You are on page 1of 5

6.

0 PENILAIAN

6.1 PENGENALAN

Menurut Tyler (1950), penilaian adalah satu proses menentukan sejauh manakah objektif
sesuatu program dapat dicapai. Penilaian pelaksanaan, apabila digabungkan dengan penilaian hasil,
boleh memudahkan pengenalan program dan amalan yang berkesan. Maklumat ini menggalakkan
penyebaran program berasaskan bukti serta menyediakan pandangan mengenai bagaimana
program tersebut perlu direka dan dilaksanakan untuk mendapat hasil yang positif dan mendapat
manfaat daripada pendidik dan pengamal belia umum banyak boleh mendapat manfaat daripada
tumpuan yang meningkat terhadap penilaian bersepadu yang menangani kedua-dua pelaksanaan
dan hasil.

6.2 FALSAFAH PENILAIAN

Kurikulum memiliki peranan yang sangat penting dalam mencapai tujuan pendidikan. Terdapat
empat peranan utama kurikulum iaitu kandungan kurikulum, objektif kurikulum, pengajaran dan
pembelajaran dan penilaian kurikulum. Komponen penilaian merupakan bahagian yang tidak boleh
dipisahkan dari kurikulum. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pemudacaraan (PdPc), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan
peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan
dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Dalam konsep perkembangan kurikulum, penilaian merupakan suatu aspek yang teramat
penting. Ia merupakan komponen terakhir yang berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Walau
bagaimanapun, ia juga bersifat menyeluruh, berterusan dan mempunyai matlamat tertentu.
Penilaian melibatkan proses pemikiran pada aras tinggi, memerlukan kemahiran berfikir kritis dan
kreatif, suatu pemikiran yang sangat kompleks hdan sangat berharga dalam sistem pembelajaran.
Penilaian berada pada aras tertinggi dalam hirarki pembelajaran (Bloom, et,al 1956). Penilaian
adalah suatu proses dalam mengesan, mendapatkan, menyediakan maklumat yang berguna untuk
pertimbangan sesuatu keputusan alternative. Maka, boleh diringkaskan bahawa penilaian
kurikulum adalah proses menilai isi kandungan, organisasinya dan kaedah penyampaiannya iaitu
menentukan sama ada kurikulum mencapai hasil yang diharapkan.
6.2 PENILAIAN KURIKULUM

Penilaian kurikulum memainkan peranan yang penting dalam penambahbaikan sesebuah program
di semua peringkat. Di peringkat sekolah, penilaian diadakan pada dua peringkat. Proses penilaian
dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan di akhir mata pelajaran
bagi memastikan murid mencapai objektifnya. Selian itu, guru juga dapat mengenalpasti kelebihan
dan kelemahan proses PdPc masing-masing lalu membaik dan meningkatkan kualiti pengajaran. Ia
juga turut membantu tenaga pengajar untuk memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut
era dan kesesuaian murid dari aspek JERIS. Penilaian ke atas sesuatu program dapat menilai hasil
sesuatu program secara langsung dan seseorang pelajar itu secara tidak langsung (Oliva, 2001).

`Seterusnya, di peringkat sekolah dimana pihak pentadbir dapat menilai kualiti pengajaran
seseorang guru, pencapaian murid dan sekaligus sekolah itu sendiri. Pihak pentadbir mampu
menilai kepimpinan mereka. Selain itu, penilaian di peringkat sekolah mampu membantu pihak
pentadbir sekolah untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-gurunya.

Penilaian terhadap kurikulum itu sendiri dapat menilai keberkesanannya secara


menyeluruh supaya dapat dilakukan penambahbaikan berdasarkan kemenjadian murid.
Pengalaman-pengalaman yang diperolehi pada masa kurikulum dilaksanakan akan memberikan
kematangan untuk menemukan inovasi yang baru dan bersesuaian mengikutn peredaran zaman.
Selain itu penilaian kurikulum dapat membantu kerajaan bagi membuat keputusan tentang
rancangan kurikulum, komponen kurikulum iaitu tenaga kerja, prasarana, waktu dan belanja,
implementasi kurikulum seperti kegiatan pengajaran dan latihan serta kesan ke atas program-
program pendidikan yang telah dijalankan.

