You are on page 1of 17

BAB 8

ZON IKLIM DUNIA DAN TUMBUHAN SEMULA JADI

8.1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran ini pelajar dapat:


a. Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
mengikut pengkelasan.
b. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan hutan semula jadi.
c. Memahami kepentingan hutan kepada keseimbangan alam sekitar dan
pembangunan negara.
d. Memahami faktor-faktor yang membawa kepada kemerosotan kualiti hutan di
Malaysia.
e. Mencadangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di
Malaysia.

8.2 PENGENALAN

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh
diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti
relevan dalam suatu jangka masa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan
tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kaji Cuaca Sedunia
(World Meteorological Organization).

Kuantiti-kuantiti ini terdiri daripada suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah
keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca. Iklim merupakan satu faktor asas
persekitaran ataupun dalam erti kata yang luas iklim merupakan keadaan lazim atmosfera
berhampiran dengan permukaan bumi di sesuatu tempat atau kawasan. Komponen-
komponen iklim yang selalu dihuraikan dan diguanakan untuk pengelasan iklim adalah sama
dengan komponen-komponen cuaca yang digunakan untuk menghuraikan keadaan
atmosfera pada suatu masa tertentu.

Iklim merupakan keadaan cuaca dan unsur atmosfera dari sehari bagi satu jangka masa
yang lama, berbeza daripada cuaca yang merupakan keadaan atmosfera yang dialami pada
satu-satu tempat bagi jangka masa pendek. Namun yang demikian, iklim sebenarnya lebih
daripada hanya cuaca purata kerana konsep iklim tidak akan sempurna tanpa sekaligus
mengambil kira juga tentang perubahan musiman dan harian yang berlaku. Ini kerana
kenyataan mengenai iklim di sebuah pusat pencerapan atau sebuah kawasan tertentu
dibuat berdasarkan cerapan-cerapan cuaca yang dikumpulkan selama beberapa tahun.
Bukan sahaja nilai-nilai min ataupun purata yang dipertimbangkan tetapi juga perbezaan
dari nilai-nilai ini dan keberangkalian perbezaan ini akan berlaku.

Dengan perkataan lain, walaupun penekanan dalam kajian iklim itu diberi kepada ciri-ciri
norma, namun ciri-ciri variasi dan kemelampauan juga penting. Sifat atau ciri iklim di suatu
tempat mungkin berbeza dari sifat dan ciri iklim yang terdapat di suatu tempat yang lain
walaupun kedua-dua tempat tersebut hanya terletak beberapa kilometer sahaja jaraknya di
antara satu sama lain. Akibat daripada perbezaan sifat dan ciri iklim di tempat tertentu,
maka terdapat banyak pengelasan iklim yang dibuat yang mana masing-masing mempunyai

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 90


kekuatan dan kelemahan tersendiri. Pada amnya, setiap pengelasan tidak ada suatu pun
sistem klasifikasi iklim yang sesuai bagi semua tujuan. Pada umumnya, sesuatu pengelasan
yang baik dan sesuai bagi satu tujuan tertentu mungkin tidak begitu sesuai bagi tujuan yang
lain.

Misalnya, sesuatu sistem pengelasan iklim yang berasaskan kepada nilai kritikal suhu dan
keperluan air sebagai syarat utama tumbesaran tumbuhan adalah sesuai bagi kajian-kajian
di dalam bidang biologi biogeografi, ekologi, atau pertanian. Namun begitu, sistem
pengelasan tersebut tidak mungkin sesuai bagi tujuan lain seperti amalan cuaca dan kaji
iklim mikro yang mempunyai perkaitan yang lebih erat dengan pola peredaran udara, pola
tekanan, jenis ribut dan unsur-unsur cuaca dan iklim. Oleh yang demikian, iklim dunia
terbahagi kepada tiga zon utama iaitu zon panas, zon sederhana, dan zon sejuk.

8.3 ZON IKLIM DI DUNIA

Rajah 1: Zon Iklim Dunia Menurut Koeppen

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 91


Rajah 2: Jenis-Jenis Iklim Dunia

8.4 ZON PANAS (ZON TROPIKA)

Kawasan zon panas terletak antara 30˚U dan 30˚S. Hal ini demikian kerana kedudukannya
yang berhampiran dengan Khatulistiwa membolehkannya menerima pancaran matahari
sepanjang tahun. Terdapat empat jenis iklim di kawasan zon panas ini iaitu iklim
Khatulistiwa, iklim Monsun Tropika, iklim Savana, dan iklim Gurun Panas.

