You are on page 1of 11

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA ORANG SUMBER: TUAN HAJI ABDUL KHALID

BIN OSMAN

Pelajar: Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih cikgu kerana sudi untuk ditemu bual pada hari ini.
Tujuan temu bual ini diadakan adalah bagi memenuhi tajuk kajian saya dalam kursus sejarah
lisan iaitu persoalan tajuk kajian saya iaitu “Menilai peranan Warta MPPM dalam menyemarakkan
budaya ilmu dan kreativiti warga MPPM dari tahun 1996-2000”. Terlebih dahulu saya perkenalkan
diri saya, Nur Arina Binti Mohamad dari unit PISMP Sejarah Semester 2.

Pelajar: Jadi saya ingin mengutarakan soalan kepada cikgu. Bolehkah cikgu ceritakan serba
sedikit tentang diri cikgu.

Orang sumber: Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.h. pertama sekali terima kasih


kepada saudari yang sudi datang berjumpa saya untuk menemu ramah dan saya pun cubalah
setakat yang saya ingat untuk soalan-soalan yang ditanya. Tentang diri saya untuk makluman,
saya mula bertugas di IPG ini pada tahun 1996, melaporkan diri. Tapi bertugas secara rasmi pada
1997 sehinggalah sekarang. Jadi aaa.. antara jabatan yang pernah saya berada di IPG ini pada
mula-mula sekali adalah Jabatan Ilmu Pendidikan. Makna ketika saya menjadi editor Warta
MPPM tu, saya berada di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan. Selepas tu, saya berpindah ke
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), ermm lebih kurang empat ke lima tahun. Kemudian berpindah
ke Jabatan R&D (Penyelidikan). Seterusnya, pada tahun 2009, berpindah ke Jabatan Sains
Sosial sehinggalah 2017, dipindahkan ke HEP. Jadi, kesemua jabatan-jabatan tersebut, bukan
saya minta tetapi diminta untuk masuk ke jabatan berkenaan. Jadi, aaa.. bermakna ketika Warta
MPPM tu diterbitkan, saya berada di Jabatan Ilmu Pendidikan, dan mungkin juga di Jabatan Hal
Ehwal Pelajar. Yang pada masa tu juga saya dilantik sebagai penasihat PGP. PGP yang nama
penuhnya ialah Persatuan Guru Pelatih yang hari ini dikenali sebagai JPP. Jadi antara Biro di
mana saya adalah penasihat ialah Biro Penerbitan. Oleh itu, jika saya tak silap Warta MPPM
diterbitkan oleh Biro berkenaan yang berada di bawah PGP iaitu Persatuan Guru Pelatih.

Pelajar: Jadi cikgu ada tak faktor yang menyebabkan cikgu diminta untuk menjadi editor di bawah
PGP?
Orang sumber: Antara faktor, saya tak berapa pasti tapi kemungkinan juga saya dilantik sebagai
penasihat PGP sebab hubungan saya dengan pelajar sejak daripada dahulu di mana-mana
sahaja saya pergi, memang rapat. Jadi bila saya dilantik sebagai penasihat JPP ataupun PGP,
dilantik juga di bawah Biro Penerbitan, maka… secara langsung atau tak langsung saya
terlibatlah dalam penerbitan Warta tu. Sebagai editor.

Pelajar: Seterusnya, bolehkah cikgu ceritakan latar belakang keluarga cikgu serba sedikit?

Orang sumber: Isteri saya, Zainab Binti Mohamad Ali, sekarang ni sejak daripada dahulu bertugas
sebagai guru. Guru di Sekolah Agama Swasta. Nama sekolah tu… Maahad Ar-Rahmah, Ayer
Molek. Di Ayer molek. Tu isteri saya. Saya dikurniakan dengan sembilan orang cahaya mata,
Alhamdulillah..lima lelaki empat perempuan yang kesemuanya bersekolah di sekolah tersebut.
Sebab sekolah tu, dia ada sekolah rendah, ada Pasti, sekolah rendah, sekolah menengah. Isteri
saya mengajar sekolah menengah. Jadi semua anak-anak saya bersekolah di situ, dan
kebanyakan mereka bila habis SPM mereka akan sambung belajar di peringkat Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) di Kelantan. Semua ambil STAM lah. Cuma ada juga yang ke Gemenceh
Negeri Sembilan.

