You are on page 1of 5

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA DOKTOR HAJI KAMARUDIN

Saya: Assalamualaikum, doktor. Boleh doktor ceritakan serba sedikit latar belakang
doktor seperti nama penuh, tarikh lahir dan tempat lahir doktor?
Doktor Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya... ermm Doktor Haji
: Kamarudin Haji Abu Hassan. Erm... Ketua Unit Penyelidikan Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka. Saya berkhidmat di… bermula berkhidmat di sini tahun 1996, bermakna
dah 29 tahun, em 28-29 tahun di sini. Emm... bermula daripada maktab, bermula
daripada… seterusnya kepada institut pendidikan guru eh, institut pendidikan …
seterusnya kepada institut IPPM, institut pendidikan... Institut Pendidikan
Perempuan Melayu. Institut Perguruan Perempuan Melayu. Lepas tu, Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Maknanya tiga lah,
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Institut Pendidikan... Institut Perguruan
Perempuan Melayu, Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu. Tiga nama,
okay. Emm... saya memang berasal daripada Sungai Udang, Melaka. Emm...
bermula berkhidmat tahun... bermula di Sekolah Sri Tanjung di Tanjung Keling,
Melaka selama empat tahun, kemudian... emmm saya melanjutkan pelajaran
pada tahun 1994 peringkat sarjana. Genap dua tahun saya lulus, saya terus
ditempatkan di Institut Pendidikan... emmm... Perguruan Perempuan Melayu.
Okay... emm... kemudian pada tahun 19... tahun 2000, saya dapat lagi melanjut
pelajaran di peringkat ijazah doktor falsafah dan telah berjaya mendapat ijazah
doktor falsafah pada tahun 2006. Okay... makna dah emmm 2006 mmm dah 13
tahun saya dah ada PhD. Okay memang berminat di sinilah. Emm mengajar
kerana berminat mengajar di Maktab. Pada ketika itu kita aktif ye muda. Antara
pensyarah muda yang ada kelulusan tinggi lah peringkat sarjana. Dan
ditempatkan di sini kerana saya sebagai... ada sarjana dikehendaki mengajar
kursus emm program berkembar IPG dengan universiti di dalam bidang
teknologi pendidikan. Dan seterusnya pada saya buat PhD dalam bidang
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Emm saya mempunyai isteri yang juga
berkhidmat di sini, Puan Zuraidah Bahrin. Dan juga mempunyai anak tujuh
orang lah. Empat laki tiga perempuan. Kemudian emm sangat aktif lah, sangat
aktif dalam kokurikulum dan kurikulum. Dan terlibat juga dengan sukan di
Maktab ni... emm hoki, emm tenis, bola tampar dan juga Pasukan Wataniah,
persatuan. Tulah satu ciri-ciri, tujuan kita masuk Maktab tu, aktif eh. Di sini aktif.
Itu yang kami seronok dulu. Okay. Aa itu saja, kalau ada apa-apa tambah.
Saya: Okay, boleh saya tahu jawatan yang doktor pegang semasa berkhidmat di
bawah Datin Hajah Rahimah?
Doktor Oh saya... dulu adalah merupakan pensyarah... pensyarah di... pensyarah
: akademik di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Saya... sebelum ni saya