8.4.1 Iklim Khatulistiwa

Iklim Khatulistiwa terletak di antara 10˚U hingga 10˚S. Antara kawasan yang mengalami
iklim ini termasuklah Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, Afrika Barat dan
Lembangan Zaire, serta Lembangan Amazon dan dataran pinggir laut Columbia di Amerika
Selatan. Iklim Khatulistiwa mengalami panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu tinggi dan
sekata, di mana min suhu tahunannya ialah 27˚C. Julat suhu tahunan kecil iaitu antara 1
hingga 3˚C sahaja.

Hujan tahunan kira-kira 2030mm. Hujan perolakan dan hujan bukit maksimum semasa
ekuinoks iaitu pada peralihan monsun yang berlaku antara bulan April sehingga bulan
Oktober yang mana hujan turun lewat petang diiringi oleh kilat dan petir. Disebabkan oleh
hujan yang banyak dan suhu yang sentiasa panas, maka kawasan khatulistiwa ditumbuhi
oleh hutan-hujan atau selva. Hutan-hujan ini mengandungi tumbuh-tumbuhan yang paling
subur dan mempunyai banyak jenis pokok. Pokok berdaun lebar adalah dari 30 hingga 45
meter tingginya, dan rimbun keadaannya.

Oleh sebab itu, sedikit sahaja cahaya matahari yang sampai ke bumi melalui pokok-pokok
itu. Tumbuh-tumbuhan di kawasan iklim ini adalah malar hijau, padat, dan mempunyai

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 92


pelbagai jenis kayu keras seperti cengal, meranti, dan seraya. Selain itu kawasan ini juga
mempunyai tumbuhan memanjat seperti rotan, palma dan parasit. Kawasan iklim ini boleh
menjalankan aktiviti pertanian sepanjang tahun seperti tanaman padi, getah, kelapa sawit
dan koko.

Rajah 3: Taburan Hutan Hujan Khatulistiwa Di Dunia

8.4.2 Iklim Monsun Tropika

Kawasan yang mengalami iklim Monsun Tropika yang terletak 10˚U hingga 20˚S ialah
seperti India, Sri Langka, Pakistan, dan Bangladesh, Filipina, Myanmar, Negara Thai dan
Indo-China serta China Selatan. Iklim monsun tropika ialah iklim yang mempunyai satu
musim kering yang nyata dan satu musim lembab yang nyata, hujan tahunan adalah lebat
tetapi taburanya adalah tidak sekata iaitu antara 1000mm hingga 2000mm. Iklim ini
mempunyai suhu di antara 25˚C hingga 30˚C sepanjang tahun.

Julat suhu tahunan adalah besar iaitu 6˚C. Musim hujan berlaku semasa musim panas
apabila angin monsun lembab bertiup dari laut ke darat. Musim kering yang nyata berlaku
apabila angin monsun kering bertiup dari darat ke laut. Kebanyakan hujan turun dalam
bentuk hujan bukit. Jenis iklim ini menggalakan pertumbuhan pokok kayu keras seperti
pokok jati, penaga, cendana, jelutung dan mahogani. Pokok-pokok ini tumbuh antara 20
hingga 30 meter. Daunnya banyak dan lebar-lebar untuk menerima cahaya matahari.
Hujung daun berbentuk tirus dan daun-daun ini akan digugurkan pada musim kering bagi
mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan. Hutan ini jarang dan kelihatan
berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata.

Cahaya matahari dapat sampai ke lantai hutan dan seterusnya menyebabkan tumbuhan di
lantai hutan menjadi padat. Terdapat hidupan liar seperti gajah, monyet, harimau, burung,
ular, serangga, katak dan kupu-kupu. Binatang jenis herbivor banyak terdapat di bahagian

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 93


lantai hutan kerana tumbuhan padat. Di lapisan atas hutan pula terdapat monyet dan
pelbagai jenis burung.

8.4.3 Iklim Gurun Panas

Rajah 4: Kawasan-Kawasan Gurun Di Dunia

Kawasan yang mengalami iklim Gurun Panas yang terletak di antara 15˚U hingga 30˚S ialah
Gurun sahara, Kalahari dan Namib di Afrika Selatan, Gurun Thar di India, Gurun Mohave di
Amerika Utara serta Gurun Atacama di Amerika Selatan. Gurun panas meliputi kira-kira 20
peratus daripada permukaan bumi kita dan sebahagian besar daripadanya terdapat di
hemisfera utara. Gurun Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia manakala Gurun Atacama
merupakan gurun yang terkering di dunia. Gurun yang terkecil di dunia pula adalah Gurun
Thar.