Pelajar: Kemudian, cikgu merupakan antara salah seorang yang lama berkhidmat di IPGKPM.
Boleh cikgu ceritakan sedikit tentang pengalaman sepanjang cikgu berada di sini.

Orang sumber: Okay. Aaa.. pengalaman saya sepanjang berada di IPG ni memang, pada sayalah
suatu yang very positive, banyak pengalaman dan menyeronokkkan saya. Di mana saya di sini
mendapat banyak kepuasan dalam bertugas di IPG ini. Sebab, bila saya… di sini, saya bukan
hanya mengajar di bilik kuliah tetapi saya juga terlibat misalnya, saya sebagai jurulatih badminton,
terutama semasa PGP dulu lah. Jurulatih badminton, jurulatih ping pong, jurulatih bola tampar,
juru latih bola baling, jadi saya antara tenaga pengajar yang aktif dalam sukan dan permainan.
Kemudian juga saya jadi jurulatih Pengakap. Contoh buat kayu empat dan sebagainya. Jadi
kehidupan di IPG ni menyeronokkkan apatah lagi kebanyakan para pelajar banyak pulak terlibat
dengan program di PISA (kerohanian), pernah menjadi penceramah pun ada. Dan pernah buat
aktiviti usrah dengan pelajar. Dan pada masa yang sama juga, saya banyak terlibat dengan
program-program, dengan jabatan lain, contoh jabatan PJ sebagai fasilitator kerohanian untuk
aktiviti Pendidikan Luar. Jadi, tu yang menyebabkan kehidupan saya di IPG ni memang sibuklah
tapi menyeronokkan. Aktif lah.

Pelajar: Berdasarkan pengalaman yang cikgu ceritakan sebentar tadi, menunjukkan cikgu terlibat
secara aktif dengan kerjasama bersama jabatan-jabatan lain. Penglibatan aktif cikgu juga
menyebabkan cikgu rapat dengan para pelajar di IPGKPM. Baiklah, saya teruskan dengan soalan
yang seterusnya, bilakah Warta MPPM ini dimulakan dan apakah tujuan Warta ini diterbitkan di
bawah PGP?

Orang sumber: Baik, bila saya masuk ke IPG ni pada waktu itu dikenali sebagai MPPM, Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka, dan pada masa tu seingat saya Warta tu memang dah
ada lah. Dah diterbitkan oleh Biro Penerbitan, PGP. Jadi saya bila dilatih sebagai penasihat
secara automatiklah terlibat sebagai editor. Aaa.. maknanya, bila saya masuk tu dah wujud dah
ada Warta tu.

Pelajar: Sebentar tadi cikgu ada ceritakan bahawa cikgu merupakan seorang editor dalam
penerbitan Warta MPPM. Boleh cikgu ceritakan serba sedikit apakah peranan cikgu sebagai
editor Warta MPPM?

Orang sumber: Baik. Emm, peranan saya lebih pada satu aaa… menyediakan ruang dan peluang
kepada pensyarah dan pelajar untuk apa… menyebar luaskan karya-karya mereka di dalam
Warta. Sama ada yang berbentuk fakta, sejarah ke, penyelidikan ke ataupun yang berbentuk
mungkin cerita, pengalaman, berkongsi pengalaman dan sebagainya. Jadi sebagai editor, saya
memberi peluang dan ruang pada semua pihak ini dan dalam masa yang sama peranan editor
adalah menyuntinglah, mengedit agar hasil yang dipaparkan dalam Warta tersebut
berkualiti…menepati format dan sebagainyalah.

