You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan
Usaha negara menuju perpaduan masih lagi merupakan sebuah impian yang masih belum
tercapai sepenuhnya. Namun begitu naratif Malaysia yang mampu mengekalkan keamanan
dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya secara relatif berbanding negara-negara lain yang
terpaksa berdepan dengan konflik etnik yang berpanjangan melibatkan kematian serta
kemusnahan infrastruktur beratus juta ringgit. Malaysia telah mencapai tahap kesepaduan sosial
dengan mengekalkan hubungan yang baik dikalangan etnik yang pelbagai dan mengakui masih
terdapat kekangan yang bersifat ‘stable tensions’ yang boleh mengubah suasana aman yang
dialami kepada suatu keadaan konflik. Ini dibantu oleh pengimplimentasian pelbagai jenis dasar-
dasar awam oleh kerajaan dari semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, dalam tahun 1957.
Dasar awam secara umum telah didefinisikan sebagai suatu sistem tindakan, kaedah
kawalseliaan, undang-undang, panduan prinsip yang berkaitan tentang setiap masalah
masyarakat yang diumumkan oleh mana-mana entiti ataupun jabatan kerajaan mahupun
wakilnya yang sah, demi kepentingan dan juga menguntungkan masyarakat secara umumnya.
Dasar-dasar juga adalah untuk menguruskan pelbagai projek-projek untuk kemudahan rakyat
amnya; serta untuk menaikan pembangunan ekonomi serta infrastruktur negara. Ia juga
digunakan untuk penguatkuasaan undang-undang; memberikan pengertian terhadap implimentasi
serta penguatkuasaan undang-undang. Sebagai contohnya Dasar Ekonomi; dirangka secara
teratur dan tersusun oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan tanpa
mengira kaum (ras) atau agama. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah merancang
dasar-dasar pembangunan ekonomi yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan
rakyatnya. Rancangan-rancangan tersebut telah menghasilkan keseimbangan ekonomi dan
meletakkan negara di atas platform yang betul dalam memacu pembangunan negara. Antara
dasar ekonomi yang dibentuk oleh kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN), Dasar Penswastaan Negara,
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pertanian Negara, Dasar
Industri Berat. Kerajaan adalah sebuah organisasi bersar yang berfungsi untuk memandu unit
atau komuniti manusia dalam sesebuah negara itu dengan berkesan dan berjaya. Satu perkara
yang dilakukan kerajaan adalah menetapkan dan mentadbir dasar. Ia menggunakan adat istiadat,
undang-undang, dan institusi untuk menjalankan kekuasaan politik, eksekutif, dan kedaulatan
dengan tujuan untuk mengelola sebuah negara kesejahteraan yang menguntungkan semua aspek
masyarakat atau unit. Dasar-dasar awam adalah merupakan suatu bentuk instrumen yang terbaik
untuk melakukannya.

2.0 Dasar Penswastaan Malaysia


Pembangunan sektor industri yang pelbagai, telah menyaksikan banyak syarikat-syarikat industri
swasta tumbuh bagaikan cendawan. Namun sebelum tahun 1990-an, syarikat-syarikat swasta
tidak memberikan apa-apa kepentingan terhadap pembangunan serta kemajuan negara.
Melihatkan kemungkinan yang boleh diperolehi dari pertumbuhan dari 'revolusi industri' ini telah
mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983, Perdana
Menteri ketika itu melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia. Dasar ini menyentuh peranan
pihak swasta terhadap pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan adalah bertentangan
dengan pemilikan negaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan
dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa
kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Rasionalnya, Perdana
Menteri dalam ucapan perasmian persidangan, 'The Securities Industri in Malaysia' pada April,
1984 menyatakan; "Goverment the world over are notorious for inefficiency when running
enterprises, even aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the
private sector is better motivated and generally more efficient.It is hoped that privatisation will
improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid growth
of the nation as a whole" (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1984). Sektor Awam bukan sahaja
terlibat dalam penyediaan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi
telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor
awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu.Perbelanjaan
sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36%
pada tahun 1982 dan ini merupakan satu bebanan kewangan yang besar untuk ditanggung oleh
Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada
Dasar Penswastaan ini diperkenalkan. Antara objektif utama implimentasi dasar penswastaan
adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Pada
masa sama, ia diyakini akan membawa banyak faedah terhadap organisasi itu sendiri,
termasuklah kakitangan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah antara beberapa buah organisasi
yang mendapat faedah besar daripada dasar penswastaan ini. Dasar penswastaan ke atas
perkhidmatan awam juga direalisasikan pertama kalinya pada tahun 1983 (Jomo 1995).

