You are on page 1of 6

Kertas Kerja Sambutan Hari Lahir

Murid Kelas PPKI Sk Parit Kudus

12 APRIL 2021
ISNIN

Anjuran:
Unit Hal Ehwal Murid PPKI SKPK
PENDAHULUAN :

Sambutan hari lahir merupakan satu aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Kanak-kanak
dapat mengingati tarikh penting dalam hidup mereka iaitu tarikh lahir mereka.

Sambutan yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu,
murid dapat merasakan bahawa mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan apabila dapat
menyambut hari lahir mereka bersama-sama.

TAJUK

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SKPK

MATLAMAT

Sambutan hari lahir bermatlamat memupuk hubungan yang erat di antara murid dan guru, guru
dan ibu bapa murid serta warga sekolah yang terlibat.

OBJEKTIF

 Murid berasa seronok datang ke sekolah.

 Murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah dan
rakan-rakan.

RASIONAL

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi kanak-kanak me
mbesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak membesar dengan ceria dan menjadi 
individu yang bersyukur dan hidup berkasih sayang.

SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 19  orang murid PPKI  SK Parit Kudus, guru-


guru PPKI dan pembantu pengurusan murid. 

TARIKH

Program Sambutan Hari Lahir  ini diadakan pada hari Ahad, 12 April 2021 pada jam


8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
AJK INDUK SAMBUTAN LAHIR PPKI SKPK 2021

Pengerusi : En Reduan Bin Muhamad


Guru Besar Sk Parit Kudus
Timbalan Pengerusi : Pn Noraini bt Ngde
GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Pn Rosnah binti Kayon
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : Pn Siti Zaiton binti Sembong
GPK Kokurikulum

Penyelaras PPKI : Pn Noor Hadilawati Basari

Setiausaha : Pn Nur Afazilla binti Abd Ghani

Bendahari : Pn Hazirah binti Mohd Hariz

AJK Hiasan : Pn Zanariah Binti Kaab

AJK PA Sistem : En Nik Khairul Azuan bin Nik Kob

AJK Makanan : Pn Siti Asah binti Talib

AJK Aktiviti : Pn Fazrina Husin

AJK Hadiah : Pn Zaleha binti Kusnan

ANGGARAN PERBELANJAAN (kena ubah suai)

Bil. Perkara Jumlah ( RM )

1. Biskut Coklat RM 48.00 x 1 tin = RM48.00

2. Tepung Gandum RM 2.50 x 10 pek = RM25.00

3. Garam Halus Faizah RM 2.00 x 5 pek = RM10.00

4. Minyak Masak Saji RM 22.00 x 2 botol 5kg = RM44.00

5. Teh Uncang Boh RM2.50 x 3 pek =RM10.50


6. Gula Pasir Rm2.50 x 10 pek =RM25.00

7. Sirap Ros RM5.00 x 2 botol =RM10.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM172.00

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh


Sahaja). Pembiayaan program ini ialah daripada kutipan sumbangan ibu bapa dan wang
makanan murid.
TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 12 April 2021
Hari : Isnin
Masa   : 8.00 Pagi – 11.45 pagi
Tempat   : Kelas PPKI Sk Parit Kudus.

Masa Perkara

7:30 a.m :  Murid berkumpul di sekolah. Sarapan pagi

8:00 a.m :  Murid membuat topi dan menghiasnya

9.00 a.m : Rantai kertas

10.00 a.m : Murid menghias kelas

10.30 a.m : Sambutan Hari lahir

11.00 a.m :  Permainan Kotak Beracun

11.45 a.m : Bersurai.

HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya PPKI SK Parit Kudus berharap murid-
murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka.
Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang tahu menghargai dan mensyukuri
nikmat yang diberikan kepada mereka serta tahu berterima kasih kepada orang lain.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………    ……………………………

(NOOR HADILAWATI BASARI) (Pn Rosnah binti Kayon )

Penyelaras PPKI GPK Hal Ehwal Murid,

SK. Parit Kudus SK. Parit Kudus

Disahkan oleh,

…………………………………………………….

(  )

Guru Besar,

SK. Parit Kudus

You might also like