You are on page 1of 30

TUGASAN 1:

(Penulisan Sejarah Lisan)


TRANSKRIPSI SESI TEMUBUAL BERSAMA BEKAS PENSYARAH IPG KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU MELAKA, EN. MOHD MARZUKI B. MAULUD.

SOALAN JAWAPAN
Assalamualaikum dan Aaa nama saya Mohd Marzuki bin Maulud. Aaaa saya aaa
selamat petang. Pada hari berumur 58 tahun, tahun ni. Emm (batuk) saya (batuk) saya
ini, Selasa, 4 suku di tempat mula masuk emmm berkhidmat disini. Oh latar belakang
Bilik SPR IPGK PM ea, tempat tinggal. Saya tinggal di Peringgit, Melaka.
bersama Tuan Haji Marzuki. Kampung Peringgit Melaka. Dan saya mendapat
K, sesi temubual ini adalah pendidikan awal sekolah rendah di sekolah Cator Avenue
berkaitan dengan Ipoh, Perak. Cator Avenue Ipoh, Perak dan aaa sekolah
perkongsian tokoh ketika menengah di Sekolah Menengah King George ke IV,
beliau berkhidmat di Institut Seremban. Kemudian saya masuki aaa lepas Tingkatan 6,
Pendidikan Guru Kampus saya masuki aaa Maktab Perguruan Bahasa. Masa tu
Perempuan Melayu. Okay, Maktab Perguruan Bahasa la. Emm dalam jurusan
seandainya tuan sudah Pengajian Inggeris dan Ilmu Alam. Dipanggil PIIE.
bersedia, bolehlah saya Kemudian saya aaa saya mengajar pertama di Kluang.
mulakan temubual ini Sekolah Vokasional Kluang, Johor. Sekolah teknik
dengan soalan yang sekarang. Kolej teknik. Emm daripada tahun 1981 sehingga
pertama. K, nyatakan 83. Kemudian 83 hingga 85 saya berkhidmat di Sekolah
sedikit tentang latar Teknik Juasseh, Kuala Pilah. Sekarang ni kolej teknik. Kolej
belakang tuan, misalnya vokasional. Aaa kemudian saya melanjutkan pelajaran ke
umur, tempat tinggal, England. Pastu saya masuk universiti, lepas tu saya aaa di
sejarah pendidikan dan England, Universiti Essex Colchester. Kemudian semasa di
pencapaian akademik. Colchester tu kursus Applied Linguistic Certificate. Applied
Silakan tuan. Linguistic. Kemudian saya balik masuk Universiti Pertanian.
Saya buat saya punya degree. Masa tu saya dah berumur
27 tahun. Universiti Pertanian Serdang untuk jurusan Tesl.
Kemudian saya mengajar di SMKA Segamat selama 2
tahun. Selepas saya di SMKA Segamat, saya ke Sekolah
Iskandar Syah Jasin. Dan 1994, November ehh 1993 saya
melanjutkan pelajaran ke Universiti Winston, Texas USA
jurusan Curriculum dan Instruction. Master’s punya
education la tu. Dalam tahun November 1994, saya aaa
laporkan diri di sini sampailah sehingga Jun 2015 saya
berkhidmat disini. Tulah serba sedikit sejarah kehidupan,
akademik dan sejarah latar belakang akademik saya.
Okay, untuk soalan yang Aaaa tadi dah sebut, bulan November 1994.
seterusnya saya nak tanya
bila tuan mula-mula
berkhidmat di Institut
Pendidikan Guru kampus
Perempuan Melayu?
Aaa masa di sinikan, tuan Saya melapor diri tu saya di tempatkan di unit bahasa.
mengajar mata pelajaran Masa tu unit Bahasa Inggeris di bawah Jabatan Bahasa.
apa masa mula-mula Saya mengajar English Language, Tesl dan sebagainya
berkhidmat disini? lah. Tu lah, subjek-subjek bawah Tesl. Masa tu Sijil Asas
Perguruan. Belum ada lagi diploma, belum degree lagi.
Masa tu sijil lagi. Tu je.
Bagaimana keadaan Ohh masa tu maktab perguruan ni da agak moden juga lah.
infrastruktur dan prasarana Dah ada bangunan baru, Anjung Cendekia tu da ada.
institusi Ipg masa awal-awal Cuma asrama tu da lama sikit. Prasarana yang penginapan
perkhidmatan tuan? para pelajar. Masa tu agak daif la. Aaa kemudian di aaa
dewan pon kecik. Masih kecik la sekarang ni. Dewan masa
tu kecik. Dewan sekolah kan. Dulu sini peninggalan
Sekolah Tun Fatimah, dewan, satu badminton court kecik.
Kalau nak dibandingkan dengan ipg lain, sekolah saya dulu
pon besar kan dewannya. Sekolah Segamat dulu dengan
sekolah vokasional. Dewan, 3 badminton court, ini satu je.
Jadi nak bandingkan tu kurang la. Library pon kurang buku.
Peruntukan mungkin tak banyak masa tu. Buku-buku baru
kurang la. Masa tu makmal komputer 1994 tu belum ada
lagi rasanya. 95 kemudian baru ada. Makmal komputer
takda, emm jabatan atau unit TMK takda lagi la masa tu.
Belum ada. Kemudian baru ada. Emm saya sempat la
mengajar masa tu. Em sebab tak ramai pensyarah yang
pandai IT masa tu, ICT. Saya mengajar Microsoft Access.
Masa tu semua pelajar diajar Microsoft Word, Microsoft
Excel, Microsoft Power Point dan Access. Saya mengajar
Acces masa tu sebab takda pensyarah yang tahu tentang
Microsoft Access, data dan sebagainya. Em itu la
prasarananya. Buku, makmal komputer takda. Tapi yang
lain-lain lengkap la. Aircond takda masa tu. Dalam bilik tu
kipas angin. Em banyak la kekurangan kalau bandingkan.
Kerusi-kerusi lama, meja lama yang kayu tu em bilik-bilik
kurang. Masa tu ada double intake banyak. Banyak kurang
bilik lah. Kurang bilik kuliah. Ha tu jela yang saya ingat. Ada
lagi?
Apa pendapat dan Em sekarang ni. Pandangan dan pendapat saya emm
pandangan tuan mengenai sistem pengurusan. Aaa pengurusannya lebih kompleks
sistem pengurusan dan sekarang ni. Dulu ada satu timbalan, satu pengarah. Dulu
pentadbiran institusi pengetua ea, dan kemudian ketua jabatan. Struktur
sekarang? pengurusannya lebih kurang sama, ada akademik dan
kokurikulum masa tu. Sekarang ni kokurikulum da jadi
jabatan. Pengurusan lebih kompleks dan saya rasa
pembelanjaan banyak, sepatutnya banyak diterima. Ni
kurang. Semasa saya menjadi ketua jabatan dulu, banyak
yang dimohon peruntukan oleh ketua-ketua jabatan tak
dapat la. Kurang yang dibagikan oleh kerajaan. Aaa walau
bagaimanapun, p&p berjalan dengan lancar. Emm
pengurus pentadbiran meningkat, lebih kompleks dan lebih
baik. Aaaa dulu gardeners dan penjaga kawasan digaji oleh
kerajaan, sekarang swasta la. Sama juga dengan kawalan
keselamatan. Sekarang ni dah diurus oleh swasta. Jadi
perbelanjaan tu lebih tinggi daripada dulu rasanya. Em tu
lah pandangan saya lah.
Seterusnya. Soalan Emmm saya dilantik sebagai pensyarah mula masuk dulu.
seterusnya, sepanjang tuan Pensyarah dan tenaga pengajar biasa lah. Aaaa masa tu
berada di IPG ni, apa baru 35 tahun, 36 tahun. Aaa kemudian saya dilantik
jawatan-jawatan yang menjadi pensyarah di Jabatan Bahasa. Masa tu unit
pernah disandang oleh tuan Bahasa Inggeris ea. Tahun 94 tu. Kemudian saya dilantik
di awal-awal perkhidmatan menjadi pegawai maklumat. Menguruskan semua
di IPG ni sehingga maklumat-maklumat pelajar dan pensyarah dan staff. Kalau
sekarang? masa pendaftaran pelajar baru tu, mintak la computer dan
saya uruskan lah dengan student. Untuk collect data
pelajar dan sebagainya, siapa yang mendaftar dan
sebagainya, supaya ada satu data penuh. Masa tu data