Kebanyakan dari pakar perancang ekonomi kerajaan percaya bahawa pengkorporatan dan
penswastaan perkhidmatan awam akan menghasilkan peningkatan dalam kecekapan, mendorong
korporat melalui penggunaan peluang pertumbuhan yang lebih besar, meringankan beban
pentadbiran dan kewangan kerajaan Malaysia, dan juga meningkatkan penyertaan Bumiputera
dalam sektor korporat. Dalam hal sektor kesihatan, kerajaan juga memberikan pandangan
bahawa penswastaan akan memungkinkan pengekalan tenaga berpengalaman melalui
pembayaran gaji yang lebih kompetitif. Namun, para pengkritik berpendapat bahawa
penswastaan hospital awam akan menyebabkan harga yang lebih tinggi dan pengurangan akses
bagi warga berpendapatan rendah. Mereka juga menyatakan bahawa ada peningkatan kualiti
perkhidmatan yang diberikan oleh badan-badan yang baru dikorporatkan dan diswastakan
(Citizens 'Health lnitiative, 1998).

3.0 Permasalahan Implimentasi Dasar


Penswastaan (privatization) membawa maksud pemindahan perkhidmatan pelaburan atau
kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baruuntuk dikendalikan oleh sektor
swasta. Konsep ini amat berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) yang
bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi
(Ismail Yusof, 1993). Badan-badan kerajaan akan sentiasa berusaha untuk membangun serta
melaksanakan cara-cara yang mengubah kehidupan penduduk dan masyarakat ke arah yang lebih
baik. Adalah tidak mengejutkan, ini adalah merupakan tanggungjawab yang sukar, berusaha
untuk memanfaatkan idea dan sumber daya yang akan menangani masalah masyarakat yang
tidak mungkin ada akhirnya. Tahap permasalahan ini nampaknya sangat kecil dalam skema
perkara yang besar, akan tetapi kerajaan dipertanggungjawabkan untuk menanganinya. Inilah
sebabnya mengapa kerajaan selalu melihat pelbagai masalah dari pelbagai situasi. Dasar mesti
disiapkan dengan teliti. Walaupun dalam syarikat terkecil sekalipun, dasar dapat dilihat seperti
jalur permasalahan yang tidak berkesudahan. Itulah perkara yang terjadi, timbul pelbagai
permasalahan yang disebabkan oleh dasar penswastaan. Permasalahan yang timbul ini boleh
dirangkumkan dalam pelbagai aspek-aspek tertentu.
3.1 Aspek Ekonomi
Dasar penswastaan adalah merupakan agenda besar-besaran dunia semenjak ianya diperkenalkan
lebih 20 tahun lalu oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Dasar ini mula diperkenalkan oleh
Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.
Dengan bantuan serta sokongan dari organisasi-organisasi kewangan dunia seperti Bank Dunia,
Tabung Dana Antarabangsa (IMF) dan Bank Pembangunan Asia, dasar telah ini berjaya
memberikan faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya termasuklah dari segi
pendapatan negara dan keutuhan sosio-politiknya. Amerika Syarikat mengamalkan sistem tender
terbuka yang menggalakkan persaingan, inovasi, kemasukan teknologi dan kepakaran; perkara
ini tidak berlaku di Malaysia, ini disebabkan oleh tiadanya persaingan kerana syarikat-syarikat
yang diberikan hak penswastaan adalah telah dipilih secara budi bicara (rasuah), hadiah dan
sebagainya untuk kekalkan tender Monopoli oleh syarikat-syarikat besar seperti TNB, Telekom
Malaysia, Syarikat Air dan sebagainya yang akan memonopoli perkhidmatan dari kewangan
yang kukuh. Bahkan jika dikaji juga melihatkan perkara yang sama berlaku di kebanyakan
negara-negara Barat yang mengimplimentasikannya.