Pelajar: Kemudian, boleh cikgu ceritakan tentang apakah perkembangan penerbitan Warta
MPPM sejak cikgu menjadi editor pada waktu tersebut?
Orang sumber: Aaa.. perkembangannya, ketika, ketika… pada masa tu memang
memberangsangkanlah. Dapat respons yang baik daripada pensyarah. Apatah lagi memang
digalakkan oleh pentadbir. Pentadbir memang sangat-sangat menggalakkan para pensyarah
menghasilkan karya-karya terutamanya hasil penyelidikan dan juga para pelajar supaya
dimasukkan ke dalam Warta. Jadi budaya menulis tu, budaya menulis, budaya menyelidik,
budaya membaca cuba, memang digalakkan memang dihidupkan melalui Warta MPPM.

Pelajar: Berdasarkan apa yang cikgu ceritakan sebentar tadi, pentadbir memang
menggalakkanlah Warta MPPM mendapat penyertaan oleh pelajar. Kemudian, apakah faktor-
faktor yang menyebabkan Warta MPPM ini diterbitkan?

Orang sumber: Faktor-faktor, pertama sekali dari segi penggerak dia lah. Penggerak dia terdiri
daripada pensyarah-pensyarah dan juga pelajar-pelajar, ataupun Biro Penerbitan yang memang
aktif, yang memang bersungguh-sungguh untuk menerbitkan Warta dan sokongan daripada
semua pihak pentadbir, pensyarah. Sama ada dari segi menghasilkan karya-karya untuk
diterbitkan ataupun yalah macam pentadbir dia berikan satu galakan lah kan. Pentadbir ni dia
galakkan mungkin untuk kredit kepada pensyarah misalnya. Mungkin kenaikan pangkat, aaa..
maknanya bila dinilai, pensyarah yang menghasilkan karya mereka dalam Warta ini mendapat
apa.. kreditlah untuk mendapat penilaian yang baik.

Pelajar: Berdasarkan penerangan cikgu, jelaslah bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi pensyarah
juga terlibat dalam penghasilan karya Warta MPPM. Cikgu juga ada nyatakan galakan daripada
pihak pentadbir, boleh cikgu ceritakan dengan lebih lanjut tentang galakan tersebut?

Orang sumber: Galakan daripada pentadbir adalah bila mana dalam mesyuarat antara pentadbir
dengan pensyarah sama ada dalam mesyuarat akademik, mesyuarat staf, pentadbir akan
sentiasa war-warkan, aaa.. galakan, berikan dorongan supaya pensyarah-pensyarah menulis.
Selain daripada memberikan galakan, pentadbir juga memberikan apa kredit tulah, dari segi
penilaian yang baik kepada pensyarah-pensyarah yang, yang menghasilkan karya dalam Warta
ni, di mana bila pensyarah-pensyarah mengisi borang SKT, penilaian untuk apa, untuk kakitangan
awam kan, SKT. Jadi di situ lah, pentadbir akan dapat memberikan apa kredit kepada pensyarah-
pensyarah yang menghasilkan karya-karya ini.

Pelajar: Melalui pembacaan saya dalam Warta MPPM di bilik dokumentasi, pada waktu 1996
hingga 1999, penggunaan komputer dan ICT adalah terhad pada waktu tersebut. Jadi adakah
penerbitan Warta MPPM pada waktu tersebut mengalami kesukaran kerana penggunaan ICT
yang terhad?

Orang sumber: Ya, memang diakuilah. Itu adalah antara cabaran. Makna bukan, bukan halangan
tetapi cabaran. Sebab pada masa itu, ICT, komputer, internet masih lagi di peringkat awal. Jadi
kemudahan-kemudahan ICT pun masih kurang terutamanya internet. Internet pada masa tu, kita
belum ada. Yang ada hanyalah komputer.

