You are on page 1of 5

6.

0 ILMU / PENGETAHUAN BARU

Sepanjang pelaksanaan amalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


Fasa 1 yang berlangsung selama lima hari di SK Seri Bukit Panjang, saya telah
mengumpul maklumat dan data berkenaan dengan skop tugasan kajian lapangan
saya iaitu memfokuskan kepada perbezaan individu yang memberi implikasi
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah tersebut. Berikut
merupakan maklumat yang telah saya perolehi sepanjang kajian lapangan saya
berlangsung.

6.1 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang keberadaan saya


menjalani amalan PBS di SK Seri Bukit Panjang, sekolah tersebut
melaksanakan konsep pembelajaran abad ke-21 dengan efektif. Maklumat
mengenai konsep pembelajaran yang dilaksanakan telah saya perolehi
sewaktu membuat tinjauan pengajaran guru pembimbing saya atau mentor di
dalam sesi PdP beliau di kelas. Saya turut mengumpul maklumat tentang
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru pembimbing saya
sewaktu menjalankan proses PdP di dalam kelas.

Dari segi latar belakang sekolah dan murid, Sekolah ini dikategorikan
sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana mempunyai bilangan murid
hanya seramai 102 orang dan tahap pencapaian akademik murid yang
sederhana. Kebanyakan murid tinggal di kawasan yang berhampiran dengan
sekolah dan tiada masalah untuk mereka tidak hadir ke sekolah tanpa alasan.
Namun, masih tetap ada murid yang masih lewat ke sekolah dan hanya
diberikan amaran dan nasihat kepada mereka. Menurut Guru Besar sekolah,
adalah lebih baik mereka lewat sedikit ke sekolah daripada mereka tidak
hadir terus ke sekolah kerana mereka akan rugi bagi seharian pembelajaran
tersebut.

Dari aspek pencapaian akademik dan kokurikulum murid, sekolah ini


berada pada tahap yang sederhana. Dari segi pencapaian akademik, prestasi
murid di sekolah ini masih berada pada tahap yang sederhana. Ini kerana,
masih terdapat lagi murid pemulihan. Saya difahamkan oleh guru
pembimbing yang juga merupakan guru pemulihan merangkap GPK
Kokurikulum sekolah, sejak waran guru pemulihan bagi SKM ditarik pada dua
tahun kebelakangan, kelas pemulihan bagi sekolah ini telah dimansuhkan.
Namun begitu, guru pemulihan ini telah menjalankan inisiatif untuk
melaksanakan sesi pemulihan selepas tamat waktu persekolahan.

Manakala dari aspek sukan dan kokurikulum, sekolah ini berada


prestasi yang cemerlang apabila merangkul gelaran Johan Ragbi Sentuh
untuk 4 tahun berturut-turut peringkat daerah. Namun demikian, sekolah ini
hanya memfokuskan murid-murid kepada satu sukan sahaja iaitu Sukan
Ragbi Sentuh. Hal ini adalah disebabkan oleh golongan murid yang agak
sedikit di sekolah ini merencatkan perkembangan mereka dalam bidang
sukan yang lain seperti olahraga, badminton, bola jaring dan sebagainya.

Dari segi amalan nilai murni dan budaya warga SK Seri Bukit Panjang
seperti yang saya perhatikan, pada setiap pagi anggaran jam 7:00 hingga
7:30 pagi, murid-murid akan berhimpun di Dewan Serbaguna SK Seri Bukit
Panjang untuk program Sinar Pagi. Di dalam program ini, murid tahap 1 dan
tahap 2 akan duduk di dalam kumpulan masing-masing untuk menghafal sifir
dan akan disoal oleh guru-guru bertugas pada jam 7:20 hingga jam 7:30
mengenai sifir yang dihafal pada pagi itu. Pada hujung waktu rehat pula,
murid-murid tahap 1 dan tahap 2 akan melaksanakan Solat Dhuha sebelum
meneruskan sesi PdP yang selanjutnya. Pada hari Khamis, murid-murid akan
menyertai program bacaan yassiin dan solat hajat mingguan manakala
selepas tamat sesi persekolahan, murid-murid Tahap 2 diwajibkan
menunaikan solat zohor sebelum pulang ke rumah.

Seterusnya adalah tinjauan yang saya lakukan dari aspek kemudahan


atau fasiliti sukan yang terdapat di SK Seri Bukit Panjang. Berdasarkan
pemerhatian saya, fasiliti sukan ataupun kemudahan sukan yang terdapat di
sekolah ini berada pada tahap yang minima. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sekolah ini kekurangan peruntukan untuk membeli peralatan sukan
yang secukupnya disebabkan oleh kekangan kekurangan murid dimana
peruntukan diturunkan secara per kepala. Namun, peralatan sukan yang ada
digunakan secara maksima oleh guru di sekolah ini lebih-lebih lagi dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Akhir sekali, saya amat teruja dan bangga dengan komuniti warga SK
Seri Bukit Panjang sama ada komuniti guru, dan kakitangan sekolah yang
sangat-sangat peramah dan prihatin antara mereka. Sikap saling
menghormati dan saling membantu antara rakan sekerja membuatkan saya
lebih tertarik dengan sekolah ini disamping sifat guru penyayang yang sering
ditunjukkan oleh guru terhadap murid-murid di SK Seri Bukit Panjang.