3.2 Aspek Sosial


Selain daripada itu, disebabkan dasar ini meletakkan keutamaan ke atas syarikat serta organisasi
swasta (keuntungan) akan menyebabkan penganiayaan terhadap pengguna. Dalam usaha-usaha
untuk diberikan perkhidmatan yang terbaik, ini akan meningkatkan kos operasi serta menaikkan
tarif; secara tidak langsung ini akan membebankan rakyat serta menigkatkan lagi kadar kos sara
hidup. Syarikat yang memonopolikan perkhidmatan yang baik serta bermotifkan keuntungan
tidak akan mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
Maka dari sudut ini, penganiayaan terhadap golongan yang tidak mampu. Pada hakikatnya,
proses penswastaan melibatkan pemindahan pelbagai kepentingan kerajaan ataupun pelaburan
kerajaan ke sektor swasta. Lebih khusus lagi, penswastaan itu adalah proses pemindahan aktiviti
dan fungsi secara sistematik yang pada masa ini atau secara tradisional dilakukan oleh entiti
sektor awam kepada entiti sektor swasta. Definisi ini juga merangkumi bukan hanya perusahaan
yang sedia ada yang sudah dimiliki oleh pihak kerajaan bahkan perusahaan atau projek baru yang
seharusnya berada dalam domain sektor awam.

3.3 Aspek Politik


Di Malaysia, disebabkan 'tradisi' yang menebal, segala aktiviti perniagaan (ekonomi) adalah
bersifat 'political favors'. Konsep penawaran terbuka hanya nukilan indah pada kertas yang tidak
berpijak pada bumi yang nyata. Tiada penawaran tender terbuka. Dan Malaysia sudah lama
mengamalkan konsep ‘1st come 1st served’. Disebabkan itu peluang penswastaan telah dipilih
berdasarkan hubungan politik dan persendirian. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan
berlakunya penyelewengan kuasa dan juga gejala rasuah. Ini menyebabkan sikap dan integriti
seorang pemimpin boleh dipertikaikan.Apabila sesuatu proses penswastaan itu berlaku,
syarikat ataupun organisasi akan melakukan rombakan serta pengubahsuaian terhadap
operasinya. Dalam hal ini, lebihan kakitangan akan dibuang agar kos operasinya dapat
dikurangkan. Dalam keadaan ini, ia menjejaskan kuasa membeli pengguna yang disebabkan oleh
kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Berdasarkan keadaan ini, adalah boleh untuk
dirumuskan bahawa kebebasan rakyat secara keseluruhannya sudah tidak wujud lagi.
Penswastaan membawa kepada kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan atas alasan ekonomi. Dengan kos kehidupan pada kadar 'Malaysia', namun kadar
ekonomi yang menjurus kepada pasaran global, rakyat akan secara perlahan-lahan menghampiri
ke arah kemiskinan dan pengangguran akan meningkat.

Rasional utama bagi dasar penswastaan adalah berdasarkan hujah bahawa penswastaan akan
meningkatkan kecekapan. Oleh itu, tersirat bahawa kesejahteraan akan dimaksimumkan dengan
implimentasi penswastaan. Penswastaan dilakukan untuk mengurangkan keterlibatan kerajaan
dalam perniagaan, yang dilakukan untuk menghindari banyaknya pelaburan sektor swasta dan
untuk mengurangi pembiayaan campur tangan dari kerajaan dalam perniagaan. Walau
bagaimanapun, rekod penswastaan di Malaysia menunjukkan bahawa kerajaan terlibat dalam
perniagaan dengan cara yang berbeza; sama ada campur tangan secara terus, atau mungkin
secara langsung. Seandainya kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat kerangka kelembagaan
yang menekankan kecekapan, ketelusan dan pemerintahan yang baik, ada kemungkinan
kronisme akan dapat dikurangkan. Pengalaman di Malaysia menunjukkan pentingnya isu-isu
lembut, seperti reformasi institusi, kerana hasil 'serius'; dikompromikan ketika isu-isu seperti itu
diabaikan. Meskipun ada keperluan untuk penswastaan, hal itu seharusnya didahului dengan
pembentukan mekanisme institusi yang sesuai.

