You are on page 1of 6

Integriti Guru Konsep umum Umumnya perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.

Manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran ( Nillsen 2004 ). Menurut Kamus Dwibahasa DBP, 1985 pula integriti bermaksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. .Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti juga adalah berkait rapat dengan etika. Setiap integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari

Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang

penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004) Maka, tanggungjawab seorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Disamping itu guru juga harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Selain daripada itu, guru yang berintegriti juga akan mempunyai tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam menyelesaikan masalah pelajar. Guru yang berintegriti juga akan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas,amanah dan mempunyai sifat akanmemperolehi didikan yang terbaik. penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar

Isu berkaitan integriti guru . Kebelakangan ini banyak berlaku kes yang melibatkan guru. Jika dulu profesion guru dipandang tinggi namun dengan berlakunya kes-kes salah laku melibatkan guru , masyarakat mula memandang serong terhadap guru. Walaupun hanya sebahagian kecil yang terlibat namun ianya memberikan gambaran buruk pada profesion perguruan keseluruhannya.

Dari artikel yang dipilih, jelas menunjukkan aspek isu kesantunan guru .Guru yang sepatutnya menunjukkan nilai yang sopan dan sabar tidak dapat menahan kemarahan hingga

menyebabkan pelajar itu ditendang hanya oleh kerana kesilapan yang kecil. Yang lebih memburukkan keadaan apabila yang terlibat ini adalah seorang guru besar yang merupakan seorang pentadbir yang sepatutnya menjadi contoh bukan saja kepada guru-guru tetapi juga kepada murid-murid..

Apa yang dapat dilihat

punca kepada masalah ini ialah kurangnya integriti dalam diri guru

tersebut. Iintegriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu, maka apabila seorang guru itu melakukakan perbuatan yang tidak bermoral,maka dia bolehlah diklasifikasikan sebagai seorang yang tidak berintegriti. Masalah ini dapat diatasi andainya guru-guru dapat memainkan peranannya dalam mengamalkan dan menanamkan integriti dalam diri mereka.

Sebagai seorang yang berintegrti, guru seharusnya mempunyai moral yang tinggi. Ini termasuklah mempunyai budi pekerti yang mulia, Guru juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar. Disamping itu guru juga harus jujur dan patuh dalam menjalankan amanah sebagai pendidik yang diharapkan dapat mendidik pelajar ini menjadi generasi yang berguna. Sebagai pemegang amanah, guru haruslah memahami tanggungjawab yang diberi dan menunaikan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.

Guru harus menjadi role model kepada setiap pelajarnya. Bagi guru besar pula, beliau merupakan role model kepada guru-guru dibawahnya serta juga murid-murid. Sebagai role model, guru seharusnya menunjukkan sikap yang mulia. Mempunyai tutur kata yang sopan dan sentiasa menjaga adap dan tingkahlaku. Ini adalah kerana setiap apa yang dilakukan oleh guru akan menjadi contoh kepada anak-anak didiknya.

Guru yang mempunyai integriti juga haruslah mempunyai tahap ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Faktor yang menyebabkan berlaku perlakuan ini adalah kerana guru itu tidak dapat mengawal emosinya dengan baik. Kita sedia maklum bahawa pelajar tersebut melakukan kesalahan kecil dengan tidak menulis jawapan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru. guru tersebut tidak sepatutnya terburu-buru dalam menghukum pelajarnya. Sewajarnya, dia memberi teguran terlebih dahulu kepada pelajar tersebut dan meminta supaya menuliskan jawapan pada kertas soalan seperti yang diminta, sebelum membuat keputusan untuk menghukum. Seorang guru yang berintegriti sewajarnya mempunyai kemahiran mengawal emosi dengan baik .

Guru juga sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan TatasusilaProfesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu sepertiyang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan guru

Guru juga seharusnya sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu pelajar patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Jika guru tersebut menujukkan sikap penyayang dan melayan murid dengan penuh beradap, maka guru ini akan lebih dihormati dan disayangi oleh murid-muridnya.

Guru juga haruslah melaksanakan tugas secara ikhlas . Guru yang ikhlas dalam tugas akan mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas,amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akanmemperolehi didikan yang terbaik.

Guru juga hendaklah sentiasa ingat mengingati sesama mereka supaya menjalankan tugas dengan baik dan amanah serta tidak melanggar tatasusila. Ini penting dalam mengekalkan guruguru yang berkualiti dan berintegriti di sekolah tersebut. Bila guru-guru mempunyai integriti yang tinggi sudah pasti tidak akan berlaku perkara-perkara yang boleh melibatkan salah laku guru dan ini penting dalam memastikan profesion perguruan ini terus dipandang mulia oleh masyarakat.

Kesimpulannya

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan olehseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasidan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988 ) ,Antara peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan

bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku gurumenjadi contoh teladan kepada pelajar .Dengan ini, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah mempunyai integrity yang kukuh supaya tidak berlaku lagi kes-kes yang boleh melanggar etika perguruan. Dan seterusnya menjadikan profesion perguruan ini sebagai suatu profesion yang disanjung tinggi oleh masyarakat.

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan yang diberi walaupun terpaksa menghadapi kekangan-kekangan yang tiba. Bagi melaksanakan tugasan ini saya, dan rakan kumpulan yang lain telah membahagi-bahagikan tugas. Walaupun tinggal berjauhan namun kemudahan teknologi yang ada memudahkan kami untuk berbincang. Kami telah mencari bahan-bahan yang perlu untuk kami membuat tugasan ini. Kami juga telah berbincang untuk memilih isu yang benar-benar sesuai untuk kami ulas dalam tugasan ini. Saya rasa sangat beruntung kerana mempunyai rakan kumpulan yang amat komited dan sentiasa sanggup membantu memberi idea.

Melalui tugasan EDU 3108 ini iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru banyak memberi saya ilmu dan pengetahuan tentang profesion perguruan. Walaupun sudah berada dalam profesion ini buat sekian lama namun saya akui kelemahan saya tidak mengetahui sepenuhnya tentang kepimpinan dan professional guru ini. Melalui tugasan ini ia menjadi satu ulangkaji bagi saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tajuk ini, lebih-lebih lagi tentang integriti dan Kod Etika Perguruan. Ilmu-ilmu ini sangat penting untuk saya memperkebalkan diri terutama dalam zaman yang serba mencabar ini dimana pelajar-pelajar sekarang merupakan pelajar lahir dalam zaman IT. Saya akan pastikan supaya saya sentiasa mempunyai integriti yang kukuh dalam diri saya dan sentiasa menjaga etika perguruan supaya saya dapat terus mempertahankan martabat profesion perguruan ini.

Akhirkata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya iaitu Puan Norul Azmah dan juga Puan Azizah kerana kerjasama yang diberi tanpa berbelah bahagi. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Badrul Hisham kerana memberi ilmu yang tidak ternilai harganya. Semoga jasa baik kalian Allah saja yang membalasnya.

Sekian terima kasih.

Norwati Ahmad KP : 650202-05-5558

You might also like