You are on page 1of 7

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017

SK Babagon, Penampang

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6
PROGRAM SELEPAS UPSR
KE DAERAH KUDAT, SABAH
PADA 06 07 OKTOBER 2017

Anjuran :

SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON, PENAMPANG


Peti Surat 234,
89507 Penampang, Sabah

1
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6, 2017


KE DAERAH KUDAT, SABAH

1.0 PENDAHULUAN

Program Lawatan Sambil Belajar merupakan aktiviti tahunan sekolah khusus untuk murid-murid
tahun enam yang sedang menunggu keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Destinasi, lokasi dan tempoh program telah diputuskan oleh pihak pengurusan sekolah setelah
mengambil kira ciri-ciri : Keselamatan , Masa, Kewangan , Perolehan ilmu dan Keselesaan.

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman, maka
Sekolah Kebangsaan Babagon telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
daerah Kudat. Program ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui
program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman
dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid diberi
peluang untuk menambah pengetahuan, pengalaman baru dan memberi keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat luar akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan
memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menambah ilmu pengetahuan sedia ada dan memberi peluang kepada murid-murid
untuk mendapat pengalaman merasai suasana sebenar dan aktiviti yang dijalankan.

3.2 Mendekatkan lagi diri murid untuk melihat sendiri suasana daerah Kudat dan mengenali
budaya kaum Rungus.

3.3 Membolehkan murid-murid dan guru-guru mengadaptasi dan menggabungjalinkan


kemudahan dan pengetahuan yang sedia ada bagi meningkatkan lagi kualiti
pembelajaran dan pengajaran.

3.4 Memupuk semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain dan
mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru dan murid.

2
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

4.0 DESTINASI

4.1 Lawatan Penanda Aras SK Lingga Baru Tuaran, Jalan Tamparuli Sabah
4.2 Kilang Membuat Gong Kampung Sumangkap, Kudat Sabah
4.3 Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Matunggong, Kudat Sabah
4.4 Sidek Esplanade, Pekan Kudat, Sabah
4.5 Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah
4.6 Rumah Panjang Maranjak, Kudat Sabah

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 49 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga.
Seramai 20 orang guru pengiring dan urusetia akan mengawasi murid sepanjang program ini
berjalan dan mengatur perlaksanaan program.

6.0 YURAN / SUMBER KEWANGAN

6.1 Permohonan wang peruntukan SUWA

6.3 Kutipan yuran dari murid dan guru

3
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

7.0 TENTATIF

Tarikh Masa Aktiviti

6.30 Pagi Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka sekolah.
7.00 Pagi Taklimat Ringkas oleh Ketua Rombongan & Bacaan Doa Perjalanan
7.30 Pagi Bertolak ke daerah Tuaran menaiki van
8.30 Pagi Lawatan Penanda Aras SK Lingga Baru Tuaran
10.00 Pagi Bertolak ke daerah Kudat menaiki van
Makan Tengahari
12.00 Tengahari
Melawat Kilang Membuat Gong, Kampung Sumangkap, Kudat
1.30 Tengahari Melawat Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Matunggong
Hari 1st :
Bertolak ke Pekan Daerah Kudat
2.30 Petang
Melawat Explanade Sidek di Pekan Kudat
06.10.2017
Bertolak ke Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau
(Jumaat) 3.00 Petang
Melawat sekitar Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau
Daftar masuk penginapan :
5.00 Petang
BorneoTip Beach Lodge, Simpang Mengayau
5.30 Petang Minum Petang - Riadah Petang
6.30 Petang Pengurusan Diri
7.30 Malam Makan Malam
8.30 Malam Indoor Games & Talent Nite
10.00 Malam Tidur / Sentry

Tarikh Masa Aktiviti

7.30 Pagi Sarapan Pagi


Pengurusan Diri Kemas Pulang
8.30 Pagi
Taklimat Ringkas oleh Ketua Rombongan

Hari 2nd : Bertolak ke Kg Bavanggazo.


9.00 Pagi
Melawat Rumah Panjang Maranjak

07.10.2017 11.30 Pagi Makan Tengahari


(Sabtu) 12.30 Tengahari Bertolak Balik ke Penampang - SK Babagon
Dijangka Tiba di SK Babagon
3.00 Petang Bersurai : Ibubapa / Penjaga menunggu di sekolah untuk murid dan
guru kembali ke rumah masing-masing.

