You are on page 1of 4

TUGASAN 2-PLG 521

NANDA KISHORE A/L APPLANAIDU

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL

1.0 Maklumat Artikel

Tajuk Jurnal : Keberkesanan Pengunaan I-Think Terhadap Pencapaian


Dan Minat Murid Dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4
Penulis : Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah binti Hassan,
Norazilawati Abdullah dan Nik Azmah Nik Yussuf
Bilangan Muka Surat : 19 muka surat
Sumber : Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia Vol.5
No.2 JUN 2015 / ISSN 2232-0393.
2.0 PENGENALAN

Jurnal yang dibangunkan oleh Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah binti Hassan,
Norazilawati Abdullah dan Nik Azmah Nik Yussuf bertujuan mengenal pasti Keberkesanan
Pengunaan I-Think Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains
Tahun 4 dikalangan pelajar salah sebuah sekolah Rendah di Selangor. Pengenalan kepada
penghasilan jurnal ini membincangkan permasalahan yang wujud berkaitan Kemahiran
berfikir aras tinggi dan strategi pembelajaran secara menghafal. Penulis menggunakan
seramai 60 orang pelajar daripada tahun empat (4) sebagai responden untuk mencapai
objektif dan menjawab persoalan kajian. Kajian ini dijalankan berdasarkan rekabentuk
eksperimental yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dua (2) instrumen
dalam kajian ini digunakan bagi pengumpulan data antaranya adalah soal selidik yang
diubahsuai daripada pengkaji menggunakan soal selidik yang digunakan oleh Nur Farhanah
(2011) dalam BPPDP (2008). Selain daripada itu, kaedah kualitatif dengan menggunakan
temu bual digunakan sebagai sokongan tambahan kepada hasil kajian yang diperoleh
daripada analisis kuantitatif. Penulis juga mendapati terdapat perkaitan signifikan diantara.
terdapat perbezaan signifikan dalam ukuran min praujian pencapaian murid tahun 4 dalam
tajuk Sifat Bahan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Berdasarkan
kepada tajuk, fokus kajian ini adalah ditujukan kepada golongan pendidik atau lebih spesifik
lagi adalah guru sains, namun idea penulis seterusnya diserakan kepada masyarakat
khursusnya pihak pengurusan sekolah,guru serta pelajar .

3.0 KRITIKAN ARTIKEL


Secara keseluruhan artikel mempunyai ciri ciri dan kualiti artikel yang diperlukan. Kekuatan
artikel ini bersandar pada cara dan gaya penulisan artikel yang sangat efisen dan mudah
difahami dan kandungan yang sering berkait dengan fakta yang dibuktikan dan disokong
oleh ilmuan dalam dan luar negara. Sebilangan kecil kelemahan juga dikenal pasti. Secara
keseluruhan artikel ini mempunyai kekuatan yang banyak berbanding kelemahan.

1
TUGASAN 2-PLG 521
NANDA KISHORE A/L APPLANAIDU

3.1 Kekuatan Perbincangan Jurnal Dan Artikel Pilihan

Antara kekuatan artikel ini, penulis cuba menyedarkan pembaca mengenai keberkesanan
dan kepentingan I-think dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji lagi, kajian
ini penting dan berkesan kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran
sains. Tripto, J., Assaraf, O. B., & Amit, M. (2013). Menyatakan penggunaan I-think ini
terbukti memudahkan pelajar dalam memahami konsep sesuatu topik, menganalisis
masalah dan mencari penyelesaian dalam tajuk yang dipelajari. Selain itu kajian ini
berbentuk kajian eksperimen kuasai, iaitu menggunakan dua kumpulan sampel iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ini bertujuan untuk mengawal semua
pemboleh ubah luaran atau ancaman yang berpotensi memberi kesan kepada
pembolehubah bersandar. Kawalan ini pula sangat penting kerana untuk membuat
kesimpulan yang jitu hanya pembolehubah bebas sahaja boleh menyebabkan kesan itu
Creswell, J. W. (2013). Selain itu, pengkaji menggunakan soal selidik yang digunakan oleh
Nur Farhanah (2011) dalam BPPDP (2008) untuk mengkaji minat sampel terhadap
pendedahan I-Think dan membuat sedikit pengubahsuaian. Soalan soal selidik minat diuji
menggunakan pekali Cronbach Alpha. Berdasarkan Gjalt-Jorn Y. Peters (2014) Penyelidik
sering menganalisis Cronbach Alpha untuk mengenal pasti sama ada penilaian agregat
mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima atau ketekalan dalaman. Kekuatan
seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini. Kandungan jurnal ini
berpegang kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan
hujah yang diberikan. Penulis menghuraikan pelbagai jenis model pendidikan yang
dipelapori oleh ahli ilmuan yang terkenal seperti Hyerle & Yeager,( 2007), Simpson dan
Oliver (1990) dan sebagainya. Artikel ini juga terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap
kandungan penulisan penulis. Ini kerana setiap hujah penulis disertakan dengan sokongan
pendapat para ilmuan tidak kira dari luar atau dalam Negara dan siri-siri kejayaan yang
meyakinkan dan ini disokong oleh kajian Rohaida Yusof., & Zamri Mohamad (2015). Selain
itu bahasa yang digunakan penulis ringkas dan mudah difahami tentang mesej yang cuba
dibawa dalam penulisannya ini. Pengkaji penulis berjaya menyakinkan pembaca dengan
kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini. Hasil kekuatan kajian ini mendapati bahawa
perkaitan signifikan diantara pencapaian dan minat pelajar yang menggunakan peta
pemikiran i-Think dengan slaid berbentuk “bullet point”.

