You are on page 1of 10

JAWAPAN SOALAN 1(a) Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dasar Satu Murid Satu Sukan telah menyemarakkan

kembali kegiatan sukan di sekolah. Dasar ini digubal bertujuan memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakatbakat sukan dari peringkat akar umbi di samping dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid sekaligus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan. Oleh itu, pihak kepimpinan sekolah mestilah mempunyai kesedaran dan komitmen yang tinggi bagi melaksanakan dasar Satu Murid Satu Sukan di sekolah. Setelah mengadakan temubual dengan Encik Tan Chor Lee iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Encik Daniel Woi; Penyelaras Satu Murid Satu Sukan di SJK Sin Hwa, saya telah mendapati pihak sekolah telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menjayakan dasar Satu Murid Satu Sukan di sekolah. Antaranya ialah melaksanakan program Satu Murid Satu Sukan di sekolah sebagaimana yang disarankan oleh pihak KPM, mengadakan Program Sukan Umum, Mengadakan Pertandingan Dalaman Satu Murid Satu Sukan di Peringkat Sekolah, Menghantar guru-guru di sekolah menghadiri kursus Satu Murid Satu Sukan yang dianjurkan oleh pihak PPD dan JPN untuk menambah pengetahuan, Mempelbagaikan Kelab Sukan dan Permainan dan membeli peralatan sukan untuk kemudahan murid.

i.

Melaksanakan Program Satu Murid Satu Sukan di Sekolah Sebagaimana yang Disarankan oleh Pihak KPM

Seperti pada tahun sebelumnya, guru-guru SJK (C) Sin Hwa telah melaksanankan Program Satu Murid Satu Sukan di sekolah sebagaimana yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Sukan. Guru Penyelaras

Program Satu Murid satu Sukan dan Guru Kanan Kokurikulum telah merancang pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tahun ini. Semua murid Tahun Tiga

hingga Tahun Enam telah diwajibkan menyertai aktiviti ini seperti yang telah ditetapkan oleh KPM berdasarkan pekeliling SPI Bil. 16/2010 bertarikh 1/12/2010. Murid-murid telah diberi pilihan untuk memilih sukan yang mereka minat contohnya bola baling, bola keranjang, badminton, bola tampar, ping pong dan olahraga. Hal ini bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dan memberi peluang kepada mereka menonjolkan bakat dan potensi agar dapat diketengahkan oleh pihak sekolah sejajar dengan konsep yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Aktiviti Satu Murid Satu Sukan ini telah dijalankan selama 60 minit seminggu mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Setiap guru juga telah dipertanggungjawab untuk mengajar sekumpulan kecil murid dalam aktiviti tersebut. (rujuk lampiran 1)

ii.

Mengadakan Program Sukan Umum dan Melaksanakan Subjek Pendidikan Jasmani Secara Berkesan

Seperti yang saya sedia maklum pada awal tahun lagi pihak sekolah telah merancang Program Sukan Umum yang diadakan sepanjang tahun 2013. Pihak pentadbir telah mengarahkan guru-guru rumah sukan mengadakan Latihan Rumah Sukan pada hari Rabu minggu kedua dan keempat. Latihan ini dijalankan selama satu jam iaitu dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi untuk murid Tahun Tiga manakala murid Tahun 4, 5 dan 6 dari pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Selain itu pertandingan Merentas Desa akan diadakan pada bulan Mac bertempat di SJK(T) Ladang Soon Lye, Bagan Serai, Perak. Pihak sekolah telah menghantar 12 orang murid untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, terdapat guru-guru yang diamanahkan oleh pihak pentadbir untuk melatih pasukan sekolah bagi

menyertai pertandingan-pertandingan sukan peringkat kelompok dan daerah. Contohnya saya sendiri telah ditugaskan untuk melatih pasukan olahraga dan bola jaring sekolah yang akan bertanding pada bulan Mac ini. Di samping itu, pihak sekolah juga telah menetapkan Sukantara dan Kejohanan Padang dan Balapan diadakan pada bulan Jun kelak seperti tahun 2011 dan 2012. Inisiatif ini sebanyak sedikit telah menaikkan semangat murid untuk sentiasa bersukan. Secara jujurnya, saya mendapati murid-murid kelihatan sangat teruja setiap kali mengikuti subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Jika dahulu, terdapat murid yang pasif, tidak mahu bermain dan sering tidak membawa pakaian sukan namun kini segala-galanya telah berubah. Kini, pihak pengurusan sekolah juga memberi

perhatian terhadap aktiviti sukan dengan melaksanakan subjek Pendidikan Jasmani secara berkesan. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani bagi murid tahun enam tidak lagi hanya dijalankan selepas peperiksaan UPSR.

iii.

