You are on page 1of 16

NAMA KUMPULAN: WAN SALIMAH BINTI WAN FATUL ZAINIAH BINTI AZMAN NOR JULIASAMSIDA BINTI JAMALUDDIN

1.Bumi merupakan salah sebuah daripada sembilan planet yang mengelilingi matahari dalam sistem suria. 2.Bumi adalah planet yang kelima besarnya dan ketiga jauhnya dari matahari,iaitu pada jarak 150 km. 3.Keluasan bumi adalah kira-kira 510 juta km persegi.

4.Bumi terdiri daripada daratan yang mempunyai keluasan kira-kira 153 juta km persegi(30 % daripada keluasan bumi) dan sebanyak 70 % daripada keluasan bumi merupakan kawasan berair. 5.Bumi berbentuk sfera dengan ukuran diameter Khatulistiwa 12757 km sementara di kutubnya ialah 12714 km. 6.Perbezaan antara diameter di Khatulistiwa dengan diameter di kutub ialah 43 km. 7.Bumi merupakan satu sistem terbuka.Peredaran tenaga dan bahan berlaku dengan baik dalam sistemnya sehingga mencapai tahap keseimbangan yang boleh menampung kehidupan di bumi.

1.Pelayaran kapal Pelayarn sesebuah kapal mengelilingi bumi akan bermula dan boleh berakhir di tempat yang sama.Contohnya ,pelayaran kapal mengelilingi dunia oleh Datuk Azhar Mansor. 2.Kapal di lautan Sesebuah kapal akan dapat dilihat pada bahagian atasnya dahulu,baharulah keseluruhan kapal kelihatan apabila kapal itu semakin hampir ke daratan.

3.Kaki Langit Kaki langit akan kelihatan melengkung terutama jika kita melihatnya semasa berada di tepi pantai.
4.Matahari terbit dan terbenam Matahari terbit dan terbenam berlaku dalam waktu dan arah yang berbeza.Oleh kerana bumi berputar di atas paksinya,matahari akan terbit dari arah timur dan bahagian ini akan mengalami siang terlebih dahulu.

5.Gerhana Semasa kejadian gerhana bulan garis luar bentuk bayang bumi kelihatan berbentuk sfera.
6.Gambar Satelit Gambar bumi yang diambil dari ruang angkasa menunjukkan bentuk bumi jelas berbentuk sfera

Bumi mempunyai orbit tetap semasa beredar mengelilingi matahari ketika berputar di atas paksinya.

1. Bumi berputar di atas paksinya sambil

beredar mengelilingi matahari.Paksi bumi bercondong 23 daripada satah tegak. 2. Bumi berputar dari barat ke timur.Satu putaran bumi,iaitu mengambil masa selama 24 jam @ satu hari.

(a) Siang dan malam (i) Putaran bumi di atas paksinya

mengakibatkan hanya satu bahagian bumi menerima cahaya matahari dan satu bahagian yang lain akan terlindung atau berada dalam kegelapan pada waktu-waktu tertentu. (ii) Bahagian yang menghadap matahari mengalami waktu siang manakala bahagian yang membelakangi matahari mengalami waktu malam.

(I) Kejadian fajar ialah waktu singkat antara

terbitnya matahari dengan waktu siang.Sementara senja ialah waktu singkat antara terbenamnya matahari semasa berada di kaki langit pada waktu petang. (II) Fajar dan senja berlaku disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari semasa berada di kaki langit. (III) Waktu fajar dan senja lebih singkat di kawasan berhampiran Khatulistiwa manakala di kawasan latitud sederhana cahaya matahari yang diterima adalah secara condong.

(I)Bumi membuat satu putaran lengkap,iaitu 360 dalam masa 24 jam. (ii)Oleh itu,bumi berputar sebanyak 15 longitud dalam masa 4 minit satu jam (36014/24 jam) atau 1longitud dalam masa 4 minit (1 longitud/24 jam).

(i)Air

pasang dan surut berlaku sebanyak dua kali dalam masa 24 jam kesan daripada putaran bumi. (ii)Pasang dan surut merujuk kejadian aras air tinggi dan air rendah di laut. (iii)Kejadian air pasang dan surut disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari. (iv)Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila graviti bulan dan graviti matahari bertindak secara bersama.Ini mengakibatkan air pasang meningkat ke paras tertinggi.

(i)Putaran

bumi mengakibatkan pembiasan angin dan arus ke arah kanan di Hemisfera Utara. (ii)Oleh itu,pergerakan angin dan arus adalah mengikut arah pusingan jam. (iii)Di Hemisfera Selatan,pembiasan angin dan arus ke arah kiri mengakibatkan gerakan angin dan arus mengikut arah bertentangan dengan arah pusingan jam.

You might also like