You are on page 1of 15

HBEC 3703

HUBUNGAN KELUARGA DAN MASYARAKAT DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEPTEMBER 2022

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
HBEC3703

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

KERTAS KERJA 2

JURNAL REFLEKTIF 7

KESIMPULAN 12

BIBLIOGRAFI 13

1
HBEC3703

SOALAN 1

A. KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM “KELUARGA SIHAT DARI RUMAH”


PRASEKOLAH CAHAYAKU 2022

1.0 PENDAHULUAN

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu


konsep complimentary learning bagi membantu pencapaian segala keperluan dan
kejayaan kanak-kanak. Ia adalah satu pendekatan sistemik yang mengintegrasikan
sekolah dan sokongan bukan sekolah dalam memastikan semua kanak-kanak
mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Para pendidik, ahli akademik,
pembuat dasar dan keluarga semakin bersetuju bahawa sekolah tidak boleh
bersendirian dalam melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak
memerlukan pelbagai peluang untuk belajar dan berkembang di rumah, di sekolah dan
dalam komuniti. Konsep ini menekankan perkaitan di antara rumah dan sekolah yang
boleh menyediakan persekitaran awal kanak-kanak mempelajari sesuatu dan
menghasilkan pembelajaran dan perkembangan yang konsisten (Harvard Family
Research Project, 2006).

Tambahan pula, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca,
menulis, mengira dan berfikir, memerlukan sokongan penuh daripada ibu bapa dan
guru dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan. Ini
bermaksud ibu bapa juga perlu mengambil tahu soal pembelajaran, kebolehan,
disiplin serta kemajuan anak masing-masing dengan berkomunikasi rapat dengan guru
dan pentadbiran sekolah. Kerajaan telah melancarkan inisiatif Bekerjasama dengan
Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas, di mana Sarana Ibu Bapa dan
Sarana Sekolah merupakan alat bagi membolehkan pencapaian inisiatif ini dilakukan
secara lebih menyeluruh.  Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dapat
2
HBEC3703

mengukuh dan meluaskan lagi penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke
arah pencapaian aspirasi murid.

Sarana Ibu Bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan


penglibatan ibu bapa dengan anak dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana
Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,
sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama,
erjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa menerusi PIBG. Selain
mengurus urusan harian, ibu bapa diminta meluangkan masa bersama anak dan
melakukan aktiviti-aktiviti seperti terkandung dalam Sarana Ibu Bapa. Ibu bapa
diminta supaya dapat melibatkan diri di sekolah secara aktif dan boleh memberi
sumbangan dalam pelbagai bentuk, termasuk idea, tenaga, kepakaran, dan kewangan.

2.0 RASIONAL PROGRAM

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun


2015, secara kasar seramai 2.3 bilion daripada jumlah penduduk di dunia akan
mempunyai berat badan yang lebih dan 700 orang juta penduduk dunia akan
mengalami obesity (Rasyada & Siti Fatimah, 2018). Bahkan prevalence obesity dan
lebihan berat badan rakyat Malaysia adalah yang tertinggi di ASEAN. Kajian
perubatan British, The Lancet 2013, melaporkan Malaysia mempunyai obesiti yang
paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus perempuan (Rasyada &
Siti Fatimah, 2018; Sinar Online, 2016). Keadaan ini sudah tentu lebih
membimbangkan dikala negara kita sedang beransur keluar dari fasa pandemik
Covid-19 menuju ke fasa endemik. Kawalan pergerakan individu yang terbatas dan
Prosedur Standard Operasi (SOP) sektor sukan yang ketat telah memberikan kesan
kepada sektor kesihatan dan kecergasan keluarga.

Justeru, program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini
mengenai cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas dengan melakukan
aktiviti fizikal yang bersesuaian dan berterusan secara virtual di rumah kepada
golongan yang disasarkan iaitu setiap segmen dalam masyarakat khususnya ibu bapa
dan kanak-kanak pelajar Prasekolah Cahayaku. Ia juga dapat dilihat sebagai

3
HBEC3703

pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat
yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan dan
kecergasan. Lebih penting ini, program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa ibu
bapa dan penjaga berupaya merencanakan matlamat murid dan sekolah dengan
erjasama yang diberikan di samping bertanggungjwab dalam membei sokongan
sepenuhnya kepad anak-anak khususnya dan pihak sekolah amnya dalam setiap
program dan aktiviti yang dirancangkan secara bersama. Rasionalisis program dapat
dirumuskan seperti berikut:

i. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada
penyelesaian masalah pembelajaran murid-murid.
ii. Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-
anak.
iii. Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh
kepada program sekolah.
iv. Kerjasama antara ibi bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik.