pelajar diisi dalam buku besar. Buku besar tu diisi juga dan
dimasukkan dalam secara digital dalam komputer.
Kemudian diuruskanlah. Yang tu mudah sikit. Jadi cepat,
print out yer cepat lah keluar. Hari selepas pendaftaran tu
setiap kelas dah ada senarai nama dan sebagainya. Itu
pegawai maklumat. Kemudian saya dilantik menjadi
pengerusi. Saya jurulatih hoki, macam-macam lah. Itu
kokurikulum. Jurulatih bola baling, jurulatih olahraga. Saya
emm banyak melibatkan diri dalam sukan kerana jabatan
PJK masa tu takda jabatan kokurikulum. Jadi pensyarah
yang ada kepakaran join la. Macam saya ada sijil hoki,
jurulatih hoki. Jadi saya ambil pasukan hoki maktab dengan
Tuan Haji Zakaria Amin, Mr Teng dan ada la yang lain. Dan
Encik Abu Bakar Miskon. Kemudian saya dilantik menjadi
pengerusi kelab staff. Saya menguruskan kelab staff
selama 4 tahun rasanya, tahun 2000 hingga 2004 kalau tak
silap. Sebelum tu saya menjadi ni lah, pensyarah
pendidikan. Jadual tugas yang biasa lah. Kurikulum dan
kokurikulum, mengajar, menjaga peperiksaan, menanda,
kerja kursus, mengubal soalan. Semua saya buatlah.
Emmm tahun 2005 saya dilantik menjadi panel temuduga
sampailah saya bersara. Tahun 2005 tu juga saya menjadi
ketua jabatan bahasa setelah ketua jabatan sebelum saya
tu bersara, Puan Ku Horneo. Puan Ku bersara, saya pon
ambil alih jabatan tu dan sebelum tu tahun 1999, Maktab
Perguruan Bahasa aaaa Maktab Perguruan Perempuan
Melayu Melaka aaa dia ada program twinning dengan UIA.
Masa tu saya penyelaras UIA yang pertama lah. Saya
penyelaras UIA. Setiap tahun tu ada 50 orang masuk. 50
student pelajar program degree. Degree tu keluaran UIA.
Kita mengajar masa dia di foundation sini, setahun lebih.
Kemudian tahun pertama, tahun kedua di UIA, tahun ketiga
di UIA, tahun keempat datang balik sini untuk praktikum
dan sebagainyalah. Penyelaras UIA, penyelaras twinning
program dipanggil masa tu. Kemudian saya jadi KJ. Lepas
jadi KJ tu macam-macam jawatan la yang dibuat, yang
disandang. Pengerusi ni lah, pengerusi tu dan sebagainya.
Aaa saya mengajar pon dah kurang masa tu, bila jadi KJ,
saya mengajar 2 jam seminggu. Saya mengendalikan
Kursus Kokurikulum Tesl. Silibusnya dalam Bahasa
Inggeris, jadi saya ambil alih. PJK pon takda yang mahir
Bahasa Inggeris nak mengajar, jadi saya ambil lah. Aaaa
sampailah saya bersara pada 2015, Jun. Disember 2014
saya lepaskan jawatan ketua jabatan. Jadi di dalam 10
tahun lah saya jadi ketua jabatan. Em saya diserahkan
pada Dr Haslinda sekarang ni. Haa itulah jawatan-jawatan
yang saya terima disini. Ha tu jela.
Mesti ada kenangan- Tahun 1996, saya mengambil alih pasukan hoki 95, 96
kenangan macam tuan maktab kita ni johan kebangsaan. Pasukan hoki tu johan
cakap tuan pernah bawa kebangsaan. Setiap tahun aaa pada masa tu ada namanya
pasukan hoki. Mesti ada Pesta Rama, Pesta Rama Sukan. Sukan atau pun
akan ada kenangan- kebudayaan. Tapi tahun 96 tu, Pesta Rama sukan dan
kenangan manis dengan olahraga. Sukan la, sukan. Diadakan di Seremban. Zon
dia orang ke atau selatan, IPPM bertanding banyak. Bola baling, netball,
kenangan-kenangan pahit semua di sinilah, saya ingat di padang ni. Netball dan hoki,
sepanjang tuan menjawat badminton dan sebagainya. Yang menang zon ni, johan
jawatan inilah. zon hanya hoki. Jadi hokilah yang pergi ke peringkat
kebangsaan. Dia ikut zon kan. Jadi ada 6 pasukan. 8
pasukan tu pergilah ikut zon. Sabah satu zon, Serawak
satu zon, Tengah, Timur, Barat tu semua. Kita ni Selatan.
Kita kalahkan PPTI, Batu Pahat dengan Mohd Khalid pon
kita kalahkan. Seremban, Bangi semua kita kalahkan. Jadi
kita berjaya ke kebangsaan, tahun 1996 tu johan. Tiap-tiap
tahun kita orang johan. Semasa di bawah pengurusan saya
dan pensyarah lain. Kadang-kadang Tuan Haji Zakaria tapi
saya sepanjang tu lah, 10 tahun tu saya. Tuan Haji Zakaria
kadang-kadang, partner saya je berubah. Jadi tahun 2000
kita ke Sabah. Johan tahun 1998 ke apa, tak ingat. 99
johan lagi. Tahun 2004 johan lagi sekali. Johan zon
selatan, pergi ke Sabah, wakil, sampai ke Sabah kita kalah.
Ha ha ha (ketawa) kebangsaan tu. Tapi wakil South Zone
la. Selalunya team lain tak kuat. Bola baling tak wakil,
netball ada sekali. Dulu netball johan di bawah Puan
Amnah, dulu tu sebelum saya masuk. Tapi lepas tu dia tak
berapa kuat lagi. Aaa hoki menang yang kedua kali
dibawah saya johan kebangsaan tahun 2004 semasa
bertanding di UIA Gombak. Masa tu kita johan kebangsaan
sekali lagi. Dua kali johan kebangsaan. Saya, tahun
semasa menjadi pengerusi kelab staff tu, saya ketua
kontinjen pasukan kelab staff ke pertandingan sukan kelab
staff di Kuantan sekali, di Kangar sekali. Pertama sekali di
Kangar lah tahun 2000, kemudian 2001 di Kuantan. Last
sekali di Batu Pahat. Tiga kali. Saya bawa pasukan staff. Di
Batu Pahat johan badminton beregu dan bola jaring. Dan
kita, IPPM mendapat tempat kedua keseluruhan. Haa kira
markah lah. Saya pasukan bola sepak, saya main bola
sepak dan masa tu hoki di Kuantan ada, di Perlis takda
hoki. Ikut tahun tu la, sukan apa kan. Jadi saya
menyumbang dan rakan-rakan lain menyumbang dalam
acara hoki, bola sepak, badminton ha tu la. Emm sebagai
pengerusi kelab staff. Lain daripada itu, menguruskan
pasukan kelab staff melawan dengan pasukan-pasukan
lain, persahabatan ha macam tu la, yang lain takda lah. Tu.
Ada lagi?
Ada lagi. Boleh tuan Pertama sekali kena pegang prinsip la. Satu, yang pertama
kongsikan cabaran-cabaran kita tak boleh solve all problems. Satu, saya pegang tu.
semasa tuan menjalankan Yang pertama, kita tak boleh selesaikan semua masalah.
tugas dan macam mana Kalau kita ketua jabatan, kita tak boleh solvekan semua 14
tuan boleh menghadapi orang dalam jabatan saya tu, saya tak boleh solvekan
cabaran tu. semua orang punya problem. Yang kedua, certain things
kita tak boleh nak selesaikan, its beyond our control. Tu lah
aaa saya pegang tu. Jadi kalau ada masalah tu kena
tengok, boleh selesai atau tidak. Kalau tak boleh kita tolak
tepi dan ikut. Kalau boleh kita selesai sama-sama bincang.
Kerjasama tu penting sebagai yang susah sekali
mengendalikan kelab staff la. Pekerja ramai, pensyarah
ramai, semua banyak idea kan, banyak cadangan. Kadang-
kadang da putuskan, cakap belakang. Aaa jadi ketua
memang macam tu. Pensyarah ni pandai-pandai semua.
Pekerja pun sama. Tak nak je terima kan. Jadi saya
sepanjang tu, dia orang ni banyak la dengar cakap saya.
Saya cukup bersyukur la tu. Dia orang dengar cakap saya.
Dan masalah-masalah tu dapat diselesaikan dengan
kerjasama lah. Kerjasama. Tu la cabaran dia macam nak
