You are on page 1of 4

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau dorongan persekitaran sosial (sosio

environment) dari aspek keluarga, rakan sebaya dan masyarakat dalam kalangan

murid pelbagai etnik terhadap penyertaan sosial (socio participant) dalam aktiviti di

sekolah yang menjurus kepada penghayatan patriotisme dan toleransi kaum.

Penghayatan patriotisme adalah merujuk kepada rasa bangga sebagai rakyat

Malaysia, setia akan negara, semangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.

Manakala, toleransi kaum pula merujuk kepada penerimaan sosial, penghargaan

etnik, kompromi dan penyerapan budaya. Kajian ini juga turut meninjau tahap,

perbezaan, hubungan dan sumbangan dalam konstruk – konstruk yang dikaji.

Oleh kerana kajian in meninjau perspektif murid tentang pengukuhan

patriotisme melalui dorongan persekitaran sosial maka instrumen soal selidik

digunakan melalui binaan konstruk selari dengan model dan teori yang telah

dijadikan rujukan berkaitan kajian ini melibatkan komponen penglibatan sosial,

patriotisme dan toleransi kaum. Analisis dibuat mengikut objektif, persoalan dan

hipotesis yang telah dibentuk.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan aspek perancangan yang penting dalam

melaksanakan suatu kajian seperti mana yang dinyatakan oleh Kelingar (1986), iaitu

merujuk kepada suatu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan kepada

perancangan yang khas dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian

hubungan antara pembolehubah yang terdapat dalam suatu kajian. Reka bentuk
juga merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian, prosedur kajian atau

teknik yang digunakan bagi menjawab semua persoalan kajian. Kajian ini

menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang ditadbirkan dengan

cepat dan pantas bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada responden

dan populasi yang besar (Creswell 2012). Penggunaan soal selidik dalam kajian ini

menggunakan skala Likert 7 mata kerana ianya boleh memberi pilihan yang lebih

berbagai kepada responden serta seterusnya dapat menggambarkan range of

responses yang lebih berterusan dalam mendapatkan maklumat daripada

responden (Colman, Norris & Preston, 1997).

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke

atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah

mempunyai sekurang-kurang satu ciri atau sifat yang sama lain. Ini bermakna,

populasi merujuk kepada sekumpulan individu yang mempunyai sekurang-

kurangnya satu ciri persamaan di antara satu sama lain. Kumpulan individu ini

kemudiannya dicerap bagi menghasilkan satu set ciri yang menggambarkan pola

yang wujud dalam kalangan populasi tersebut (Mohd Majid, 2005) .

Menurut McMillan dan Schumacher (2001), sampel merupakan kumpulan

subjek yang terdiri daripada individu-individu yang dipilih daripada kumpulan

perseorangan yang dikenali sebagai populasi. Manakala populasi merupakan

keseluruhan individu yang terdapat dalam sesuatu tempat dan penting kerana

bilangannya menentukan kuantiti sampel yang perlu diambil untuk mewakili populasi

kajian (Wiersma, 2000).


Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata dengan mengambil kira

jantina serta etnik responden selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh

(Cohen et. al 2007; Jorgensen, 1989). Di mana persampelan merupakan strategi

penyelidikan yang membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat mengenai

sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi

tersebut (Cohen et. al 2007). Menurut Jorgensen (1989), tempat kajian yang dipilih

mestilah berasaskan kepada persoalan kajian, ciri-ciri kajian dan keperluan kajian.

Manakala lokasi kajian yang dipilih pula hendaklah mempunyai peluang yang tinggi

untuk mengumpul data, terwujudnya minat dan kerjasama dari responden kajian dan

tiada halangan dalam pengkaji menjalankan kajian (Burgess, 1989).

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan sepuluh orang murid sebagai

sampel kajian. Enam orang murid Melayu, tiga orang murid India dan seorang murid

Iban. Kepelbagaian responden berbilang etnik ini diperlukan bagi melihat dorongan

persekitaran dalam pengamalan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran

Sejarah.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Cresswell (1994) menjelaskan instrumen kajian yang boleh digunakan ialah

instrumen kajian sedia, instrumen kajian yang diubahsuai, instrumen kajian yang

digabungkan atau instrumen kajian dibina sendiri. Kajian ini menggunakan instrumen

soal selidik yang diadaptasi daripada kajian penyeldik-penyelidik lepas iaitu Ahmad

Ali Seman (2011), Azwani Ahmad (2012), Najamuddin Bachora (2014), Hambali

(2014), Tyler (1990) dan Doganay (2013). Selain daripada itu juga, sebahagian

daripada item dibina berdasarkan Teori Sistem Ekologi (Bronfrenbrenner, 2005),

Teori Modal Sosial (Putnam, 2001), Teori Modal Budaya (Bordeau, 1986), Sukatan
Pelajaran Sejarah, KPM (2000), Teori Perpaduan dan Masyarakat Majmuk (Furnival,

1971). Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi 6 bahagian seperti berikut.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada enam bahagian.

Bahagian A untuk profil demografi terbahagi kepada dua bahagian iaitu demografi

responden dan juga demografi ibu bapa / penjaga yang merangkumi aspek jantina,

zon, etnik, pekerjaan dan status sosio-ekonomi manakala Bahagian B adalah

berkaitan dengan persekitaran sosial, Bahagian C untuk penyertaan sosial. Bagi

Bahagian D merupakan Pengetahuan Patriotisme, Bahagian E untuk Amalan

Patriotisme manakala Bahagian F untuk Amalan Toleransi Kaum.

Penyelidik juga mentadbir temu bual semi berstruktur. Kaedah temu bual

melibatkan perbualan antara penyelidik dengan subjek kajian untuk mendapatkan

maklumat yang relevan (Fadzilah, 2016). Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat dan

kesahan data yang diperoleh daripada soal selidik, dapatan maklumat dapat

disokong dengan hasil temu bual. Terdapat lima soalan yang diajukan kepada

responden. Penyelidik akan mengajukan beberapa soalan lain bersesuaian dengan

jawapan temu bual murid.

You might also like