1
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA DOKTOR HAJI KAMARUDIN

mengajar... tapi saya mengajar... Teknologi Maklumat dan Komunikasi tapi


tambahan lagi kerana kita... ada kelulusan tahap sarjana, PhD, saya
ditempatkan di... aaa di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.
Saya: Okay, pada pandangan doktor, adakah pencapaian guru pelatih pada tahun
2004 sehingga 2006 itu memuaskan?
Doktor Ya, aaa memang bagus. Guru pelatih dulu... emm berjaya daripada kurikulum
: dan kokurikulum lah, okay. Dan pengambilan masa tu ramai, okay. Bukan
sahaja dalam guru pelatih, juga kursus dalam perkhidmatan juga kursus pra-
perkhidmatan. Kursus dalam perkhidmatan ialah kursus... aaa... diploma
perguruan pastu [selain itu] kursus... aaaa KSPK, kursus KDP, 12 minggu, 14
minggu dan sebagainya.
Saya: Pada pendapat cikgu, apakah peranan Datin Hajah Rahimah dalam
meningkatkan atau mengekalkan pencapaian akademik guru pelatih?
Doktor Aaaa sebenarnya saya kenal Datin ni semasa... semasa saya melanjut
: pelajaran peringkat sarjana. Datin masa tu senior saya di UKM, Fakulti
Pendidikan UKM. Jadi masa tu, Datin belum lagi berkhidmat di Perempuan
Melayu, dia berkhidmat ni sekolah. Sekolah Infant Jesus, Pengetua Infant Jesus.
Dalam masa yang sama, dia melanjutkan pelajaran... aaa... di peringkat sarjana.
Saya junior dia, okay. Di situlah saya mula kenal dia. Tapi apabila saya kembali
balik berkhidmat di... aaa Institut Perguruan Perempuan Melayu, aaa tiba-tiba
dapat maklumat Datin daripada sekolah sebagai Pengetua Infant Jesus akan
ditempatkan di... di... emm sebagai pengarah, pengetua... pengarah atau
pengetua di aaa IPPM. Jadi di situ saya memang dah... dah kenal, tapi... yang
aaaa saya paling tak lupa hari pertama Datin lapor diri... semasa ketika itu... kita
telah tubuhkan pasukan Wataniah. Pada hari tu, pelancaran penubuhan
Wataniah. Hari Datin lapor diri tu. Dan terus Datin me... merasmikan...
merasmikan emm gambar dia ada di bilik saya. Bukti hari pertama dia lapor.
Kemudian aa semasa itu, komander di... aa Regimen 514 Bukit Beruang minta
supaya Datin masuk sebagai... Major Kehormat. Dan saya gunakan proses
untuk... Datin dapat Major Kehormat, segala aktiviti aaa Wataniah tu, aktiflah.
Kerana emm sokongan daripada pengarah.
Saya: Menyentuh hal berkaitan askar Wataniah, boleh tak cikgu jelaskan peranan
Datin dalam menggiatkan pasukan askar Wataniah?
Doktor Dia sebagai anggota Major Kehormat... dia adalah menggerakkan... aaa salah
: satunya pelajar-pelajar mesti aktif, cikgu-cikgu sebagai bakal guru mesti aktif
dari segi kokurikulum. Iaitu dengan penubuhan aaa askar Wataniah
menyebabkan pelajar-pelajar dapat pada hujung minggu, dapat aktif lah. Dapat
aktif emm dapat keluar, dapat menghidupkan aktiviti-aktiviti ketenteraanlah dan
menimbulkan semangat untuk emm agama, bangsa dan negara tu.

2
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA DOKTOR HAJI KAMARUDIN

Saya: Boleh doktor berikan contoh aktiviti yang dijalankan tak?