Kawasan gurun mempunyai julat suhu harian yang sangat besar iaitu 35˚C, di mana suhu
tinggi pada waktu siang adalah 40˚C dan suhu sejuk pada waktu malam adalah 5˚C. Julat
suhu tahunan di gurun adalah kira-kira 12˚C. Keadaan iklim di gurun sangat kering dan
panas kerana langit di kawasan gurun adalah biru dan sejatannya tinggi. Hujan turun sedikit
sahaja iaitu kurang 250mm setahun di mana hujan turun dalam bentuk ribut yang
menyebabkan banjir kilat. Ini mempercepatkan hakisan tanah di kawasan gurun.

Kelembapan relatif di gurun sangat rendah iaitu hanya 30 peratus. Tumbuh-tumbuhan


kurang kerana pokok-pokok tidak ada dan rumput jarang disebabkan oleh lapisan tanah
yang terlalu nipis. Pokok kurma ditanam di kawasan oasis. Kaktus akasia dan pokok renek
yang berduri boleh tumbuh dalam keadaan kontang di gurun. Bahang matahari, angin, air,
dan ibun menjadi agen hakisan di gurun. Batu yang pecah disebabkan hakisan akan menjadi
sebagai menara batu, barkhan atau bukit pasir, inselberg, kanyon, mesa dan batu kelikir.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 94


Kaum nomad seperti orang Badwi di Arab Saudi berpindah di kawasan gurun dengan
binatangnya seperti kambing, biri-biri, unta dan kuda untuk mencari rumput dan air.
Binatang ini membekalkan susu, keju dan daging. Mereka tinggal di dalam khemah yang
dibuat daripada kulit binatang. Oasis merupakan kawasan tempat tinggal bagi kebanyakan
penduduk di kawasan gurun. Di sini juga dijalankan kegiatan tanaman seperti gandum,
jagung, kapas, tembakau, dan pokok kurma.

Di Gurun Kalahari memburu binatang merupakan kegiatan utama bagi kebanyakan kaum
Bushmen. Antara binatang yang sering diburu ialah kijang, zebra, zirafah, burung kasuari,
singa dan anjing liar. Kaum perempuan Bushmen membantu keluarganya mencari
bebawang, biji-bijian, buah-buahan, telur burung dan serangga. Mereka tinggal di tempat
perkhemahan yang diperbuat daripada ranting-ranting kayu yang berbentuk kubah.
Kawasan gurun kaya dengan mineral seperti petroleum di Gurun Sahara dan Arab, emas,
kuprum dan berlian di Gurun Kalahari, serta kuprum dan nitrat di Gurun Atacama.

8.4.4 Iklim Savana (Jenis Sudan)

Iklim Savana terletak di garis lintang 1˚ hingga 15˚U dan S Khatulistiwa yang mana
kawasan yang mengalami iklim ini termasuklah benua Afrika, Amerika Selatan dan Australia
Utara. Padang rumput di Amerika Selatan dikenali sebagai Llanos dan Kampos ataupun
Dataran Tinggi Brazil. Iklim Savana mempunyai musim panas yang lembap dan musim
dingin yang kering. Suhu pada musim panas adalah 32˚C manakala suhu pada musim
dingin adalah 21˚C. Julat suhu tinggi iaitu 11˚C dan hujan tahunan 762mm. Angin Timuran
kering bertiup pada musim dingin. Tumbuhan di kawasan ini biasanya adalah rumput yang
tinggi dan pokok renek, berakar panjang, berkulit tebal dan berbatang lendair ataupun
berongga. Kegiatan utama adalah menternak lembu seperti yang dijalankan di Kampos,
Brazil, Australia Utara dan timur Afrika.

8.5 ZON SEDERHANA

Zon sederhana terbahagi kepada zon sederhana panas dan zon sederhana sejuk. Di
kawasan zon sederhana panas yang terletak antara 30˚U dan 45˚U, 30˚S hingga 45˚S
terdapat iklim jenis China, jenis Steppe dan jenis Mediterranean. Di kawasan zon sederhana
sejuk yang mana terletak antara 45˚U dan 65˚U, 45˚S dan 65˚S terdapat iklim Laurentia,
iklim Siberia, dan iklim British.

