You are on page 1of 2

MOHD AFFENDI BIN ANUAR 

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

Peserta Kajian 1: Juhaidah Binti Jamal

Tarikh: 28 Mac 2016

Masa: 11.00 – 11.30 pagi

Tempat: Kolej Keris Mas

Q1 : Assalammualaikum. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi
meluangkan masa untuk saya menemu bual . Temubual ini adalah untuk kajian saya mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi untuk sambung belajar ke peringkat doktor falsafah?

Boleh saya teruskan?

P1: Inshaa Allah boleh, silakan..

  

Q2: erm… sebelum itu boleh saya tahu saudari menyambung pengajian doctor falsafah dimana
dan dalam bidang apa?

P2: Ok…..saya merupakan pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Ekonomi di
Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekarang ni saya berada dalam semester yang pertama.

  

Q3: Apakah faktor utama saudari sambung belajar ke peringkat doctor falsafah?

P3: Emm..faktor utama ekh??......sebenarnya faktor pendorong utama untuk saya kuat sambung
study ini sebab adanya Mybrain untuk MyPhd..Alhamdulillah…dan pada saya sumber kewangan
yang amatlah penting kerana ianya merupakan satu galakan yang paling kuat. Sebagai seorang
pelajar sudah tentu kita berazam nak menghasilkan kajian yang baik, mutu kajian yang lebih
berkualiti. Dan faktor kewangan ini penting untuk memberi galakan kita menghasilkn sebuah
kajian yang berkualiti dan baik.

Q4: (ketawa) faktor kewangan? Boleh saudari ulas lebih lanjut mengapa factor kewangan
merupakan faktor utama saudari berminat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah?

P4: Seperti yang saudara tahu pelajar yang mgmbil bidang doktor falsafah ini memerlukan kos
yang tinggi. Yuran yang lebih mahal. Ialah…apa yang kita sedia maklum, kos untuk beli buku
rujukan, kos untuk buat kerja lapangan, mengikuti bengkel-bengkel yang berbayar, ada
pembentangan kertas kajian di mana-mana conference dan lain-lain memerlukan..aa… sejumlah
wang yang agak besar. So, bagi memastikan kita boleh stay focus, dapat melancarkan study kita
atau membuat kajian tanpa membebankan ibu bapa kita sendiri, faktor kewangan adalah yang
paling perlu disiap sediakan..itu pada pendapat sayalah…

Q5: Selain faktor kewangan yang merupakan faktor utama saudari sambung belajar, ada tak
faktor lain yang mendorong saudari sambung belajar?

P5: Oh tentu sekali ada. Banyak sebenarnya faktor-faktor yang mendorong saya sambung
belajar..tapi tadi faktor kewangan adalah faktor yang utamalah pada pendapat saya secara
jujurnya..faktor-faktor lain sebenarnya ada wujud antaranya adalah saya sendiri, keinginan saya
yang suka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Saya sukakan ilmu, saya tidak jemu untuk
belajar. Alhamdulillah setakat inilah. Selain itu, saya juga ingin membina karier untuk menjadi
seorang pensyarah. Sekarang ni kalau kita nak jadi seorang pensyarah, kita mesti ada PHD
kan..sebab itulah amat penting utk say ambil PHD ni. Dan…antara penggalak yang lain ialah ibu
bapa, rakan-rakan, pensyarah-pensyarah saya, merekalah yang memberi galakan dan tunjuk
ajar.

  

Q6: Baiklah, terima kasih atas maklumbalas dan masa yang saudari luangkan untuk saya.

P6: Sama-sama (sambil tersenyum)

TAMAT

You might also like