menguruskan pasukan. Panggil latihan susah la nak
datang. Tu satu. Tak boleh paksa kan sebab sukarela.
Untuk maktab ha datang la. Ada yang datang, ada yang tak
datang. Tapi kena gigih lah. Jangan putus asa. Masalah-
masalah lain seperti mengendalikan, menguruskan jabatan
tu sukar pada beberapa tahun awal dulu. Sebab saya tak
ada latihan. Aaa saya tak ada latihan. Di Jabatan Bahasa
tu kalau saya explain semula, Jabatan Bahasa tu saya
masuk tahun 1994, lepas saya tak ada yang muda masuk
selama 10 tahun. Jadi saya junior la. Kalau masuk pun ada
orang pensyarah yang tua daripada saya. Dia masuk tahun
98, tahun 2000 dia pencen. Jadi bawah saya tak ada
pensyarah muda daripada saya. Saya umur 35, 36 masa
tu. Tak la yang masuk umur 20 tahun ke umur dia, 30 tahun
ke. Tak ada. Jadi saya lama la jadi junior. Yang lain atas tu
semua veteran. Oleh kerana saya berkelulusan tesl,
kebanyakkan pensyarah masa tu tak ada kelulusan tesl
dan tak ada master’s, macam yang bersara contohnya
macam Pn Lau Siew Ping. Puan Lau Siew Ping, dia tak ada
master’s. Dia bukan jurusan tesl, dia economics. Cuma dia
fasih, dia boleh mengajar, dia buat latihan, dia pergi kursus,
kursus dapat sijil, kemudian dia boleh mengajar la sini. Jadi
apabila semua dah, bila ketua jabatan yang ada master’s
masa tu sorang, Puan Ku dengan saya je, jadi pengarah
masa tu rasakan saya boleh lead la sebab qualification
saya. Jadi saya lead la. Jadi orang yang bawah ni da naik
atas. Jadi adik bongsu ni da naik atas dan nak control
yang lain ni. Pada mula-mula tu memang susah la. Yang
saya nak kawal dan bagi arahan adalah orang yang lebih
banyak pengalaman daripada saya, banyak tahun daripada
saya mengajar disini. Walaupun kelulusan saya lebih tinggi,
tapi kadang-kadang pengalaman tu mainkan peranan. Jadi
ambil masa untuk, itu menjadi masalah la sedikit. Masa
untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan ahli-ahli. Dan
saya kena lakukan kerja yang lebih mantap dan baik la.
Sebab yang atas daripada saya tu lebih senior, gajinya
lebih banyak, grednya lebih tinggi daripada saya, saya
muda lagi. Haaa itulah dia. Lain daripada tu cabaran
dengan kelab staff, dengan jabatan, dengan pertukaran
pengarah yang berlainan, kadang-kadang dan timbalan
yang berlainan, kadang-kadang memudahkan urusan,
kadang-kadang susah. Tengok-tengok dah baik dengan
pengarah ni dia da pencen. Saya lama jadi M3P, ahli majlis
pengurusan. Jadi tengok pengarah mana la, yang baik,
yang tak baik. Tu la cabaran-cabaran dia. Kemudian saya
juga terlibat dengan temuduga dan penulisan buku. Banyak
la masa yang kurang, terhad. Kementerian akan panggil
saya buat CD dan buku dan sebagainya. Saya telah
mengeluarkan 6, 7 bukulah 7, 8. 8 buku untuk sekolah
rendah. Buku teks bahasa Inggeris, buku matematik
bahasa Inggeris. Masa tu dalam bahasa Inggeris kan. Saya
dengan penulis yang lain mengeluarkan, menulis buku
sampai digunakan sehingga 2011 rasanya. Sekarang ni tak
ada lagi lah. Kalau buku teks darjah 5 tu, saya punya
bukulah dengan kawan saya dua orang tu. Buku teks
bahasa Inggeris yang digunakan 1 Malaysia. Seronoklah
tengok nama tu kan. Nama kat buku teks budak pakai
dalam kelas. Masa tu guru pelatih pon bila dia tahu buku ni
Sir punya, jadi dia lebih responsive la. Pensyarah tu tahu
macam-macam. Dia da pernah buat tu, buat ni. Memang
kita buat buku tu kan. Jadi tu lebih mudah la. Banyak la
masa dan sebagainya. Nak menguruskan tu, yang banyak
masalah kadang-kadang. Kadang-kadang ada panggilan
surat atau pun faks serta-merta kena hantar pensyarah.
Haa itu susah la bagi saya. Kita da buat plan, pensyarah ni
pergi ni, buat ni, kursus ni, kursus ni tiba-tiba dalam
pertengahan bulan tu ada surat atau faks mintak hantar
pensyarah 2 orang untuk buat ni, buat tu, kursus ni.
Kadang-kadang ada panggilan begitu, jadi masalah la nak
pilih siapa sebab pensyarah malas nak tinggalkan kelas
sebab dia kena ganti. Tu dia tak nak.
Jadi, apa pandangan tuan Saya pandang ea, persatuan alumni tu memain peranan
tentang keadaan IPG ni yang besar la. Persatuan alumni, student-student dan ydp-
setelah berjaya ydp setiap batch tu dia jadi ahli. Dia mengekalkan maktab
mengekalkan legasinya ni untuk perempuan melayu. Tu saya nampak persatuan
selama hamper 80 tahun? alumni tu amat kuat la, amat berpengaruh. Berpengaruh
dengan menteri pendidikan. Siapa-siapa menteri
pendidikan, dia akan panggil, dia akan pergi jumpa. Dia
kekalkan, alumni la. Cikgu tu tua tu, dia maktab tahun, tak
tahu tahun bila, 70-an, masuk maktab. Awak pun belum
lahir lagi. Jadi dia amat berpengaruh. Banyak maktab dah
berubah wajah dan sebagainya tapi dari segi pengambilan
la kan sini perempuan melayu je, tak berubah. Dah 80
tahun da kan. Macam tu la. Tu peranan dia. Yang
keduanya, adanya pengurusan yang baik la. ISOnya,
dengan macam-macam, apa SOPnya, tu lebih membuat
para pensyarah menjalankan tugas profesionalnya dengan
lebih profesional dan teratur dan tersusun. Masa zaman
saya dulu, mula-mula masuk tu, ada silibus tu. Kemudian
kita salin, kita buat la. Kemudian terpulanglah pada kita.
Tak ada lah siapa nak check. Memang la ada ketua jabatan
mesti check tapi tak ada la sestrict sekarang ni la.
Sekarang ni ada IEE nya, ada borang pelajarnya,
menilainya. Dulu tak ada, dulu masuk, mengajar, dan
mengubal soalan, buat soalan. Ye la macam-macam tu la,
kurang pengawasan. Pengurusan yang lebih baik. Itu yang
aaa berubahnya. Sekarang ni dah lebih baik, lebih teratur,
para pensyarah tahu apa dia ISO, kenapa mesti akur
dengan SOP (Standard Operation Procedure) kan, supaya
dia pandai, dia boleh mengajar, orang lain boleh check,
orang lain boleh ganti. Haa itu lah yang berlaku. Saya
selalu bagi tahu pensyarah saya dulu, mesti ada pengganti
la 2 orang yang mengajar satu subjek. Kalau cikgu ni tak
ada, dia boleh ambil kelas tu combine kan. Satu subjek tu
ada 2 orang mengajar. Haa macam tu la. 2 mengajar satu
subjek tu, 2 orang. Dia boleh combine. Dia tahu la isi
kandungan semuanya kan. Tak ada la banyak masalah
mengajar ni. Pensyarah-pensyarah ni tahu, style je
berlainan masing-masing. Lain daripada tu, masih mantap,
masih berjaya menjaga legasinya. Perempuan Melayu.
Tiap-tiap tahun intake. Tak ada pulak ada, dulu ada uar-uar
berita mengatakan nak masukkan lelaki, pelbagai bangsa
dan sebagainya. Tapi tak diterima la alumni. Alumni
bertekad juga mesti perempuan melayu. Ha tu yang masih
lagi tu. Selain daripada tu la, bagus la. 80 tahun masih
mantap lagi la. Dulu ada satu tahun tu, diminta pindah.