3.0 NAMA PROGRAM

“KELUARGA SIHAT DARI RUMAH”

4.0 SLOGAN

“JOM FIT & CERGAS”

5.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 01 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022

4
HBEC3703

Masa : 04.00 petang – 6.00 petang setiap Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

6.0 TEMPAT

Program ini akan diadakan sepenuhnya di dalam rumah masing-masing atau di


halaman rumah.

7.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Program ini melibatkan penyertaan dari pelbagai pihak seperti yang berikut :

a) Jumlah Fasilitator : 4 orang (1 orang Pengurus Prasekolah sebagai Ketua


Fasilitator, 2 orang pendidik, 1 orang jurulatih kecergasan)

b) Peserta terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang mempunyai capaian
kepada internet dan aplikasi telesidang video.

8.0 PERANAN / TUGASAN SETIAP AJK

8.1 KETUA FASILITATOR (PENGURUS PRASEKOLAH)

7.1.1 Bertanggungjawab merancang program

7.1.2 Bertanggungjawab terhadap pembahagian tugas

7.1.3 Menjadi fasilitator senaman

8.2 PENOLONG FASILITATOR / KETUA JURULATIH KECERGASAN

8.2.1 Bertanggungjawab membantu tugasan ketua fasilitator

5
HBEC3703

8.2.2 Menjadi pengurus komunikasi dengan masyarakat setempat yang mahu


menyertai program secara atas talian

8.2.3 Menjadi koreografer senaman dan ketua jurulatih kecergasan

9.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini, peserta dijangka dapat:

i) Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai aktiviti kecergasan


dengan menerapkannya kepada anggota masyarakat.

ii) Menanam kesedaran mengenai amalan Keluarga Sihat Dari Rumah di


kalangan kanak-kanak dan ibu bapa walau di mana mereka berada.

iii) Memastikan anggota masyarakat dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
rumah dan bebas erjasa.

10.0 PERINCIAN PELAKSANAAN PROGRAM

Program “Keluarga Sihat Dari Rumah” ini merupakan satu program


kecergasan untuk semua anggota masyarakat demi melahirkan dan memupuk rasa
tanggungjawab tentang kepentingan kecergasan diri melalui program amali senaman
dan perkongsian video atas talian. Justeru, sebelum aktiviti dijalankan, Ketua
Fasilitator akan membuat aktiviti promosi terlebih dahulu melalui medium atas talian
seperti melalui sosial media popular seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok.
Melalui promosi new age sebegitu, sudah tentu berita tentangnya akan sampai
kepada pengetahuan ibu bapa dan keluarga yang mahu mengekalkan gaya hidup sihat
mereka selama berada di rumah. Program ini adalah percuma dan sudah pasti ia akan
menarik minat masyarakat kerana mereka tidak perlu membayar seperti jika mereka
menghadiri kelas di erjasama.

Selepas sesi promosi, maka Ketua Fasilitator yang juga pengarah program
akan menetukan tarikh program bermula. Para peserta akan mengakses aplikasi
Facebook Live dan juga Youtube Live pada hari kejadian dan mengikuti senaman

6
HBEC3703

secara live melalui platform tersebut di rumah. Ianya seperti satu sesi video-
conferencing amali senaman. Ketua Fasilitator dan juga Ketua Jurulatih program
akan memastikan setiap senaman pada setiap hari adalah bervariasi agar peserta tidak
bosan. Di rumah, ibu bapa akan menjadi fasilitator kepada anak-anak mereka. Akhir
sekali, Ketua Jurulatih dan Ketua Fasilitator akan melakukan rumusan berdasarkan
input dari para peserta tentang amali senaman dan perkongsian tips kesihatan yang
telah dijalankan pada setiap sesi. Ketua Fasilitator akan memastikan setiap peserta
mencatitkan perkembangan kecergasan diri serta reflektif senaman seperti berat
semasa, saiz pinggang semasa dan juga bacaan nadi selepas amali senaman untuk
menentukan kesan senaman yang dijalankan.

