You are on page 1of 18

KERTAS KERJA

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP


SK JABI
TAHUN 2017

Disediakan oleh : Muhammad Miftahuddin Bin Moh Nawi


Pensyarah : Tn. Hj. Syakirin Bin Abd Ghani
1. TUJUAN

bertujuan untuk memaklumkan tentang Kejohanan


Futsal Tertutup,Sekolah Kebangsaan Jabi bagi tahun
2017. Kejohanan ini akan diadakan di padang Sekolah
Kebangsaan Jabi pada 11 Mac 2017.
RASIONAL KEJOHANAN FUTSAL INI
DIADAKAN :
Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada
murid Sekolah Kebangsaan Jabi dalam menyertai
permainan futsal yang dipertandingkan .
Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid
dalam permainan futsal.
Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi
mental dan fizikal.
MATLAMAT
untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan
Jabi dengan permainan futsal
memberikan pengalaman kepada mereka
menyertainya sendiri
kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-
murid dalam permainan futsal bagi mengetengahkan
mereka ke tahap yang lebih tinggi.
OBJEKTIF
Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam
kalangan murid.
Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-
lumba.
Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di
dalam satu pasukan.
Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan
guru.
Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk
diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh: 30 MAC 2017


Masa: 7 PAGI 2.30 PETANG
Tempat: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN JABI
Pakaian : Pakaian sukan

SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Jabi
TENTATIF PROGRAM
Sabtu 11 Mac 2017
7.00 7.30 pagi : Ketibaan pemain-pemain dan pendaftaran
7.30 1.00 pagi : Perlawanaan bermula
1.00 tengah hari : Ketibaan Tetamu Jemputan
1.30 tengah hari : Majlis Perasmian bermula

: Nyanyian lagu Negaraku


: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Tetamu Kehormat
: Perasmian penutup
2.30 tengah hari: Bersurai
JAWATANKUASA PENGURUSAN
JAWATANKUASA INDUK GURU

Pengurus Kejohanan Tuan Haji Said Bin Hasran


Penolong Pengurus Kejohanan Encik Zali Bin A.Rahman
Penasihat kejohananan Encik Mahadi Bin Hardi
Setiausaha Encik Muhammad Miftahuddin bin Moh Nawi
AHLI JAWATANKUASA GURU
Urus Setia / Pendaftaran En.Junaidi Bin Hasan
Sambutan & Protokol Pn.Norshahira Binti Ahmad Shukri
Juruacara En.Mohd Haniff Bin Miohd Suhaimi
Pembaca Doa En.Mohd Azizi Zamri Bin Ilias
Laporan aktiviti Pn.Nor Aien Binti Abu Hasan
Teknikal Pn.Norainzatun Binti Md.Kasim
Publisiti /Jurufoto / Dokumentasi Cik.Nur Syaima Binti Salleh
Peralatan Cik.Nur Zufika Binti Che Rosdi
Jamuan / Makanan & Minuman En.Mohamad Faris Bin Mokhtar
Hadiah dan Cenderamata Cik.Nurulain Binti Hasan
Penyelaras Pertandingan / aktiviti Cik.Rafeah Binti Badaruddin
Kebersihan En.Mohamad Riezman Bin Ramli
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
INDUK
Pengurus Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
Kejohanan Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
kejohanan
Penolong Bertanggungjawab dalam pengendalian dan
Pengurus menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
Kejohanan Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
Penasihat Memantau ahli jawatakuasa bertugas
kejohananan
Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail
sebagai rujukan
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam
perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang
berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat
pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
AHLI BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA
Urus Setia / Mengumpul maklumat berhubung dengan program dan failkan.
Pendaftaran Membantu para pengadil mencatat keputusan perlawanan.

Sambutan & Menyambut ketibaan semua tetamu dan mengiring ke tempat


Protokol duduk.
Menentukan kedudukan tempat duduk semua tetamu yang hadir.