4
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

8.0 SENARAI JAWATAN KUASA PENGELOLA DAN GURU PENGIRING

Penasihat : Pn Chin Mui Lan @Linda


Guru Besar SK Babagon
Ketua Rombongan : En Rose Ramlee Md Daud
Penolong Kanan Kokurikulum

Pen. Ketua Rombongan : Pn Liew Lee Tshin


Setiausaha : Cik Shanty Teo
Bendahari : En Fredoline Miyol
Urusetia/Pendaftaran/ : Cik Rachel Wong ( Kelas 6 Cerdik)
Penyertaan Murid : Pn Noraini Sedin ( Kelas 6 Pintar)
Pengurus Pengangkutan : En Jude Justine
Pengurus Penginapan/ : En Benny Cuthbert (Lelaki)
Asrama Murid : Pn Jumaini Mahadin (Perempuan)
Pengurus Makan & Minum : Pn Shanty Jautin (K)
Pn Modesta Jiniu
Pn Florence Leong
Pn Marylin Philemone
Pengurus Kecemasan : Pn Liew Lee Tshin
Kawalan Keselamatan Disiplin : Penolong Kanan HEM
En Jack Primus ( Guru Disiplin )

Penyelaras Aktiviti Murid/ : Pn Noraini Sedin


Indoor Games & Talent Nite Pn Asmawati Yassin
Pn Christine Pamela
PA System : En. Charles Majili
Jurugambar/Rakaman : En Alfred Alex Jimmy
En Raynold Ubing

Guru Pengiring : K1 - En Benny Cuthbert


Pn Susan Wang
K2 - En Jack Primus
Pn Jumaini Mahadin
K3 - En Ricky Stephan
Pn Hilda Golud
K4 - En. Charles Majili
Cik Rachel Wong
K5 - En Jude Justine
Pn Vera Marcus
K6 - En Alfred Alex Jimmy
Pn Alna Balinsai

5
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

9.0 KOS/PERBELANJAAN LAWATAN


9.1 Kos/Perbelanjaan

BIL KOS / PERBELANJAAN/BAYARAN KUANTITI JUMLAH

01 Sewa Van 12 penumpang 2 hari 1 malam RM 700 x 5 unit RM 3, 500.00


02 Penginapan Murid 1 Malam RM 40.00 x 49 murid RM 1, 960.00
03 Yuran Masuk ke Rumah Panjang Meranjak RM 3.00 x 49 murid RM 147.00
04 Yuran Masuk ke Gombizau Honey Bee Farm RM 3.00 x 49 murid RM 147.00
05 Yuran Masuk ke Kilang Membuat Gong Sumangkap RM 3.00 x 49 murid RM 147.00
06 Makan & Minum Murid Tengahari X 2 RM 10.00 x 49 murid RM 490.00
07 Makan & Minum Murid Malam X 1 RM 5.00 x 49 murid RM 245.00
08 Makan & Minum Murid Minum Petang X 1 RM 3.00 x 49 murid RM 147.00
09 Sarapan Pagi X 1 RM3.00 x 49 murid RM 147.00
Jumlah RM 6,930.00

9.2 Sumber-sumber Kewangan :

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1 Kutipan Yuran Murid = RM 40 x 49 orang RM 1,960.00
2 Peruntukan wang SUWA RM 4,970.00
JUMLAH RM 6,930.00

Jumlah Murid Yang Menyertai = 49 orang


Jumlah Guru Yang Menyertai = 20 orang

6
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 14 September 2017
SK Babagon, Penampang

10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini pada akhirnya dapat memberi kesedaran kepada para
murid mengenai betapa pentingnya mendapat ilmu daripada pengalaman.

Sesuatu permulaan yang baik perlu mendapatkan pulangan yang baik. Program dirancang
dengan harapan ia akan membuahkan hasil yang memuaskan. Diharap program ini mencapai
objektif yang telah digariskan dan menjadi panduan bagi menjalankan aktiviti yang lain pada
masa akan datang.

Disediakan oleh: Diluluskan Oleh:

_________________________ _________________________

Setiausaha, Guru Besar


Program Lawatan Sambil Belajar T6 SK Babagon, Penampang
Tarikh : 23 Ogos 2017 Tarikh : 23 Ogos 2017

You might also like