B. JURNAL REFLEKTIF SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS


PELAKSANAAN PROGRAM

Sebelum Pelaksanaan

Pembangunan program ”Keluarga Sihat Dari Rumah” ini diinspirasikan oleh


semangat ”Malaysia Cergas” cetusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam
usaha memupuk semangat masyarakat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup
aktif walaupun berada di rumah. Maka, reka bentuk program ini adalah
berlatarbelakangkan pembudayaan gaya hidup aktif di kalangan masyarakat,
pendekatan sains sukan dalam pembudayaan sukan dan kawalan nutrisi dalam
menjalani gaya hidup cergas. Program ini merasakan bahawa setiap orang
bertanggungjawab menyumbang sesuatu kepada masyarakat walaupun pada skala
yang kecil semisal program kecergasan sebegini. Dalam konteks tersebut, penglibatan
ibu bapa dan pihak prasekolah adalah kritikal untuk menjayakan program
permuafakatan ini.

Sebelum pelaksanaan program, Pengurus Prasekolah Cahayaku telah


mengadakan mesyuarat bersama ibu bapa tentang pemurnian program tersebut. Dalam
mesyuarat tersebut, Pengurus telah menerangkan tentang peranan ibu bapa, keluarga
dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak

7
HBEC3703

selalunya memberi kesan pada kualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ibu bapa
adalah pendidik yang pertama dan utama anak-anak sebelum mereka berhadapan
dengan guru-guru dan pembimbing taska. Ibu bapa juga mampu meningkatkan kualiti
sesebuah program pendidikan awal kanak-kanak kerana ibu bapa adalah orang yang
menyediakan keperluan asas, penjagaan dan kasih erjas, memberi sokongan, panduan,
tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Selepas mesyuarat
diadakan, surat jemputan dan penerangan program telah diedarkan kepada ibu bapa.

Semasa Pelaksanaan

Apabila memasuki fasa pelaksanaan program seperti yang dinyatakan dalam


kertas kerja program, perkara yang pertama sekali para fasilitator dengan bantuan ibu
bapa lakukan ialah mencari buku-buku kecergasan yang membincangkan tentang
variasi senaman aerobik serta menonton video-video senaman kecergasan yang
banyak ditemukan di medium Youtube. Namun yang lebih penting lagi, kami banyak
mendapatkan input daripada fasilitator kecergasan yang telah kami lantik yang
mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam bidang sains sukan. Selain menambah
know-how kami dalam bidang senaman kecergasan untuk dikongsikan kepada
masyarakat, secara tidak langsung ia juga membantu cara kami berkomunikasi dengan
orang lain dalam kehidupan seharian setelah melalui banyak perbincangan dua hala.
Sudah tentu, pengetahuan dan pengalaman baru sebegini amat berguna untuk
dijadikan sebagai rujukan penting pada masa-masa yang akan datang.

Berdasarkan pengamatan kami bermula dari perancangan pengelolaan


sehinggalah kepada fasa perlaksanaan program “Keluarga Sihat Dari Rumah” ini,
kami mendapati program ini merupakan satu inisiatif yang perlu dijadikan sebagai
satu daripada program berkala di Malaysia kerana sangat jelas ia merupakan
sebahagian daripada norma kehidupan seharian kita. Kami mendapati program virtual
seumpama ini tidak melibatkan kos yang tinggi malah menjadi salah satu cara yang
berkesan untuk mendidik rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga kesihatan dan tidak
terjerumus ke dalam masalah obesiti yang membimbangkan negara. Sungguhpun
demikian, lumrah dalam pelaksanaan sesebuah program, terdapat beberapa kelemahan
yang timbul. Pertama, kelemahan dari segi pengurusan masa. Sebagai contoh,

8
HBEC3703

program kadang-kadang terlewat untuk dimulakan kerana masalah peribadi


fasilitator/jurulatih ataupun masalah rangkaian internet yang bermasalah. Akibatnya,
tentatif program yang telah disusun sedikit terganggu. Masalah ini sudah tentu sedikit
sebanyak memberi kesan kepada jadual padat ibu bapa di rumah.

Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program ini menghadapi halangan dari
pelbagai aspek. Antaranya kami mendapati bahawa faktor kesuntukan masa di
sebabkan kerja dan lain-lain tanggungjawab merupakan halangan terbesar kepada ibu
bapa untuk terlibat secara aktif dalam program ini. Kebanyakan ibu bapa terdiri dari
kumpulan yang bekerja dan hanya sebilangan kecil sahaja yang surirumah. Ini di
buktikan lagi di mana keseluruhan penglibatan ibu bapa mengikut tempoh anak
berada di prasekolah adalah dalam peratusan yang sahaja. Justeru, pihak prasekolah
perlu memikirkan bersama-sama dengan ibu bapa bagaimana kumpulan bekerja ini
dapat bersama-sama terlibat dalam program permuafakatan pada masa yang akan
datang. Kemungkinan corak penglibatan ditentukan oleh penganjur oleh pendidik
maka kecenderungan bagi ibu bapa untuk terlibat kurang. Oleh yang demikian, pada
masa-masa yang akan datang perancangan mengenai aktiviti-aktiviti di prasekolah
perlu dibuat awal agar ibu bapa yang bekerja dapat erjasam perancangan di pejabat
dan cuti bersesuian dengan aktiviti untuk ibu bapa.