Kawasan ni, nak dijual kepada swasta, kerajaan nak ambil.
Jadi dia bagi satu kawasan sama luas ataupun lebih luas
lagi di Bukit Katil. Tapi tak jadi. Ada juga maktab yang dah
tutup, tapi kita tak tutup la. Mohd Khalid di Johor Bahru
tutup, Kuantan tutup. Kuantan dulu ada 2. Tutup 1, yang
satu tu pindah ke Kuala Lipis. Kawasannya kerajaan ambil
bangunkan. Macam ni kan (merujuk kepada kawasan
kampus ipg), tengah bandar, dia nak pindahkan. Tanah
kerajaan tu daripada JKR sana sampailah ke sini. Ni semua
tanah kerajaan. Kerajaan boleh jual bila-bila. Tu sekolah-
sekolah boleh pindah-pindahkan la. Jadi pada masa tu nak
pindahkan ke Bukit Katil tak jadi, oleh kerana alumni tu
masih kuat. Kemudian yang lebih mantapkan tu, dalam
tahun 2010 ke apa, kawasan ni jadi warisan, tapak warisan
sebab bangunan-bangunan lama kan, terutamanya sekali
asrama lama tu, digazetkan jadi harta warisan dan dibina
dalam tahun berapa tu 50 lebih, 30 lebih, 39. Dulu kayu,
batu tu. Yang tu bangunan muzium tu tahun 50 rasanya,
ehh 42 ke apa macam tu la sebelum perang la. Lama dah.
Tapi saya tak ingat la tarikh yang tepat. Tapi tu bangunan
lama dah digazetkan, tak boleh la dibuat sebarang
perubahan pada struktur fizikalnya. Tu la dia. Tu mantap la
sebab dah lama da. Yang lain ni dah banyak berubah.
Dewan ni, bahagian sebelah sini ni, Sekolah Tun Fatimah.
Dulu Sekolah Tun Fatimah yang di Johor Bahru tu, dia sini
(menunding ke arah bangunan belakang DTF), maktab
sana (menunding ke arah asrama lama). Jadi dia kena
keluar di Johor Bahru, tinggal la ni. Jadi maktab ambil.
Bahagian ni dulu, kawasan kokurikulum dulu (menunding
kearah bangunan-bangunan baru serta anjung hikmah),
hutan-hutan ada, sampailah ke asrama sana. Hutan, dan
apa ni kemudian ditambah bahagian tu dulu, dulu staff
rumah kecik la, tak ramai. Di bawah pokok kayu sebelah
sana, anjung apa, makmur agaknya dipanggilnya dulu. Tak
ingat. Pengetuanya di situ la. Jadi da banyak la berubah.
Padang ni pon da senget macam ni. Dulu padang straight.
Kalau tengok dalam video tape saya tu, yang saya ambil
gambar pembangunan tu, banyak la. Saya banyak ambil
gambar. Gambar bangunan lama dulu. Kalau tengok dalam
video tape tu ada. Pada ICT kan, saya dah bagi. Pada saya
dah tak ada lagi dah. Kat facebook saya ada la kalau nak
tengok, kalau nak ambil video lama tu. Itulah dia, saya rasa
lama tahan lagi ni lebih daripada 80 tahun lagi akan datang.
Terpulang kepada studentnya lah dan polisi-polisi kerajaan.
Okay.
Seterusnya, apa pendapat Kurikulum mantap, saya amat bersetuju dengan aaa. Dulu
tuan mengenai dua tahun, masa saya masuk dulu sijil. Seorang graduan tu
perkembangan kurikulum dia bagi sijil perguruan. Macam saya lah. Dua tahun tamat
yang digunakan untuk pengajian, sijil. Mengajar lah. Saya dulu mengajar sekolah
membentuk dan melatih PPAR dipanggil lebih pada darjah 4, 5, 6, awal remaja ea.
guru-guru di bawah IPG ni? Tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3. Tu saya punya sijil.
Saya boleh mengajar English sampai Form 3. Sijil tu 2
tahun, kemudian ehh ye la 2 tahun. Praktikumnya tahun
kedua. First year tu tak ada praktikum. Praktikal 2 minggu
ada lah. Dipanggil ROS, rancangan orientasi sekolah. Pergi
la sekolah, tengoklah sekolah dan sebagainya. Kemudian,
hujung semester 2 tu, akhirnya tu baru la dia pergi sekolah.
Dah cukup ilmu tu dia hantar sekolah. Tapi sekarang ni
lebih mantap la. Lima tahun dia bagi degree aaaa
berdasarkan kurikulum yang mengeluarkan ijazah. Pelajar
ada praktikum setiap semester rasanya. Pergi ke sekolah
setiap semester, bukan praktikum ea. Dia pergi sekolah.
Dia ada persediaan satu tahun, sebelum ni 2 tahun, satu
setengah tahun. Sekarang ni dipendekkan. Jadi satu tahun,
dipendekkan kerana feedback daripada pensyarah juga
lah. Separuh tu macam bahasa Inggeris dulu tak perlu
belajar literature masa foundation sebab bila dia ambil
degree tu dia belajar ni jugak, literature. Kemudian aaaa
lebih mantap lagi, banyak masa dihabiskan di sekolah.
Setiap semester dia ada 4 minggu, dia ada 8 minggu, lepas
tu 12 minggu. Dan kemudian, lama-kelamaan para pelatih
tu dia sesuai dengan keadaan di sekolah. This is
something that you will be doing for the next 20 years, 25
years and you must know. Lama lagi, sampai umur 60 nak
mengajar kan?. Jadi dia lebih mantap la. Yang kurang
menariknya tentang kokurikulum. Kokurikulum dah tak ada
lagi. Dulu kokurikulum tu dia ajar satu unit beruniform, dia
setiap semester tu panjang, lama dia belajar. Kalau dia
belajar ping pong tu, satu semester tu dia belajar ping
pong. Lepas ping pomng, satu gelanggang, satu padang.
Lepas padang lak, dia pilih la hoki ke, netball ke. Satu
semester tu dia belajar sampailah ujian. Ujian, ujian. Next
semester tu dia belajar unit beruniform pulak, kelab ke,
persatuan ke. So sekarang ni dah tak ada lagi. Sekarang ni
dah tak macam tu lagi. Kokurikulum pon dah jadi satu
jabatan. Dulu unit kecik ea. Dan aaa tapi sijil-sijil yang
diberikan kepada pelajar, masih macam dulu juga la. Sijil
olahraga tu kan, pembantu olahraga. Tiap-tiap tahun ada.
Kita layak la, student layak menjadi pegawai olahraga
mssm dan sebagainya. Nak menyediakan student tu kan.
Tesl lebih lama belajar, kefasihan lebih baik.
Kokurikulumnya bila dah keluar degree tu, bila IPGM
mendapat kebenaran untuk menganugerahkan ijazah,
kemasukkan, syarat-syarat kemasukan lebih tinggi.
Sekarang ni dah tinggal berapa ea, 5A ke apa. Ramai la
pelajar yang lebih daripada 5A pergi, datang temuduga dan
sebagainya. Macam awak kan, 7, 8A? (tertawa). Dulu masa
zaman saya 5 kredit. Masa dulu lain la, tahun 70-an punya
silibus kan. Tahun 78 masuk, 79, 80 dah mengajar. Itu lain,
tu sijil. Sekarang, oleh kerana nak ijazah, jadi pelajarnya
lebih aaa kelulusan akademiknya lebih tinggi dan baik.
Cuma nak betulkan sikap la. Saya nak jadi guru, kalau nak
jadi guru mesti macam ni. Jadi selama 5 tahun tu,
kebanyakkan diajar dan membentuk seorang pelajar tu
bagaimana nak menjadi seorang guru. Kalau akademik ni,
kita belajar, kita hafal, kita buat kerja kursus, pas la. Cuma
nak betulkan passionnya tu, dia punya minat, nak
tambahkan lagi dia punya behaviour dan sebagainya. Lain
ada lagi?. Tu la, betul la dia tentang kurikulum.
Ni yang terakhir la. Hasrat Hasrat saya, ha yelah, saya nampak IPGM ni, ipg kita ni,
dan harapan tuan terhadap kampus Perempuan Melayu Melaka ni kena berpegang
IPGK PM sendiri pada dia punya niche dia la. Kalau niche dia tentang
terutamanya untuk pendidikan khas, jadi kena mantapkan pendidikan khas la.
