikut:
Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asyari di Yaman, tiba-tiba di sisinya
terdapat seorang lelaki. Muaz berkata: Apa ini? Abu musa menjawab: Seorang
lelaki Yahudi memeluk Islam kemudian ia kembali menjadi Yahudi, dan kami
menghendaki dia kembali ke dalam Islam semenjak dua bulan. Kata Muaz: Demi
Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu penggal lehernya, lalu orang itupun
dipenggal lehernya. Berkatalah Muaz: Allah dan Rasul-Nya memutuskan bahawa
barangsiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia.
(Diriwayatkan Ahmad)
TAUBAT ORANG MURTAD
Sebelum melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat, lalu jika
ia bertaubat maka taubatnya diterima dan gugurlah ia dari hukuman mati.

Akan tetapi, jika ia tidak mahu bertaubat, maka ia dikenakan hukuman mati itu.
Para ulama tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap
orang murtad:
1) Sebahagian besar para fuqaha berpendapat bahawa hukum menyuruh orang
murtad bertaubat sebelum dibunuh adalah wajib. Termasuk dalam golongan yang
berpendapat demikian ialah mazhab Maliki, Hambali, Asy-Syafie, Syiah Zaidiah,
Ath-Thauri, dan Al-Auzai.
2) Abu Hanifah dan pendapat lain dari yang di atas berpendapat bahawa istitabah
itu hanya sunat.
3) Golongan mazhab Zahairi pula berpendapat, bahawa istitabah itu bukanlah
kewajipan dan bukanlah satu larangan.
4) Al-Hasan Al-Bashri, Thawus dan lain-lain lagi berpendapat, bahawa orang murtad
itu wajib dibunuh segera dan tidak perlu diberi tempoh untuk bertaubat. Pendapat
ini bertentangan dengan dalil-dalil yang sah.
Mengenai tempoh taubat pula para ulama berselisih pendapat pula. Ada yang
mengatakan tiga hari, sebulan dan ada yang mengatakan lebih daripada itu.
Tempoh bertaubat sebenarnya tidak ada dalil yang sah yang membataskan tempoh
itu, semuanya bergantung pada ijtihad hakim.
AKIBAT-AKIBAT RIDDAH
Selain dari uqubah (hukuman mati terhadap golongan murtad) sepertimana yang
telah dinyatakan, maka riddah menimbulkan akibat-akibat hukum yang berikut:
1. Hubungan perkahwinan menjadi putus.

Apabila salah seorang suami atau isteri murtad, maka terputuslah perkahwinan
antara kedua-duanya. Pemutusan perkahwinan kerana riddah ini ikira sebagai
Fasakh.
2. Kehilangan hak perwalian
Orang yang murtad tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa bidang
sekalipun.
3. Kehilangan hak pusaka
Orang murtad menurut hukum kedudukannya adalah lebih rendah daripada kafir
biasa, maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarganya.
4. Kehilangan hak persaksian
Orang yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang Islam yang
fasiq tidak diterima sebagai saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi walaupun ia
kafir Zimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal
dunia dalam perjalanan apabila tidak ada orang Islam.
5. Kehilangan hak dalam pimpinan dan jawatan
Jika seorang yang murtad itu telah menjadi pemimpin bagi orang Islam, maka
secara hukum telah kehilangan peranannya dan sudah tidak berhak lagi untuk
memimpin dan mengurus orang Islam.

5.2 PEMABUKAN
PENGERTIAN KHAMAR (ARAK)
Khamar ialah sesuatu yang memabukkan, yang merosakkan akal sama ada cecair
yang dinamakan arak atau pepejal yang dinamakan candu. Semua bahan yang
sifatnya memabukkan dan merosakkan akal dinamakan khamar, dari bahan apapun
ia dibuat.
MINUM KHAMAR ADALAH DOSA BESAR
Khamar adalah ibu dari segala kejahatan dan kejijikan, meminumnya termasuk
salah satu dosa besar, bahkan iman peminumnya diragui.
UQUBAH KE ATAS PEMABUKAN
Tiada sebarang perbezaan pendapat di kalangan para ulama mengenai hukuman
rotan yang wajib dikenakan atas peminum arak, cuma mereka berbeza pendapat
mengenai jumlah sebatan itu.
1. As-Syafie berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.

Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa Ali r.a merotan AlWahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan
Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40
kali rotan).
2. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu
pendapat lain dari Asy-Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak
ialah 80 rotan.
ALAT UNTUK MEROTAN PEMINUM
Tiada sabit dari Rasulullah s.a.w. bahawa beliau menetapkan alat-alat yang tertentu
untuk memukul peminum arak. Kadang-kadang beliau memukul dengan selipar,
kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan dan pelepah
tamar, kadang-kadang dengan tangan dan selipar.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN
Untuk melaksanakan hukuman (uqubah) atas peminum arak disyaratkan syaratsyarat yang berikut:
Peminum hendaklah berfikiran waras.
Peminumnya hendaklah seorang dewasa. Kanak-kanak tidak dikenakan hukuman
had rotan, tetapi ia dikenakan hukuman Tazir menurut ketentuan hakim.
Dengan sengaja meminum arak.
Peminum mengetahui bahawa yang diminumnya adalah arak.

