You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2020 -2025


(TS25)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOMENTUM 01
(AKTIVITI KEMPEN MEMBACA)
TAHUN 2020

PROJEK PAMERAN BERTEMA


KOLABORASI PUSAT SUMBER DAN
PANITIA MATA PELAJARAN

TARIKH / TEMPOH:
SETIAP BULAN MENGIKUT TEMA

TEMPAT:
Pusat Sumber Al-Farabi SMK Sungai Udang

“Sehati Memacu Kejayaan – Semarakkan Usahamu”


KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOMENTUM 01
(AKTIVITI KEMPEN MEMBACA TAHUN 2020)
PROJEK PAMERAN BERTEMA KOLABORASI PUSAT SUMBER
DAN PANITIA MATA PELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN
Pameran bertema adalah merupakan satu sudut yang disediakan untuk
mempamerkan maklumat-maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan
topik-topik mengikut bulan atau tarikh-tarikh tertentu seperti perayaan-
perayaan tertentu, sambutan Bulan Kemerdekaan, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri, isu semasa dan lain-lain lagi. Maklumat ini
amat penting disebarkan kepada seluruh warga sekolah melalui Pusat
Sumber yang berperanan sebagai pusat penyebaran maklumat.

2.0 MATLAMAT
Di Malaysia terdapat berbagai-bagai tarikh penting dan perayaan yang
disambut sepanjang tahun. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu
mengingat tarikh-tarikh dan perayaan yang sering disambut di seluruh negara
mahupun dunia. Di sekolah juga terdapat banyak program yang dirancang
dan dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran seperti bulan kokurikulum
akademik. Setiap program ini mampu memberi banyak maklumat kepada
para pelajar. Melihat kepada kepentingan inilah maka Pusat Sumber Sekolah
bercadang untuk mewujudkan sudut pameran bertema di Pusat Sumber
untuk menyebarkan maklumat tentang perayaan atau program yang
dilaksanakan kepada seluruh warga sekolah. Antara matlamat yang ingin
dicapai setelah sudut pameran bertema ini dilaksanakan ialah;

2.1 Dapat mengetahui maklumat tentang perkara-perkara khusus tentang


program yang dijalankan oleh pihak sekolah
2.2 Dapat menyatakan penghargaan kepada individu yang terlibat dengan
perayaan tertentu contohnya Hari Ibu, Hari Guru, dan Tokoh-tokoh
Kemerdekaan serta lain-lain lagi
2.3 Dapat menjadikan Pusat Sumber sebagai pusat penyebaran dan
pencarian maklumat

3.0 OBJEKTIF
i. Mengetahui hari-hari penting yang disambut di sekolah dan di seluruh
negara mahupun dunia
ii. Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang hari-hari atau program
yang disambut di negara mahupun di sekolah
iii. Mengetahui dan peka dengan isu-isu semasa yang dipamerkan.

4.0 KUMPULAN SASAR


Semua murid dan guru SMK Sungai Udang
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang Tahun dan bertukar mengikut keperluan

6.0 KETETAPAN AKTIVITI


Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatan kuasa Kerja PSS dengan kerjasama
Ketua Panitia dan guru-guru setiap panitia yang terlibat

7.0 AKTIVITI

Bil Bulan Panitia Tajuk/aktiviti


8.0 1 Januari Pusat Sumber aktiviti dan fizikal sekolah
dulu dan kini
2 Februari Pendidikan moral Perayaan tahun baru cina
3 Mac Pendidikan Jasmani kesihatan Sukan-sukan di Malaysia
4 April Rbt Pameran
Makanan
Exotic
5 Mei Matematik Mercu tanda
Sains Di Malaysia
6 Jun Pendidikan Seni Visual Seni dan kebudayaan di
Malaysia
7 Julai Agama Perayaan Hari Raya
Qurban
8 Ogos Sejarah Hari kemerdekaan
Malaysia
9 Hari
September Sejarah Kemerdekaan
Malaysia
10 Oktober Muzik Perayaan
P.seni Hari
Deepavali
11 November Pusat Sumber Sekolah Pameran aktiviti tahun
2020
JAWATANKUASA KERJA
Lampiran 1.

9.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS


9.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA PERBELANJAAN SUMBER JUMLAH


KEWANGAN (RM)
1. Kertas warna RM 13 X 2 26.00
2. Plastik Laminasi RM 30 X 3 YKS PSS/PCG PSS 150.00
3. Ink pencetak RM60 60.00
4. Hadiah 11 pameran bertema X 5 550.00
pemenang X RM 10
5. Papan kenyataan 120m x 120m x 6 PCG PSS 1000.00
JUMLAH 1786.00

9.2 Sumber Kewangan


YKS dan PCG Pusat Sumber

10.0 PENUTUP
Sudut pameran bertema ini diharapkan dapat memberi input kepada murid-
murid tentang hari-hari penting yang disambut dan diraikan di sekolah dan
seluruh negara. Selain itu pengetahuan ini akan dapat diaplikasikan dan
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disemak oleh

………………………………………… …………………………
ZAIDATUL SUHAIDA BINTI AB. WAHAB ROSNI BINTI DAUD
Guru Perpustakaan & Media GPK Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………..
AZMI BIN KASIM
Pengetua
Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA

PROGRAM MOMENTUM 01 (AKTIVITI MEMBACA TAHUN 2020)

PAMERAN BERTEMA KOLABORASI PANITIA DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi : En. Azmi bin Kasim (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Rosni binti Daud (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Norfa’iza binti Mustafa (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norliza Binti Nasron (GPK Kokurikulum)

Setiausaha 1 : Pn. Zaidatul Suhaida binti Ab. Wahab (GPM)

Setiausaha 2 : Cik Yu Kwan Tai

Persiapan bahan : Ketua Panita,Guru mata pelajaran dan murid-murid

Persiapan tempat : En. Mohd Jefrie bin Mohd Rozi

Dokumentasi : Pn. Noraizan binti Ali

Sijil/ Cenderamata : Cik Hashimah binti Hassan

AJK Kecil : Panitia mata pelajaran

You might also like