8.5.1 Zon Sederhana Panas

Iklim Monsun Sederhana (Jenis China)

Iklim jenis China dialami di China Tengah dan Utara, Jepun Selatan, Afrika Tenggara, Brazil
Selatan dan Amerika Syarikat Tenggara. Iklim jenis China dialami di 20˚ hingga 35˚U dan S
Khatulistiwa. Pada umumnya iklim ini mengalami musim panasnya yang panas dan lembap
dan musim dingin yang sejuk dan kering. Suhu pada musim panas ialah 27˚C, manakala
suhu pada musim dingin ialah 5˚C. Julat suhu tinggi iaitu sebanyak 22˚C. Hujan yang
didapati di kawasan ini adalah sebanyak 1000mm setahun.

Tumbuhan di kawasan iklim ini adalah hutan malar hijau di tanah pamah lembap, hutan
daun luruh di kawasan yang lebih kering dan hutan pokok tirus di tanah tinggi. Kegiatan

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 95


ekonomi utama di kawasan ini adalah pertanian seperti tanaman padi, gandum, kapas, teh,
tebu dan tembakau. Penternakan dan perlombongan juga dijalankan di kawasan ini.

Iklim Jenis Steppe

Kawasan yang mengalami iklim ini ialah hemisfera Utara dan hemisfera Selatan. Hemisfera
Utara termasuklah Prairie dan Kanada, Steppe iaitu Rusia dan Siberia, Mongolia di China
Utara dan pustaz di Hungary. Manakala di hemisfera Selatan pula adalah Pampas di
Argentina, Veld Tinggi di Afrika Selatan, Lembangan Murray-Darling di Australia, dan
Dataran Canterbury di New Zealand.

Umumnya iklim ini mengalami iklim yang melampau di mana musim panas sederhana
manakala musim dinginnya sangat sejuk dan bersalji. Suhu pada musim panas ialah 21˚C,
manakala suhu pada musim dingin ialah 0˚C. Julat suhu di kawasan iklim ini adalah besar
iaitu 20˚C. Kawasan iklim ini menerima hujan sebanyak 500mm setahun dan mengalami
ribut salji pada musim dingin. Biasanya, hujan maksimum turun pada musim panas.

Tumbuhan asal di kawasan iklim ini adalah padang rumput dengan rumput yang pendek dan
keras. Kegiatan ekonomi yang utama ialah pertanian campur iaitu menternak lembu, biri-
biri, dan kambing serta menanam gandum, jagung, fleks, barli, kentang, limau manis dan
pisang.

Iklim Jenis Mediterranean

Iklim jenis Mediterranean terletak antara garis lintang 30˚ hingga 45˚ U dan S. Kawasan
yang mengalami iklim jenis ini ialah kawasan pantai Mediterranean, California Tengah, Chile
Tengah, bahagian barat daya Afrika dan sekitar Adelaide dan Perth di Australia. Iklim ini
mengalami musim panas yang kering dan musim dingin yang lembab. Suhu pada musim
panas ialah 25˚C, manakala suhu pada musim dingin ialah 21˚C.

Hujan tahunan yang diterima setahun adalah 760mm sahaja. Angin Baratan membawa
hujan pada musim dingin. Waktu kemarau di kawasan iklim Mediterranean adalah hampir
sama dengan waktu suhu tinggi dalam musim panas dan ini menyebabkan berlakunya
kurangan air yang banyak pada pertengahan dan akhir musim panas. Hujan musim dingin
menambahkan lembaban dan menjelang musim bunga, terdapatlah lebihan air. Kejadian
musim dingin yang lembab dan musim panas yang kering, menghasilkan tumbuhan asal
tersendiri yang terdiri daripada pokok dan pokok renek malar hijau berdaun keras yang
disebut sebagai hutan sklerofil.