6.2 Senarai Semak

Sepanjang tempoh saya menjalankan amalan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di SK Seri Bukit Panjang, saya telah
membuat tinjauan tentang kemudahan yang terdapat di sekolah tempat saya
menjalankan PBS tersebut. Saya juga telah menjalinkan komunikasi dengan
warga SK Seri Bukit Panjang berpandukan kepada senarai semak yang telah
dijadualkan. Senarai semak yang telah saya jadualkan ini sangat memberi
bantuan kepada saya berkenaan dengan maklumat berkaitan sekolah yang
saya ingin perolehi sebagai memenuhi kriteria kajian lapangan saya kali ini.

Berdasarkan senarai semak yang telah saya sediakan, terdapat


banyak perkara yang menjadi fokus bagi memenuhi skop kajian lapangan
saya terutama sekali tumpuan terhadap aspek perkembangan pembelajaran
seperti kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi yang terdapat di
sekolah tersebut contohnya bilik darjah, bilik guru, perpustakaan, makmal
computer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, sudut bacaan, dewan
serbaguna, dan sebagainya. Walaupun bangunan tersebut mencukupi,
namun SK Seri Bukit Panjang masih memerlukan dana kewangan dari segi
keceriaan dan keselamatan untuk kegunaan warga sekolah. Hal ini dikatakan
demikian kerana, saya difahamkan peruntukan yang diturunkan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) amat terhad untuk Sekolah Kurang Murid (SKM). Ini
akan mempengaruhi aspek perkembangan sahsiah dan akademik murid SK
Seri Bukit Panjang.

Dari aspek sukan, SK Seri Bukit Panjang mempunyai keluasan


padang 50 meter sahaja disebabkan oleh kedudukan geografi sekolah ini
berada di kawasan pedalaman dan berbukit. Keluasan padang ini tidak
sesuai untuk menjalankan aktiviti yang besar seperti Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah dan ini akan menghadkan pergerakan murid. Oleh sebab
itu, satu inisiatif yang dilakukan oleh GPK Kokurikulum sekolah ini adalah
dengan menumpukan murid dengan satu jenis sukan sahaja iaitu sukan
Ragbi Sentuh. Secara tidak langsung, ia akan merencatkan perkembangan
pretasi sukan murid.

Ditinjau dari perspektif yang lain, SK Seri Bukit Panjang mempunyai


tahap kebersihan dan keceriaan yang sangat memuaskan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, jumlah murid yang tidak ramai memudahkan guru-guru dari
aspek kawalan disiplin, sahsiah diri, dan budaya positif yang sudah menjadi
sebahagian daripada jiwa murid-murid sekolah ini asbab dilatih sejak dari
akar umbi. Tinjauan juga dilakukan terhadap aspek informasi sekolah ini,
dilihat sekolah ini mempunyai papan kenyataan bermaklumat yang sentiasa
dikemas kini dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa SK Seri Bukit
Panjang sentiasa aktif dengan aktiviti-aktiviti mingguan sekolah selain lukisan
mural di bahagian dinding sekolah yang menjadi tarikan dan keselesaan
murid-murid untuk menimba ilmu.

Intihanya, senarai semak ini memberi panduan kepada saya supaya


dapat melaksanakan setiap tugasan bagi menyempurnakan kajian lapangan
saya dengan lancar dan teratur.

6.3 Temu Bual

Sepanjang menjalankan amalan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) Fasa 1 di SK Seri Bukit Panjang, saya telah melakukan satu sesi temu
bual bersama dengan beberapa orang warga sekolah untuk memenuhi skop
tugasan saya. Dalam beberapa temu bual, terdapat satu temu bual yang
boleh saya katakan temu bual yang bermanfaat iaitu bersama dengan salah
seorang guru, Encik Mohd Azhar bin Masood. Beliau merupakan Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Bukit Panjang, merangkap Guru
Pemulihan SK Seri Bukit Panjang.

Sepanjang temu bual saya bersama dengan Encik Azhar, antara


soalan yang saya ajukan adalah berkenaan dengan fasiliti sukan yang
terdapat di sekolah tersebut. Menurut beliau, fasiliti sukan yang
diperuntukkan sangat minima iaitu per kepala tambahan pula sekolah
tersebut merupakan kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Baginya lagi,
memandangkan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang tidak sampai
100 orang iaitu hanya 77 orang untuk aliran arus perdana (Tahun 1 hingga
Tahun 6), maka sukan yang hanya difokuskan di sekolah oleh seperti yang
saya katakan sebelumnya iaitu sukan Ragbi Sentuh. Bilangan murid yang
agak terhad merencatkan perkembangan sukan yang lain secara tidak
langsung merencatkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid
dalam bidang sukan yang lain.

Apa yang saya tertarik dengan tahap pencapaian kokurikulum sekolah


ini adalah, SK Seri Bukit Panjang telah merangkul kejuaraan 4 kali berturut-
turut dalam Sukan Ragbi Sentuh peringkat daerah. Walaupun fizikal murid
sekolah ini agak kecil, namun, mereka berupaya untuk mengatasi pihak
lawan dalam menyusun strategi untuk muncul sebagai johan. Ini membuatkan
saya kagum walaupun mempunyai kekurangan fasiliti sukan seperti tidak
mempunyai stor Pendidikan Jasmani yang baik, mereka mampu untuk
berprestasi cemerlang dalam bidang sukan. Kesungguhan yang dipamerkan
oleh murid-murid dan guru-guru SK Seri Bukit Panjang menjadi tauladan bagi
saya untuk menjadi pendidik yang berjiwa kental kelak.

You might also like