Doktor Ooo kami, aktiviti-aktiviti latihan hujung minggu. Dua minggu sekali latihan
: kawad. Latihan senjata, latihan mendaki Gunung Ledang, latihan lasak, latihan
tahunan, latihan yang menyebabkan guru pelatih berminat, okay. Terus aktif.
Kemudian diberi pakaian percuma. Kemudian dapat elaun dan sebagainya.
Itulah kekuatan yang... pada ketika itu, memang aaa teruja lah. Kemudian...
Wataniah ni, Datin membenarkan aaaa dia gunakan kemudahan-kemudahan di
maktab... di IPG... di Kem Guru ni, MPPM ialah kita buat demostrasi Jalur
Gemilang dengan perbelanjaan tanggungan daripada semua askar Wataniah.
Jadi... mereka semua percuma. Pengangkutan percuma dan sebagainya. Dan
akhirnya kita dapat melahirkan guru-guru yang betul-betul... kalau ditempatkan
di mana-mana, tak ada masalah.
Saya: Yang elaun tu siapa yang bagi?
Doktor Semua daripada Kementerian Pertahanan. Maknanya guru pelatih akan dapat
: dua elaunlah. Elaun daripada Kementerian Pendidikan, elaun daripada
Kementerian Pertahanan.
Saya: Berapa, doktor?
Doktor Emm dia... satu jam RM4.70 ke. Tapi kalau dia latihan tahunan... dua minggu,
: dia akan... hujung minggu dapatkan dalam beratus la. Kalau... tahunan, dia
dapat bonus lagi. Dapat la menampung menambah lagi pendapatan mereka.
Saya: Pada pendapat doktor, kenapa askar Wataniah tidak diteruskan selepas Datin
tidak lagi berkhidmat di IPGK PM?
Doktor Ooo ini, ini yang kita kena ubah la, sikap bila... melibatkan wanita sahaja, takut
: emm menanggung risiko emmm jadi... pengetua selepas itu, pengarah selepas
itu tidak membenarkan dari segi faktor keselamatan. Dan faktor beban tugas.
Bagi saya sebenarnya ia menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan ketahanan
fizikal guru pelatih. Mereka yang berminat, bukan semua. Mereka yang
berminat, yang sanggup meng... aaa mantap dari segi fizikal dan... mental.
Saya: Pada pendapat doktor, selain daripada askar Wataniah, apa lagi sumbangan
Datin dalam bidang kokurikulum?
Doktor Emm Datin, dari segi kokurikulum... semualah. Datin... seorang yang aktif eh.
: Seorang yang... menjana, memberi kuasa penuh kepada pensyarah untuk
menjalan... dan memberi kepercayaan itu yang menyebabkan pensyarah
semangat bekerja. Walaupun memanglah bila jawatan pengarah tu ada yang
suka, ada yang tak suka, mereka yang betul-betul suka tu mereka yang aktif,
mereka yang tak berapa suka ni mereka yang tak berminat untuk aaa aktif.
Maknanya ada kerja-kerja tambahan. Itu biasa berlaku di institusi.
Saya: Datin ada sentuh tentang penglibatan beliau dalam pembangunan infrastruktur
baru IPG.
Doktor Okay, dalam pembangunan aaa pembangunan bangunan baru, bangunan

3
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA DOKTOR HAJI KAMARUDIN

: akademik, blok akademik, emm Puteri Gunung emm apa.. Kompleks Sukan
Puteri Gunung Ledang dan juga... aaaa... dan juga... aaa asrama dan juga
warden, itu adalah daripada pelan perancangan Datin jangka panjang untuk
maktab. Sebab... kita bangunan lama... ditukarkan untuk pembangunan ikut
Rancangan Malaysia.
Saya: Boleh doktor kongsikan macam mana penglibatan Datin dalam pembangunan
infrastruktur IPG? Datin ada beritahu beliau terlibat dengan mesyuarat
merancang pembangunan infrastruktur IPG.
Doktor Ye, memang dia mesyuarat di peringkat Bahagian Pendidikan Guru. Biasalah.
: Tapi dia tak sempat laksana lah. Tak sempat sebab dia telah di naik pangkat
lagi. Dengan aktifnya dia, dia dapat naik pangkat sebagai Pengarah di...
Kementerian... Pengarah Jurusasi di Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Khas. Naik pangkat. Dia dipindahkan kerana kenaikan
pangkat. Dia ada maklumkan pada saya. Tiap kali kenaikan pangkat dia.
Saya: Setahu saya, ada kawasan guru dalam kawasan kampus. Apa pandangan
doktor tentang rumah guru dalam kawasan kampus?
Doktor Rumah... Baguslah. Dapat... guru-guru.... rumah guru... bukan rumah
: pensyarah? Haa rumah pensyarah... pensyarah-pensyarah yang duduk sini
dapat mendekati pelajar, dapat pantau keselamatan pelajar. Ye lah, macam
asrama. Ada rumah warden. Jadi membantu aaa untuk aktiviti-aktiviti malam.
Emm aktiviti-aktiviti tambahan pelajar di samping aktiviti-aktiviti akademik.
Saya: Pada pendapat doktor, apakah peranan Datin dalam meningkatkan
profesionalisme guru pelatih tahun 2004-2006?
Doktor Satu yang saya kagum, Datin... dia... dia ikut sekali dalam lawatan-lawatan,
: rombongan-rombongan ke... ke aktiviti lasak-lasak. Bukan Wataniah saja.
Aktiviti-aktiviti BIG dan yang juga bersama saya ialah, pergi ke Gunung Tahan.
Di... Taman Negara. Mendaki bukit Terasik. Walaupun dah berumur, berjaya
dengan pelajar, bersama tidur dengan pelajar, duduk... duduk bukan hotel.
Duduk bersama pelajar. Yang bilik tu cuma sewa RM10 je satu hari. Duduk bilik
yang... dengan... dengan keadaan... bersama pemandu, dengan staf...
menyebabkan... yang low-profile lah. Begitu humble. Tak ada... Biasanya orang
macam beliau, yang tinggi begini nak bersama dengan pelajar. Jadi tu yang
saya kagum dengan Datin. Saya tengok Datin, selepas bersara ni pula, dia
menulis lagi buku.
Saya: Pada pandangan doktor, apakah peranan utama Datin semasa beliau
berkhidmat sebagai Pengarah IPGK PM?
Doktor Dia menggerakkan... menggerakkan... apa... kurikulum dan kokurikulum. Dan
: kokurikulum tu penglibatan sekali bersama pelajar menunjukkan dia panggil
pelajar, pelajar mesti tahu. Dia akan menyiasat... kalau ada apa-apa berlaku, dia

