You are on page 1of 5

Transkripsi Temubual

Guru pelatih : Assalamualaikum wrt Cikgu.


Guru Waalaikumussalam wrt. Ya.
pentadbir :
Guru pelatih : Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu
kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk
mendapatkan serba sedikit maklumat dan pandangan peribadi cikgu
berkaitan amalan profesionalisme guru dan isu pelanggaran etika yang
pernah berlaku di sepanjang perkhidmatan cikgu di sekolah. Sebagai
makluman cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam
adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini.
Guru pelatih : Cikgu telah menjadi salah seorang pentadbir sekolah dalam tempoh masa
yang sudah lama. Boleh cikgu ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu dari
segi pengurusan dan pentadbiran di sekolah?
Guru Okey, mula-mula saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Aiman dan Cikgu
pentadbir : Elora kerana memberi kesempatan kepada saya untuk ditemuramah. Untuk
makluman, sekolah ini Guru Besar merupakan Puan Robiah, dan Puan
Azura tidak berada di kawasan sekolah kerana menghadiri taklimat TS25.
Jadi saya terpanggil untuk menyahut cabaran cikgu untuk diinterview.
Walaupun saya berkhidmat sebagai GPK HEM, jadi pengalaman saya
sebagai pentadbir sekolah ini dikira tak berapa lamalah. Bermula daripada
2016 sebagai GPK KOKO Sehingga Mac 2018, sehinggalah saya lebih
kepada bahagian sukan. Dan segala yang berkaitan adalah di bawah saya,
saya akan handle PAJSK dan sebagainya. Pada Mac 2018, saya berpindah
ke sekolah ini dilantik sebagai GPK HEM sehinggalah sekarang. Di sini saya
diberi tugasan yang terbahagi kepada tiga, iaitu membangunkan sahsiah
murid, daripada segi disiplin, slot pendedahan berkaitan jenayah, dan kita
juga memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling untuk mengatasi
masalah sahsiah diri murid. Selain itu, bahagian pembangunan
kesejahteraan murid, di mana kita hendak membantu murid ini dari segi
kebajikan, bantuan-bantuan seperti KWAMP, N9 Bus, BAP (Bantuan Awal
Persekolahan), pengurusan kantin, buku teks SPBT dan 3K. Dan yang
terakhir sekali bahagian pengurusan murid seperti kehadiran tidak pakai
register lagi dah, sekarang perlu dilakukan secara online. Di mana saya
perlu memastikan semua guru kelas telah mengisi online. Kerana data akan
terus sampai kepada pihak KPM. Itulah serba sedikit tentang saya di
bahagian pentadbiran saya.
Guru pelatih : Temubual hari ini adalah mengenai amalan profesionalisme guru. Mengikut
pandangan cikgu, apakah maksud amalan profesionalisme guru?
Guru Pertama sekali, bagi saya amalan profesionalisme guru ini ingin membentuk
pentadbir : insan manusia yang sempurna dari segi tingkah laku, sahsiah dan pemikiran
hendaklah yang terbaik. Kita hendak membina insan yang seimbang dari
segi sahsiah, pemikiran dan pertuturannya, juga seimbang dari aspek
akademik dan kokurikulumnya. Jadi dalam membentuk kemenjadian diri
murid, contohnya kehadiran dan kelakuan diri murid. Murid menghisap vape,
di mana kemenjadian murid ini perlu dibentuk. Di sinilah tugas kita untuk
membaik pulih murid tersebut bersama bimbingan dan kaunseling untuk
menghindar gejala-gejala sosial yang tidak diingini. Macam PPD hendak
95% kehadiran ke sekolah. Jadi ini merupakan peranan sayalah untuk
menarik murid-murid ini datang ke sekolah dan memikirkan invertensi di
sekolah. Jadi telah diadakan Program Ziarah Cakna, di mana kami akan
pergi ke rumah murid yang sering tidak hadir ke sekolah untuk berjumoa
dengan ibu bapa dan penjaga apa alasan tidak hadir ke sekolah. Contohnya,
kalau alasan kerana kemiskinan, masalah transport, kalau boleh
diselesaikan akan kami selesaikan. Yang tak boleh dibantu, mungkin boleh
dirujuk kepada ADUN, MPKK atau PIBG sekolah. Tanggungjawab kita juga
untuk mendidik murid kita menjadi dedikasi. Tahu tentang tanggungjawab
dan matlamat datang ke sekolah. Jadi pendapat saya, seorang guru yang
berprofesionalisme ini perlulah ada ciri-ciri kecindan dan memahami
masalah murid. Sifat-sifat inilah yang perlu ada dalam diri seorang guru.