Walau bagaimanapun, banyak juga aspek positif yang diperolehi daripada


program permuafakatan ibu bapa secara virtual yang sebegini. Antaranya ialah,
mendidik masyarakat untuk menggunakan teknologi di jalan yang berfaedah dan
penggunaan teknologi pada tahap optimum. Selain itu, unsur-unsur yang positif
seperti nilai kerjasama antara pihak fasilitator dan juga peserta dari kalangan ibu bapa
dan anak-anak serta antara sesama AJK program juga berjaya dipupuk sepanjang
program. Hasilnya, program ini telah dapat dijalankan dengan begitu jayanya.
Sememangnya, melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam perkembangan
kanak-kanak adalah matlamat utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Banyak
kajian mencadangkan sumbangan penglibatan ibu bapa dalam literasi dan kejayaan
akademik (dan lain-lain). Bahkan setengah kajian mencadangkan sokongan langsung
ibu bapa dalam pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah adalah penting
(Fantuzzo, McWayne, Perry & Childs, 2000).

9
HBEC3703

Selepas Pelaksanaan

Tuntasnya, program ini telah berjaya memberi pengetahuan dan pendedahan


mengenai aspek kecergasan kepada ibu bapa dan anak-anak. Bahkan, terdapat peserta
yang telah berjaya turun berat badan dalam masa sebulan program berlangsung. Dari
pihak kami pula sebagai pelaksana program, penyertaan dalam program
permuafakatan ibu bapa secara virtual sebegini telah mendedahkan kami kepada asas
pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugas. Kami juga telah membina
rapport bersama ibu bapa yang terlibat. Walaupun tidak bersua rupa, tapi kami
berjaya membina hubungan yang ramah dan erat sekali.

Penglibatan ibu bapa di prasekolah menerusi program ini telah meliputi empat
aspek iaitu komunikasi, penerimaan, empowerment, dan persekitaran di prasekolah.
Penglibatan dalam program menunjukkan bahawa ibu bapa berpandangan positif
terhadap keempat aspek tersebut. Komunikasi pendidik yang baik sangat disenangi
oleh pihak ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti di prasekolah. Kedua ialah ibu bapa
sangat berpuas hati dengan penerimaan pendidik yang mana mereka merasa dihargai
oleh pendidik. Ini merupakan satu pentanda yang baik bahawa pendidik mempunyai
ciri-ciri professionalisma sebagai pendidik kanak-kanak dan berupaya berhubung
dengan baik. Walaubagiamana pun ibu bapa masih belum cukup merasa bangga
dengan sumbangan mereka kepada Prasekolah Cahayaku.

Cadangan Penambahbaikan

Secara keseluruhan, pihak prasekolah berharap bahkan merancang agar


program sebegini dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi mengalakkan penjagaan
kesihatan dan kecergasan peserta / masyarakat. Dari segi promosi, kami berpendapat
program ini harus lebih giat dipromosikan kepada masyarakat secara meluas. Kami
seharusnya lebih giat mengkongsikan alamat capaian program kami di Whatsapp,
Facebook, Instagram dan beberapa aplikasi lagi agar para ibu bapa akan lebih teruja
untuk menyertai program tersebut. Kami juga seharusnya lebih menghargai masa dan
perlu menyelesaikan semua urusan peribadi sebelum program bermula agar program
dapat dijalankan dalam masa yang telah dirancang dalam tentatif program.

10
HBEC3703

Dalam masa yang sama, hasil penelitian sepanjang program dijalankan


menunjukkan penglibatan ibu bapa adalah tidak begitu memuaskan walaupun
pendapat mereka terhadap penglibatan ibu bapa adalah positif. Ini tidak mengejutkan
kerana di kalangan sebilangan yang kecil yang ada melibatkan diri di dalam aktiviti-
aktiviti di prasekolah anak mereka, kebanyakan daripada bentuk penglibatan itu
adalah dalam hal-hal yang tidak memerlukan sumbangan yang aktif daripada mereka.
Selain daripada itu, apabila aktiviti-aktiviti penglibatan itu dijalankan, ianya
diamalkan dengan kekerapan yang lebih bersifat sekali-sekala. Faktor utama yang
dipersetujui oleh sebilangan yang besar daripada ibu bapa sebagai sebab yang mereka
tidak melibatkan diri ialah masa. Lain-lain sebab yang dipersetujui oleh mereka ialah
kepercayaan mereka bahawa mengajar di prasekolah adalah tanggungjawab guru serta
tiada galakan daripada pihak sekolah dan tiada peluang yang disediakan oleh pihak
guru.