Mengadakan Pertandingan Dalaman Satu Murid Satu Sukan di Peringkat Sekolah

Pertandingan Dalaman Satu Murid Satu Sukan juga telah dirancang sepanjang tahun ini. Jika pada tahun 2011 pihak sekolah hanya mengadakan pertandingan antara rumah sukan sahaja, namun mulai tahun 2012 pihak pentadbir telah merancang untuk mengadakan pertandingan sukan antara kelas. sebanyak sedikit Hasil daripada aktiviti tersebut

telah mencapai objektif yang ditetapkan oleh KPM iaitu

meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni, memupuk perpaduan antara kaum, membentuk budaya sukan dalam kalangan murid, memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal, memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal serta mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Pertandingan antara Rumah Sukan akan diadakan kira-kira sebulan sebelum hari sukan supaya mata yang diperoleh dapat dicampur dengan markah Sukantara manakala Pertandingan antara Kelas akan diadakan selepas peperiksaan UPSR. Antara sukan yang akan dipertandingkan ialah bola keranjang, bola tampar dan bola baling.

iv.

Menghantar Guru-guru di Sekolah Menghadiri Kursus Satu Murid Satu Sukan yang Dianjurkan oleh pihak PPD dan JPN untuk Menambah Pengetahuan serta Mengadakan Latihan dalam perkhidmatan (LDP) kepada Semua Guru

Bagi memastikan guru dapat menyampaikan ilmu yang sepatutnya, pihak sekolah telah menghantar guru-guru di sekolah menghadiri kursus Satu Murid Satu Sukan yang dianjurkan oleh pihak PPD dan JPN. Guru-guru yang dihantar berkursus ini dipertanggungjawab untuk mengadakan Latihan dalam perkhidmatan (LDP) kepada semua guru di sekolah. Hal ini bagi membolehkan semua guru mendapat pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan semasa pelaksanaan Satu murid Satu Sukan. Contohnya; sebelum membenarkan murid-murid bermain badminton, murid tersebut perlu diajar cara memegang raket dan bulu tangkis yang betul, menghantar

bulu tangkis dan sebagainya. Bagi olahraga pula; murid diajar teknik-teknik berlari pecut, cara memulakan larian dan lain-lain lagi. Selain itu, murid juga diajar peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa bermain sesuatu permainan. Dengan cara ini, murid akan mendapat pengetahuan dan bermain dengan cara yang betul. Faktor ini juga dapat menghasilkan atlet-atlet sekolah dan membolehkan mereka mendapat tempat apabila menyertai pertandingan luar.

v.

Mempelbagaikan Kelab Sukan dan Permainan

Sejajar dengan wujudnya dasar Satu Murid Satu Sukan, pihak pentadbir sekolah saya telah mempelbagaikan kelab sukan dan permainan. Seperti yang kita sedia maklum murid berketurunan Cina sememangnya aktif dalam sukan bola keranjang, pingpong, bola tampar dan badminton. Namun begitu, mulai tahun 2012, SJK(C) Sin Hwa telah mewujudkan Kelab Bola Baling manakala pada tahun ini pihak sekolah diwajibkan menghantar wakil pasukan bola sepak dan bola jaring sekolah untuk menyertai pertandingan luar. Saya percaya, pada tahun 2014, pihak sekolah akan mengadakan sukan bola jaring dan bola sepak untuk Program Satu Murid Satu Sukan. Hal ini dapat menarik minat murid untuk menyertai sukan lain di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta memberi pendedahan kepada mereka bermain permainan lain.

vi.

Membeli Peralatan Sukan untuk Kemudahan Murid

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SJK(C) Sin Hwa, panitia Pendidikan Jasmani telah menambahbanyakkan peralatan sukan untuk kemudahan murid. Contohnya, pihak sekolah telah membeli bat pingpong, raket, bulu tangkis dan sebagainya supaya setiap murid berpeluang menggunakan peralatan tersebut. Hal ini telah memberi kemudahan kepada murid terutamanya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

iv. Melakukan Pemantauan dan Penilaian

Guru penasihat akan mencatat kehadiran setiap murid semasa perjumpaan Satu Murid Satu Sukan diadakan. Dengan cara ini pihak pentadbir dapat melakukan pemantauan terhadap kehadiran murid. Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut akan dipanggil untuk memberi keterangan. Selain itu, pihak pentadbir juga Misalnya,

melakukan penilaian terhadap tahap penglibatan murid dalam sukan.

murid yang cemerlang dalam bidang sukan juga akan mendapat anugerah dan ganjaran semasa Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar. Hal ini menunjukkan pihak kepimpinan sekolah juga menjalankan tanggungjawab dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

JAWAPAN SOALAN 1 (b)

Pelaksanaan dasar seorang murid bergiat dalam sejenis sukan bermula pada tahun 2011 adalah usaha kerajaan membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik sejak bangku sekolah lagi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid yang hanya cemerlang dalam bidang akademik sahaja tidak mampu untuk melayakkan diri meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh mahupun Institut Pengajian tinggi. Rentetan itu, dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada murid, guru dan ibu bapa. Sokongan keluarga amat penting dalam menjayakan dasar Satu Murid Satu Sukan di sekolah. Namun begitu, terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dan ibu bapa dalam menjayakan dasar ini. Antara masalah yang mereka hadapi ialah:-

i.