Pelajar: Jadi adakah pelajar menghasilkan karya menggunakan mesin penaip ataupun mereka
menggunakan tulisan tangan sahaja?

Orang sumber: Aaa.. di peringkat awal, pelajar banyak menggunakan typewriter, tapi secara
beransur-ansur berubahlah bila ada kemudahan desktop (komputer). Pada masa tu yang banyak
yang ada desktop lah. Penggunaan laptop pun kurang lagi.

Pelajar: Jadi adakah penggunaan seperti ICT dan computer yang terhad menjadi halangan
kepada pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka?

Orang sumber: Halangan, emm… tak, tidak juga. Sebab perkara tersebut perkara yang biasa.
Bahkan teknologi tu merupakan sesuatu yang baru sebenarnya. Jadi mereka dah biasa dengan
typewriter, yang kemudian beransur-ansur berubah menjadi apa.. bila adanya komputer,
memudahkan lagi sebenarnya. Cuma cabaran kepada pelajar, sejak dahulu sampai sekarang
adalah pengurusan masa. Emm kan. Sebab pelajar ni memang sibuk, sebab tu MPPM ni
memang terkenal dengan gelaran Maktab Perguruan Pagi Petang Malam. Macam tulah, sibuk
sahaja.

Pelajar: Baiklah cikgu, sebentar tadi cikgu ada ceritakan bahawa sambutan pelajar adalah
menggalakkan. Boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut, sambutan yang diberikan oleh pelajar?

Orang sumber: Emm, yalah ia menggalakkan sebab bila ada dorongan daripada pentadbir,
dorongan daripada pensyarah, kalau PGP tu ada pensyarah penasihat tu ada yang memberikan
dorongan maka sebab tulah kita dapati pelajar-pelajar ni memang berminat untuk menghasilkan
karya-karya dalam Warta tetapi yang juga tak kurang hebat ialah PGP tu sendiri memang mereka
sangat aktif. Saya lupa nama pelajar tu yang jadi pengerusi Biro Penerbitan. Memang dia aktif.
Jadi disebabkan kesungguhan beliau, komitmen beliau, berjaya menerbitkan Warta MPPM yang
baik.

Pelajar: Sebagaimana yang cikgu ceritakan sebentar tadi, Biro Penerbitan adalah satu tonggak
utama untuk menerbitkan Warta MPPM. Adakah ahli dalam PGP itu sendiri ada menyumbangkan
hasil-hasil karya mereka ataupun mereka hanya menguruskan karya daripada pelajar-pelajar lain
sahaja?

Orang sumber: Peranan PGP melalui Warta ni, mereka menjadikan Warta ni sebagai wadah
mereka untuk apa…mengumumkan, haa kan…menyebarluaskan aktiviti-aktiviti PGP. Pada masa
sama mereka juga menggalakkan pelajar-pelajar lain memberikan sumbangan, karya dan
sebagainya. Jadi win and win situation lah. PGP pun ya memainkan peranan, pelajar pun juga
melibatkan diri dalam Warta MPPM.

Pelajar: Adakah Warta MPPM berjaya mencungkil bakat?

Orang sumber: Ya, memang tak dapat dinafikanlah. Sebab bila pelajar menulis karya-karya
mereka, maknanya pertama sekali, aaa…mereka dapat membina daya kreativiti mereka kan,
kemudian dari segi kemahiran menulis, mengikut format-format penulisan yang ditetapkan oleh
pihak-pihak apa…penerbit mengikut APA lah dan sebagainya kan. Maknanya, pelajar dilatihlah
untuk menulis mengikut tahap profesionalisme yang dikehendaki.

Pelajar: Melalui penulisan para pelajar di dalam Warta MPPM, adakah ianya membantu dalam
meningkatkan profesionalisme perguruan kerana seperti mana yang kita tahu guru perlu
menguasai pelbagai kemahiran. Jadi bagaimana Warta MPPM membantu pelajar untuk menjadi
guru yang baik pada masa hadapan?