SABITNYA KESALAHAN
Kesalahan pemabukan ini disabit melalui salah satu dari dua cara:
Dengan pengakuan oleh peminumnya sendiri.
Dengan persaksian oleh dua orang saksi yang adil.
HUKUM BERUBAT DENGAN KHAMAR
Sepakat para ulama bahawa arak haram hukumnya dan termasuk salah satu dosa
besar. Tiap-tiap sesuatu yang diharamkan minumnya, maka haramlah ia dimakan,
diperniagakan dan dihadiahkan walaupun kepada orang bukan Islam, dan haram
pula dijadikan ubat-ubatan.
HUKUM MENCARI REZEKI DENGAN KHAMAR
Setiap orang mukallaf wajib mencari rezeki untuk menyara hidupnya dan
keluarganya. Ia termasuk ibadat. Oleh kerana khamar diharamkan oleh Allah dan

Rasul-Nya dan ia pula termasuk dalam dosa besar yang diancam dengan uqubah
dan iqab, maka haramlah mencari rezeki dengan khamar itu. Pengharaman ini
meliputi semua pekerja di kilang-kilang khamar, pengangkutan, ladang-ladang
kepunyaan kilang atau pengusaha khamar, kedai-kedai khamar, pengusaha import
dan eksport khamar dan sebagainya.
Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bahawa Allah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi, dan patungpatung berhala.
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5.3 ZINA
PENGERTIAN ZINA
Zina ialah persetubuhan haram melalui alat kelamin lelaki dan wanita di luar
perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu melakukannya secara suka sama
suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan atau tidak, sama ada ia
dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa, sama ada
dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan oleh orang yang pernah
bersuami atau beristeri atau tidak. Semua hubungan seks di luar perkahwinan yang
sah, dinamakan zina.
HUKUM ZINA
Zina adalah satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar.
Antara dalil-dalil daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:
Sabda Rasulullah:
Tidak ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang
ditumpahkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak halal
baginya.
(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif).)
Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut imen
daripadanya bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya.
(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif).)
JENIS-JENIS ZINA
A. PENZINA MUHSHAN:
Yang dimaksudkan dengan penzina muhshan ialah lelaki atau wanita yang telah
menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah, sama ada keluar mani atau
tidak, sama ada masih dalam ikatan perkahwinan ataupun telah bercerai. Hukuman

yang diancam ialah uqubah di dunia dan iqab di akhirat. Di dunia dikenakan
hukuman mati iaitu direjam sampai mati.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN
1. Berakal waras
Orang gila tidak dikenakan hukuman rejam,hanya dikenakan hukuman Tazir sahaja.
Orang mabuk yang berzina tidak terlepas dari hukuman rejam kerana ia mabuk atas
kerelaannya sendiri dan ia tahu bahawa pemabukan boleh membawa akibat yang
berat, kecuali ia dipaksa untuk minum atau tersalah minum lalu mabuk lalu
melakukan zina, maka ia terlepas dari hukuman.
2. Orang dewasa
3. Orang merdeka
Hukuman terhadap hamba hanyalah separuh hukuman orang merdeka.
4. Telah menikmati hubungan seks (sanggama) dalam perkahwinan yang sah,
walaupun tidak sampai keluar mani.
5. Zina itu dilakukan dengan sukarela. Orang yang dipaksa berzina atau tersalah
orang tidak dikenakan hukuman rejam.
Pendapat golongan Asy-Syafie, Maliki dan Hanbali.
Tidak dikenakan hukuman rejam apabila seorang lelaki berzina dengan seorang
wanita yang tidur di kamar rumahnya kerana menyangka ia adalah isterinya kerana
walaupun ia termasuk dalam kategori zina, tetapi ada mempunyai ciri-ciri subhat, di
mana subhat menggugurkan Hudud.
Pendapat golongan Hanafi
Wajib dikenakan hukuman Had kerana tidak mungkin si lelaki tidak kenal isterinya
sendiri melalui sentuhan, baunya atau suaranya.
Pendapat Imam Abu Hanifah
Berzina dengan wanita yang diupah tidak dikenakan hukuman hudud kerana upah
itu dikira sebagai maharnya. Pendapat beliau ditentang keras oleh para ulama
termasuklah sahabat-sahabatnya. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang
naqli dan akli. Jika menurut pendapat beliau, orang yang berzina dengan pelacur
terlepas hukuman had kerana telah membayar upah kepada wanita yang ditiduri
itu.
Pendapat Imam Ibnu Hazm
Lanjutan daripada kes Imam Abu Hanifah, beliau pula menyatakan dengan tegas
bahawa penzinaan antara lelaki dan perempuan yang diupah lebih hina daripada
penzinaan tanpa upah, malahan penzina yang mengambil upah telah melakukan
haram yang lain lagi, iaitu memakan harta dengan jalan yang batil.