3.2 Kelemahan Perbincangan Jurnal Dan Artikel Pilihan

2
TUGASAN 2-PLG 521
NANDA KISHORE A/L APPLANAIDU

Kelemahan dalam artikel ini adalah Hipotesis 1 dan hipotesis 2 dalam artikel menyatakan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian dan minat pelajar yang
menggunakan peta pemikiran i-Think dengan slaid berbentuk “bullet point”. Namun dalam
Analisis ujian T pencapaian dan minat pelajar didapati sebaliknya iaitu terdapat signifikan.
Namun penulis didapati telah menyatakan hipotesis diterima dan adalah bertentangan
berdasarkan analisi data yang diberikan. Menurut Aleksandar Bulajic (2012). Hipotesis null
menafikan hipotesis alternatif dan menganggap bahawa hubungan dan perbezaan tidak
wujud. Berdasarkan dapatan artikel penulis tersebut seharusnya menyatakan hipotesis null.
Kelemahan lain dalam artikel ini adalah penulis telah mengunakan kaedah kualitatif untuk
menganalisis data. Namun penulis tidak melaksanakan triangulasi antara data. Menurut
Jasmi, K. A. (2012). Trianggulasi antara data dalam kajian ini melalui beberapa cara yang
dipilih supaya data yang dikutip benar-benar mencapai tahap kepercayaan yang tinggi, iaitu
triangulasi kajian pelbagai lapangan (multiple case atau multisite studies). Antara
kelemahan seterusnya yang dikenal pasti adalah dari segi metodologi penyelikan, penulis
menyatakan 60 orang murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang di pilih secara rawak dan
setiap kumpulan mempunyai 30 orang, namun subtopik kesahan dan kebolehpercayaan
penulis menyatakan set soal selidik ini diberikan kepada 30 orang murid sahaja, penulis
tidak menyatakan sama ada set soal selidik dipilih rawak atau diberikan kepada salah satu
kumpulan , dan ini menimbulkan keraguan dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.
Menurut Creswell, J. W. (2013). Dalam mengenal pasti proses pemilihan disyorkan memilih
sampel rawak, di mana setiap individu dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang
sama untuk dipilih dengan rawak.

4.0 KESIMPULAN

Melalui pembacaan yang kritikal dan penelitian yang mendalam berdasarkan artikel ini,
penulis dapat meyakinkan dan membuktikan secara kualitatif dan kuantitatif dimana
pembelajaran mengunakan pemetaan i-think menimbukan minat dan meningkatkan
pencapaian mata pelajaran sains dan penemuan ini adalah hamper sama dengan Hassan,
S. R., Rosli, R., & Zakaria, E. (2016). Pengumpulan data yang dilakukan secara sistematik,
hasil kajiannya juga disusun dan diaturkan dengan sempurna. Segala data yang berbentuk
jadual dan rajah juga dilihat teratur dan maklumat yang disampaikan adalah bernas kepada
pembaca. Kesimpulannya, saya sangat bersetuju dengan interpretasi keputusan yang
dilakukan oleh penulis pada jurnal tersebut dan ianya adalah satu artikel yang sangat
menarik serta mencapai kedua-dua objektif kajian yang dinyakan.
5.0 Rujukan

3
TUGASAN 2-PLG 521
NANDA KISHORE A/L APPLANAIDU

Hassan, S. R., Rosli, R., & Zakaria, E. (2016, May 27). The Use of i-Think Map and
Questioning to Promote Higher-Order Thinking Skills in Mathematics. Creative
Education CE, 07(07), 1069-1078. doi:10.4236/ce.2016.77111

Tripto, J., Assaraf, O. B., & Amit, M. (2013). Mapping What They Know : Concept
Maps as an Effective Tool for Assessing Students’ Systems Thinking. American
Journal of Operations Research, 2013, 245-258.
http://doi.org/10.4236/ajor.2013.31A022

Creswell, J. W. (2013). Research design, 4th ed. qualitative research design, 3rd ed.
action research, 4th ed. Sage Publications.

Aleksandar Bulajic, Milan Stamatovic and Slobodan Cvetanovic. (2012) The


importance of defining the hypothesis in scientific research. DOI:
10.5897/IJEAPS12.009 ISSN 2141 - 6656 ©2012 Academic Journals

Crutzen, R., & Peters, G. Y. (2015). Scale quality: Alpha is an inadequate estimate
and factor-analytic evidence is needed first of all. Health Psychology Review, 1-6.
doi:10.1080/17437199.2015.1124240

Rohaida Yusof., & Zamri Mohamad. (2015) Mengkaji keberkesanan peta pemikiran
(i-think) guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu – JPBM 5 (2): 31-37

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir.


Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum.

A Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod (2015). kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 53-60.

You might also like