Orang sumber: Ya, sebab kita sedia maklum, bila guru-guru pelatih ni dihantar posting, ke
sekolah-sekolah di sekolah-sekolah memang bidang penulisan ni tak kiralah dalam penghasilan
Buletin ke, menghasilkan majalah misalnya Majalah Tahunan, menulis minit-minit mesyuarat kan,
jadi melalui Warta ni, pelajar-pelajar didedahkan supaya mereka bersedia ke alam pekerjaan
yang sebenar.

Pelajar: Jadi ternyatalah, melalui penghasilan karya-karya pelajar ini membantu mereka dalam
meningkatkan profesionalisme perguruan. Kemudian, berkenaan budaya ilmu, bagaimana ianya
ditingkatkan melalui penghasilan karya pelajar?

Orang sumber: Budaya ilmu. Bila sebut budaya ilmu antara apa…yang wujud di MPPM pada
ketika itu, selain daripada budaya menulis, aaa.. apa IPG pada waktu itu juga menggalakan para
pelajar membentangkan hasil-hasil penyelidikan, hasil-hasil karya mereka dalam seminar-
seminar, dalam wacana-wacana, jadi semua tu adalah suatu galakan. Bahkan hadiah-hadiah
juga diberikan oleh pihak-pihak penganjur tidak kiralah sama ada pihak pentadbir ke, jabatan-
jabatan akademik yang mengadakan pertandingan debat dan sebagainya kan. Jadi, benda-
benda ni maknanya mereka mendapat galakan daripada contohnya hadiah- hadiah, insentif
sebagai galakan.
Pelajar: Jadi, insentif diberikan kepada para pelajar untuk mereka mengamalkan budaya ilmu dan
membuktikan pelajar perempuan di MPPM berdaya saing dalam meningkatkan profesionalisme
perguruan.

Orang sumber: Selain daripada IPG sendiri, terdapat juga agensi-agensi daripada luar yang
menganjurkan pertandingan menulis, pertandingan sajak misalnya. Jadi yang mana agensi-
agensi dari luar ini juga bila pelajar kita terlibat secara tidak langsung membudayakan budaya
ilmu, budaya menulis, dan juga apa para pelajar juga mendapat insentif daripada hadiah-hadiah
yang diberikan kepada mereka bila bertanding. Contohnya, Jabatan Penerangan, Arkib Negara
kan, Jabatan Muzium.

Pelajar: Jadi melalui penglibatan pelajar melalui kolaborasi bersama agensi-agensi luar
menunjukkan pelajar di MPPM berupaya menjadi guru pelatih yang versatil iaitu mampu
menguasai pelbagai bidang. Sebentar tadi cikgu ada menceritakan bahawa Warta MPPM ini
digunakan oleh PGP sebagai satu saluran untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar. Jadi
boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang hal ini?

Orang sumber: Kita sedia maklum PGP ialah sebuah persatuan yang dianggotai, ditadbir oleh
pelajar-pelajar dengan nasihat ataupun bimbingan daripada pensyarah-pensyarah penasihat lah.
Jadi melalui Warta ini, pihak PGP dapat menyebar luaskanlah apa aktiviti-aktiviti yang telah
mereka jalankan. Secara tak langsung, ertinya mendokumentasikan aktiviti mereka. Jadi dengan
itu, Warta itu menjadi bukti keaktifan mereka sama ada dalam IPG mahupun dengan pihak-pihak
luar. Kadang-kadang mereka berkolaborasi dengan agensi-agensi luar macam tadi kan Jabatan
Penerangan, Jabatan Muzium ataupun mereka juga buat lawatan-lawatan, aktiviti-aktiviti
program di luar, bergotong-royong. Contoh, lawatan ke IPG lain, ke universiti dan sebagainya.
Jadi Warta MPPM menjadi wadah untuk mereka berkongsi aktiviti yang telah dijalankan. Dan
sekaligus menjadi bukti dan dokumentasi untuk laporan mereka lah.