meletakkan nama IPG SEMEO ada sini, boleh gunakan SEMEO, fasilitinya,
sebaris dengan nama-nama peruntukannya, kepakaran SEMEO ada. Jadi, kalau itu
IPG-IPG yang lain? boleh dimantapkan dengan pengambilan setiap tahun
dalam pendidikan khas atau pemulihan yang banyak, lebih
banyak, lama-lama maktab ni akan terkenal la dengan
nama satu maktab yang boleh mengeluarkan guru-guru
pendidikan khas yang terbaik la. Macam IPIK dulu dia
sukan dan muzik. Semua pelajar yang mengambil muzik,
hantar situ. Sukan situ. Apa lagi, kalau Terengganu pun
sukan. Kalau Johor apa?. Ha macam tu lah. Jadi kalau
kekalkan niche tu ada, mintak peruntukan tentang
pendidikan khas dan pemulihan dan awal kanak-kanak,
dapat la. Sebab kita dah ada SEMEO di sini kan, SEMEO
SAN apa tu special education needs. Kita boleh gunakan.
So saya nampak lama la, boleh lama lagi ni. Besok awak
tua datang balik, saya tak ada la (ketawa). Pensyarahnya
ramai yang dah phd holder dah ramai tak macam zaman
saya dulu. Master’s holder dia pun ramai. So saya dulu
datang, orang lain tak ada master’s, saya, dua tiga orang
ada master’s kan. Tu tahun 90-an. Sekarang ni ramai da.
Pensyarah yang tak ada second degree pon da tak ada
dah. Sampai habis, tamat, pencen. Dia tak ambil pensyarah
yang tak ada master’s. Sejak tahun bila tah, saya pon tak
ingat. Itulah yang saya nampak. Pensyarah yang lebih
berpengetahuan dan lebih tinggi qualificationnya,
kelulusannya akan membawa kepada yang komited juga
lah. Tak boleh la pilih orang pandai je tapi tak komited, dia
kena tahu. Tapi sekarang dah ada latihan untuk pensyarah
baru. Dia ada mentornya. Macam ada pensyarah baru dulu
masuk, saya mentor pada salah seorang masa tu, jaga,
jabatan tengok, pergi observe dalam kelas dia, mengajar
macam mana, bincang. Tu je la. Cuma aaa gred dan
tangga gaji sama dengan sekolah. Itu je kena betulkan.
Kalau kita belajar di sini, mengeluarkan pelajar yang ada
degree, sama dengan sekolah grednya. Saya dengan kalau
isteri saya dulu mengajar di sekolah, sama gaji, sama gred.
Di sekolah mengeluarkan sijil je, sijil SPM. Maktab ni dah
keluar ijazah tapi tak sama dengan universiti, IPT. Patutnya
sama dengan IPT dan sekolah tu lebih rendah. Tapi tak dia
sama. Sama dari segi gaji la dan keperluan dan
kemudahan lain. Itu je, tapi saya tengok pensyarah ni lebih
gigih la. Walaupun gaji sama dengan sekolah, sekolah
lebih senang, balik ngajar, habis sekolah balik, pensyarah
ni sampai pukul 5. Kena datang, kena hadir. Pukul 5 kang
dia clockout. Cuti je sama, itu je. Cuma masanya lebih,
tanggungjawabnya lebih, sekolah tak ada ISO, adalah
prosedur-prosedur yang pening-pening tu. Banyak la yang
pening-pening, strict sikit daripada sekolah. Tapi
peruntukannya sama dengan tu. Dia tak macam universiti
kan. Universiti gred lain, elaunnya lain, jadi seorang
pensyarah tu di universiti ipta lebih tinggi pendapatannya
daripada pensyarah sini. Tapi oleh kerana gigih dan puas
hati, ada la stay, ada yang dah pindah ke ipta. Yang ada
Phd dulu, masuk-masuk dulu, pindah. Tak puas hati kan.
Saya tak ada Phd tapi bawah saya ada 2 orang doktor kan,
gaji saya tinggi lagi daripada dia orang. Dia orang ada Phd.
Takut tak puas hati, mungkin kerana tak puas hati, dia
pindah la pensyarah ni. Ada pensyarah di maktab lain yang
dah pindah-pindah. Dipanggil braindrain la kalau kita kira.
Rugilah kita latih, kemudian dia pindah. Universiti yang
untung. Jadi kalau nak jaga, nak kekalkan pensyarah di
sini, bagilah dia gaji yang setimpal atau elaun bagi yang
ada Phd, kelulusan yang lebih tinggi. Tapi kita ni tak, cikgu
sekolah awak, sekolah menengah sama lah dengan Dr
Shahril itu. Dr Shahril punya gaji tah-tah rendah lagi
daripada tu. Kemudian elaun, kalau jadi ketua jabatan sini
tak ada elaun, kuasa besar. Tak macam GPK kan, GPK
Koku ke ada elaun, GPK 1 ada elaun, dia tak macam
sekolah. Saya menguruskan 10 tahun, sekarang 14 orang
pensyarah di bawah saya, tak ada elaun dia bagi. Tapi urus
jelah. Bekerjakan, berkhidmat untuk negara. Ramai la
macam ni. Separuh macam pengajian melayu tu lagi ramai,
atau jabatan pendidikan lagi ramai pensyarahnya yang ada
Phd, ada yang aaaa. Itulah, ada pengetua dan pengarah
kita sama gred, gred DG54. Sama dengan pengetua
Sekolah Sharifah Rodziah. Padahal belanja dia
menguruskan perbelanjaan berjuta-juta ringgit. Sekolah tu
tak sampai 1 juta pon. Sini kita ada akauntan, sekolah tak
ada. Jadi gred tu tak setimpal. Yang mengajar sini cuma
semangat je kuat. Tu yang semangat tu baik. Semangat
nak mendidik, nak mengajar, nak tengok awak lulus, nak
tengok jadi guru yang baik kan. Walaupun gaji sama
dengan sekolah masih lagi ramai pensyarah yang don’t
think about the pay la. Saya selalu cakap dengan
pensyarah, “don’t think about the pay. Kita ni fleksibel
kadang-kadang, tak macam sekolah”. Itu jelah lebihnya.
Kalau kita mengajar waktu cuti, pensyarah dibayar 200
ringgit sejam. Sekolah, kalau dia mengajar waktu cuti, tak
ada la dia bayar kan. Tapi cutinya sama, kan. Banyak lah
kebaikan dan keburukan dia boleh win sesama sendiri. Sini
lebih rilek la. Kawasan besar, prasarana banyak, tak
macam sekolah kan, budak-budak banyak macam
masalah, sini tak adalah, sini anak dara ramai-ramai, lawa-
lawa, tak ada masalah. Okay, tu saja yang saya boleh
share. Lain tak ada lagi lah. Ada apa soalan lagi?.
Sedikit sahaja sebelum Dulu ada lagi pensyarah-pensyarah yang lebih senior
saya habiskan kita punya daripada saya kan. Tapi saya tak tahu mana dia orang
temubual ni, nak tanya simpan. Maksud awak tadi macam mana?
pendapat tuan mengenai
sejarah lisan. Ada penting
dia tak? Kepentingan
sejarah lisan. Kiranya
macam ni lah salah satu
proses sejarah lisan, kena
rakam tokoh-tokoh punya
Pendapat tuan mengenai Ouhh ini kalau dijadikan, ditayangkan atau dibuatkan
kepentingan sejarah lisan? sebagai satu apa ni dan dengar sama-sama di dalam kelas,
boleh. Perbandingan kan. Cuba kita dengar apa pendapat
dia, apa jenis orang ni. Kita boleh nilai la. Tuan Haji
Marzuki ni apa jenisnya. Cuba kita dengar. Seronok tak dia
masa dia 21 tahun disini. Apa kerja dia, banyak tak
masalah dia. Haa macam tu lah. Jadi kita boleh analisis la
temuduga-temuduga ni, temubual ni, kita boleh analisis.
Lain tak ada lah. Okay, terima kasih.
Akhir kata saya ingin Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Terima
kasih.
mengucapkan terima kasih
kembali kepada Tuan Haji
Marzuki kerana sudi
meluangkan masa dan
waktu pada petang ini.
Sekian, terima kasih.
PENULISAN SEJARAH LISAN BERKAITAN MANTAN PENSYARAH IPGK PM,
TUAN HAJI MARZUKI BIN MAULUD.

