You are on page 1of 1

7.1.

2 Ilmu pengetahuan baharu melalui senarai semak


Saya telah membuat peninjauan terhadap prasana yang terdapat di sekolah ini

semasa saya menjalankan program PBS. Senarai semak menenai kesempurnaan

prasarana di sekolah ini telah saya sediakan sebelum menjalani program ini.
Melalui pemerhatian yang telah buat, saya mendapati bahawa prasarana di

sekolah ini adalah lengkap. Sekolah ini dilengkapi dnegan pejabat guru besar,

pejabat kerani, pejabat guru, bilik rehat, tandas guru, tandas murid, bilik mesyuarat,

bilik darjah, makmal computer, makmal sains, pusat sember, bengkel kemahiran

hidup, mural sekolah, sudut bahan bacaan, bilik SPBT, bilik sains, padang,

gelanggang, bilik alat sukan, tempat letak kenderaan, taman permainan, carta

organisasi sekolah, kata-kata hikmah, visi & misi sekolah, rukun negara, falsafah

pendidikan kebangsaan, papan notis sekolah, taman selera, bilik bimbingan dan

kaunseling, kecerian sekolah, bilik serba guna, sudut komputer dalam pejabat guru,

peti keselamatan dan bilik pandang dengar.


Namun, saya mendapati bahawa sekolah ini tidak ada kantin. Murid perlu

membawa makanan diri sendiri. Selain itu, rancangan makanan tambahan (RMT)

telah menyediakan makanan untuk murid yang miskin


Kelengkapan kemudahan sesebuah sekolah amat penting bagi mewujudkan

keadaan yang selesa dan kondusif untuk pembelajaran. Dengan ini, prestasi guru

dan murid dapat ditingkatkan. Melalui peninjauan, saya juga mendapati bahawa

peralatan ICT yang canggih dan lengkap telah disediakan di Bilik darjah. Peralatan

ini termasuk LCD, screen LCD, komputer, pembesar suara dan sebagainya. Para

guru telah menggunakan peralatan ICT ini semasa proses P&P mereka dijalankan.

Dengan ini, murid akan lebih memahami dan tertarik dengan proses P&P kerana

terdapat aksi-aksi dan video-video yang menarik. Peralatan ICT memang

mendatangkan banyak faedah kepada guru untuk menjalankan proses P&P.

You might also like