Pelajar: Berdasarkan apa yang cikgu ceritakan tadi, Warta MPPM ini menjadi satu bentuk
dokumentasi untuk para pelajar dalam PGP. Adakah pendokumentasian melalui Warta MPPM ini
menjadi satu galakan kepada para pelajar lain untuk menyertai persatuan PGP di MPPM?
Orang sumber: Emm, ya tak dapat kita nafikan, terutamanya pelajar-pelajar yang kreatif yang
memang minat dalam bidang penulisan. Mereka ini sebagai ruang dan peluang lah kepada
mereka untuk menyertai PGP agar berpeluang untuk menghasilkan karya-karya. Karya-karya ini
bukannya mereka syok mereka sendiri tetapi dikongsi. Warta MPPM itu sendiri menjadi wadah
kepada mereka untuk berkongsi penulisan mereka, hasil karya mereka dengan pelajar dan
pensyarah.

Pelajar: Adakah penerbitan Warta MPPM ini selain daripada mencungkil bakat dan kreativiti,
menggalakkan budaya ilmu, apakah manfaat lain yang diperolehi oleh para pelajar melalui
penerbitan Warta MPPM?

Orang sumber: Manfaat lain…selain daripada membina kreativiti, membina kemahiran menulis.
Kemahiran lain…Yang saya nampak mungkin, mereka dapat bertukar-tukar idea, bertukar-tukar
pandangan dengan pelbagai pihak lain. Sebab aaa…bila mereka mengadakan aktiviti dengan
agensi luar ataupun dengan IPG lain ke, dengan universiti ke, jadi aktiviti tersebut dimasukkan
ke dalam Warta MPPM. Jadi ni menjadi wadah kepada mereka dari segi hubungan lah,
menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak. Menyebabkan mereka ni secara tidak langsung,
memiliki pandangan yang luas, mempunyai kenalan yang ramai, contact dengan pelbagai pihak.

Pelajar: Apa yang cikgu ceritakan menjadi bukti bahawa walaupun sejak dahulu IPGKPM hanya
terdapat pelajar perempuan sahaja, tetapi tidak menjadi penghalang untuk berkerjasama dengan
orang luar.

Orang sumber: Betul. Antara aktiviti yang aktif dijalankan oleh PGP adalah debat. Debat IPG kita
dengan UPSI. Yang dahulu dikenali sebagai MPSI. Dan melalui debat ni, ada ketika pelajar kita
akan ke sana, bertanding, berdebat, ada ketika yang lain pula, pelajar lain akan datang ke sini.
Dan yang manisnya ialah mereka juga bertemu jodoh. Ramai bertemu jodoh sebab MPSI
kebanyakannya lelaki pada waktu tu, MPPM perempuan. Jadi mereka jadikan program ni
sebagai tempat bertemu jodoh.
Pelajar: Maksudnya aktiviti debat telah didokumentasikan ke dalam Warta MPPM yang mana
para pelajar telah bertukar-tukar pandangan melalui aktiviti tersebut.

Orang sumber: Itu juga merupakan satu galakan kepada pelajar untuk menghasilkan karya-karya
dalam Warta MPPM, terlibat dengan PGP, sebab mereka dapat berhubung dengan pelbagai
pihak termasuk MPSI.

Pelajar: Boleh cikgu ceritakan apakah cabaran lain kepada PGP untuk menerbitkan Warta MPPM
pada waktu itu?