SABIT KESALAHAN ZINA


1. Pengakuan penzina sendiri.
Pengakuan adalah penghulu segala dalil dan menjadi bukti atas kesalahan yang
telah dilakukannya. Pengakuan penzina perlulah memenuhi syarat-syarat yang
berikut:
Berakal
Pengakuan mestilah dibuat secara lisan
Dewasa
Dengan sukarela
Bilangan pengakuan
Menurut Asy-Syafie, Maliki, Al-Hasan, Daud, Hammad bin Abu Sulaiman, Abu Thaur,
dan Ath-Thabari berpendapat bahawa pengakuan cukup dengan hanya sekali
sahaja.
Menarik balik pengakuan
Apabila seorang penzina menarik balik pengakuannya, maka tidaklah ia dikenakan
hukuman. Demikianlah pendapat menurut golongan Asy-Syafie, Hanafi, dan Ahmad.
2. Persaksian oleh empat orang saksi
Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi
syarat-syarat yang berikut:
Persaksian dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat
orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh kali rotan
kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.
Semua saksi hendaklah lelaki.
Semua saksi hendaklah beragama Islam
Semua saksi terdiri daripada orang dewasa
Semua saksi berfikiran waras
Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan
sindiran.
Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, secara jelas melihat kemaluan
lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.
Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat
yang berlainan dan masa yang berlainan.

3. Kerana si wanita mengandung


Menurut pendapat kebanyakan ulama wanita yang mengandung tanpa suami,
tanpa diketahui siapa bapanya, ia tidaklah dikenakan had semata-mata, tetapi
hendaklah dengan pangakuannya atau persaksian oleh empat orang saksi, sebab
kandungan itu mungkin kerana hubungan seks dalam perkahwinan fasiq, mungkin
kerana dipaksa, atau mungkin kerana hubungan seks yang dilakukan ke atasnya
tanpa kesedarannya semasa tidur atau sebab-sebab lain.
UQUBAH KE ATAS PENZINA MUHSHAN
Hukuman had atas penzina muhshan ialah direjam sampai mati. Tidak ada
perbezaan pendapat antara ulama mengenai hukuman ini.
CARA PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM
Hukuman hendaklah dilakukan secara terbuka dan dipersaksikan oleh sekumpulan
orang Islam, baik mengenai hukuman rotan mahupun rejam.
Hukuman bagi wanita yang sedang mengandung hendaklah ditangguhkan sampai
ia bersalin dan selesai menyusukan anaknya dalam tempohnya, jika tidak ada orang
lain yang akan menyusukan anaknya.
Wanita yang direjam hendaklah direjam sambil duduk, manakala lelaki hendaklah
direjam sambil berdiri, begitulah menurut Jumhur ulama
Pakaian orang yang dikenakan hukuman rejam hendaklah diikat baik-baik supaya
tidak terbuka auratnya ketika menggelepar kesakitan semasa direjam.
Menurut Abu Hanifah, orang yang menjadi saksi wajib menjadi orang pertama
merejam. Jika wanita itu membuat pengakuan sendiri, maka pemimpin negara atau
wakilnya wajib memulakan hukuman itu.
Menggali lubang untuk orang yang direjam.
B. PENZINA BUKAN MUHSHAN
Penzina bukan muhshan ialah lelaki atau wanita yang belum pernah menikmati
hubungan seks dalam perkahwinan yang sah, walaupun telah melakukan hubungan
seks itu di luar perkahwinan yang sah.
UQUBAH KE ATAS PENZINA BUKAN MUHSHAN
Hukuman yang wajib ke atas penzina bukan muhshan ialah:
Cambukan rotan seratus kali
Pembuangan negeri (Daerah) selama setahun
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN

Syarat-syarat pelaksanaan had, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pesalah


serupa dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas penzina muhshan. Demikian
pula mengenai sabitnya kesalahan, iaitu melalui pengakuan, persaksian, dan
kehamilan.
CARA PELAKSANAAN UQUBAH
Wanita yang hamil hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan setelah tempoh
penyusuannya tamat.
Penzina yang sedang sakit ditangguh sampai ia sembuh.
Hukuman tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau
terlalu sejuk.
Pesalah dirotan sambil ia duduk.
Cambukan rotan boleh dikenakan kepada seluruh anggota badan, kecuali kepala,
muka dan kemaluan. Demikian menurut pendapat Asy-Syafie, dan Abu Hanifah.
Rotan yang digunakan adalah rotan yang sederhana besarnya, tidak besar dan tidak
pula kecil, dan jika pelepah tamar yang digunakan, maka hendaklah menggunakan
pelepah tamar yang separuh kering.
Jika hukuman itu dikenakan atas dasar pengakuan pesalah sendiri, maka hukuman
dihentikan atau digugurkan jika pesalah menarik balik pengakuannya.
Pelaksanaan hukuman rotan hendaklah dipersaksikan oleh segolongan orang-orang
mukmin.
5.4 QAZAF
Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan selain zina tidak termasuk dalam Hudud,
tetapi termasuk dalam Tazir. Tuduhan zina sangat besar dosanya. Qazaf hendaklah
dengan perkataan yang terang dan jelas iaitu dengan menggunakan perkataan zina
atau menafikan anak yang dilahirkan isterinya atau yang sedang dikandung
isterinya, atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa
lain.
Menurut beberapa pendapat ulama, tuduhan mestilah secara terbuka, tuduhan
secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf. Namun dalam Al-Quran dan As-Sunnah
menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis
dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur
ulama
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Qazaf menjadi sabit apabila memenuhi syarat-syarat yang berikut:
1. Orang yang menuduh:
Berfikiran waras

