You are on page 1of 21

1. 1.

PENDAHULUAN Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97. Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid/pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Skan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2

1.3

1.4

1.5

2.

RASIONAL

2.1

Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat penambahbaikan bagi memudahkan lagi pemahaman guru tentang penilaian murid dalam kegiatan kokurikulum dan penggalakkan aktiviti sukan. Selaras dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Dasar 1Murid 1Sukan, penilaian bagi kegiatan kokurikulum dan sukan dikaji semula. Dengan mengambilkira kepentingan kegiatan kokurikulum dan sukan, penilaian kegiatan ini wajib dinilai dan pemarkahan bagi ketiga-tiga bidang iaitu Sukan dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform serta Persatuan dan Kelab wajib diambilkira dalam penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan yang setara. Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan sukan boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

2.2

3. 3.1 3.2 3.3

OBJEKTIF Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum dan sukan yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah. Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. DASAR 1MURID 1SUKAN Pengenalan 4.1.1 Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di sekolah adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi mencapai kecemerlangan sukan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas dinamik dan bersatu padu. Konsep Dasar 1Murid 1Sukan adalah bagi menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang atau tidak aktif. Dasar ini juga membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangya satu jenis sukan di sekolah seterusnya memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4. 4.1

4.1.2

4.1.3

4.2

Matlamat

Dasar 1Murid 1Sukan berhasrat untuk: 4.2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun; dan

2 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

4.2.2 4.3

Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Objektif

Dasar 1Murid 1Sukan berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut; 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.4 Meningkatkan kecergasan jasmani; Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni; Memupuk perpaduan di antara kaum; Membentuk budaya sukan di kalangan murid; Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal; Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Konsep

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4.5

Prinsip Pelaksanaan

Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 4.5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan; Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah; Murid boleh menyertai lebih dari sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang idjalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah; Asas kepada Dasar 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;

4.5.2

4.5.3

4.5.4

3 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

4.5.5 4.5.6

Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; Penyertaan dalam sukan adalah asa kepada perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid; Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

4.5.7

4.5.8

4.6

Pendekatan Pelaksanaan

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan Dasa1M 1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 4.6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S.

4.6.2

4.6.3

4.6.4

5.

GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut: 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 Perancangan yang jelas Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan. Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum. Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.

5.1

4 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9

Gambar murid murid/pelajar.

mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan

Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah Menengah. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar. Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah. Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan. Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi kelab Sukan/Permainan, Kelab dan Persatuan serta Pasukan Badan Beruniform. Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

5.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi. 5.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala 5.12 Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah boleh disediakan dalam dua bentuk seperti berikut: 5.12.1 5.12.2 5.12.3 Dalam tempoh 3 tahun (bermula dari Tahun Empat hingga Tahun Enam); dan Dalam tempoh 8 tahun (bermula dari kelas Peralihan hingga ke Tingkatan Enam Atas); atau Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun : 5.12.3.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga 5.12.3.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas

5 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

6
1

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH


Perancangan strategik kokurikulum dan sukan sekolah Dilaksanakan mulai minggu pertama persekolahan -Memaklumkan kepada ibubapa,guru dan murid. Cadangan bagi nisbah guru-murid dalam kokurikulum dan sukan adalah 1 orang guru penasihat kepada 30 orang murid .

Agihan tugas Guru Penasihat/Pemimpin mengikut keperluan /kepakaran.

Pendaftaran setiap murid dalam 3 bidang : - Pasukan badan beruniform - Kelab Sukan /Permainan - Kelab/Persatuan Jumlah murid bagi setiap unit dalam setiap bidang adalah mengikut kesesuaian sekolah. Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah. Taklimat Pengisian data kepada Guru Penasihat/Pemimpin dan Guru Kelas Takwim & Rancangan Pelajaran Mingguan Buku rekod kehadiran disimpan di sekolah dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan

Merekod kehadiran murid dalam buku rekod kehadiran kokurikulum dan sukan dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan. Guru Penasihat/Pemimpin melengkapkan Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan dengan merujuk rekod kehadiran kokurikulum Guru Kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum dan Sukan apabila memperolehi Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan dari Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum dan Sukan peringkat Sekolah mengesahkan markah kokurikulum murid. Jawatankuasa ini terdiri daripada: Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Setiausaha : GPK Kokurikulum AJK : Tiga orang yang dilantik Buku Penilaian Kokurikulum dan Sukan (BPK 1) ditandatangani oleh GPK Kokurikulum, Pengetua/Guru Besar dan Ibubapa/Penjaga 1September 30 September (Sekolah Rendah) 1November 31 Disember (Sekolah Menengah) Dan tertakluk kepada tarikh-tarikh peperiksaan awam. Sekolah hendaklah mengeluarkan Sijil Penilaian Markah Kokurikulum dan Sukan setiap hujung tahun kepada setiap murid

6 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

9 Tidak Ya 10

Keputusan Penilaian Kokurikulum dan Sukan dihantar secara on-line ke KPM dan salinan dihantar ke PPD / JPN. Semakan dan analisis dilakukan .

15 Disember 31 Januari (atau tarikh yang ditentukan kemudian atas keperluan pentadbiran) Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM

Keputusan Penilaian Kokurikulum dan Sukan dari KPM dihantar kepada pihak yang memerlukan

Tarikh ditentukan atas keperluan pentadbiran untuk tindakan selanjutnya. Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM

11

Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan di simpan di sekolah

Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan akan berpindah mengikut murid

Tamat

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN

7 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Sistem penilaian akan berkuatkuasa untuk Tahap 2 Sekolah Rendah, Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah. Aspek-aspek penilaian adalah seperti berikut: 7.1 Penglibatan (Involvement) 7.1.1 Jawatan 7.1.2 Peringkat 7.1.3 Komitmen 7.1.4 Khidmat Sumbangan Penyertaan (Participation) 7.2.1 Kehadiran Bidang (Pendaftaran keahlian) Prestasi (Performance) 7.3.1 Tahap Pencapaian ASPEK Penglibatan ELEMEN Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Kehadiran Bidang Tahap Pencapaian MARKAH 5 (10) 13 (20) 40 (50) 12 (10) 10 40 50 (40) 10 (0) 20 20 JUMLAH 110

7.2

7.3

Penyertaan Prestasi

8 8.1

NILAI SKOR BAGI ASPEK DAN ELEMEN KOKURIKULUM DAN SUKAN Aspek Penglibatan 8.1.1 Elemen Jawatan 8.1.1.1 Pasukan badan beruniform Anjuran Kementerian/Jabatan Kerajaan dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) MARKAH 10 8 7 6

JAWATAN/PANGKAT Pengerusi / Presiden : Pegawai Waran 1 & 11 (KRS), Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (KAPA), Pegawai Kadet (Bomba), SubInspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional/Penjara) Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi : Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran kadet (KAPA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Koreksional) Setiausaha / Bendahari : Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba) Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba)
8 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Ahli Jawatankuasa : Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), Penolong Ketua Platun 11 (Bomba) Ahli Aktif Ahli Biasa

5 4 2

Nota: Murid yang memegang jawatan tertinggi; tetapi berada dipangkat yang lebih rendah layak untuk mendapat markah mengikut jawatan tertingginya Murid yang memegang pangkat tertinggi, tetapi tidak memegang jawatan; murid berkenaan layak mendapat markah mengikut pangkat tertingginya. Murid yang memegang jawatan tertinggi dan memegang pangkat tertinggi hanya berhak mendapat satu markah tertinggi. Murid yang lulus peperiksaan kenaikan pangkat dalam pasukan berhak menerima markah mengikut pangkat tertingginya. 8.1.1.2 Pasukan badan beruniform - Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pancaragam Brass MARKAH 10 8 7 6 5 4 2

JAWATAN Pengerusi / Presiden : Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi,Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi : Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major/ Asst. Band Major, Setiausaha / Bendahari : Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koporal, Percussion Leader, Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari : Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans koporal, Section Leader, Ahli Jawatankuasa : Quartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Class 3, Ahli Aktif , Penolong Ketua Kumpulan Ahli Biasa, Class 4 & 5, Nota: Pengkelasan Jawatan Berdasarkan Susunan Pasukan:

Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan St. John Ambulans Malaysia, Pancaragam Brass, Briged Putera, Briged Puteri 8.1.1.3 Pasukan badan beruniform Seni Mempertahankan Diri MARKAH 10 9 8 7

JAWATAN Pengerusi / Presiden/ Bengkung Merah / Tali Pinggang Hitam / Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi: Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 Setiausaha / Bendahari : Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2
9 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Ahli Jawatankuasa: Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1 Ahli Aktif: Class 3, Cula 2 dan Tali pinggang Hijau 1&2 Tali pinggang kuning 1 & 2 Ahli Biasa Nota:
JAWATAN Bengkung Merah

5 4 3 2

Bengkung Hijau 3

Bengkung Hijau 2

Bengkung Hijau 1 Bengkung Putih 3 Bengkung Putih 2 Bengkung Putih 1

SYARAT Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya Berdaftar sebagai ahli selama 4 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya Berdaftar sebagai ahli selama 3 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga. Berdaftar sebagai ahli selama 2 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat kedua. Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat pertama. Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan tidak mengambil sebarang ujian peningkatan.

8.1.1.4

Jawatan bagi Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan JAWATAN MARKAH 10

Pengerusi Presiden Ketua Pasukan Ketua Rumah Naib Pengerusi Timbalan Presiden Penolong Ketua Pasukan Penolong Ketua Rumah Setiausaha Bendahari Penolong Setiausaha Penolong Bendahari AJK Ahli Aktif Ahli Biasa

6 4 2

8.1.2

Elemen Peringkat

10 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

8.1.2.1 Peringkat Sekolah Zon/daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa 8.1.2.2 Peringkat Sekolah Zon/daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa Nota:

Pasukan Badan Beruniform Penglibatan 1 8 11 14 17 20 Penglibatan 2 6 8 10 12 15 Penglibatan 3 3 4 6 8 10

Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan Penglibatan 1 8 11 14 17 20 Penglibatan 2 6 7 8 9 10 Penglibatan 3 3 4 5 6 7

PENGLIBATAN Penglibatan 1

TAFSIRAN Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program Penglibatan murid yang melibatkan aktiviti seperti persembahan selingan yang memerlukan latihan pusat dan murid yang bertugas sebagai jawatankuasa yang perlu berkhidmat dalam tempoh yang lama disepanjang aktiviti/ perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program

Penglibatan 2

Penglibatan 3

Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti sebagai penyokong, kumpulan sorak perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program atau peserta majlis ceramah

8.1.3

Elemen Komitmen

11 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

PERINGKAT Menunjukkan kepimpinan Menguruskan Aktiviti Membantu Guru/Rakan Menyediakan Peralatan Mengemas Peralatan Membersih Kawasan Menepati Waktu Menunjukkan Minat Menunjukkan Kesungguhan Mengikut Arahan Mencuba Memberi Kerjasama Mana-mana nilai murni yang boleh diperhatikan

MARKAH 4 4 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

Mana-mana empat elemen dalam jadual komitmen di atas tetapi tidak melebihi 12%. Elemen nilai yang tidak tersenarai dalam jadual di atas boleh juga di pertimbangkan tetapi tidak melebih 3%.

8.1.4

Elemen Khidmat Sumbangan

12 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

SUMBANGAN

Teknikal

PERKARA Melibatkan perkara kursus referi/pengadil, jurulatih pasukan, konduktor pancaragam, jurulatih kadet, dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek teknikal Segala jenis bantuan dari segi mengurus dan mentadbir kelab sukan, urusetia, mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah, mengurus pasukan dan menyediakan laporan Membantu dari segi menjayakan aktiviti kelab sukan dan aktiviti sukan sekolah seperti mengambil bahagian dalam perbarisan atau persembahan, kumpulan sorak/penyokong, menghias khemah rumah sukan dan yang berkaitan

MARKAH

10

Pengurusan

Sokongan

8.2

Aspek Penyertaan 8.2.1 Elemen Kehadiran

JULAT PERATUS KEHADIRAN Penuh 100 90 99 80 89 70 79 60 69 50 59 40 49 30 39 20 29 13 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan 10 19 19