Tumbuhan yang tumbuh di kawasan ini adalah seperti rumput-rumput keras, dan pokok
renek seperti lavender, laurel, myrtle, dan rosemary. Pokok renek ini rendah, berduri, dan
tumbuh secara berselerak dan sesetengahnya berbau wangi seperti lavender, laurel, dan
rosemary. Pokok Mediterranean adalah seperti sequoia, karri, dan jarrah. Pokok-pokok ini
sesuai di kawasan ini kerana mempunyai daun kecil yang berlilin dan akar yang panjang.
Kawasan ini menjadi habitat kepada hidupan liar seperti serigala, arnab beever, musang,
kucing liar, helang, marten, beruang, burung dan serangga. Kegiatan ekonomi yang utama
adalah penanaman buah-buahan sitrus seperti limau manis, lemon, anggur, buah zaitun dan
plum. Selain itu, mereka juga menanam bijirin seperti gandum, barli, dan oat. Mereka juga
menanam kekacang seperti chesnut, almond dan walnut.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 96


8.5.2 Zon Sederhana Sejuk

Iklim Sederhana Sejuk Pantai Timur (Jenis Laurentia)

Iklim jenis Laurentia terletak di garis lintang 45˚ hingga 65˚U. Kawasan yang mengalami
iklim jenis ini ialah Kanada Timur, Timur Laut Amerika Syarikat, China Utara dan Manchuria,
Korea dan Jepun Utara serta Patagonia di Amerika Selatan. Iklim ini mengalami musim
panas yang panas tetapi singkat dan musim dingin yang sejuk dan kering.

Suhu pada musim panas ialah 20˚C manakala suhu pada musim dingin ialah 10˚C. Suhu
musim sejuk mencapai takat beku salji turun dalam musim dingin. Kawasan iklim ini
menerima hujan sebanyak 500 hingga 1000mm sepanjang tahun. Hujan turun sepanjang
tahun di kawasan ini dan akan mengalami hujan lebat pada musim panas.

Antara tumbuhan yang tumbuh di kawasan ini ialah hutan pokok tirus seperti fir, sprus, dan
larch serta hutan daun luruh seperti oak, bic, maple dan birch. Kegiatan ekonomi utama di
kawasan iklim ini adalah pembalakan di hutan pokok tirus, pertanian di Timur laut Amerika
Syarikat, dan perikanan di Kanada Timur dan perairan Jepun.

Iklim Sederhana Sejuk Kebenuaan (Jenis Siberia)

Iklim jenis ini dialami di Siberia, Kanada Tengah, Findland, Poland dan Austria. Kawasan
iklim ini mengalami musim panas sederhana panas dan pendek dan musim dingin yang
sangat sejuk dan panjang. Suhu pada musim panas ialah 15˚C hingga 20˚C manakala suhu
pada musim dingin ialah -5˚C hingga -17˚C. Hujan di kawasan iklim ini turun sepanjang
tahun kira-kira 500mm dan pada musim panas lebih lembap. Kebanyakan hujan tahunan
turun dalam musim panas sebagai hujan perolakan.

Tumbuhan asal di kawasan ini adalah pokok tirus berbentuk kon, berdaun kecil dan
berbentuk jarum seperti pain, fir, sprus dan larch. Keadaan iklim di kawasan Siberia yang
terlampau sejuk tidak menggalakkan tumpuan penduduk. Kebanyakan penduduk bertumpu
di bahagian barat daya Siberia. Keadaan iklim yang melampau ini menghadakan kegiatan
pertanian. Pertanian campur diusahakan di bahagian barat dan barat dayanya yang
mempunyai iklim yang lebih panas.

Tanaman utama yang ditanam ialah gandum, oat barli, ubi kentang, dan fleks. Penternakan
lembu daging, lembu tenusu, ayam dan itik juga dijalankan. Kegiatan memburu dan
menjerat binatang dijalankan oleh kaum Samoyed dan Yakut untuk mendapatkan bulunya.
Contoh-contoh binatang yang dijerat ialah tupai, musang kecil, martens, lynx, rubah dan
beruang. Kerja-kerja menjerat binatang dijalankan pada musim sejuk kerana bulunya tebal.
Di samping itu, pada masa ini juga binatang-binatang mudah terkena umpan kerana
kekurangan makanan.

Pembalakan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di bahagian utara Siberia kerana
diliputi hutan konifer yang luas. Jenis-jenis pokok kayu yang lembut yang terdapat dalam
hutan konifer seperti larch, pain, fir, dan cedar Siberia. Pembalakan dijalankan pada musim
sejuk kerana getah pokok menjadi beku dan pokok lebih mudah ditebang dan keadaan
tanah yang beku dan licin memudahkan balak diheret ke sungai.