Dewasa
Tuduhan dilakukan secara terang-terangan dan sengaja, bukan dipaksa.
Tidak disyaratkan penuduh mesti orang Islam. Orang kafir yang menuduh orang
Islam akan dikenakan hukuman had juga.
2. Orang yang dituduh:
Berfikiran waras
Dewasa
Kebanyakan dari pendapat ulama membataskan umur lelaki yang dituduh ialah 10
tahun dan perempuan yang dituduh ialah 7 atau 9 tahun.
3. Orang Islam
4. Merdeka
Menuduh hamba tidak dikenakan had, demikian pendapat jumhur ulama,
antaranya ialah Abu Hanifah, Asy-Syafie, Maliki, Al-Auzai, Sufian Ath-Thauri, dan
lain-lain.
5. Orang yang dituduh tidak membuat zina sebelum dan sesudah dituduh.
SABIT KESALAHAN QAZAF
Kesalahan qazaf menjadi sabit melalui salah satu dari dua cara:
Kerana pengakuan penuduh sendiri, dan ia gagal mendatangkan empat orang saksi,
atau
Kerana persaksian dua orang lelaki yang adil
UQUBAH KE ATAS KESALAHAN QAZAF
Uqubah yang dikenakan ke atas penuduh ialah:
Lapan puluh pukulan cemeti
Hilang hak persaksian kerana ia sudah tergolong dalan golongan orang-orang fasiq.
Haknya akan pulih apabila ia bertaubat dan beramal soleh.
Pelaksanaan hukuman ini dilakukan oleh hakim atas tuntutan yang tertuduh sendiri
atau walinya.
GUGURNYA HUKUMAN
Penuduh akan terlepas dari hukuman had apabila ia dapat mengemukakan empat
orang saksi seperti saksi-saksi dalam bab zina, ataupun apabila tertuduh sendiri
membuat pengakuan berzina yang dituduhkan ke atasnya. Jika penuduh berjaya

mengemukakan empat orang saksi, maka gugurlah hukuman had ke atasnya,


sebaliknya tertuduh dikenakan hukuman had penzina.

LIAN
Kadang-kadang qazaf ini dilakukan oleh suami terhadap isterinya padahal ia tidak
mempunyai empat orang saksi dan si isteri tidak mengaku bersalah.
Dalam hal ini, apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anaknya
dan ia tidak mempunyai empat orang saksi, maka ia dibebaskan dari hukuman had
qazaf, dan diberi kesempatan untuk bersumpah sebanyak empat kali bahawa
isterinya benar-benar berzina, dan pada kali kelima ia bersumpah: Jika aku
berbohong, maka aku akan mendapat laknat dari Allah.
Dan si isteri pula diberi hak untuk membela dirinya dengan bersumpah empat kali
bahawa suaminya berbohong dan untuk kali kelima ia bersumpah: Jika suamiku
benar dengan tuduhannya, maka aku akan mendapat kemurkaan dari Allah s.w.t..
Inilah yang dinamakan Lian.
5.5 PENCURIAN
PENGERTIAN PENCURIAN
Pencurian adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan
secara senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu
ialah:
1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.
Pencurian yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman
potong tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang
kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri dan
sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.
2. Secara senyap-senyap.
Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan
pencurian yang dikenakan hukuman had.
3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.
Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di
ladang walaupun dinamakan pencurian , tetapi tidak dikenakan hukuman potong
tangan.
4. Dengan sengaja.

Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau
terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.
Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang
yang dipaksakan.
(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)
SYARAT-SYARAT PENCURIAN
Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat
berikut:
Pencuri:
Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama
Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.
Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.
Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri.
Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat,
mereka tidak dikenakan hukuman had.
Barang-barang yang dicuri:
Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.
Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:
Menurut pendapat jumhur ulama, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai
dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai dinar. Pendapat
inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.
Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang
mencuri dinar ke atas.
(Hadith riwayat Jamaah Ahli Hadith selain Ibn Majah)
Umar r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada
(pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.(Hadith riwayat Jamaah Ahli
Hadith)
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan
pencuri, kecuali pada dinar ke atas.(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai,
dan Ibn Majah)
Golongan mazhab Hanafi berpendapat, bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10
dirham.
Ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan oleh ulama-ulama.

