You are on page 1of 4

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah penyelidikan,
populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta kebolehpercayaannya, pemboleh ubah yang
diselidiki, prosedur pengumpulan data serta prosedur penganalisisan data. Kajian ini akan
menekankan ketepatan bukti penyelidikan dengan menggunakan analisis numerikal (Chua
Yan Piaw, 2014).
3.2

Reka Bentuk Kajian

Sabitha (2006), menyatakan reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang terperinci iaitu
berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut,
menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka
bentuk kajian juga ditentukan oleh tujuan kajian dan menjadi model bagi membolehkan
pengkaji membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Oleh itu, kajian ini
dirancang menggunakan reka bentuk kajian yang bersesuaian dengan tujuan kajian yang telah
ditetapkan (Chua Yan Piaw, 2014).
Justeru itu, penyelidikan yang akan dijalankan ini ialah Kajian Kes Jenis Eksploratori
menggunakan kaedah empirikal iaitu dengan meneroka ciri-ciri subjek tertentu dan
mendapatkan bukti tentang keupayaan kajian untuk dijalankan secara besar-besaran. Dalam
hal ini, kajian yang akan dijalankan merujuk kepada penyelidikan tentang pengaruh trait
personaliti dan penghargaan kendiri yang masih belum terbukti memberi kesan terhadap
pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Melaka.
Sehubungan dengan itu bagi mengenalpasti perkaitan tret personaliti dan penghargaan
kendiri dengan pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Melaka
berdasarkan aspek demografi pelajar ini serta hubungan antara tret personaliti dan
penghargaan kendiri dengan pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar, pengkaji akan
menggunakan kaedah korelasi untuk mendapatkan data kuantitatif. Kaedah pengumpulan data

adalah dengan mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan untuk
mencari maklumat demografi, tret personaliti, penghargaan kendiri dan pembudayaan sukan.
Rasionalnya rekabentuk kajian ini dipercayai dapat memenuhi objektif kajian yang dijalankan
dalam menentukan hubungan dan korelasi tret personaliti, penghargaan kendiri dan
pembudayaan sukan dari aspek demografi pelajar.

3.3

Kaedah Persampelan

Bagi tujuan kajian ini, daripada 76 buah sekolaha menengah di Melaka penyelidik memilih
30 buah sekolah yang telah di kenalpasti berdasarkan prestasi sukan sekolah-sekolah terbabit.
Kaedah pemilihan ini penting untuk membuat generalisasi kepada populasi pelajar sekolahsekolah tersebut.
Bagi pemilihan responden untuk kajian pula kaedah persampelan rawak mudah telah
digunakan. Kaedah persampelan rawak mudah ialah proses mencabut sampel di mana unitunit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak (Azizi Yahaya, et al.,
2003). Oleh yang demikian, kaedah persampelan ini digunakan untuk memastikan setiap
subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian
(Chua Yan Piaw, 2006; Jackson, 2006; Beins, 2004; Azizi Yahaya, et al., 2003).

3.4

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan tiga jenis alat kajian yang dibahagikan mengikut 4 bahagian iaitu:
3.4.1

Bahagian A mengenai Demografi Responden


Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan maklumat peribadi
dan latar belakang responden seperti umur, jantina, bangsa dan tahun pengajian.
Setiap item telah disediakan beberapa pilihan jawapan dan telah diletakkan kod
pilihan. Responden dikehendaki menandakan () dalam ruang jawapan yang
disediakan.

3.4.2

Bahagian B mengukur trait personaliti


Kajian ini menggunakan Inventori Personaliti Big Five iaitu NEO-PI-R dan NEO
FFI yang dibina oleh Costa dan McCrae (1992).

3.4.3

Bahagian C mengukur tahap penghargaan kendiri


Bahagian penghargaan kendiri pula diuji dengan menggunakan Soal selidik
Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang diperkenalkan oleh Morris Rosenberg

3.4.4

(1965)
Bahagian D mengukur tahap pembudayaan sukan
Soal selidik ini mempunyai dua bahagian (a. Pembudayaan Sukan & b. Minat).
Soal selidik ini diubahsuai daripada soal selidik berkenaan kajian tentang
meningkatkan pembudayaan sukan di sekolah selaras dengan Dasar 1Murid
1Sukan yang dibina oleh Zuber Hassan (2015) .

3.5

Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Sebelum borang soal-selidik diagihkan kepada responden, ianya terlebih dahulu diberikan
kepada pakar bidang bahasa dan bidang pendidikan jasmani dari Fakulti Pendidikan UKM
untuk disahkan penggunaan dan kesahihannya .
Ujian rintis ini perlu di jalankan sesuai dengan pandangan Kerlinger dan Lee (2001)
iaitu kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah penting untuk memastikan hasil
kajian boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan oleh pembaca. Jika pengukuran yang dibuat
bertepatan dengan nilai sebenar sesuatu variable, maka nilai korelasinya adalah tinggi dan
penyelidikan tersebut mempunyai kesahan yang tinggi (Chua Yan Piaw,2014). Pemboleh ubah
kajian terdiri daripada pemboleh ubah bebas (trait personaliti & penghargaan kendiri) dan
pemboleh ubah bersandar iaitu budaya sukan. Menurut Azizi et all (2006), kesahan dan
kebolehpercayaan memainkan peranan yang penting dalam pengukuran dan kaedah
pengumpulan data.

3.6

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data ialah sesuatu perkara yang penting dalam menentukan kejayaan
sesuatu kajian. Kajian ini akan dimulakan selepas mendapat kebenaran daripada pihak Fakulti
Pendidikan, Piahak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah sekolahsekolah yang terlibat dan pihak sekolah yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini.
Selepas mendapat kebenaran, pengkaji akan mengedar sendiri borang-borang soal selidik
tersebut ke sekolah tersebut dan juga menggunakan khidmat bantuan rakan setugas yang
terdiri daripada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mentadbir soal selidik tersebut di
sekolah masing-masing.

3.7

Prosedur Penganalisisan Data

Dalam kajian ini, data yang dikumpul daripada soal selidik

diproses dan dianalisis

menggunakan program SPSS Statistical Packege For Social Sceines ( Versi 11.50). Dua
jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik
digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang sampel kajian seperti kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai (Junaidi Abdullah 2012).

You might also like