Kegiatan perlombongan juga penting kerana kawasan Siberia kaya dengan pelbagai sumber
mineral. Contoh-contoh mineral yang dilombong ialah petroleum dan gas asli yang
dilombong di kawasan barat Siberia dan emas dilombong berhampiran dengan Yakutsk.
Sumber mineral lain yang dilombong di kawasan Siberia termasuklah arang batu, kuprum,

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 97


dan batu permata. Keadaan tanah yang beku sepanjang tahun di Siberia menyukarkan
aktiviti perlombongan dijalankan.

Iklim Sederhana Sejuk Pantai Barat (Jenis British)

Iklim jenis British dialami di Britain, Eropah Barat Laut, British Columbia, Chili Selatan,
Tasmania, dan Pulau Selatan di New Zealand. Pada umumnya, kawasan iklim ini mengalami
empat musim yang nyata yang mana musim panasnya sederhana panas manakala musim
dinginnya sederhana sejuk. Suhu pada musim panas ialah 16˚C, suhu pada musim dingin
ialah 4˚C yang mana julat suhunya tinggi iaitu sebanyak 11˚C.

Hujan pula turun sepanjang tahun yang dibawa oleh Angin Baratan. Tumbuhan asalnya
adalah hutan daun luruh seperti pokok oak, elm, bic dan poplar. Kegiatan ekonomi utama di
kawasan ini ialah pertanian campur yang dijalankan di Eropah Barat Laut, penternakan biri-
biri dan penanaman gandum di Dataran Canterbury serta pembalakan di British Columbia.

8.6 ZON SEJUK

8.6.1 Iklim Tundra (Artik)

Di kawasan zon sejuk terdapat iklim Tundra yang menganjur dari garis lintang antara 65˚U
dan 90˚U, 65˚S dan 90˚S. Kawasan iklim ini dialami di Kanada Utara, Rusia Utara, Siberia
Utara, dan Greenlands. Kawasan ini diliputi salji sepanjang tahun di mana musim panasnya
pendek manakala musim dinginnya panjang.

Suhu pada musim panas ialah 10˚C sahaja, manakala suhu pada musim dingin kurang
daripada -21˚C. Julat suhu tahunannya besar. Hujan yang turun di kawasan ini kurang
250mm yang mana turun dalam bentuk salji. Angin Timuran kering bertiup pada musim
dingin.

Tumbuhan yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah lumut dan kulampair. Namun
terdapat juga rumput dan pokok renek kecil tumbuh di sepanjang sungai pada musim
panas. Kegiatan ekonomi yang utama ialah memburu, menternak binatang dan menangkap
ikan serta melombong seperti arang batu, emas dan petroleum.

8.6.2 Iklim Pergunungan

Aras tinggi yang kian bertambah membawa kepada pengurangan tekanan dan suhu dengan
banyaknya. Oleh yang demikian, keadaan iklim mengalami perubahan besar dari bawah ke
atas, walaupun dalam lingkungan beberapa ribu kaki tinggi sahaja. Pada umumnya,aras
tinggi yang kian bertambah tinggi samalah dengan bertambah tingginya garisan lintang.
Suhu menurun pada kadar 1˚C pada setiap kenaikan 165 meter.

Dari segi cuaca dan iklim, tekanan udara yang berkurangan besar pengaruhnya. Dalam
atmosfera yang tipis, kandungan karbon dioksida, wap air, dan debu adalah kurang dengan
itu jumlah tenaga matahari yang dibalikkan dan diserapnya turut menjadi kurang. Keamatan
panas matahari yang kian bertambah pada aras yang tinggi mempunyai pengaruh besar
terhadap hubungan suhu.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 98


Permukaan yang terdedah kepada sinaran matahari cepat menjadi panas sementara
bahagian yang terlindung cepat menjadi sejuk. Ini menyebabkan pemanasan udara yang
cepat pada waktu siang dan penyejukan yang cepat pada waktu malam di gunung-gunung
tinggi.

Pada umumnya, kawasan pergunungan dan plateau merupakan zon iklim lembab. Hal ini
sangatlah nyata terutamanya di kawasan kontang atau hampir kontang, di mana gunung-
ganang menjadi pulau-pulau beriklim lembab yang dikelilingi oleh gurun ataupun Steppe.
Suhu yang rendah mengurangkan pula sejatan dan dengan itu wujudlah keadaan yang
lembab.

