You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN SELENGKOH

06910 YAN,KEDAH DARUL AMAN

DRAF KERTAS KONSEP


KEJOHANAN MINI BOLA SEPAK TERTUTUP
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN
06910 YAN, KEDAH DARULAMAN

1.0 PENGENALAN

Menyedari akan pentingnya aktiviti kokurikulum kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan


Haji Kassim Jasin dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah ini telah mengambil inisiatif
menganjurkan Kejohanan Mini Bola Sepak Tertutup Peringkat Sekolah Kebangsaan
Haji Kassim Jasin. Penganjuran pertandingan ini bertujuan memberi ruang kepada pihak
sekolah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam pertandingan yang dianjurkan. Malah
ianya akan menjadi satu wadah kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang
berfaedah seperti ini.

Oleh hal demikian, di atas kesedaran ini, penganjuran pertandingan ini bukan sahaja
diharapkan dapat memberi penganjuran sukan kepada jawatankuasa pertandingan, malah
diharap dapat memberi pengalaman dan gambaran yang jelas kepada murid-murid yang
terlibat, untuk menghadapi tugas nanti terutamanya dalam sukan ini.

2.0 RASIONAL

Kejohanan Mini Bola Sepak Tertutup Sekolah Kebangsan Haji Kassim Jasin ini
dianjurkan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta membimbing murid-murid
untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam semua aspek pengelolaan
pertandingan terutamanya pertandingan bola sepak ini. Selain itu juga adalah untuk
mengembangkan semangat dan memupuk minat dalam kalangan murid-murid bukan sahaja
dalam permainan tetapi juga dalam penganjuran aktiviti sukan apabila berada di sekolah
menengah kelak. Dengan adanya pertandingan seperti ini, murid-murid akan mendapat ilmu
dan pengalaman yang bermanfaat untuk diaplikasikan apabila besar nanti.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memenuhi syarat yang terkandung dalam perancangan kokurikulum Sekolah


Kebangsaan Haji Kassim jasin.
3.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran dalam
sukan bola sepak.
3.3 Merapatkan persaudaraan antara murid-murid dan membentuk sahsiah murid-murid.
3.4 Untuk mengaplikasikan segala teori yang dipelajari sewaktu aktiviti kokurikulum
bagi
memberi pengalaman secara langsung kepada murid-murid dalam sukan ini.
3.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif yang berterusan
melaluipenglibatan yang aktif.

4.0 TEMA PROGRAM

"KE ARAH PENCAPAIAN BERSAMA"

5.0 PROGRAM

Program ini dinamakan sebagai Kejohanan Mini Bola Sepak Tertutup Peringkat Sekolah
Kebangsaan Haji Kassim Jasin.

6.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN

Tarikh : 14 Februari 2022


Hari : Isnin
Masa : 8:00 pagi hingga 11:00 pagi
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin

7.0 KUMPULAN SASAR

Pertandingan ini tertutup kepada murid-murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin
Selengkoh, Yan, Kedah Darul Aman.

8.0 ANDAIAN-ANDAIAN HALANGAN YANG MUNGKIN TIMBUL

8.1 Faktor cuaca yang tidak mengizinkan.


8.2 Jumlah peserta yang tidak mencukupi untuk sistem pertandingan.
8.3 Tidak mendapat peruntukan bajet yang mencukupi.

9.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

Senarai penubuhan jawatankuasa seperti dalam LAMPIRAN A


10.0 PENUTUP

Perancangan bagi penganjuran pertandingan ini dilakukan dengan teliti dan rapi
dengan harapan dapat memperlihatkan kejayaan dalam penganjuran acara sukan dan
diharapkan dapat memberi kesan yang positif kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan
sokongan yang diberikan oleh semua pihak amat kami alu-alukan bagi menjayakan lagi
pertandingan ini. Sesungguhnya kejayaan penganjuran ini akan mencerminkan keterampilan
dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan murid-murid yang bakal menjadi anak bangsa
yang berkualiti.

Disediakan oleh,

( MOHAMMAD SALLEH BIN HASSAN )


Penyelarass,
Kejohanan Mini Bola Sepak,
Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin,
Selengkoh Yan,
Kedah Darul Aman

Disokong oleh,

( MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA )


Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Haji kassim Jasin,
Selengkoh Yan,
Kedah Darul Aman

Diluluskan oleh,

( ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin,
Selengkoh Yan,
Kedah Darul Aman
LAMPIRAN A

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK


KEJOHANAN MINI BOLA SEPAK TERTUTUP
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN

Pengerusi : Encik Abdul Razak bin Abdullah


Naib Pengerusi : Tn Hj Mohd Afrizal bin Zakaria
Penyelaras : Encik Muhammad Salleh bin Hassan
Setiausaha : Encik Mohd Nazri bin Ariffin
Bendahari : Encik Amran bin Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa

Urusetia Pertandingan :
Pengurus Pasukan : Guru - Guru Kelas
Tahun 4,5,dan 6
Makan dan Minum :1. Pn
:2. Pn
Hakim dan Pengadil :1. En
:2. En
Perakam / Pencatat :1. En
:2. En
Jurugambar dan Dokumentasi :1. Pn
:2. Pn
Siaraya : Pekerja sekolah

Alatan, Khemah dan Persiapan :1. Encik


Padang :2. Encik
:3. Encik
:4. Encik
Hadiah dan Sijil :1. Puan
:2. Puan

JADUAL TUGAS
Urusetia Makan dan : Menyediakan makan dan minum peserta sepanjang
Minum pertandingan dijalankan
Memastikan minuman disediakan jika ada waris atau penjaga hadir
menyaksikan pertandingan
Jawatankuasa Hakim dan : Melantik pengadil dan penolong pengadil
Pengadil dan menetapkan masa bertugas.
Menyediakan pengadil dan pembantu pengadil jemputan di kalangan
guru sekolah berdekatan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Juruacara : Membuat pengumuman dan hebahan dari semasa ke semasa sepanjang
pertandingan berjalan
Perakam / Pencatat : Mencatat dan merekodkan semua maklumat berkaitan dengan
pertandingan Semua keputusan hendaklah direkodkan ke dalam
bukurekod pertandingan.
Jurugambar dan : Menyediakan brosur pertandingan, mengambil gambar dan membuat
Dokumentasi laporan aktiviti pertandingan untuk simpanan sekolah
Jawatankuasa Siaraya : Memasang dan menyelia alatan siaraya sepanjang pertandingan
Jawatankuasa Alatan, : Memastikan padang dan gelanggang disediakan dengan sempurna.
Khemah dan Persiapan Memasang jaring, tiang bendera, payung dan sebagainya.
Padang Mengemas dan menyimpan kembali peralatan selepas pertandingan
Menyediakan khemah, meja hadiah, meja juruacara, kerusi, dan rostrum
Jawatankuasa Hadiah : Memastikan hadiah cukup mengikut pertandingan.
dan Sijil Susun hadiah mengikut acara selaras dengan juruacara.
Pastikan hadiah disusun dengan rapi sebelum upcara perasmian

LAMPIRAN B
Bil Perkara Perbelanjaan JUMLAH

1 Hadiah 9 x RM5.00 = RM45.00 x 3 RM135.00


2 Makan Minum 3 x 9 x RM5 RM 135.00
3 Brosur RM 50 RM50.00
4 Ubat - Ubatan RM100 RM100.00
5 Rakaman dan Dokumentasi RM 50 RM 50.00
JUMLAH BESAR RM 470.00

You might also like