1.O LATAR BELAKANG TOKOH

Encik Mohd Marzuki bin Maulud merupakan mantan pensyarah di Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM). Beliau yang berusia 58 tahun kini
dilahirkan pada 18 Jun 1958. Merupakan anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan dan
beliau ialah anak bongsu daripada 9 orang adik beradik. Ayah Tuan Haji Marzuki merupakan
bekas tentera manakala ibunya seorang suri rumah tangga. Dikurniakan 4 orang cahaya
mata hasil perkahwinan bersama Puan Lila Kasim, seorang guru sekolah menengah. Beliau
mula berkhidmat menabur jasa di IPGK PM pada tanggal November, 1994. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Cator Avenue Ipoh, Perak pada tahun 1965 dan
seterusnya melanjutkan pelajaran diperingkat sekolah menengah pada tahun 1971 di
Sekolah Menengah King George ke IV, Seremban. Selepas tamat Tingkatan 6, beliau
menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Bahasa dalam jurusan Pengajian Inggeris
dan Ilmu Alam (PIIA). Setelah beberapa tahun menamatkan pengajiannya di maktab, Tuan
Haji Marzuki berpeluang menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tingggi di
Universiti Essex Colchester, England dalam kursus Applied Linguistic Certificate. Kemudian,
beliau mendapatkan ijazah sarjana muda di Universiti Pertanian Serdang untuk jurusan Tesl
dan akhir sekali, pada November, 1993, beliau mendapatkan ijazah sarjananya di Universiti
Winston, Texas USA dalam jurusan Curriculum & Instruction. Kini, beliau menetap bersama
keluarga tercinta di Kampung Peringgit Melaka.