4.0 Kejayaan Dasar


Program penswastaan Malaysia telah dirumuskan dan dilaksanakan oleh Unit Perancang
Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Menurut UPE, penswastaan adalah strategi oleh
kerajaan untuk mengembalikan penglibatannya dalam mendukung kebebasan, persaingan,
kecekapan dan produktiviti. Dasar penswastaan kerajaan dirancang untuk mencapai objektif
berikut:
• Meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
• Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
• Memudahkan pertumbuhan ekonomi.
• Mengurangkan ukuran dan kehadiran sektor awam dalam ekonomi.
• Mencapai sasaran dasar ekonomi negara.

Objektif utama dasar penswastaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Dan
ini adalah juga sebahagian daripada kebaikan yang muncul dari implimentasian dasar ini.
Sepanjang tempoh dari pasca kemerdekaan, kerajaan telah menanggung perbelanjaan yang besar
di sejumlah sektor awam seperti transportasi, komunikasi, tenaga, kemudahan awam, dan
beberapa program pembangunan. Komitmen kerajaan untuk menyediakan sumber daya yang
mencukupi untuk sebilangan besar program pembangunan demi memastikan pertumbuhan
ekonomi yang pesat telah membebani sumber kewangannya. Selain itu, pertumbuhan
pengeluaran pembangunan yang dipercepat bersama dengan pertumbuhan pendapatan yang
perlahan dan ketidakfleksibelan dalam perbelanjaan operasi menyumbang kepada peningkatan
defisit fiskal yang ketara. Menjelang awal tahun 80-an, perbelanjaan mengurus, pemindahan, dan
caj hutang menyumbang lebih daripada separuh daripada jumlah perbelanjaan operasi kerajaan
persekutuan. Pertumbuhan pesat perbelanjaan kerajaan yang jauh melebihi pertumbuhan
pendapatan kerajaan mengakibatkan jurang sumber meningkat. Perkembangan ini mendorong
kerajaan untuk mencari pendekatan baru dalam meringankan beban kewangannya, dan
penswastaan dianggap sebagai salah satu alternatif yang paling efektif dan layak.
Penswastaan diharapkan dapat memberikan dorongan dalam meningkatkan persaingan,
kecekapan, serta produktiviti pelbagai bentuk perkhidmatan. Agensi kerajaan seringkali dibatasi
oleh peraturan serta prosedur yang ketat yang mempengaruhi proses membuat keputusan dan
kecekapan keseluruhan usaha sektor awam. Selain itu, kerajaan juga merasakan bahawa
perlindungan beberapa perusahaan awam dari kekuatan pasaran bebas telah menimbulkan rasa
tidak puas hati, ketidakcekapan, dan produktiviti yang rendah. Oleh sebab itu sektor swasta
adalah cenderung untuk lebih efisien serta inovatif berbanding sektor awam, penswastaan
dipandang sebagai kaedah yang lebih berkesan. Sejak pengumuman dasar penswastaan pada
tahun 1983, 90 perusahaan / projek awam telah diswastakan pada akhir tahun 1993. Dari jumlah
tersebut, 69 merupakan kes pengambilalihan oleh pihak swasta dari syarikat kerajaan yang ada,
sementara 21 yang lain mewakili pembinaan projek infrastruktur baru. Di bawah skim ini, yang
dilancarkan pada tahun 1981, kira-kira 30 syarikat kerajaan telah dipindahkan ke Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan selepas itu kepada pemegang Unit Amanah Saham Nasional (ASN);
di samping itu, sekitar 120 syarikat kecil dijual ke sektor swasta lain.

Pada awal tahun 80-an, ekonomi Malaysia didominasi oleh kehadiran sektor awam yang semakin
meningkat yang merupakan akibat langsung dari penyebaran entiti awam yang ditubuhkan untuk
mencapai objektif sosioekonomi Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 70-an.
Menjelang 1983, Malaysia mempunyai kira-kira 900 syarikat yang ditubuhkan di sektor awam
dan bahagian entiti awam (termasuk jabatan kerajaan) dalam jumlah pekerjaan di negara ini
melebihi 25%, yang merupakan bahagian yang jauh lebih besar dibandingkan dengan yang
diperhatikan di negara-negara maju Negara-negara Asia seperti Jepun dan Singapura. Lebih-
lebih lagi, pada pertengahan tahun 80-an, ekonomi Malaysia mulai menunjukkan tanda-tanda
yang jelas untuk memasuki apa yang mungkin berubah menjadi kemelesetan yang mendalam.
Tahap pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan telah menurun dari rata-rata lebih dari 6% pada
masa sebelum tahun 1983 menjadi "kadar pertumbuhan negatif -1,1% pada tahun 1985.