Dari segi aliran sungai dan banjir, iklim pergunungan sangat penting di garisan lintang
tengah. Banjaran-banjaran yang tinggi menjadi kawasan simpanan salji iaitu menyimpan
kerpasan sehingga awal atau pertengahan musim panas, kemudian membebaskannya
perlahan-lahan apabila salji itu mencair. Itulah sebabnya sungai boleh sentiasa mengalir. Di
antara sungai yang mendapat bekalan air daripada salji di Amerika Syarikat termasuklah
Sungai Columbia, Snake, Missouri, Platte, Arkansas dan Colorado. Di timur Amerika Syarikat
Pergunungan Appalachian memainkan peranan yang sama tetapi dengan cara yang tidak
begitu berkesan bagi sungai Ohio dan sungai-sungai lain.

Kawasan pergunungan bahagian hadap angin menerima lebih hujan daripada angin lembap
yang datang dari laut. Di tempat lindungan hujan di kawasan pergunungan angin menjadi
semakin kering dan akan berkurang. Kerpasan tahunannya kira-kira 406mm. Jenis tumbuh-
tumbuhan semula jadi berbeza mengikut altitud di kawasan pergunungan. Hutan hujan
tropika terdapat di kawasan kaki bukit yang lembap di pergunungan Himalaya.

Di kawasan yang lebih tinggi terdapat hutan pokok daun luruh hawa sederhana, berpindah
ke hutan pokok tirus pada altitud melebihi 2000 meter. Kaum Sherpa di Nepal tinggal di
kawasan pergunungan Himalaya. Orang Sherpa ini terkenal sebagai porter untuk mendaki
gunung dan askar professional. Yak merupakan binatang beban utama di kawasan ini dan
juga menjadi sumber daging, susu, bulu dan kulit. Mereka tinggal di rumah yang diperbuat
daripada batu.

Pertanian amat sukar dijalankan di kawasan ini. Namun terdapat juga tanaman yang
ditanam seperti ubi kentang, barli, quinoia, kacang dan sayur-sayuran. Mereka suka
mengunyah daun koka yang boleh mematikan perasaan deria mereka, tahan lapar tetapi ia
boleh memendekkan umur. Beberapa jenis mineral terdapat di kawasan pergunungan
seperti emas, perak, kuprum, zink, plumbum, mangan dan nikel di Rocky, Andes dan lain-
lain. Pada masa sekarang, kawasan pergunungan sangat penting di beberapa buah negara
sebagai tempat untuk pelancongan, janakuasa hidoelektrik, pertanian, pindah ternak,
rekreasi dan lain-lain.

8.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN HUTAN

A. Faktor Bentuk Muka Bumi


Ketinggian dari aras laut mewujudkan saiz dan jenis tumbuhan berbeza. Tanah tinggi- hutan
gunung. Tanah pamah- hutan hujan tropika. Pinggir laut- hutan pantai

B. Faktor Iklim
Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika. Kawasan gunung
bersuhu rendah ditumbuhi hutan gunung (oak, pain dan orkid). Kawasan tanah pamah yang
bersuhu tinggi ditumbuhi hutan pantai, paya dan hutan hujan tropika.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 99


C. Faktor Tanih
Tanih berpasir: hutan pantai ( pokok kelapa, tapak kuda)
Tanih alluvium: hutan hujan tropika (cengal, meranti,j elutong)
Tanih gambut: paya air tawar (gelam, ramin)

D. Faktor saliran
Saliran buruk (menakung air) ditumbuhi hutan paya air tawar (kempas, ramin, palma) dan
hutan paya air masin (bakau, api-api, berembang). Saliran baik ditumbuhi hutan
hujan tropika.

8.8 KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI

A. Habitat Flora dan Fauna

 Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan
burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan.
 Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis
berpotensi menjadi sumber perhutanan.
 Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan,
200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80
spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.

B. Pembekal Makanan

 Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan dan manusia
sepanjang tahun.
 Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan
kacang untuk dimakan oleh haiwan dan orang asli

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 100


C. Ubat-Ubatan

 Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam
mengatasi pelbagai penyakit.
 Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat.
Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang,
mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan.
 Sementara itu pula, kulit pokok Tumu/Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk
mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga
boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

D. Bahan Mentah

 Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri
desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula
digunakan untuk menghasilkan tikar dan bakul.
 kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam
pembinaan.
 Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur
digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul.
 Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam
pembuatan dan hasil ukiran kayu.

E. Rekreasi

 Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula
dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi
keuntungan yang besar.
 Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan
pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 101


F. Mengurangkan Pencemaran Udara

 Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan
mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida.
 Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses
makanannya.
 Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon
dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu.
Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara
akan dapat dikekalkan.

