You are on page 1of 3

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Lebih 30,000 pelajar Universiti Terbuka

Malaysia (OUM) akan memperoleh manfaat daripada sistem pembelajaran baru


yang dikenali sebagai myINSPIRE, mulai Mei ini.

MyINSPIRE: Platfrom E-Pembelajaran Yang


Akan Manfaatkan Pelajar OUM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sistem
pembelajaran itu adalah selari dengan anjakan ketiga Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang menggalakkan pendidikan pembelajaran
sepanjang hayat.

"Sistem ini adalah mudah tetapi sangat bermakna. Kita tidak boleh hanya
bergantung kepada kelas pada masa kini malah dengan teknologi, kerana ia
mewujudkan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk melanjutkan
pelajaran, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem berkenaan di
sini, hari ini.....

Sistem pengurusan
pembelajaran
KUALA LUMPUR 23 AAPRIL - Kementerian Pendidikan akan melihat kemungkinan
mengembangkan kaedah e-pembelajaran sebagai satu langkah menangani masalah
pembatalan hari persekolahan akibat bencana alam.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, e-pembelajaran, yang merupakan
satu kaedah baharu dan baik yang dapat memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam
pembelajaran mereka jika kelas terpaksa dibatalkan ataupun tidak hadir ke sekolah atas
sebab tertentu.
Beliau berkata, demikian kepada wartawan selepas menghadiri Anugerah
Kecemerlangan Akademik St John's Institution 2016 di sini, hari ini.

Kaedah e-pembelajaran merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran melangkaui


bilik darjah yang dipacu internet dan kecanggihan teknologi akan membolehkan
pengajar dan pelajar meneruskan proses pembelajaran di mana-mana sahaja.
Mengulas lanjut mengenai gejala jerebu yang mula melanda sejak minggu lepas akibat
cuaca panas kebelakangan ini, beliau berkata kementeriannya telah mengaktifkan bilik
operasi untuk memantau secara harian perkembangan tersebut.
Mahdzir berkata, kementerian akan mengeluarkan arahan penutupan sekolah di kawasan
yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 ke atas.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ibu bapa tidak boleh enggan menghantar anak
mereka ke sekolah berdasarkan keputusan sendiri bahawa keadaan adalah tidak sihat
jika kementerian tidak mengeluarkan arahan sekolah ditutup akibat jerebu dan cuaca
panas.
"Maknanya mereka melanggar undang-undang, melainkan ia adalah atas arahan
sekolah," katanya.
Mahdzir juga menjelaskan adalah tidak perlu bagi sekolah untuk membuat kelas gantian
jika keseluruhan hari persekolahan yang dibatalkan akibat keadaan bencana itu tidak
melebihi lima hari. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kaedah-e-pembelajaran-mampu-tangani-
masalah-kelas-terbatal-akibat-bencana-1.284179#sthash.cV5zuhwK.dpuf
MELAKA 31 Mac – Ahli akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) digalak
supaya memperkembangkan budaya e-Pembelajaran di universiti seiring perkembangan
pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa ini.
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, usaha itu sekali gus dapat
merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 terutama dalam pendekatan
pembelajaran dalam talian tahap global.
Menurutnya, UTeM akan berusaha memperkembangkan lagi inisiatif ini menerusi
pembangunan e-Kandungan berkualiti dalam bidang kepakaran tertentu, penyertaan
dalam konsortium e-Kandungan antarabangsa dan membina jenama global e-
Pembelajaran Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Para ahli akademik merupakan nadi dan jiwa bagi merealisasikan harapan dan impian
universiti untuk menjadikan pendidikan tinggi di sesebuah universiti itu mencapai
kejayaan,” katanya dalam majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) UTeM 2015 Hotel
Swiss Garden di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail.
Dalam majlis itu, sebanyak 10 kategori dipertandingkan dengan penambahan kategori
baharu iaitu Anugerah Inovasi e-Pembelajaran selain Anugerah Penerbitan Buku yang
dipecahkan kepada dua sub kategori iaitu Penerbitan Buku Sains dan Teknologi serta
Penerbitan Buku Kemanusiaan dan Sosial Sains.
Lain-lain anugerah termasuk Anugerah Pengajaran, Anugerah Penyelidikan, Anugerah
Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal, Anugerah
Kualiti Makalah Jurnal, Anugerah Khas Kumpulan, Anugerah Akademik Harapan dan
Anugerah Tokoh Akademik.
Sementara itu, Asma ketika berucap berkata, kementerian mahu akses pendidikan di
universiti menjadi lebih fleksibel bagi membolehkan pelajar mengakses pembelajaran di
mana jua mereka berada.
“Dengan teknologi yang ada, pendidikan boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana
sahaja dan kepada sesiapa sahaja merentasi sepadan dan lautan.
“Justeru, para akademik hari ini juga digalakkan untuk menggunakan medium
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang pelbagai sama ada secara virtual dan
gamifikasi,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kembangkan-budaya-e-pembelajaran-di-
universiti-1.207112#sthash.hEmnfGXO.dpuf

You might also like