4
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA DOKTOR HAJI KAMARUDIN

akan menyiasat, dia akan pergi sendiri. Dia tak dengar daripada bilik lah. Dia
akan pergi sendiri tengok kalau aduan di asrama, kerosakan ni. Dan dengan
pelajar, cukup rapat. Ada apa-apa dengan pelajar, dia terus ambil tindakan.
Okay. Dia anggap pelajar tu macam anak dia sendiri. Tu kelebihan. Dan dia tak
pernah marah pelajar. Dia suka dengan pelajar. Saya rasa dia suka awak pergi
rumah dia.
Saya: Akhir sekali, ada pandangan lain tak yang doktor nak kongsi mengenai Datin?
Doktor Okay... Datin ni... saya lihat... seorang cikgu yang tulen lah. Aaaa saya ingat lagi
: cogan kata dia ialah... Cikgu, Dulu Kini dan Selamanya. Itu yang saya pegang.
Cogan kata dia. Cikgu, Dulu Kini dan Selamanya. Kemudian, moto itulah
diletakkan dalam beg, apa-apa cogan kata dalam... apa-apa. Kemudian, dia
sanggup keluar belanja dia sendiri untuk pelajar.
Saya: Dalam aktiviti apa, doktor?
Doktor Dalam aktiviti apa-apa, dia ada sumbangan yang tersirat. Dia ada bagi
: sumbangan. Dia belanja semua. Dengan pemandu bas pun dia rapat. Bersama
naik bas. Bersama naik bas, bukan kereta rasmi. Dia bersama naik bas pergi
Taman Negara. Taman Negara... jalan Taman Negara kan teruk. Tapi dia
bersama, dalam hujan, dalam... Yang saya kagum, dia boleh panjat dalam usia
tu Bukit Tinggi di Gunung... di... Taman Negara. Menaiki bot. Dia suka aktiviti
begini. Jadi kekuatan dia ialah semangat waja dia lah. Memang guru yang...
Sekarang lepas bersara pun dia masih lagi aktif. Bersyukur la kau dapat jumpa
dia. Dapat berjumpa dengan guru yang betul tulen. Bukan hanya bercakap je.
Bukan hanya bercakap. Dan dia berani buat keputusan. Ayat dia yang kedua
saya dengar, apa yang kita buat kita ada kuasa, “sebagai kepimpinan, saya...
kalau apa yang saya tandatangan, saya akan bertanggungjawab.” Dia tidak ada
teragak-agak, nak menghalang ke apa.
Saya: Ok, terima kasih, doktor.

You might also like