You are on page 1of 2

BAB 3 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Pengenalan
➢ Bumi bergerak ​mengelilingi matahari ​bersama-sama planet yang lain
➢ Matahari bertindak sebagai pusat bagi segala pergerakan planet-planet ini.
➢ Bumi mempunyai satelit semula jadi iaitu bulan yang bergerak bersama-sama bumi mengelilingi
matahari
➢ Semasa beredar mengelilingi matahari, ​pada masa yang sama​, bumi juga berputar di atas
paksinya

Pergerakan bumi
Putaran
➢ Bumi berputar mengikut paksinya
➢ Arah gerakannya adalah dari ​barat ke timur
➢ Pergerakan ini menyebabkan bumi mengalami dua kejadian iaitu ​siang dan malam
➢ Bahagian yang menghadap matahari mengalami siang, manakala yang membelakangi matahari
mengalami malam
➢ Putaran bumi yang lengkap mengambil masa ​24 jam atau 1 hari

Peredaran bumi
➢ Bumi bergerak mengelilingi matahari
➢ Pergerakan ini mengambil masa ​1 tahun atau 365 ¼ hari atau 12 bulan
➢ Kejadian perubahan musim atau ​kejadian 4 musim s​ ering dikaitkan dengan peredaran bumi
➢ Terdapat juga pelbagai fenomena yang lain yang dikaitkan dengan pergerakan ini.

Kesan putaran bumi


➢ Pergerakan putaran akan menyebabkan fenomena
a) Kejadian ​siang dan malam
b) Kejadian ​pasang surut ​air laut
c) Pembiasan angin ​yang bergerak di seluruh dunia
d) Perubahan arus lautan

Kesan peredaran bumi


➢ Pergerakan bumi mengelilingi matahari pula menyebabkan fenomena-fenomena ini berlaku
a) Kejadian 4 musim
b) Kejadian ​siang dan malam yang tidak sama panjang
c) Kejadian ​matahari tengah malam di kawasan kutub utara ​dan kutub selatan
d) Gerhana matahari​ dan ​gerhana bulan

You might also like