You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan
Agensi-agensi awam ditubuhkan dengan objektif utama untuk memenuhi keperluan rakyat dan
negara. Bagi mencapai objektif tersebut, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang
berintegriti tinggi adalah diperlukan supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara
berkesan. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk mewujudkan
pentadbiran dan perkhidmatan awam yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai
murni yang dapat mengatasi masalah dan kelemahan dalam pelbagai aspek pemerintahan seperti
pengurusan kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama Plan Integriti Nasional,
(NIP, 2004). 'Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset
penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus,
bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah
integriti dan etika. Dengan kata lain integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan
sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya
melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua ini mempunyai kaitan erat
dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam
kalangan penjawat awam akan mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam
organisasi', Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad (2016). Rasuah telah menghalang
keberkesanan pentadbiran awam di banyak negara membangun. Rasuah adalah masalah serius
yang berkaitan dengan amalan yang tidak adil yang merosakkan reputasi negara serta
melemahkan ekonomi. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan juga telah mendakwa kes rasuah yang begitu banyak di
sektor awam mahupun swasta. Walaupun begitu, kes-kes rasuah masih berleluasa dan
kebanyakannya melibatkan pegawai awam kerana individu-individu ini mempunyai kuasa yang
lebih besar dalam sektor awam dan juga faktor saraan hidup global namun penggajian yang
masih lagi ditakuk Malaysia. Namun ianya adalah agak delusi untuk menyalahkan penjawat
awam berdasarkan kelemahan kendiri berbanding kerajaan.

2.0 Penyataan Masalah (disertakan statistik berkaitan isu yang dikaji)


Komitmen penjawat awam Malaysia adalah penting untuk memastikan dasar-dasar kerajaan
dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, penubuhan Institut Integriti Malaysia dianggap memberikan
rangsangan utama untuk membantu membangunkan modal insan dan sumber pengetahuan yang
diperlukan dalam sektor awam (Abdullah, 2004). NIP telah menetapkan sasaran 2008 untuk
mengurangkan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan untuk meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian awam dan mengatasi permasalahan birokrasi. Walau
bagaimanapun, halangan utama pencapaian Sasaran NIP 2008 adalah sebagai persepsi bahawa
pentadbir awam dan wakil yang dipilih dan dilantik oleh kerajaan tidak cekap serta terlibat
dengan penyalahgunaan kuasa. Kes salah laku yang dikaitkan dengan penjawat awam semakin
membimbangkan. Sehingga tahun 2016 seramai 31, 230 orang penjawat awam telah dikenakan
tindakan tatatertib, manakala seramai 5,778 orang penjawat awam telah dibuang kerja. Kajian ini
mendalami perkara yang membawa kepada berlakunya masalah salah laku rasuah dikalangan
penjawat awam di Malaysia.

Rajah 1: Sektor-Sektor Terdedah kepada Rasuah (2013-2018)


Kajian ini juga akan memberikan tumpuan terhadap integriti kerajaan dan tadbir urus, tetapi
konsep itu jelas terhadap masyarakat yang terlibat langsung dengan wakil kerajaan ini. Rasuah
adalah satu sistem yang boleh didapati di mana-mana negara di dunia, sementara ia menjadi
masalah berbahaya terutamanya negara-negara membangun dengan ekonomi yang rapuh, ia juga
wujud sebagai virus untuk sesebuah negara. Semua tahu bahawa virus boleh merosakkan
mekanisme sistem komputer. Begitu juga, rasuah merosakkan sistem sosial dan ekonomi negara.
Rasuah juga menjejaskan bukan sahaja kecekapan dan ekuiti ekonomi tetapi juga latihan bahkan
demokrasi serta tanggungjawab moral awam yang boleh memutuskan sama ada sesebuah negara
itu boleh berjaya dalam perkembangan dan pembangunan negara. Oleh itu setiap orang harus
menaikkan suara mereka terhadap apa-apa bentuk rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.

1.2 Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menarafkan 180 negara berdasarkan kepada tahap tanggapan
terhadap rasuah di negara tersebut dalam sektor awam mengikut kepada kepakaran dan
masyarakat perniagaan. Ia menggunakan skala 0 hingga 100 di mana 0 ialah sangat rasuah dan
100 sangat bersih.

Rajah 2: Indeks Persepsi Rasuah Di Malaysia (2010-2020)

Indeks Rasuah di Malaysia berada pada tahap purata 49.64 mata dari 1995 hingga 2019,
mencecah tahap tertinggi sepanjang 53.20 mata pada tahun 1996 dan rekod tahap terendah pada
43 mata pada tahun 2011. Kemudiannya Malaysia menjaringkan 53 mata daripada 100 pada
Indeks Persepsi Rasuah 2019 yang dilaporkan oleh 'Transparency International'. Indeks Rasuah
Malaysia - data, carta sejarah dan kalendar pelepasan - dikemaskinikan pada Februari 2020 dari
sumber rasminya.

Rajah 3: Indeks Persepsi Rasuah dunia (Sumber; https://www.transparency.org/)

Usaha kerajaan memerangi rasuah, memperkasakan tadbir urus dan integriti masyarakat secara
tegas serta menyeluruh pada 2018, menampakkan hasil memberangsangkan. Penghujung Januari
lalu, Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia
meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki
tangga ke-51 daripada 61 pada 2018.
2.2 Statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
In 2017, the number of investigation papers opened by the Malaysian Anti-Corruption
Commission (MACC) recorded a decline of 12.4 per cent to 863 cases. The number of
investigation papers for False claims declined by 45.0 per cent to 202 cases from 2016 (367
cases). During the same period, number of arrests made by the MACC declined 6.4 per cent
while misuse position posted an increase of 92.9 per cent.
3.0 Objektif Kajian (apa yang ingin dikaji dan diterokai)
4.0 Metodologi Kajian (interview atau soal selidik)

5.0 Analisis Kajian (perbincangan terhadap data yang dikumpulkan)

6.0 Cadangan penyelesaian (pandangan anda berdasarkan data yang diperolehi dan ulasan
karya)

7.0 Kesimpulan

Rujukan

1. Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad (2016). Kepentingan budaya integriti
dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. UUM Sintok, Kedah
Darul Aman. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue
9 (138 - 149) 138 © 2016, ISSN 2180-2491

2. Plan Integriti Nasional. 2004.

Lampiran

You might also like