5.0 Kesimpulan
Asas bagi mikroekonomi adalah untuk memastikan objektiviti makroekonomi tercapai. Dengan
cara yang berbeza, tujuan makroekonomi hanya akan dapat dicapai jika terdapatnya institusi
yang kuat memastikan bahawa kebijakan mikroekonomi dirancang, dilaksanakan dan dipantau
bersesuaian dengan prinsip ketelusan dan kerajaan yang baik. Strategi institusi biasanya tidak
diberi tempat dalam perdebatan mengenai pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Sememangnya, kepentingan institusi biasanya diberi 'tempat belakang' dan dilabel sebagai suatu
isu yang 'lembut'. Pelaksanaan dasar penswastaan mensyaratkan institusi yang tepat dibentuk
untuk mengelakkan amalan yang akan mengakibatkan ketidakcekapan dan kerugian
kesejahteraan. Pelaksanaan dasar penswastaan di Malaysia yang mungkin disebabkan oleh
kekurangan kerangka perinstitusian yang ditentukan dengan baik. Seandainya kerangka seperti
itu dibuat sebelum pelaksanaan penswastaan, banyak kekurangan dalam fasa pelaksanaan dapat
dihindari. Ketiadaan pertimbangan untuk institusi yang dapat mengawasi pelaksanaan
penswastaan menyebabkan pelaksanaannya menjadi tidak sesuai. Malaysia berada pada
kedudukan tinggi di antara beberapa negara membangun pertama yang melancarkan program
penswastaan perusahaan awam secara besar-besaran. Dasar penswastaan Malaysia pertama kali
diumumkan dalam pernyataan dasar nasional yang dibuat oleh Perdana Menteri pada bulan Mac
1983. Ini mewakili pendekatan baru yang menandakan niat kerajaan di Malaysia untuk secara
signifikannya mengurangkan kehadirannya dalam ekonomi, untuk mengurangi tingkat serta
ruang lingkup perbelanjaan awam, dan untuk membiarkan kekuatan pasaran dalam mengatur
kegiatan ekonomi di negara.

6.0 Rujukan

1. Ahmad Attory Hussain (1998). Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu
1990-2000. KualaLumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
2. Azlan Mohamad dan Mohd Asri Abdullah (2009). Penswastaan dan Persekitaran Kerja.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Citizens' Health Initiative (1998). A Citizens' Health Manifesto for Malaysia. Pulau
Pinang. Dicapai dari http://prn.usm.my/chi.html. pada 25 Ogos 2020.
4. Dicapai dari https://www.sinarharian.com.my/article/66167/BERITA/Nasional/TNB-
berjaya-kerana-Dasar-Penswastaan-Negara-Tun-M pada 25 Ogos 2020.
5. Ismail Yusof (1993). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: Tinjauan Menyeluruh.
A.S.Noodeen, Kuala Lumpur.
6. Jomo, KS, C. Adam and W. Cavendish (1995). Policy. In Privatizing Malaysia: Rents,
Rhetoric, Realities, edited by Jomo KS, 81-97. Boulder: Westview Press.
7. Mid-term Review of the Sixth Malaysia Plan 1991-95 (1993). Economic Planning Unit,
Prime Minister's Department, Government of Malaysia.
8. Privatization Masterplan (1991). Economic Planning Unit, Prime Minister's Department,
Government of Malaysia.
9. The Sixth Malaysia Plan 1991-95 (1990). Economic Planning Unit, Prime Minister’s
Department, Government of Malaysia.
10. Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1984). MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN
KEBANGSAAN MENGENAI PERINDUSTRIAN SEKURITI DI MALAYSIA. Dicapai
dari https://www.pmo.gov.my/ucapan/index.php?m=p&p=mahathir&id=471 pada 25
Ogos 2020.
11.

You might also like