Secara keseluruhannya, penilaian kurikulum merupakan proses yang berterusan bagi


menilai dan menambahbaikan mutu pendidikan di Malaysia. Maka, penilaian yang berbentuk
holistik, fleksibel, sepadu, seimbang dan berasaskan standard (piawai) dianggap sebagai penilaian
yang berkualiti.
6.3 DEFINISI PENILAIAN

Penilaian juga didefinisikan oleh beberapa tokoh ilmiah secara jelas dan tepat. Penilaian merupakan
satu proses yang menyeluruh untuk mengumpulkan data bagi sesuatu program. atau kurikulum
(Abdul Rahim, 2007; Seriven, 1967). Penilaian merupakan langkah penting bagi menilai
keberkesanan dan kualiti sesuatu program supaya menepati objektif dan tujuan yang telah
ditetapkan (Abdul Rahim, 2007; Ornstein & Hunkins, 2009; Tuckman,1985).

Worthen dan Sander (1987) menyatakan bahawa penilaian merupakan penentuan secara
formal berkaitan kualiti, keberkesanan atau nilai bagi sesuatu program, produk, perojek, proses,
objektif atau kurikulum. Manakala Cronbach (1963), pula menyatakan bahawa penilaian terhadap
keberkesanan sesuatu program tertumpu kepada hasil dan dijalankan seperti berikut: 1) keputusan
untuk menambahbaik sahaja; 2) keputusan terhadap pelajar dan guru; dan 3) keputusan mengenai
pentadbiran dan peraturan-peraturan. Stufflebeam (1971) menyatakan bahawa penilaian
merupakan satu proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Manakala Mak Soon Sang (2008)
menyatakan penilaian merupakan satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat
tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membuat analisa dan mendapatkan
keputusan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Penilaian kurikulum merupakan salah satu proses dalam pembangunan kurikulum. (Oliva,
2005). Penilaian kurikulum bukan hanya perlu apabila program sudah dilaksanakan tetapi penilaian
juga dijalankan sepanjang pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum. Penilaian
kurikulum terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif (Scriven, 1967;
Lewy, 1977; Ornstein dan Hunkins, 2009). Penilaian formatif dijalankan semasa proses
pembangunan kurikulum. Ia dilaksanakan pada sub unit semasa proses pembangunan kurikulum
dan diuji dalam situasi yang lebih kecil untuk melihat keberkesanannya. Manakala Penilaian
sumatif pula bertujuan untuk menilai kualiti keseluruhan program yang dihasilkan dan
dilaksanakan (Ornstein & Hunkins, 2009; Ishak, 2008; Razali, 1991). Penilaian sumatif dapat
menentukan sama ada objektif kurikulum dapat dicapai atau tidak oleh pelajar.
6.5 PENILAIAN PROGRAM SEMARAK BAHASA MELAYU

Bagi program ini, rekod penilaian dan hasil kerja murid digunakan sebagai instrumen
penilaian. Penilaian setiap aktiviti bergantung kepada rekod penilaian yang disediakan oleh
guru. Rekod penilaian meliputi kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dijalankan. Selain
itu, pemantau boleh memberi cadangan penambahbaikan aktiviti tersebut pada ruang yang
disediakan.

Hasil kerja murid juga dijadikan sebagai penilaian bagi aktiviti kuiz tatabahasa
dalam talian. Bagi aktiviti ini guru menilai aktiviti murid berdasarkan hasil kerja murid.
Mereka memberi markah untuk kuiz tersebut selepas menyemak secara talian. Markah
yang diberikan oleh guru adalah tepat dan muktamad. Hasil kerja murid disemak secara
konstruktif dan konsisiten. Penilaian yang dipilih untuk Program Semarak Bahasa Melayu
sesuai dengan objektif yang ditetapkan. Selain itu, penilaian juga menjadi sebagai panduan
kepada program-program yang akan datang untuk membuat penambahbaikan.terhadap
aktiviti-aktiviti yang dirancang. Penilaian program ini juga dilaksanakan secara terancang
dan bersistematik.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dinilai melalui pemerhatian oleh guru-guru


SKPJ. Kaedah penilaian ini adalah salah satu penilaian yang dilakukan secara tidak
langsung. Guru-guru dapat memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar
atau tidak dengan menggunakan penilaian berasaskan pemerhatian. Data yang dikumpul
melalui pemerhatian akan dicatat dalam borang yang disediakan.

Berdasarkan penilaian Program Semarak Bahsa Melayu, dapat disimpulkan


bahawa penilaian mempunyai definisi yang pelbagai. Namun begitu, definisi penilaian ini
secara khususnya adalah terdiri daripada proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat
dan keterangan dalam usaha penilai membuat justifikasi terhadap sesuatu objek, program,
aktiviti atau perkara yang dinilai. Penilaian merupakan aktiviti penting yang semestinya
dilakansakan oleh setiap organisasi yang melaksanakan sebarang jenis program atau
aktiviti.

You might also like