MARKAH 40 36 32 28 24 22 18 16 12 8 4

8.2.1.1 Kaedah Pengiraan Kehadiran KEHADIRAN BAGI KOKURIKULUM DAN SUKAN Contoh: Aktiviti Pasukan Badan Beruniform mengadakan 20 kali perjumpaan setahun Pengiraan skor kehadiran untuk pasukan/badan beruniform. = 14 (a) Jika jumlah kehadiran pelajar = 20 (b) Jumlahperjumpaan setahun = 2 (c) Ketidakhadiran yang diluluskan a (14) Skor Kehadiran X 100 = 77.8% b (20) c (2)

KEHADIRAN BAGI SUKAN DAN KOKURIKULUM Sekiranya murid tersebut tidak hadir tanpa sebab, jumlah kehadiran adalah kekal sebanyak 20 kali; a (14) X 100 = 70% b (20) Skor kehadiran bagi murid yang tidak hadir tanpa sebab adalah 28% berdasarkan pada jadual di atas. Skor Kehadiran Kehadiran dalam latihan yang dibiayai sendiri boleh diambil kira sebagai kehadiran sebenar sekiranya mempunyai dokumen sokongan atau rekod yang sah dan boleh dipercayai.

KAEDAH PEMBERIAN NILAI SKOR SUKAN DAN KOKURIKULUM Untuk tahun tersebut, kehadiran murid adalah sebanyak 77.8% daripada jumlah kesemua aktiviti yang dijalankan. Oleh itu peratus kehadiran bersamaan dengan 28% daripada 40% skor penuh. Julat Peratus Kehadiran bagi Sukan dan Kokurikulum Penuh 100 90 - 99 80 - 89
14 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Markah 40 36 32

70 - 79 60 - 69 50 - 59 40 - 49 30 - 39 20 - 29 10 - 19 1-9

28 24 22 18 16 12 8 4

Nilai Skor Sukan dan Kokurikulum Bagi Aspek Penyertaan Untuk Elemen Bidang BIDANG Penyertaan murid dalam sesuatu elemen kegiatan sukan atau kokurikulum Dalam sukan mengambil kira penglibatan murid berdasarkan acara yang disertai Kokurikulum adalah aktiviti yang disertai dalam kelab atau pasukan yang berkenaan.

8.3

Aspek Prestasi 8.2 Elemen Tahap Pencapaian 8.2.1 Markah Aspek Pencapaian ialah 20 markah. Markah ini merupakan pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat Sekolah, Zon / Daerah / Negeri dan Kebangsaan. Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga kecuali di peringkat sekolah dimana pencapaian yang dinilai adalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat dan Kelima. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut: JOHAN 08 11 14 17 20 NAIB JOHAN 07 10 13 16 19 MARKAH KETIGA KEEMPAT 06 9 12 15 18 05 TIADA TIADA TIADA TIADA KELIMA 04 TIADA TIADA TIADA TIADA

PERINGKAT PERTANDINGAN Sekolah Zon/Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa 8.2.2

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili sekolah, zon/daerah, negeri, dan kebangsaan. markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat kebangsaan.

8.4

Markah Bonus (mohon menggantikan dengan cadangan LPM bagi Ekstrakurikulum)

15 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

8.1.

Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi: 8.1.1. 8.1.2. 8.1.3. Perjawatan Peringkatan Sekolah perpustakaan, Imam dan sebagainya. seperti pengawas, pengawas

Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya. Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.

8.2.

Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus dikira sekali sahaja mengikut tahun semasa murid mendapat pengiktirafan tersebut. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut: Bil 1. 2. 3. 4. 5. Jawatan Ketua Murid Sekolah Timbalan/Penolong Ketua Murid Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah Pegawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan Sekolah Penolong Ketua Asrama / Pegawas Pusat Sumber/ Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro - Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Pegawas Koperasi Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua Kelas / Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik Markah Bonus 10 8 7 6 5

6.

7. 8.3.

Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut: Anugerah/Penghargaan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Kementerian Belia dan Sukan Emas Perak Gangsa Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan Anugerah Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja Anugerah Khas Sukan 4.1. Olahragawan/Olahragawati Kebangsaan 4.2 Olahragawan/Olahragawati Negeri 4.3. Olahragawan/Olahragawati Daerah Lain-lain anugerah/penghargaan khas yang setara Markah Bonus

Bil 1

2 3 4

10 7 5 10 10 10 7 5

16 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

5.1 Peringkat Kebangsaan 5.2 Peringkat Negeri 5.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 5.4 Peringkat Sekolah Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri (tanpa pengiktirafan /kebenaran KPM/JPN)

10 7 5 2 2 (5)

PROGRAM NILAM Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan 8.4. 8.5. NILAM 7 8 9 10

MARKAH EMAS PERAK 6 5 7 6 8 7 9 8

GANGSA 4 5 6 7

Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu daripada jawatan yang paling tinggi disandang setiap tahun seperti di Jadual 7, Jadual 8 atau Jadual 9. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

9. GRED KESELURUHAN 9.1. Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. 9.2. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah KETIGATIGA kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan puratanya. 9.3. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1. 9.4. Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid A perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut: Jumlah Markah Pasukan badan beruniform Persatuan/Kelab Kelab Sukan/Permainan Markah purata Markah bonus (Ketua Murid) Gred Keseluruhan 10. PELAKSANAAN = = = = = = = = = 86 74 91 (91+86+74) /3 82.7 10 82.7 + 10 92.7 A

17 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

10.1. 10.2.

10.3.

10.4. 10.5. 10.6.

Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat Lampiran 1, 2 dan 3). Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh itu, jangkamasa penilaian dalam tahun semasa bermula pada 1 Januari hingga 1 Disember. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga 6 Atas, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Catatan/Pelaporan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin/penasihat sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid B dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5: Tingkatan 1 2 3 4 5 6R 6A Markah Kokurikulum 69 82 83 89 80 68 79 GPA 69 82 83 89 80 68 79 CGPA 69.0 75.5 79.25 84.13 82.06 75.03 77.02

Contoh pengiraan CGPA Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 = = = = = = = = = = 69 69.0 (CGPA Tingkatan 1) (69.0+82)/2 75.5 (CGPA Tingkatan 2) (75.5+83)/2 79.25 (CGPA Tingkatan 3) (79.25+89)/2 84.13 (CGPA Tingkatan 4) (84.13+80)/2 82.06 (CGPA Tingkatan 5) (82.06+68)/2 75.03 (CGPA Tingkatan 6R) (75.03+79)/2 77.02 (CGPA Tingkatan 6A)

Tingkatan 6R = = Tingkatan 6A = =

18 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

10.7.

Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya Tingkatan V = 82.06 x 10 100 = 8.21

10.8.

Penilaian Kokurikulum Murid berkeperluan Khas akan disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas , KPM Kes-Kes Khas Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi dinilai mengikut kriteria dari BS,KPM dan Majlis Sukan Negara. Contohnya atlet kebangsaan. Atlet wakil Negara Semua Pertandingan Antarabangsa yang diiktiraf oleh MOM,Sukan Olympic/Komanweal/ASIAN/SEA GAMES 10 markah

10.9.

11. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah PLKN adalah seperti jadual berikut Jadual 10 Bil 1 2 3 4 5 6 Jawatan Yang Disandang Ketua Pelatih Ketua Wira Ketua Wirawati Ketua Kompeni / Ketua Dorm Penolong Ketua Kompeni / Ketua Dorm Pelatih Biasa Markah 30 30 30 20 20 10

Jadual 11 Bil 1 2 3 4 5 6 Penglibatan Amat Cemerlang Cemerlang Amat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan Markah 70 60 50 40 30 20

19 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

CADANGAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN ASPEK ELEMEN Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Penyertaan Prestasi Kehadiran Bidang Tahap Pencapaian 5 13 12 10 40 10 20 JUMLAH 50 20 110 MARKAH

Penglibatan

40

CADANGAN OLEH BAHAGIAN SUKAN DAN BAHAGIAN KOKURIKULUM & KESENIAN ASPEK ELEMEN Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Penyertaan Prestasi Kehadiran Bidang Tahap Pencapaian 10 20 10 10 40 0 20 JUMLAH MARKAH

Penglibatan

50

40 20 110

20 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

21 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

You might also like