2.0 SEJARAH PERKHIDMATAN

Sebelum berkhidmat sebagai pensyarah di IPGK PM, Tuan Haji Marzuki pernah
berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Vokasional Kluang, Johor daripada tahun 1981
hingga 1983. Sekolah tersebut merupakan sekolah pertama yang diajarnya setelah tamat
pengajian di Maktab Perguruan Bahasa. Kemudian, pada tahun 1983 sehingga 1985, beliau
berkhidmat di Sekolah Teknik Juasseh, Kuala Pilah yang kini dikenali sebagai kolej teknik.
Selain itu, antara sekolah lain yang pernah menerima perkhidmatan beliau ialah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Segamat dan Sekolah Iskandar Syah, Jasin. Setelah
berkhidmat lama di sekolah menengah, Tuan Haji Marzuki mula mencabar diri pada
peringkat yang lebih tinggi iaitu menjadi pensyarah di IPGK PM selepas mendapatkan
Master’s di Universiti Winston, Texas. Beliau telah melaporkan diri pada November, 1994
dan menamatkan perkhidmatannya sebagai pensyarah Bahasa pada Jun, 2015.

Semasa awal perkhidmatannya di IPPM, Tuan Haji Marzuki telah ditempatkan di unit
Bahasa Inggeris di bawah Jabatan Bahasa. Selaku pensyarah pendidikan, beliau tidak lari
daripada kerja-kerja mengajar, menjaga peperiksaan, menanda kertas, mengubal soalan
dan lain-lain lagi. Antara mata pelajaran yang pernah diajar oleh beliau ialah English
Language, Tesl dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga pernah dilantik menjadi
pegawai maklumat yang bertanggungjawab menguruskan semua maklumat-maklumat
pelajar, pensyarah dan staff IPPM. Kebiasaanya, semasa musim pendaftaran pelajar baru,
beliau dan beberapa orang pelajar akan mengurus dan mengumpulkan maklumat pelajar
baharu dan setelah itu, data tersebut akan dimasukkan ke dalam buku besar atau dipanggil
buku maklumat pelajar. Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi kelab staff dari tahun
2000 sehingga 2004, jurulatih hoki, bola baling, olahraga dan sebagainya. Tuan Haji banyak
melibatkan diri dalam sukan serta mengendalikan pelbagai permainan kerana pada masa
itu, jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) tidak wujud lagi. Justeru, pensyarah
yang mempunyai kepakaran digalakkan menyertai sukan dan permainan yang terdapat
pada masa itu. Selain Tuan Haji Marzuki, pensyarah lain juga giat menceburkan diri dalam
bidang sukan maktab. Antaranya, Encik Abu Bakar Miskon, Mr Teng dan Tuan Haji Zakaria.

Selain daripada itu, beliau pernah dilantik menjadi ketua Jabatan Bahasa selama 10
tahun daripada tahun 2005 sehingga Jun, 2015. Beliau yang menggantikan Puan Ku, mulai
kurang mengajar di dalam kelas sebaliknya terpaksa menguruskan hal-hal luar seperti
mengendalikan kursus-kursus, terlibat dengan temuduga dan dipanggil sebagai panel untuk
penulisan buku teks sekolah. Beliau hanya mengajar selama 2 jam dalam tempoh satu
minggu. Tambahan lagi, selaku ketua jabatan, beliau tidak lari daripada tugas memilih
pensyarah untuk menghadiri sebarang kursus atau program yang diadakan setelah
mendapat surat atau faks daripada pihak yang berkenaan. Menurut beliau, perkara itu
adalah yang paling sukar kerana kebanyakkan pensyarah tidak mahu meninggalkan kelas
kerana akan menjejaskan credit hour kursus mereka. Selain daripada aktif menguruskan
Jabatan Bahasa, beliau juga pernah menjadi penyelaras Twinning Program UIA-IPPM pada
tahun 1999. Menurut beliau, seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda keluaran UIA
(Universiti Islam Antarabangsa) terlibat dalam program tersebut. Pelajar-pelajar tersebut
meneruskan pengajian asasi di IPPM, kemudian menyambung tahun pertama, kedua dan
ketiga di UIA manakala kembali ke IPPM pada tahun keempat untuk meneruskan praktikum
dan sebagainya.
Dalam pada itu, program lain yang pernah dikendalikan oleh beliau ialah Kursus
Kokurikulum Tesl, menulis buku teks darjah 5 iaitu buku teks Bahasa Inggeris, buku teks
Matematik dalam Bahasa Inggeris dan sebagainya yang diguna pakai oleh murid 1 Malaysia
sehingga tahun 2011. Beliau telah berjaya menghasilkan hampir 7 sehingga 8 buah buku
untuk sekolah rendah bersama dengan rakan-rakan panel yang lain. Disamping itu, Tuan
Haji Marzuki turut terkenal sebagai pengerusi kelab staff. Beliau bukan sahaja aktif dalam
bidang akademik malah bidang kokurikulum juga. Buktinya, beliau pernah mengetuai
kontinjen pasukan kelab staff ke pertandingan sukan kelab staff di Kuantan, Kangar dan
akhir sekali di Batu Pahat. Di Batu Pahat, pasukan bola jaring dan badminton beregu telah
berjaya merangkul gelaran juara dan IPPM berjaya mendapat tempat kedua dalam acara
keseluruhan. Tuan Haji Marzuki juga telah menyumbang dalam acara bola sepak bersama
rakan-rakannya yang lain. Dalam pada masa yang sama, beliau turut bermain permainan
hoki, badminton dan sebagainya. Beliau sentiasa memastikan anak buahnya berlatih pada
waktu petang di padang IPPM. Malah ketika mempunyai kelapangan, beliau akan
merancang perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukannya dan untuk maktab.
Beliau tidak mudah berputus asa dan sentiasa gigih dalam menguruskan kelab staff yang
dikendalikannya.