PENCURIAN BERKUMPULAN
Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika
dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong tangan.
Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi setelah dibahagikan
masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini para ulama berselisih
pendapat.
Golongan Jumhur ulama berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah
barang yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.
Abu Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotong tangan kerana barang yang
dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagikan masing-masing.
SABIT KESALAHAN MENCURI
Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:
Pengakuan oleh pencuri sendiri.
Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil
UQUBAH KE ATAS KESALAHAN PENCURIAN
Hukuman potong tangan
Barangan curian hendaklah dikembalikan
Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri
GUGURNYA HUKUMAN POTONG TANGAN
Apabila pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong
tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.
PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD
Pencurian yang dikenakan hukuman Tazir:
Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila
Pencurian yang tidak cukup nisab
Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama
Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki
Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar
Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya
5.6 MUHARABAH (PEROMPAKAN)
PENGERTIAN

Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara


Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda,
memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan
sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin
dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.
SYARAT-SYARAT MUHARABAH
Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.
Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun
tongkat ataupun batu.
Melakukannya secara terang-terangan.
Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama.
UQUBAH TERHADAP KESALAHAN HIRABAH
Allah s.w.t. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:
Hukuman mati, atau
Hukuman salib, atau
Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau
Dibuang negeri
Segolongan ulama berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan
betapa besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.
PELAKSANAAN HUKUMAN
Setelah adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila
pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi lelaki
yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:
Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan
wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.
Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan
hukuman salib dan bunuh.
Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan
dan kaki secara bersilang.
Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya
dikenakan hukuman buang negeri.
TAUBAT SEBELUM DITANGKAP

Ulama-ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada


mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian dan
pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah
(membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di tangan perompak.
CARA BERTAUBAT
Ulama-ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada
mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan
perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang
senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.
5.7 PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)
Ada empat golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak) iaitu:
Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan
keamanan negeri.
Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham
atau takwil yang keliru, tetapi jumlahnya kecil.
Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan
juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az-Zubair dan banyak sahabat yang lain,
dan menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang
menyertai pergerakan mereka.
Golongan ahlul-haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan
jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan
yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.
Dua golongan umat Islam yang berperang kerana ashabiah atau kerana merebutkan
kekuasaan.
UQUBAH KE ATAS BUGHAH (PEMBERONTAK)
Segolongan ulama berpendapat bahawa pemberontak wajib terus diperangi kerana
membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.
Segolongan ulama pula berpendapat pemberontak wajib diperangi tetapi harus
dinasihat dan diberi amaran terlebih dahulu.
5.8 LIWATH
PENGERTIAN LIWATH
Ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki lain melalui jalan belakang (dubur)
dan termasuk juga hubungan seks antara lelaki dengan perempuan melalui jalan
belakangnya. Liwath adalah lebih khusus dalam kes homoseks (hubungan sejenis)
walaupun tidak melibatkan jalan belakang.
HUKUM LIWATH

Liwath dipandang keji dalam semua masyarakat Samawi, termasuklah Islam. Ia


bermula sejak zaman umat Nabi Luth dimana lelaki melepaskan nafsu terhadap
lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka. Ijma ulama bahawa liwath adalah
dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.
UQUBAH TERHADAP PESALAH LIWATH
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa orang yang melakukan liwath wajib
dikenakan hukuman mati (bunuh) walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara
yang berpendapat seperti berikut ialah sahabat-sahabat Rasulullah dan salah satu
pendapat Asy-Syafie.
Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib berpendapat, orang yang melakukan
kesalahan liwat itu hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian
mayatnya dibakar.
Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan berpendapat, pesalah hendaklah ditindih
dengan tembok atau dinding batu sampai mati.
Abdullah bin Abbas pula berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah
dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.
Ulama lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwath sama dengan hukuman
yang diterima pesalah zina.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Syarat-syarat pelaksanaan hukumannya sama dengan syarat-syarat pelaksanaan
hukuman pesalah zina. Dan juga melibatkan:
Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras.
Melakukan liwath dengan sengaja, bukan dipaksakan.
5.9 HUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN
Para ulama bersependapat bahawa melakukan hubungan seks dengan haiwan itu
adalah dosa besar
Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruqunthi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abu Asyaikh
meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa mendatangi haiwan hendaklah kamu bunuhnya dan bunuhlah haiwan
itu bersamanya.
UQUBAH KE ATAS ORANG YANG BERHUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN
Pendapat golongan Malikiah:
Wajib dikenakan hukuman had serupa dengan hukuman ke atas penzina. Orang
muhshan direjam sampai mati dan bukan muhshan dirotan seratus kali.