Itulah serba sedikit tentang profesionalisme guru.
Guru pelatih : Adakah amalan profesionalisme ini perlu diambil kira dan diamalkan oleh
setiap orang yang bergelar guru?
Guru Ya, itu sudah semestinya, kerana untuk menjadi guru kita perlu ada sikap-
pentadbir : sikap yang baik dan positif dan jujur. Bila kita tak jujur, kemenjadian murid
mestilah tidak menjadi. Pertama sekali kita hendaklah jujur dengan
tanggungjawab kita sebagai guru. Contohnya, punch card. Kita mestilah
bersikap jujur. Kita tidak boleh meminta kawan kita untuk menolong punch
card kita. Risiko yang berlaku akan ditanggung oleh cikgu yang tolong punch
card dan pihak sekolah. Seterusnya amanah, amanah dalam kewangan.
Cikgu dilantik sebagai bendahari PIBG. Kalau kita berlaku tidak jujur , akan
berlaku masalah contohnya duitnya lesap dan sebagainya kan? Kita
hendaklah amanah kepada diri kita dan organisasi kita. Seterusnya, kita
hendaklah prihatin dengan keperluan diri murid. Contohnya, kita sebagai
guru hendaklah prihatin dengan masalah murid. Kita hendaklah mengajar
murid ini tanpa mengira bangsa. Kita tidak boleh menidakkan hak bangsa
lain, agama-agama lain. Contohnya di sekolah ini, ada murid beragama
Islam, Melayu.. India. Kita tidak menidakkan hak-hak murid ini, dan
memberikan pengajaran secara sama rata kepada mereka.
Guru pelatih : Boleh cikgu ceritakan serba sedikit contoh perlakuan dan aktiviti yang
dilaksanakan oleh cikgu yang mengamalkan amalan profesionalisme
keguruan di sekolah ini?
Guru Sebenarnya senang je. Ada satu contoh, sebelum ni kita ada mesyuarat
pentadbir : agung PIBG kan. Sebagai seorang GPK HEM, mesyuarat tu di bawah saya.
So saya akan pastikan mesyuarat akan berjalan dengan lancar. Macam
mana saya nk pastikan mesyuarat agung ni lancar pertamanya saya sendiri
akan pastikan tepat pada waktunya kita datang. Kalau pukul 1.45 mula
pendaftaran takkan 1.45 baru datang kan. Datang awal, sebelum tu lagi. Jadi
cikgu-cikgu ni akan tengoklah. Kita punya pihak pentadbiran dtg awl. Lepas
tu tugas-tugas yang diberi, sebelum kita adakan mesyuarat agung PIBG kita
akan ada taklimat, kita akan pastikan mereka buat, bahagian ni macam
mana, kita tanya dia. Kita make sure benda-benda akan berjalan lancar pada
hari kejadian. Lepas tu kita akan bersikap baik, budi bahasa, parents ramai
datang kan jadi secara tak langsung kita dah dekat dengan masyarakat
sekeliling kita. Kita menyambut kedatangan mereka, ada dua hala antara
sekolah dan ibu bapa. Kemudian contohnya ciri-ciri berpakaian, mestilah
pakai proper, takkan pakai selipar atau tracksuit je. Itulah yang
mencerminkan kita tadi sebagai guru yang cemerlang lah di kaca mata mak
bapak tadi. Itu dalam contoh bagi mesyuarat PIBG.
Guru pelatih : Secara umumnya, mengikut pengalaman cikgu, apakah antara isu-isu
pelanggaran etika dan perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru?
Guru Ok, contoh macam isu pelanggaran etika, macam yang saya cakap tadi yang
pentadbir : tidak amanah. Jadi melibatkan organisasi itu tak dapat berjalan dengan
lancar dan bila dah berlaku macam tu kita akan memandang negatif kepada
cikgu tu. Jadi organisasi tu tak dapat membangun dengan baik nya dan
cikgu ni mungkin akan tersisih la dengan kawan-kawannya. Kita tak nak la
macam tu. Itulah bahayanya pelanggaran etika tu. Jadi sebagai seorang
guru, kita dah dididik dalam maktab lagi dengan kod etikanya jadi bawalah ia
sampai ke alam realiti alam persekolahan.
