You are on page 1of 1

Pada 1 Julai 1946, kerajaan British telah mengisytiharkan Sarawak sebagai jajahan

Mahkota British. Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada


British?
Terdapat beberapa faktor Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.
Antaranya ialah desakan kerajaan British untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British bagi menjamin pelaburan mereka. Faktor yang kedua ialah pertikaian keluarga
Brooke. Vyner Brooke telah tua dan uzur namun tiada pengganti. Faktor yang ketiga ialah
masalah kewangan. Vyner Brooke tiada wang yang cukup untuk membangunkan Sarawak.

Apakah sumber kekayaan utama Sarawak yang menarik perhatian British untuk
menduduki Sarawak selepas perang Dunia ke 2?
Petroleum

Pada 15 Julai 1946 SBUB menyerahkan Sabah kepada Beritish. Mengapakah SBUB
menyerahkan Sabah kepada British? *
Terdapat beberapa sebab SBUB menyerahkan Sabah kepada British. Antaranya ialah
desakan pelabur & pemodal Eropah-melindungi pelaburan di Sabah. Selain itu, British juga
mendesak SBUB menyerahkan Sabah kepada kerajaan British untuk mengekploitasi
sumber bahan mentah serta menjamin keududukan dan keselamatan. Hal ini kerana Sabah
terletak di tengah jalan perdagangan antara Singapura dan Hong Kong.

Mengapakah pada peringkat awal pemerintahan British di Sabah mendapat reaksi


positif ? *
Pemerintahan British di Sabah pada peringkat awal mendapat reaksi positif kerana
penduduk Sabah masih kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah
diserahkan kepada British. Kesedaran politik pada ketika itu masih belum jelas. Hal ini
kerana tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan
tersebut. Penduduk Sabah pada ketika tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

You might also like