Justeru, pihak prasekolah menerusi pentadbir dan guru hendaklah mengambil


kesempatan untuk memulakan dan menjayakan aktiviti-aktiviti penglibatan ibu bapa
sebab ibu bapa memang berminat dan sedar tentang pentingnya komponen ini. Guru
boleh mendapatkan erjasama ibu bapa untuk merancangkan strategi-strategi supaya
masalah boleh diatasi. Di dalam kehidupan seharian mereka, selain daripada
menyempurnakan tanggungjawab mereka dalam memberi asuhan dan didikan kepada
anak-anak, ibu bapa juga perlu melaksanakan tugas-tugas lain, sama ada di rumah
ataupun di luar rumah. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu melapangkan masa
untuk bekerjasama dengan pihak prasekolah serta memberi sumbangan mereka bagi
menjayakan program penglibatan ibu bapa demi untuk kebaikan anak-anak mereka.

Ini selaras dengan pendapat Swap (1993) yang menekankan usahasama yang
didefiniskan sebagai alliances di antara ibu bapa dan pendidik untuk membantu
kejayaan semua pelajar. Kajian menyokong apabila sekolah dan ibu bapa
berkolaborasi, peranan di antara dua pihak tidak diketepikan tetapi dapat mewujudkan
keharmonian. Ini kerana ibu bapa adalah pelanggan, rakan kongsi dan warganegara
(Vincent, 2000). Sebagai pelanggan, mereka ada pemegang taruh. Ini kerana mereka
mendapat manafaat dari perkhidmatan dari pusat pekembangan kanak-kanak dan
keputusannya adalah dikaitkan dengan pelaburan mereka. Tuntasnya, ibu bapa

11
HBEC3703

membantu mencapai matlamat untk menaikkan pencapaian anak-anak dengan


memberi sokongan apa pun bentuk program.

C. KESIMPULAN

Sebagai rumusan, penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama


atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani
Abdullah, 2007). Program yang telah dijalankan ini telah memperlihatkan bahawa ia
telah sedikit sebanyak mendapat persepsi positif daripada ibu bapa mengenai peranan
prasekolah khususnya pendidiknya dalam aspek komunikasi, penerimaan,
empowerment dan mengwujudkan persekitaran yang baik. Selain itu, usaha positif
juga telah dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan pelbagai aktiviti yang sesuai
dengan tentatif program yang dijalankan. Ini telah merumuskan peranan ibu bapa
dalam penglibatannya di sekolah yang dipandang positif dan bermanafaat kepada
pembinaan karekter anak mereka. Berbalik kepada program yang telah dijalankan,
walaupun terdapat halangan untuk terlibat bagi ibu bapa yang bekerja untuk
melibatkan diri, namun pendekatan yang menguntungkan semua pihak iaitu ibu bapa,
pendidik, komuniti dan kanak-kanak telah dilaksanakan agar penglibatan mereka di
masa yang akan datang akan lebih mapan.

(2645 patah perkataan)

12
HBEC3703

BIBLIOGRAFI

Annica Lofdahl. (2014). Teacher-Parent Relation And Professional Strategies : A


Case Study On Documentation And Talk About Documentation In A Swedish
Preeschool. Australasian Journal of Early Childhood Education, 39 (3).

Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Berthelsen, D., & Walker, S. (2008). Parents’ Involvement In Their Children’s


Education. Australian Institute of Family Studies, 79, 34–42.

Harvard Family Research Project. (2006). Family Involvement in Early Childhood


Education. Spring. Diakases pada 12 Oktober 2022 dari
http://www.hfrp.org/family-involvement.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa


Dan Sarana Sekolah Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025. Diakses pada 12Oktober 2022 dari
http://jpn.moe.gov.my/jpnmelaka/images/Bahan_Pemantapan_sarana_Ibu_bap
a_dan_Sekolah.pdf

Mohd. Sahid, M. F., & Mustaffa, M. S. (2008). Penglibatan Ibu Bapa Dalam
Membantu Membuat Kerja Rumah (Matematik) Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Dua: Satu Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Muar.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober
2008, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru

13
HBEC3703

Rohaty Mohd. Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah: Cabaran Kualiti. Syarahan


Perdana Jawatan Professor. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

14

You might also like