Guru pelatih : Pada tahun 2014, satu kes telah berlaku di Port Dickson telah membaling
kasut kepada seorang murid perempuan tahun 2 sehingga menyebabkan
kecederaan di dahi dan menerima 3 jahitan. Menurut pandangan cikgu,
apakah sikap yang ditonjolkan oleh guru tersebut wajar?
Guru Kalau tanya saya, saya akan cakap tak wajar lah kan. Sebab apa saya kata
pentadbir : tak wajar, sebab di maktab pun kita dah belajar dengan ilmu ni jadi kita
gunakan ilmu ni untuk menangani masalah. Mungkin budak tu ada masalah
kita kena dalami dulu apa masalah budak tu yang menyebabkan kita marah
sampai perlu baling kasut tu kan. Mungkin budak tu tak siap kerja dan cikgu
tu tak tahu kenapa budak tu tak siap kerja. Kita kena dalami. “saya tak siap
kerja kerana saya tolong ibu kat pasar malam”. Kita tak tahu kan budak ini
ada masalah, tolong mak dia di pasar malam. Jadi kita takdelah stres
sangat, hari ni sama, besok pun sama, bila lama-lama pendam asyik orang
yang sama je tak siap kerja sekolah itulah yang jadi baling kasut tu kan, saya
sebut tu contoh. Jadi bila kita tak memahami budak tu, itulah yang akan
macam ni. Jadi sebagai seorang cikgu, sabar itu penting. Sabar dan
bersikap terbuka dengan budak tu tadi. Give and take. Kemudian macam
yang saya cakap tadi, kalua cikgu tu rasa stress. Stres pun kekadang dari
diri sendiri, kadang-kadang dari keluarga dia sndiri. Macam mana dia nak
menangani stress tersebut dia kena faham, jangan terbawa-bawa dalam
kelas. Itu yang penting. Sebab itu la saya cakap tak wajar tadi sebab cikgu
tak pandai mengawasi emosi dia.
Guru pelatih : Berdasarkan kepada situasi tersebut, apakah kesan dan akibat yang berlaku
kepada guru tersebut dalam jangka masa yang panjang?
Guru Pertama, kesan dalam perkhidmatan dia lah. Kalau dah jadi kes polis, of
pentadbir : course kena naik mahkamah. Melibatkan dia punya gaji dan sebagainya kan.
Jadi benda yang tak boleh dibuat kita buat. Itulah yang kata kena sabar
banyak tu kan. Jadi kawan-kawan pun mungkin akan pandang serong
kenapalah buat sampai benjol kepala budak. Lepas tu nanti, secara tak
langsungnya sekolah kita akan terpampang dekat suratkhabar ke, terkeluar
berita ke, PPD, jabatan, KPM semuanya turun ke sekolah. Jadi semuanya
akan jadi wanted la muka. Akan datang melawat dan sebagainya lah kan.
Jadi cikgu-cikgu mungkin akan kurang senang dengan perkara ni. kita sama-
sama bantu, maksudnya jaga kalau tak berlakunya macam ni, kita kena
hadapilah. Cikgu tu sendiri, kalau dikenakan caj, lagi parah.
Guru pelatih : Ok cikgu, tadi saya dapat satu sifat yang penting iaitu jujur, ataupun integriti.
Jadi, untuk menjadi seorang guru yang baik dan professional ni, sifat yang
perlu adalah jujur dari segi tindakan dan emosi, sebagai kesimpulannya,
adakah apa-apa yang cikgu ingin tambah daripada perkara yang bincangkan
tadi?
Guru Kekadangkan, bila kita belajar secara teori ni, bila kita bawa ke sekolah, kita
pentadbir : Nampak real situation kat sekolah. Jadi kat situlah kita kena apply sehabis
baik. Sebab itulah, cikgu-cikgu praktikum akan belajar macam mana nak
bawakkan diri kita, macam mana kita nak kawal emosi kita sebelum cikgu-
cikgu praktikum dibawa ke alam persekolahan yang sebenarnya. Bila kita
dah datang sekolah nanti, barulah kita tahu. Jadi macam saya cakap tadi
sabar, berintegriti, jujur. Yang paling pentingnya adalah sabar. Itulah yang
dapat saya bantu, harapnya dapatlah membantu sedikit sebanyak dalam
menyelesaikan tugasan cikgu di maktab. Semoga cikgu jadi guru yang baik
dan lebih bersemangat untuk membangunkan sekolah. Terima kasih.

You might also like