You are on page 1of 2

TEORI

PEMBELAJARAN
Behaviorisme
Teori Pelaziman Klasik ( Ivan P.Pavlov)

Proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara Rangsangan (R) dan sesuatu
Gerak Balas (G).
Rangsangan adalah sebarang bentuk tenga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran
yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari
perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri,


maka murid dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut,
arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan
berdiri ialah gerakbalas.

Contoh kedua, duduk di kerusi dalam bilik doktor gigi dan menggelatar
ketakutan. ini disebabkan kita kaitkan dengan pengalaman sakit dalam
peristiwa cabut gigi sebelum ini. pembelajaran yang mengaitkan kerusi
doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai pelaziman klasik.

Berdasarkan kajian Pavlov , Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur
haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak

GENERALISASI (GENERALISATION)

Ia bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.

Dari segi kajian Pavlov, dia menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi
anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim
dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan
gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir
sama.

DISKRIMINASI (DISCRIMINATION)

Ianya berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.

Dalam kajian Pavlov, bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng
yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa
organisme berkenaan dapat membezakan antara rangsangan yang dikemukakan dan
memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.

PENGHAPUSAN (EXTINCTION)

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan


tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme (anjing) itu tidak akan bergerak
balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus

Contoh dalam pembelajaran , pelajar membantu guru mengangkat buku tetapi tidak
diberi pujian atau hadiah. Lama kelamaan pelajar tidak lagi menolong guru
mengangkat buku. Gerak balas pelajar terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
penghapusan.
TEORI
PEMBELAJARAN
Behaviorisme
Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner)

Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misalnya, anjing Pavlov tidak
ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng.
Dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya
menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan.

Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman
operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya.
Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa
tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang
mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep


utama
Peneguhan (Reinforcement)
* Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)
* Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)
Hukuman (Punishment)

PENEGUHAN (REINFORCEMENT)

Jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan (pujian) setelah sesuatu tingkah
laku dipamerkan itu dinamakan peneguhan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk
mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.pengukuhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.

PENEGUHAN POSITIF
(POSITIVE REINFORCEMENT)

Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu
diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah
satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh adalah guru memberikan
pujian kepada pelajar dan memberi ganjaran.

PENEGUHAN NEGATIF
(NEGATIVE REINFORCEMENT)

Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan


yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya yang selalu
pulang lewat malam. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi pun pulang awal. Tindakan anak
(pulang awal) dapat mengelak daripada rangsangan yang
tidak diingini (leteran bapa).

HUKUMAN (PUNISHMENT)

Tingkah laku negatif ditunjukan, dan boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau
menyebabkan seseorang kurang selesa. Tujuannya untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Contoh situasi,
Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola
(iaitu, menghentikan keseronokan).

You might also like