Kesuntukan Masa Kebanyakan murid menghadapi kesuntukan masa kerana mereka perlu menghadiri kelas tuisyen selepas waktu persekolahan. Hal ini biasanya dijadikan alasan apabila murid tidak dapat menghadiri latihan Rumah Sukan dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah. Bagi mereka, kecemerlangan dalam peperiksaan amat penting berbanding menyertai aktiviti sukan.

ii.

Masalah Pengangkutan Pengangkutan juga merupakan masalah besar kepada murid dan ibu bapa. Sebilangan besar ibu bapa murid di sekolah saya menjalankan perniagaan sendiri dan ada juga yang bekerja dengan syarikat swasta. Oleh sebab itu, mereka terpaksa menyerahkan tugas menghantar dan mengambil anak-anak mereka kepada pengusaha van dan bas sekolah. Jadi, sekiranya anak mereka dipilih untuk mewakili sekolah bagi menyertai sesuatu pertandingan ataupun mewakili rumah sukan, mereka terpaksa mengorbankan masa bekerja untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah.

iii.

Kekurangan Sumber Kewangan Kebanyakan murid yang cemerlang dan berpotensi dalam bidang sukan ini mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Oleh itu, apabila dipilih untuk menyertai pertandingan sukan mereka terpaksa membeli kasut, peralatan dan pakaian yang bersesuaian. Oleh kerana tidak mampu, mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana kekurangan yang dihadapi.

iv.

Kesibukan Bekerja Disebabkan kebanyakan ibu bapa murid di sekolah saya menjalankan perniagaan sendiri, jadi mereka tidak berkesempatan untuk menghadiri Kejohanan Balapan & Padang yang diadakan di sekolah. Hal ini bermaksud mereka tidak berkesempatan memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka yang menyertai kejohanan tersebut dan beramah mesra dengan guru-guru di sekolah.

v.

Kurang Pemahaman dan Kesedaran tentang Sukan Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa sukan adalah aktiviti fizikal yang memerlukan pelakunya menggunakan tenaga dan bertindak tangkas seperti bermain bola dan berlumba lari. Mereka juga seakan terlupa bahawa aktiviti sukan tertentu seperti bola keranjang dan badminton memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang individu. Gabungan tenaga fizikal diperlukan untuk

mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Namun begitu, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan Kejohanan Padang & Balapan di sekolah. Antara langkahlangkah tersebut ialah:i. Memberi Sumbangan Seperti yang kita sedia maklum, pihak sekolah terpaksa membelanjakan sejumlah besar wang apabila mengadakan Kejohanan Padang & Balapan pada setiap tahun. Pihak sekolah terpaksa memperuntukkan wang tersebut untuk hadiah, jamuan, baju sukan, peralatan-peralatan yang akan digunakan termasuklah P.A sistem. Oleh itu,

ibu bapa yang berkemampuan bolehlah menghulurkan sumbangan dari segi kewangan, peralatan mahupun pakaian. Hal ini sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak sekolah.

ii.

Cuba untuk Meluangkan Masa Sokongan ibu bapa amat penting dalam memastikan kejayaan anak-anak. Oleh itu, mereka perlulah cuba untuk meluangkan masa memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka semasa Kejohanan Padang & Balapan. Hal ini dapat meniupkan semangat kepada murid-murid untuk menjuarai sesuatu pertandingan.

iii.

Mengambil Bahagian dalam Acara yang Dipertandingkan Ibu bapa wajarlah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Aktiviti ini membolehkan para ibu bapa beramah mesra dengan guru-guru di sekolah di samping mengeratkan perpaduan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Hal ini sekaligus dapat membantu pihak sekolah menjayakan Kejohanan Padang & Balapan dengan lebih meriah. Murid-murid juga akan lebih teruja apabila melihat ibu bapa mereka dan guru-guru bertanding dalam acara sukan.

iv.

Mencari Dana untuk Sekolah Ada antara ibu bapa murid di sekolah ini merupakan peniaga-peniaga besar. Oleh itu, mereka berperanan membantu pihak sekolah mencari dana-dana yang besar bagi menjayakan Kejohanan Balapan & Padang. Mereka boleh mencuba untuk

mendapatkan sumbangan yang berupa makanan ringan, minuman dan pakaian daripada pihak luar.

v.

Bekerjasama dengan Pihak Sekolah Semua ibu bapa perlulah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan Kejohanan Balapan & Padang dan dasar Satu Murid Satu Sukan. Salah satu

daripadanya ialah mereka boleh bekerjasama dengan meluangkan masa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka yang mengikuti latihan sukan mahupun pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu menghargai bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh anak mereka. Saya percaya setiap murid akan berasa sangat gembira dan bangga apabila berpeluang mewakili sekolah bagi menyertai sesuatu pertandingan.

You might also like