G. Mengawal Banjir/Tanah Runtuh

 Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah
runtuh.
 Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan
mengurangkan kesan hakisan tanah.
 Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan
mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun
ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.

H. Memerangkap Nutrien/Toksin/Sedimen

 Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik.
 Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi
sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau.
 Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik.
 Bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta
perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut
terperangkap.

I. Pengawal Iklim

 Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu
kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 102


 Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa
lapisan yang berlainan kepentingannya.
 Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan
melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.

J. Sumber Pendapatan Negara

 Anggaran kutipan hasil hutan bagi tahun 2006 adalah RM505 juta. Pencapaian adalah
seperti berikut:

Tahun RM
2006 RM 505,160,204.70
2007 RM 551,402,597.52

8.9 KESAN PENEROKAAN HUTAN

A. Kepupusan Flora dan Fauna

 Hutan amat kaya dengan pelbagai spesis.


 Misalnya bagi satu hektar hutan amazon terdapat 750 spesis haiwan dan 1500 jenis
tumbuhan.
 Penebang hutan menyebabkan hidupan ini makin pupus di dunia.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 103


B. Gangguan Habitat

 Hutan merupakan habitat penting untuk haiwan membentuk lingkungan dan


meneruskan generasinya.
 Kemusanahan habitat akanmenyebabkan haiwan pupus atau penghijrahan spesis akan
berlaku untuk mencari habitat baru.
 Contoh burung botak upeh (mycteria cinerea) mula berhijrah ke Kuala Gula apabila
berlaku pembakaran hutan di Kalimantan.

C. Perubahan Cuaca

 Hutan berupaya menyerap dan menyimpan karbon dioksida dan membebaskan oksigen.
 Misalnya Hutan Amazon menghasilkan kira 20 % bekalan oksigen dunia.
 Penebangan hutan menyebabkab kadar bekalan gas karbon dioksida bertambah di
udara.
 Peningkatan suhu juga berlaku kerana tiada perlindungan dari cahaya matahari.
 Pengurang kelembapan udara akibat gangguan proses transpirasi.

D. Kesan Ke Atas Geomorfologi

 Mendedahkan permukaan bumi kepada pelbagai proses gemorfologi seperti hakisan


tanah, tanah runtuh, luluhawa dan air larian permukaan.
 Hal ini kerana permukaan bumi kehilangan daya pengikat dan cengkaman tanah oleh
akar-akar pokok.
 Oleh iti poin-poin tanah longar dan mudah terhakis dan runtuh semasa hujan lebat.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 104


E. Kesan Ke Atas Hidrologi

 Penebangan hutan menyebabkan:


i. kurang kadar susupan air
ii. kurang jumlah hujan
iii. meningkatkan kadar larian permukaan

8.10 SOALAN LATIHAN

a) Terangkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi dan


hidupan liar.
b) Huraikan ciri-ciri dan taburan tumbuhan semulajadi dan hidupan liar mengikut
pengkelasannya.
c) Jelaskan sumbangan hutan kepada keseimbangan alam sekitar dan pembangunan
negara.
d) Cadangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Malaysia.

8.11 RUJUKAN

Buku Teks (WAJIB): Essentials of Physical Geography (8th Edition)


(International Student Edition) Robert E. Gabler, James F. Petersen &
L. Michael Trapasso Thomson Brooks/Cole Publication

Akin, W.E. 1990. Global Patters Climate, Vegetation and Soil. USA: University of Oklahoma
Press.

de Blij, H.J. dan Muller, P.O. 1993. Physical Geography of the Global Environment. New
York: John Wiley and Sons.

Chan, N. W. 1998. Biogeografi: Nota-Nota Kuliah. Monograf. Pulau Pinang: N P Sdn Bnd.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 105


Mc Knight, T.L. 1992. Essentials of Physical Geography. New Jersey: Prentice Hall.

Reading, A.J., Thompson, R.D. dan Millington, A.C. 1995. Humid Tropical Environment.
Oxford: Blackwell.

Strahler, A.N. 1978. Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and Sons.

Strahler, A.H. & Strahler, A.N. 1994. Introducing Physical Geography. New York: John Wiley
& Sons Inc.

Tivy, J. 1992. Biogeografi: Kajian Tumbuhan Dalam Ekosfera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka (Diterjemahkan oleh Rosiyah Abd. Latif dan Chan Ngai Weng)

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 106

You might also like