Orang sumber: Saya senaraikan lah antara cabaran-cabaran. Satu, daripada dulu lah, masalah
kewangan kan, memang sedia wujud lah. Sebab Warta memerlukan sumber kewangan, dana
yang mencukupi. Yang kedua, cabaran seterusnya dari segi pengurusan masa, pengurusan
masa untuk menghasilkan karya tersebut sebab, pelajar kena menunjukkan disiplin yang tinggi
supaya mereka dapat fokus. Peruntukan masa yang cukup untuk menghasilkan Warta.
Sedangkan kita lihat pelajar memang biasanya sibuk, aaa.. dengan pelbagai aktiviti, dengan
kuliahnya, dengan aktiviti Gerkonya. Sebab pagi, sebab dulu kuliah sampai pukul satu, petang
Gerko. Hampir setiap hari lah, kemudian bahkan Sabtu Ahad sekalipun, mereka ada aktiviti. Tu
yang Sabtu Ahad pun ramai pelajar di padang, sebagainya Pengakap, malam pula di Pisa. Jadi
mereka agak sibuk. Jadi itulah cabarannya bagaimana mereka menguruskan masa supaya masih
dapat menghasilkan Warta MPPM. Cabaran yang lain dari segi prasarana, kemudahan. Sebab
pada masa tu proses peralihan daripada menggunakan typewriter kepada computer. Jadi
kemudahan computer tu masih lagi tak mencukupi. Kemudian pada masa yang sama mereka
perlu ada kemahiran menggunakan computer. Jadi, ini juga merupakan cabaran kepada mereka
untuk mengatasinya. Tu antaranya.

Pelajar: Sebentar tadi, cikgu ada ceritakan antara halangan adalah dari segi kewangan. Menurut
cikgu, daripada sumber manakah PGP memperoleh dana bagi menerbitkan Warta MPPM?

Orang sumber: Aaa, dia sebab PGP ni ialah Persatuan pelajar. Seingat saya, apa…setiap unit,
mereka wujudkan tabung. Daripada tabung-tabung inilah akan disumbangkan kepada PGP. Dan
kalau tak silap saya, mungkin juga PGP menetapkan yuran-yuran tertentu kepada pelajar. Yuran
tahunan sekali ke untuk memberikan sumbangan kepada tabung PGP. Okay, ada yuran. Bahkan,
yuran tersebut maknanya bila mereka menerima elaun, secara automatik dipotong untuk sukan,
untuk PGP. Aaah, itulah sumber.

Pelajar: Maknanya, Warta MPPM ini wajib dilanggan oleh setiap pelajar. Soalan seterusnya, pada
pendapat cikgu apakah faktor Warta MPPM tidak diteruskan lagi sebagai satu wadah untuk
menyebarkan maklumat kepada para pelajar?

Orang sumber: Yalah, sebab bila saya tidak lagi menjadi penasihat JPP, saya pun tak dapat
mengikuti perkembangan yang sebenar. Mungkin, pada pandangan saya lah, salah satunya dari
segi pelajar tu sendiri terutama yang memegang Biro Penerbitan ni, komitmen mereka untuk
menghasilkan Buletin dan sebagainya, apatah lagi dengan kekangan masa. Sebab tulah cabaran
memang tinggi. Hanya mereka yang betul-betul ada komitmen, ada apa displin diri yang tinggi.
Kemudian ada apa kemudahan, prasarana yang mencukupi, ICT, laptop dan sebagainya. Ini
semua akan memudahkan. Tetapi bila kita sedia maklum, terutama akhir-akhir ini kita dapati IPG
kita juga menghadapi masalah kewangan, bahkan elaun pelajar juga telah dipotong, jadi semua
ini sedikit sebanyak menyumbangkan ke arah masalah penerbitan.

Pelajar: Jadi itu semua ada antara faktor mengapa Warta MPPM tidak lagi diteruskan. Baiklah
cikgu, sekian sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih cikgu kerana sudi untuk menjadi
orang sumber bagi proses temu bual bagi memenuhi kerja kursus Sejarah Lisan.

Orang sumber: Baik, saya pun nak ucapkan terima kasih lah, kerana sudi datang untuk temu
ramah saya.

You might also like