3.0 CABARAN SEPANJANG PERKHIDMATAN

Sepanjang berkhidmat di IPPM, kerjaya Tuan Haji Marzuki tidak pernah lekang dari
cabaran sehinggalah beliau bersara pada tahun 2015. Bermula dari hari beliau mula
berkhidmat di ipg, beliau telah menghadapi cabaran apabila beliau merupakan pensyarah
junior dalam Jabatan Bahasa. Hal ini kerana, setelah 10 tahun berlalu, masih tiada lagi
pensyarah baru dan muda yang masuk ke jabatan tersebut. Hal ini menyebabkan, Tuan Haji
Marzuki merupakan pensyarah paling muda di Jabatan Bahasa pada usia 36 tahun
berbanding pensyarah lain yang sudah boleh digelar pensyarah veteran di jabatan tersebut.
Dalam masa yang sama, disebabkan pada ketika itu beliau mempunyai kelayakkan di
peringkat master’s dalam jurusan Tesl, maka beliau telah dilantik menjadi ketua Jabatan
Bahasa oleh pengarah. Pengarah pada masa itu merasakan beliau boleh mengendali dan
mempunyai kelayakkan untuk menguruskan Jabatan Bahasa. Oleh itu, apabila sudah
dilantik, beliau menghadapi cabaran dalam mengawal orang bawahannya yang lebih
berpengalaman, lebih lama berkhidmat di IPGK PM, lebih tinggi gajinya dan lebih senior.
Menurut beliau, walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi, namun pengalaman
memainkan peranan kerana beliau pada ketika itu tidak mempunyai latihan untuk
menguruskan jabatan. Justeru, beliau mengambil masa untuk mendapatkan kepercayaan
dan keyakinan pensyarah-pensyarah di bawahnya.

Tambahan lagi, beliau juga menghadapi cabaran sewaktu mengendalikan kelab


staff. Kelab staff terdiri daripada pekerja-pekerja dan pensyarah-pensyarah maktab.
Sepanjang mengendalikan kelab tersebut, bermacam-macam pengalaman yang beliau
peroleh. Menurut beliau, pekerja dan pensyarah di IPGK PM, kesemuanya mempunyai idea
dan cadangan yang banyak. Justeru, apabila sesuatu keputusan telah diputuskan di dalam
mesyuarat, pasti akan ada cakap-cakap belakang antara ahli kelab. Itulah cabaran yang
perlu dihadapinya sepanjang mengendalikan kelab tersebut. Namun, beliau bersyukur
kerana ahli kelab tersebut ramai yang masih menghormati dan memberi kerjasama kepada
beliau selaku pengerusi kelab. Bagi beliau, kerjasama itu penting dalam mengendalikan apa
jua masalah dalam pentadbiran. Tambahan lagi, sehingga kini, beliau masih berpegang
teguh pada prinsipnya iaitu beliau tidak boleh menyelesaikan semua masalah. Contohnya
selaku ketua jabatan, beliau tidak boleh menyelesaikan masalah 14 orang dibawahnya.
Justeru, beliau mengambil pendekatan menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan
bersama-sama melalui perbincangan.

4.0 PANDANGAN TOKOH BERKAITAN IPGK PEREMPUAN MELAYU.

Tuan Haji Marzuki berpandangan bahawa persatuan alumni IPGK PM yang terdiri
daripada alumni, bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas Yang Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar untuk setiap batch memainkan peranan yang sangat besar. Merekalah
yang bekerjasama mengekalkan maktab daripada sebarang agenda kerajaan. Menurut
beliau, persatuan alumni ini akan pergi berjumpa menteri pendidikan untuk mengekalkan
kreadibiliti IPGK PM. Malah, jika dibandingkan dengan ipg lain dari segi pengambilan
pelajar, sehingga kini Ipg Perempuan Melayu masih lagi mengekalkan pengambilan untuk
perempuan melayu sahaja. Semua ini adalah hasil perjuangan dan pendirian yang kukuh
persatuan alumni Ipg Perempuan Melayu yang berani mempertahankan maktab ini. Selain
daripada itu, dari sudut pengurusan maktab juga bertambah mantap. Menurut beliau,
dengan adanya ISO, SOP (Standard Operation Procedure) dan sebagainya, guru-guru lebih
professional dalam menjalankan tugas mereka. Malah, sistem yang baru diperkenalkan juga
membantu guru-guru mengajar dengan menguruskan kelas dengan lebih baik.

Tuah Haji Marzuki juga turut menambah bahawa, suatu ketika dulu Ipg Perempuan
Melayu pernah diarahkan pindah oleh kerajaan ke kawasan yang lebih luas di Bukit Katil,
Melaka. Namun, atas bantahan daripada pelbagai pihak termasuklah persatuan alumni,
hasrat tersebut dibatalkan. Beliau juga berkongsi cerita bahawa sebelum ini terdapat
beberapa buah ipg yang terpaksa ditutup dan dipindahkan ke tempat lain kerana tapak
kawasan tersebut telah diambil oleh kerajaan negeri. Antaranya maktab di Kuantan, Pahang
dan di Johor. Tambah beliau lagi, dalam tahun 2010, bangunan-bangunan lama IPG
Perempuan Melayu seperti bangunan muzium maktab dan asrama lama para pelajar telah
digazetkan dan dijadikan tapak warisan kerana telah dibina beberapa puluh tahun yang lalu.
Oleh itu, sebarang perubahan pada infrastruktur dan bangunan tersebut adalah dilarang
sama sekali. Akhir sekali, beliau berpendapat bahawa maktab ini masih mampu
mengekalkan legasinya untuk 80 tahun yang akan datang bergantung kepada pelajar dan
polisi-polisi kerajaan.

5.0 HARAPAN TOKOH

Di penghujung sesi temubual dengan Tuan Haji Marzuki, beliau telah menyampaikan
hasratnya agar Ipg Perempuan Melayu tetap berpegang pada kelebihan yang ada pada Ipg
Melaka iaitu pendidikan khas. Sekiranya Jabatan Pendidikan Khas Ipg Perempuan Melayu
menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan SEMEO SAN (Special Education
Needs) serta segala kepakaran yang ada pada SEMEO, maka maktab ini akan terkenal
dengan nama satu maktab yang boleh melahirkan guru-guru pendidikan khas yang terbaik.
Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa tiada perbezaan antara tangga gaji seorang
pensyarah maktab dengan guru sekolah menengah walaupun pensyarah maktab
mengeluarkan pelajar yang berkelulusan ijazah manakala sekolah hanya mengeluarkan sijil.
Justeru beliau berharap agar kerajaan mengambil perhatian akan perkara-perkara seperti ini
agar pensyarah yang mempunyai kelulusan pendidikan yang lebih tinggi dihargai dengan
sewajarnya. Sebelum beliau mengakhiri perkongsian beliau, beliau telah menjelaskan
bahawa, pensyarah-pensyarah yang masih setia berkhidmat di Ipg Perempuan Melayu
adalah kerana semangat yang kuat dan gigih untuk mendidik, mengajar dan ingin melihat
guru pelatih berjaya dengan cemerlangnya. Walaupun masih ramai pensyarah di Ipg
Perempuan Melayu yang mempunyai kelayakan tinggi dalam pendidikan namun, mereka
masih memilih untuk terus berkhidmat di sini. Berkhidmat untuk negara.
TUGASAN 2:
(Pembentangan)
RUJUKAN

Orang Sumber

Nadzan haron. (2012). Panduan Penyelidikan & Pendokumentasian Sejarah Lisan. Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

You might also like