Juruacara Menyediakan teks juruacara


Mengendalikan majlis perasmian sehingga selesai.
Sentiasa berhubung dengan penyelaras dan urus setia untuk
mendapatkan maklumat terkini.

Pembaca Doa Menyediakan teks doa.
Membaca doa semasa majlis perasmian.

Laporan aktiviti Membuat laporan perjalanan majlis.
Hantar laporan kepada penyelaras seminggu selepas aktiviti
dijalankan.

Teknikal Memastikan peralatan berfungsi dengan baik.
Publisiti /Jurufoto / Membuat tempahan banner.
Dokumentasi Mengambil gambar dan rakaman video sepanjang program dijalankan.
Memaklumkan kepada wartawan akhbar.
Mendokumentasikan semua gambar.

Peralatan Menyediakan peralatan seperti kerusi VVIP, kerusi tetamu, meja jamuan, meja
alat siaraya, meja hadiah, tempat berucap dll.
Menyediakan peralatan sukan Seperti bola futsal, bip dll.
Sentiasa berhubung dengan penyelaras untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan pelan kedudukan peralatan.

Jamuan / Makanan & Menguruskan jamuan makan dan minum untuk VVIP dan Ajk Bertindak.
Minuman Menyusun atur kedudukan makanan di atas meja.
Berhubung dengan penyelaras dari semasa ke semasa.

Hadiah dan Menyediakan dan menguruskan tempahan hadiah dan cenderamata
Cenderamata Menyelia upacara penyampaian hadiah dan cenderamata di majlis perasmian
dan penutupan.

Penyelaras Mengendalikan pertandingan.
Pertandingan / Menyediakan peralatan berhubung dengan aktiviti dan mohon bantuan
aktiviti daripada ajk peralatan / guru lain.
Melantik Pengadil Perlawanan yang diiktiraf FIFA yang bertauliah.

Kebersihan Menyediakan tong sampah yang mencukupi di sekitar tempat duduk Padang
sekolah SK Jabi.
Memastikan lokasi aktiviti (sebelum, semasa dan selepas) sentiasa bersih.
Memastikan plastik sampah mencukupi.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga Jumlah Harga
1. Banner RM60 x 1 RM60.00
1. Bayaran Pengadil RM 10 x 29 RM 290.00
perlawanan
1. Kejohanan Futsal Tertutup

Tempat Pertama Hamper dan pingat RM 90.00
emas x 8
Tempat kedua
Hamper dan pingat
Tempat ketiga RM 80.00
perak x 8

Hamper dan pingat
gangsa x 8 RM 70.00

1. Makanan dan minuman VVIP RM8.00 x 20orang RM160.00


1. Makanan dan Minuman AJK RM 10.00 x 16 RM 160.00
Bertindak orang (1 hari)
1. Peralatan Sukan RM200 RM200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM910.00
SUMBER PENDAPATAN KEJOHANAN:

Kutipan wang dari pasukan bertanding dan staf


SK JABI : RM400.00
Sumbangan dari ADUN BESUT: RM500.00
Sumbangan dari Pasaraya SUPERMAS : RM
100.00

JUMLAH KESELURUHAN WANG: RM 1000.00


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 3


pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan .
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM 10.00
PENYERTAAN ADALAH TERHAD KEPADA 20 PASUKAN SAHAJA.
Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara
adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.
Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan
30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-
mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-
Pasukan lawan mendapat kemenangan 3-0.

Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu


Perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan
dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit
sebelum pertandingan.
Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan
bermain di sepanjang pertandingan ini.
Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan
menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 50.00, tidak
lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu
keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan
rayuan atau bantahan tersebut.
Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.
Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah
oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-
pasukan yang akan bertanding.
Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
PENUTUP

Kejohanan Kejohanan Futsal Tertutup ini diharapkan


dapat memberikan peluang kepada murid Sekolah
Kebangsaan Jabi merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan futsal.
kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan
semangat persaingan yang sihat dalam kalangan
murid
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam
permainan futsal
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like