Pendapat golongan Hanbali:


Wajib dikenakan hukuman had serupa ke atas pesalah yang melakukan liwath.
Pendapat golongan Hanafiah:
Tidak dikenakan had, kerana tidak termasuk dalam erti zina dan tiada nash dari AlQuran atau As-Sunnah mengenainya. Wajib dikenakan Tazir mengikut ketentuan
hakim.
Pendapat golongan Asy-Syafie:
Pendapatnya yang paling kuat adalah serupa dengan pendapat mazhab Maliki,
pendapat yang kedua sama dengan pendapat mazhab Hanafi.
HUKUM HAIWAN YANG DISETUBUHI
Para ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini tetapi kebanyakan daripada
mereka berpendapat haiwan tersebut perlu dibunuh untuk mengelakkan
masyarakat sekeliling mengumpat (ghibat), mengelakkan daripada pesalah
melakukan kali kedua dengan haiwan yang sama, dan untuk mengelakkan
kekotoran ke atas pemakan.

5.10 SIHIR
Ijma ulama menyatakan bahawa sihir itu hukumnya haram dan kafirlah orang yang
menghalalkannya. Orang yang mempelajarinya, mengamalkannya dan
membenarkannya adalah kafir kerana melakukan sesuatu yang syirik.
UQUBAH KE ATAS TUKANG SIHIR
Pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad, Golongan Syiah dan sebilangan besar
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.:
Tukang sihir wajib dibunuh dengan dipenggal lehernya dengan pedang kerana
mempelajari dan mengamalkan sihir kerana ia telah kafir dan tidak perlu disuruh
taubat terlebih dahulu.
Pendapat Asy-Syafie dan golongan Az-Zahiriah:
Jika perbuatan atau ucapan ahli sihir itu kufur, maka tukang sihir itu adalah kafir
murtad. Berlakulah ke atasnya hukuman seperti ke atas orang yang murtad, kecuali
ia bertaubat. Jika perbuatan atau ucapannya tidak kufur, maka ia tidak kafir dan
tidak boleh dibunuh. Ia dihukum menurut ketentuan hakim berdasarkan maklumat
dari dalil-dalil yang sah.
6.0 IKRAR DALAM HUDUD

TAKRIFAN IKRAR
Secara literal, ia bermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang
berubah-ubah antara pengakuan dan menafian. Menurut mazhab Syafie, Al-Iqrar
ditakrifkan sebagai pengakuan dan penghindaran penafian. Ia ditakrifkan sebagai
testimoni berhubung dengan hak atau tuntutan terhadap orang yang memberi
keterangan. Pengakuan adalah jenis keterangan yang terbaik dan hakimlah yang
perlu meneliti dan mengkaji untuk mengesahkan bahawa keterangan palsu tidak
wujud.
AL-MUQIRR (ORANG YANG BERIKRAR)
Berkelayakan mengikut hukum syara, iaitu matang dan dewasa, waras, dan
berhati-hati (rasyid).
Membuat pengakuan secara sukarela tanpa paksaan.
Bukan dalam keadaan seperti berikut:
Orang yang sedang dalam tidur (mengigau).
Orang yang dalam pengsan.
Orang yang berjenaka.
Orang yang mabuk.
SYARAT IKRAR DALAM KES SHURB AL-KHAMR (MINUM ARAK)
Ahli fikah menetapkan syarat berikut untuk sesuatu pengakuan salah menjadi sah
dari segi Shurb Al-Khamr:
1.Mazhab Hanbali, Abu Yusuf dan Zafer, tidak seperti majoriti pakar undang-undang
Muslim yang lain, mensyaratkan bahawa ia mestilah diulang sebanyak dua kali.
Pendapat mereka ini berdasarkan analogi keperluan membuktikan kesalahan
melalui testimonial dua orang saksi dan juga amalan Sayidina Ali.
2.Ahli Fikah telah mencapai kesepakatan melainkan kumpulan Zahiriah tentang
pendapat bahawa pengakuan salah tidak boleh ditarik balik.
3.Pendapat yang dominan dalam mazhab Hanafi ialah muqrir (pengikrar) mestilah
dalam keadaan mabuk semasa membuat pengakuan salah tersebut.
SYARAT IKRAR DALAM KES CURI DAN HIRRABA
Jumhur ulama selain Imam Hanbali, Abu Yusuf, dan Zafer berpendapat bahawa satu
pengakuan salah sudah cukup memadai untuk membuktikan kes curi dan hirraba.
Ahli fikah sebulat suara mengatakan yang tertuduh mesti memberi huraian lengkap
tentang kesalahan yang dilakukan.

