You are on page 1of 16

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM
-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor
Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan
dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahanbahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea
dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,
teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan
pengujian masa kini.

Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah
kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set
emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Kesimpulan
- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM


- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM


Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

Pengetahuan
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah
namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
Kefahaman
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan
sebagai.

Aplikasi
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan,
gunakan, huraikan dan sebagainya.

Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan


apa yang akan berlaku.
Analisis
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis,
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Penilaian
- membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi
komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL


Perwatakan
Organisasi
Penilaian
Gerak balas
Penerimaan

Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan
dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku
semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih
satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.
Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu
cara hidup.

PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN


PENTAFSIRAN
Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk
pendidikan.
Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki.
Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.
Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.
Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Konteks pendidikan
Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,
aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang
bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach
(1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor,
atau satu sistem yang berkategori.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang
menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah
akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya
prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan
skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajarpelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan
guru.

PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan
itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah
rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau
perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai proses
delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam
mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa

mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian
ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya,
Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran
yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian
khususnya dalam proses p&p
-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh
dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
-Satu blue print ujian / test specification

-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran
merupakan taksonomi penguasaan
-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
-Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU
-Ujian tidak dibina secara sembarangan
-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
-Panduan kepada penggubal soalan
-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU


-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU


-Ada tajuk yang hendak diuji
-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis
kemahiran yang diuji
-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU


-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
-Bina carta dua hala
-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak
objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU


Kandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan
buku teks yang digunakan, meliputi :
i skop atau kedalamannya
ii bilangan item untuk setiap tajuk
iii wajaran
Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi
Bloom)

Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang
mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras
kesukaran
Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi
setiap tajuk.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk
pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang
telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative kurikulum sekolah.
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester
dan ujian akhir tahun

PEMBINAAN UJIAN
Jenis Item Ujian
Ujian objektif
Ujian subjektif / esei
Item Ujian Objektif
Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas
dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
Hanya satu jawapan yang betul
Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat

pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan


Jenis-jenis item ujian objektif
Item pilihan jawapan bebas
Item pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebas
Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan lenkapkan pernyataan berikut
contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat
Jumaat?
i. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________
Item
Item
Item
Item
Item
Item

pilihan Jawapan Tetap


betul/salah
memadankan
pengelasan
susun semula
aneka pilihan

Item Aneka Pilihan


Bentuk soalan
Ayat tidak lengkap
Jenis jawapan terbaik
Jenis negatif
Interpretif
Cantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) bukan jawapan
Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan

D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses stem
A,B,C,dan D opsyen
A,B, dan C pengganggu
D - jawapan
Stem Soalan
Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan Kunci
Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam
Elakan memberi bayangan
Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun
Elak mengulang maklumat yang sama
Pastikan satu sahaja jawapan
Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D
Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya
satu daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter
Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang
betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan
British memberi kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya
tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut
mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan

D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item Negatif


Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak
dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti kecuali, yang tidak
benar, bukan, dan tidak
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan
berkesan

Soalan Item Interpretif


Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah,
jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan

Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki
mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka Pilihan
Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
Pilihan jawapan juga perlu ringkas
Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama
Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul

Pokok soalan tidak membayangkan jawapan


Aras Item Objektif
Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintisis dan penilaian
Item Aras Pengetahuan
Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila
Con: Bilakah Malaysia merdeka?
(A) 1957
(B) 1964
(C) 1967
(D) 1969
Item Aras Kefahaman
Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta
atau konsep atau prinsip
Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan
Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana
(A) akarnya panjang
(B) batangnya lembut
(C) pokoknya ada pelampung
(D) ada ruang udara dalam batangnya
Item Aras Aplikasi
Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas
Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb
Con: Hakim mempunyai wang sebanyak
RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya
RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.
(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00
Item Aras Analisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian
kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan
Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya
Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang
diperlukan
A air dan cahaya
B air dan karbon dioksida
C air, oksigen dan cahaya
D air, karbon dioksida dan cahaya
Item Aras Sintesis
Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat

satu rumusan.
Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang
mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada
gas
(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida
Item Aras Penilaian
Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan
atau kaedah.
Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan
murid-murid ialah
(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin
(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah
(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku
(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan
kaunseling
Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei
penuh (lanjutan)
Jenis soalan subjektif
Jawapan pendek
Soalan berstruktur
Soalan esei
Soalan pendek/respon terhad
Terhad apa yang harus dijawab
Contoh soalan
- senaraikan lima komponen utama
- nyatakan tiga kelebihan
- apakah definisi mengikut ?
Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan
Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan
sesuai
Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan
membuat penilaian secara bebas
Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis,
analisis dan penilaian
Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .
Cth: Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh

menyebabkan inflasi
Aras Item Subjektif
Mengingat semula
Con: Berikan definisi
Siapakah
Apakah
Fahaman
Con: Bandingkan
Huraikan
Apakah tujuan
Aplikasi
Con: Bagaimanakah
Terangkan cara
Analisis
Con: Mengapakah / apakah punca
Terangkan sejauh mana
Sintesis
Con: Jelaskan
Berdasarkan, huraikan
Penilaian
Con: Nilaikan idea
Mengikut , apakah pendapat anda
Panduan Menulis Soalan Esei
Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina
Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb
Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan
Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan
sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab
memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.
TUJUAN
Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.


Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam
peperiksaan.
PROSEDUR UJIAN FORMATIF
Menentukan tajuk pengajaran
Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.
Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.
Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.
Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan
pelajar bagi tajuk yg telah diajar.
Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai
pelajar.
Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.
Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini
bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.
Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada
peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.
Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan
tidak berpisah.
Membina soalan ujian
Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.
Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.
Mencadangkan tindakan susulan
Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.
Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu
ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran
UJIAN SUMATIF
v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).
v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR

TUJUAN
Memberikan gred kepada pelajar membuat perbandingan pencapaian di kalangan
pelajar.
Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru
atau tidak.

LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN


Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif
pengajaran dan bilangan pengajaran
Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran yang ingin disampaikan
2. Membina Soalan
Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang
telah ditetapkan
Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang
perlu dijawab
3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik
Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada
soalan mengisi tempat kosong.
Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya
4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis
Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi
memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.
Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira
Menyiapkan Skema Pemarkahan
Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.
Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan
Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah

UJIAN BAKAT
Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang
dimiliki oleh pelajar.
Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu
UJIAN PENCAPAIAN
Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai
tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji
Tujuan
Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan
seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan,
permohonan biasiswa dan sebagainya.
Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria
Ujian Rujukan Norma membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain
( UPSR).
Ujian Rujukan Kriteria membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria
tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan

You might also like