You are on page 1of 4

Laporan Majlis Malam Apresiasi Kebudayaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Persatuan Bahasa Tamil Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah menganjurkan Majlis Malam Aspresiasi Kebudayaan pada 17 julai 2012 (Selasa). Majlis ini telah bermula pada pukul 6.45 petang di dewan Sri Budiman. En.Vespanathan A/L Supramaniyam, Pn. Inthera Davi A/P Subbiah, Pn. Jayanthi Mala A/P Marimuthu dan Pn. Nagamah A/L Raju Sathian menghadiri ke majlis

sebagai tetamu khas. Majlis ini telah diadakan bersama exco Moral dan terbuka kepada semua pelajar IPGKTHO.

Tetamu khas menonton persembahan guru pelatih

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh guru pelatih yang bernama Vasanthi a/p Marimuthu dan diikuti dengan perasmian majlis oleh para tetamu khas dengan menyalakan pelita. Majlis ini diteruskan oleh tiga jenis tarian utama di

negara kita iaitu tarian zapin, tarian cina dan tarian bharatham. Selepas persembahan tarian tersebut majlis makan malam telah disediakan kepada para hadirin.

Tarian kebudayaan India (Tarian Burung Merak)

Pengacara majlis telah memulakan pembicaraan dengan kata alu-alukan para hadirin. Seterusnya ialah, pertandingan pertunjukkan fesyen telah diadakan bagi menonjolkan kebudayaan pakaian India. Persembahan dari semua opsyen telah menghiburkan para hadirin dan daripada persembahan tersebut terserlah

kebudayaan masyarakat India.

Persembahan Tarian oleh pelajar

Majlis telah diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta. Majlis juga memberi cenderahati kepada para pensyarah dan YDP yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.

Sesi Penyampaian Hadiah

Pn. Jayanthi Mala A/P Marimuthu memberi ucapan terima kasih dan dalam ucapan tersebut beliau terharu dengan persembahan para guru pelatih. Beliau juga bersyukur kepada Tuhan supaya hubungan silathurahim antara guru pelatih dikekal selama-lamanya.

Sesi bergambar bersama pensyarah

Majlis penutupan diakhiri dengan ucapan oleh En.Vespanathan A/P Supramaniyam. Beliau berharap agar majlis yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik daripada majlis ini. Maka berakhirlah majlis apreasasi kebudayaan dengan sesi bergambar.

Sekian Terima Kasih Disediakan oleh, 23 JULAI 2012

-----------------------------------------(SUGANTHI DIANA A/P ASIRAVATHAM) NAIB SETIAUSAHA PERSATUAN BAHASA TAMIL IPGKTHO.

You might also like