Abu Hanifah dan beberapa ulama mazhab Syafie membuat syarat tambahan
bahawa untuk menerima pengakuan salah sebagai sah, mestilah ada tuntutan oleh
pihak yang terkilan. Hal ini berdasarkan keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes
Samarah yang mengaku dia mencuri harta tertentu milik masyarakat setempat.
Baginda s.a.w. menangguhkan pengumuman keputusan sehingga baginda bertemu
dengan semua pihak yang terkilan bagi mengesahkan pengakuan salah yang
dibuat.
SYARAT IKRAR DALAM KES ZINA
Mazhab Syafie, Maliki dan kumpulan Zahiriah berpendapat sekali pengakuan sahaja
sudah memadai untuk menyabitkan kesalahan. Mereka memberikan hujah:
Keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Aseef di mana baginda tidak menentukan
sebarang jumlah, dan mengarahkan Anis pergi bertanya kepada perempuan
tersebut dan jika perempuan itu mengaku, rejam kedua-dua pesalah dengan batu.
Ghamidiah tidak membuat lebih daripada satu pengakuan salah di hadapan
Rasulullah s.a.w.
Tindakan Rasulullah melambat-lambatkan untuk menjatuhkan hukuman bersalah ke
atas Maiz selepas tiga kali pengakuan yang pertama ialah kerana baginda meragui
kewarasannya.
Sesuatu ikrar adalah secebis maklumat yang lebih dianggap benar daripada palsu.
Oleh itu, ia boleh dibuktikan hanya dengan sekali pengakuan sahaja.
Majoriti ahli fikah berpendapat bahawa muqirr mesti memberi keterangan terperinci
tentang kesalahan yang dilakukan seperti masa, tempat dan cara melakukannya.
KESALAHAN HUDUD YANG LAIN
Bagi kesalahan hudud yang lain, ahli Fikah telah sebulat suara bersetuju bahawa ia
boleh dibuktikan dengan hanya sekali pengakuan salah sahaja.
Dalam kes seperti murtad dan pemberontakan, dibenarkan menarik balik
pengakuan tetapi tidak dalam kes Qazaf.
7.0 HIKMAH HUDUD
7.1 HIKMAH HUDUD KEPADA INDIVIDU
Hukum Hudud yang dilaksanakan dapat mendidik manusia menjadi insan kamil
yang bermanfaat kepada dirinya sendiri dan alam sejagat, mencegahnya daripada
melakukan kesalahan-kesalahan yang menjatuhkan iman dan sahsiahnya, serta
dapat menghalangnya daripada melakukan kesalahan selanjutnya jika telah
melakukan kesalahan itu. Ini adalah berdasarkan tujuan hukum Hudud disyariatkan
kepada manusia.
7.2 HIKMAH HUDUD KEPADA MASYARAKAT

Dengan pelaksanaan hukum Hudud ini, ia dapat mewujudkan dan melindungi


maslahat umum dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan.
Dalam masyarakat mana pun ada orang jahat sebagaimana juga dalam semua
badan manusia, pasti ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. Seorang
pembunuh atau penjenayah adalah manusia yang berpenyakit dan sangat
berbahaya dalam kehidupan masyarakat. Adanya penjenayah pasti akan
menggugat ketenteraman dan kestabilan masyarakat. Dalam hal ini, peranan
Syariat dalam mengubati masyarakat sama seperti peranan seorang doktor
mengubati pesakitnya. Selama penyakit boleh diubati, selama itulah ia perlu
diubati. Tetapi jika tidak dapat diubati, ia harus dimusnahkan. Perumpamaan ini
adalah sangat sinonim dengan Sistem Hukum Hudud.
7.3 HIKMAH HUDUD KEPADA AGAMA
Sistem hukum Hudud dapat memberikan gambaran positif terhadap orang-orang
yang menganut agama lain tentang agama Islam. Ini kerana pelaksanaan sistem ini
amat memerlukan ketepatan bukti, adil dalam meletakkan keputusan, tegas dalam
melaksanakan hukuman dan mempunyai rasa belas terhadap pesalah yang tidak
memenuhi syarat had atau yang menarik balik pengakuan. Hukum ini dapat
melahirkan umat yang sentiasa suci, tidak berbuat jahat dan tidak dipandang
serong oleh masyarakat agama lain.
7.4 HIKMAH HUDUD KEPADA NEGARA
Pelaksanaan sistem hukum Hudud ini dapat melahirkan negara yang jauh lebih
aman dan sentosa. Kenyataan-kenyataan membuktikan kepada kita bahawa
negara-negara yang menjalankan hukum Jenayah Islam sekarang adalah jauh lebih
aman daripada negara-negara lain di seluruh dunia. Negara-negara Arab Saudi,
Iran, Oman, dan lain-lainnya menjadi contoh dan bukti yang sangat nyata. Dolakdalik yang dikemukakan bagi maksud menimbulkan kebencian dan keraguan orang
terhadap hukum-hukum Islam sebenarnya dilakukan oleh musuh-musuh Islam atau
agen-agennya yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari jalan
Tuhannya.
8.0 TERJEMAHAN / TAFSIR DARIPADA AL-QURAN BERKAITAN HUDUD
Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan
Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)
Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan
Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)
Barangsiapa yang kafir dengan Allah sesudah ia beriman (ia mendapat kemurkaan
Allah), kecuali orang yang dipaksakan kafir padahal hatinya tetap tenang dalam
iman, tetapi orang yang lapang dadanya dengan kekafiran, maka kemurkaan Allah
menimpanya dan baginya azab yang besar

(Surah An-Nahli, ayat 106)


Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan keji dan satu jalan yang buruk
(Surah Al-Isra ayat 32)
Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atau setiap orang seratus
kali rotan dan janganlah belas kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam
(menegakkan) agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari
Akhirat,dan hendaklah pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan
oleh sekumpulan orang-orang mukmin.
(Surah An-Nur, ayat 2)
9.0 PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA
Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Di sebuah batu
bersurat yang bertulis dengan tulisan Jawi yang telah dijumpai di suatu tempat
berhampiran Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu
yang mana tarikhnya ialah 22 Februari 1303 bersamaan dengan 4 Rejab 702 A.H.
disebutkan:Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika
merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan
bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu dimatikan.
Namun, selepas di kaji melalui bacaan buku Pentadbiran Undang-undang Islam di
Malaysia karangan Ahmad Mohamed Ibrahim, dapatlah disimpulkan bahawa tidak
ada undang-undang Malaysia yang mengikut hukum Hudud atau menggunakan
hukum Hudud secara tepat seperti yang disyariatkan. Sebagai contoh dinyatakan
bahawa apabila berzina, hukuman had yang sepatutnya dikenakan dalam Hudud
adalah dirotan 100 kali bagi pesalah bukan muhshan, dan direjam sampai mati bagi
pesalah muhshan. Namun dalam undang-undang Malaysia, pesalah zina dan rogol
dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan dan
denda di bawah Seksyen 46(2) (cabul), Seksyen 10 (sumbang mahram), Seksyen 11
(zina), dan Seksyen 16 (kehamilan di luar nikah) dalam Kanun Jenayah Syariah
1985, serta Seksyen 375 dan 376 (mengenai rogol) dalam Kanun Keseksaan.
Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa
perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa
kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan
agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini menjadikan setiap negeri
perlu membuat enakmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam
selagi mematuhi Perlembagaan dan tidak melangkaui sebutan-sebutan dalam
Undang-undang rasmi negara.
KESIMPULAN

Berdasarkan kajian-kajian di atas, terdapat banyak perkara yang dapat disimpulkan.


Kebesaran Allah s.w.t. dalam menentukan hukum, hala tuju manusia dan tindakan
manusia adalah sangat hebat dan tiada tandingannya. Dapat kami simpulkan
bahawa:
Hukum Allah adalah tepat, adil, tidak lapuk dek peredaran zaman, bersesuaian
dalam semua keadaan, tempat dan masa, dan amat berkesan dalam menangani
masalah manusia bermasalah.
Pentingnya hukum ini dilaksanakan untuk memiliki suasana atau negara yang
harmoni, aman dan tenteram.
Betapa Maha Besarnya kuasa Allah s.w.t. yang menetapkan hukum-hukum manusia
yang mempunyai banyak keistimewaan dan kebaikan itu.
Betapa pentingnya kita sebagai umat Islam wajib patuh pada perintah-Nya dan
wajib menjauhi segala larangan-Nya tanpa dolak-dalik, was-was atau curiga.
Betapa pentingnya melaksanakan syariat Allah sebagai panduan untuk tindakan
terhadap masyarakat bermasalah.
Hukum yang ditetapkan Allah adalah bersifat tetap, tidak boleh diubah.
Hukum Hudud adalah layak diterima oleh pesalah atas perlakuan salahnya itu.
Hukum Hudud dapat membuatkan pesalah insaf dan tidak mahu mengulangi
perbuatannya itu lagi.
SENARAI RUJUKAN
Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia; Ahmad Mohamed Ibrahim; terbitan
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Mengenal Qanun Jenayah Islam; Drs. Abdul Ghani Azmi b Idris; Al-Hidayah
Publishers
Shariah: The Islamic Law, Abdur Rahman I. Doi, London Press
Jenayah Kanak-kanak Menurut Undang-Undang Islam; Alwi Hj. Abdul Rahman;
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Undang-undang Keterangan Islam; Sayed Sikandar Shah Haneef; terjemahan
Utusan Publications
Institusi-institusi Islam; Wan Ali Bin Wan Jusoh, Mohd. Hambali Bin Rashid,
Muhammad Fathi Bin Yusof
fb syapik-hassan

p/s sebarkan seluas-luasnya agar umat Islam dan bukan-Islam di negara ini faham
apa itu HUDUD yang mereka perdebatkan. Semuga Allah melimpahkan ganjaran
pahala kepada para penyebar ilmu yang berguna ini sehinggalah hukum Allah dapat
ditegakkan di bumi ini.
Jangan kita digolongkan oleh Allah swt sebagai golongan yang menentangNya (puak
pencacai) sepertimana firmanNya:
Antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu
pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat. Surah Al-Hajj:3

Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan


perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada
murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut
beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang
boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
Hukum apa ini?
Hukum ini sudah lapuk.
Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang
kemajuan.
Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup
aurat dengan memakai telekong).
Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa
salahnya.
Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak
maju.
Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan
bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan
dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila
diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara
mempersenda dan mempermain-mainkannya.

You might also like