You are on page 1of 5

sekolah.

Dasar 1M 1S merupakan serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsipprinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pendidikan di Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang telah dilancarkan barubaru ini, sebelas anjakan untuk transformasi system diutarakan antaranya ialah melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai melalui aktiviti sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum ini adalah secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti sepertniini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1Sukan,1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Justeru itu, tempat yang paling ideal untuk merealisasikan hasrat Kerajaan ini ialah di peringkat asas iaitu di sekolah. Kemahiran dan teknik asas yang dipelajari bermula dari peringkat rebung lebih mudah diasuh dan dilentur. Pihak pentadbir di sekolah terutamanya Guru Penolong Kanan Kokurikulum perlu sentiasa bergerak aktif bagi merealisasikan hasrat Kerajaan ini. Sebagai agen pelaksana, pihak pentadbir perlu memastikan keselamatan murid, keberkesanan dan penggunaan prasarana sedia ada dan sentiasa memeberi dorongan dan peransang kepada murid-murid yang kurang aktif. Selain itu, pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat para ibu

asar 1Murid 1Sukan (1M 1S) yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-

bapa yang berkemahiran dalam aktiviti sukan untuk sama-sama membimbing murid bagi faedah bersama. Hasil daripada temuramah yang telah dijalankan, saya mendapati pihak pentadbir menghadapi masalah prasarana yang tidak mencukupi untuk keperluan murid. Apabila dasar ini dijalankan, penggunaan alatan sukan adalah optimum. Sehubungan itu, risiko kerosakan alat tersebut amat tinggi terutama alatan seperti bola. Bagi sekolah yang kurang murid , peruntukan yang diperolehi sangat terhad untuk membeli alatan sukan yang mahal. Acara-acara sukan yang memerlukan penggunaan padang selalunya menghadapi masalah saiz padang yang tidak mencukupi untuk menampung lebih dari dari satu permainan untuk satu-satu masa. Ini menyebabkan acara seperti hoki, bolasepak,bola baling dan bola jaring tidak dapat dijalankan dengan sempuna. Selain itu, pihak sekolah mendapat kekangan daripada pihak ibu bapa yang lebih mementingkan bidang kurikulum terutamanya murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan awam.

Beberapa soalan telah diajukan kepada ibu bapa tentang kepentingan 1M 1S kepada mereka. Para ibu bapa yang diajukan pertanyaan tentang dasar ini kebanyakannya menyokong hasrat Kerajaan ini. Antara manfaat dasar 1M 1S ini kepada ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah.Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat. Namun begitu, ada dalam kalangan ibu bapa yang bimbang sekiranya anak mereka terlalu mementingkan kecemerlangan sukan dan meminggirkan aspek kurikulum yang paling utama.

Dasar 1 M 1 S ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan

sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat. Gaya hidup sihat ini akan menjadi satu amalan yang positif sepanjang hidup mereka dan akan menghasilkan rakyat Malaysia yang berkualiti. Hasil Sukan untuk Semua akan dapat dicerminkan melalui pembudayaan sukan dan aktiviti fizikal seumur hidup dalam kalangan masyarakat. Manakala Sukan untuk Kecemerlangan akan berfokus kepada melahirkan jaguh sukan ke arah menaikkan imej negara melalui kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi pencapaian sukan dipelbagai peringkat persada dunia.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan.

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini. Jelaslah di sini bahawa dasar 1M 1S ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak kebaikannyanya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu

memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang. Matlamat jangka panjang dalam perluasan Satu Murid Satu Sukan adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat,cergas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif.

BIBLIOGRAFI:

Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan.(2011). Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). (2013). Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.

You might also like