You are on page 1of 3

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA

BAHASA TAMIL
SJK (T) SIMPANG LIMA,
32400, PARIT BUNTAR, PERAK

A. Latar Belakang:
Nama aktiviti

:Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil 2014

Tarikh

:21.07.2014/ Isnin

Masa

:10.15am-11.15am

Dengan Usahasama

: Panitia Bahasa Tamil


AJK Pusat Sumber SJKT Simpang Lima

Jumlah Peserta

: 15 peserta

B. Objektif Pertandingan:
i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan
bahasa Tamil.
ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Tamil.
iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.
iv. Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Ibunda.
v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
pertuturan harian mereka.
C. Perjalanan Pertandingan:
Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja bagi petandingan
ini dan segala bidang tugas yang diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh
Pengerusi Pertandingan, Pn. Mariamma sebagai panduan umum perlaksanaan tugas
tersebut. Di atas permintaan beliau, pertandingan ini akan dijalankan secara ringkas
bagi memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan pertandingan tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut, AJK yang dilantik sebulat suara bersetuju untuk
menjalankan pertandingan tersebut pada 21 Julai 2014. Perbincangan berkaitan
perbelanjaan dan kos yang diperlukan untuk membeli hadiah dan saguhati serta
penyediaan sijil dibuat antara AJK Induk dan ditaklimat secara ringkas kepada AJK
Kerja yang lain. Bagi menggalakkan penyertaan daripada para pelajar, Pn. Mariamma
telah bersetuju untuk mewajibkan setiap kelas menghantar seramai dua orang peserta
bagi setiap kelas. Guru yang terlibat secara langsung untuk memberi latihan kepada
wakil setiap kelas ialah guru Bahasa Tamil dan guru kelas masing-masing. Penglibatan
daripada guru-guru lain adalah digalakkan bagi mengukuhkan lagi kualiti persembahan
para peserta.
Pada 21 Julai 2014, Pertandingan bercerita berlansung pada pukul 10.15 pagi.
Sambutan daripada para pelajar dan guru amat baik dan menggalakkan. Pertandingan
tersebut berlansung di kantin sekolah dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar
yang timbul. Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 11.15 pagi. Senarai nama
pemenang pertandingan diumumkan pada hari khamis, 31 Julai 2014 sewaktu
perhimpunan sekolah dijalankan. Peserta yang mendapat Johan ialah K. Lawanya
(Tahun 3), naib jojan dimenangi oleh Melissa Ann (Tahun 2) dan ketiga ialah Sanjeeyan
(Tahun1).
Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim, terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambilkira untuk dipertingkatkan dan
diatasi bagi membantu para peserta tersebut lebih bersedia dan yakin semasa
menyampaikan cerita. Secara keseluruhannya, para peserta masih kurang yakin dan
kelancaran persembahan masih perlu dipertingkatkan. Komen-komen dan ulasan yang
diberikan oleh Ketua Hakim tersebut banyak memberi panduan kepada para guru dan
pelajar yang terlibat untuk meningkatkan mutu pertandingan tersebut di lain waktu.
Kami amat berharap pertandingan ini akan dapat diteruskan di tahun hadapan
kerana ia banyak memberikan kesan yang baik dan secara tidak lansung mewujudkan
semangat kekitaan dan kerjasama untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Tamil di
SJK(T) Simpang Lima. Sekian.
Dilaporkan oleh,

1 OGOS 2014

..
CHELVA LETCHMANAN
NAREHS DEVADAS
Guru Bahasa Tamil Tahun 2 dan 3,
SJK(T) Simpang Lima, 2014.

Disemak oleh,

( PN.MARIAMMA MURUGASAN )
Pengerusi,
Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil,
SJK(T) Simpang Lima, 2014.

You might also like